Boleh Melabur Saham U.S Dengan Modal RM10? Fakta Atau Auta?

Betul ke nak melabur saham di US (Wall Street) hanya perlu modal RM10??

Jika melabur di Bursa Malaysia, buat masa ini agak mustahil untuk melabur saham dengan modal serendah RM10. Brokerage fee sahaja paling rendah yang ditawarkan oleh broker tempatan sekitar RM5.00 ke RM8.00 untuk satu transaksi.

Minimum unit pembelian pula adalah 1 lot atau bersamaan dengan 100 unit.

Berbeza dengan pasaran saham di Amerika Syarikat dimana pelabur boleh membeli minimum 1 unit sahaja. 

Tetapi boleh ke melabur saham di US dengan modal RM10 sahaja?

Sumber: Bank Negara Malaysia

Jika kita rujuk exchange rate daripada Bank Negara Malaysia, USD 1.00 bersamaan dengan RM4.2313. Jadi dengan modal RM10, jika ditukarkan kepada Dolar Amerika tanpa mengira kos yang terlibat kita akan mendapat sekitar USD2.36 sahaja

Dengan modal USD2.36 dolar ini kita boleh beli saham apa? 

Sebelum kita fikir nak beli saham apa, kita perlu fikir broker mana untuk kita gunakan jika modal pelaburan kita serendah USD2.36 sahaja. 

Semestinya broker tempatan yang menawarkan perkhidmatan pelaburan di pasaran global tidak akan menjadi pilihan kerana setakat hari ini paling murah pun mengenakan brokerage fee minimum USD 5.00 untuk satu transaksi. 

Baca: Perbandingan Brokerage Fee Untuk Pelaburan Di Pasaran Saham Amerika Syarikat

Cari Brokerage Fee Percuma

Jadi untuk melabur dengan modal yang sangat rendah, pelabur perlu mencari broker yang menawarkan brokerage fee yang percuma atau paling murah. 

Sumber: Brokerchooser

Berdasarkan perbandingan yang dibuat oleh Brokerchooser, terdapat dua platform pelaburan yang menyediakan brokerage fee secara percuma iaitu TD Ameritrade dan juga Tastyworks.

Namun perlabur juga perlu mengambil tahu tentang syarat yang tertakluk pada setiap broker ini untuk membuka akaun pelaburan dengan mereka seperti:-

  • Minimum deposit
  • Minimum transaksi sebulan
  • Caj tambahan untuk deposit / withdraw 

Pelabur juga perlu pastikan broker ini dipantau oleh pihak berkuasa negara masing-masing atau tidak. 

Tidak dinafikan wujud broker yang menawarkan brokerage fee percuma kepada pelabur. Jadi benarlah boleh melabur dengan modal RM10 kan?

Jika berdasarkan brokerage fee sahaja, nampak macam boleh. 

Tapi boleh ke melabur gunakan platform konvensional? 

Ada cara untuk pelabur beragama Islam menggunakan akaun konvensional untuk melabur saham global sebagaimana yang telah diterangkan oleh Dr. Zaharuddin Abd Rahman yang merupakan pengasas Shariah Screener.

Baca: 6 Langkah Untuk Elak Riba Bila Guna Akaun Konvensional Untuk Trade Saham Global

Berbalik kepada soalan saham apa nak beli dengan modal USD2.36?

Mari kita lihat wujudkah saham bawah harga USD2.36 di pasaran saham Wall Street. 

Cari Saham Dalam Bajet

Jika definisi penny stock di Bursa Malaysia adalah saham yang didagangkan bawah RM0.50. Di Wall Street pula saham penny adalah saham yang di bawah USD5.00.

Baca lagi Ada Ke Saham Penny Stock Di Pasaran Saham Amerika Syarikat?

Jadi dengan modal USD2.36 ini, pilihan pelabur hanyalah penny stock sahaja. 

Sumber: Trading View

Jika kita tapis saham yang bernilai USD2.36 kebawah di pasaran Papan NYSE dan Nasdaq sahaja, terdapat lebih daripada 300 saham yang berada pada harga USD2.36 ini

Sumber: Trading View

Malah saham paling murah yang disaring ini pula hanya bernilai USD0.384 seunit. Daripada lebih 300 saham ini pula pelabur perlu menapis saham-saham yang patuh syariah menggunakan syariah screener pilihan pelabur. 

Jika ada dalam lebih 300 saham yang disaring tersebut merupakan saham yang patuh syariah, maka terjawablah soalan untuk melabur di pasaran US dengan modal serendah RM10.00 ini.

Pelabur perlu mengambil kira juga kos-kos lain jika ada seperti caj tukaran matawang yang berbeza-beza bagi setiap broker. 

Baca juga Options Trading Halal Atau Haram? Dengarkan Penjelasan Dr Zaharuddin Abdul Rahman

Dapatkan Shariah Screener Hari Ini

Kini pengguna dan peminat dunia pelaburan pasaran saham Amerika Syarikat boleh melanggan perkhidmatan ShariahScreener.com bagi memastikan pelaburan saham kita semua adalah patuh Shariah.

Seperti contoh di atas, buat masa ini (November 2022) saham Apple Inc diklasifikasikan sebagai tidak patuh syariah. Mesti ramai rasa pelik sebab bisnes utama Apple ni dah sah-sah iPhone, tetapi macam mana boleh dikategorikan sebagai tidak patuh syariah?

Sebenarnya Apple Inc juda ada income lain iaitu pendapatan faedah dan dividen. Pendapatan faedah dan dividen daripada pelaburan tidak patuh Syariah akan dibandingkan dengan hasil utama Syarikat. Bila tak lepas benchmark (contohnya 5%), maka sebab itu dia diklasifikasikan sebagai saham yang tidak patuh syariah.

Berbeza dengan saham Microsoft ($MSFT) yang masih diklasifikasikan sebagi patuh syariah.

Untuk langganan Shariah Screener, klik sini. Eksklusif kepada pembaca Majalah Labur dan The Kapital, diskaun sebanyak 5% menanti anda. Subscribe hari ini juga untuk rebut peluang ini.

Previous ArticleNext Article

Top 5 Saham Dalam Portfolio Warren Buffett Ketika Ini

“Saham apa yang Warren Buffett pegang sekarang?”

Satu sosok yang sangat dihormati dalam dunia pelaburan saham ini tidak lain tidak bukan adalah Warren Buffett. Beliau antara pelabur saham yang sangat berjaya sehingga menjadi ikon atau tokoh dalam dunia pelaburan saham ini. 

Sumber: Investopedia

Dalam keadaan pasaran yang bercampur dan tidak menentu ini, nak tahu juga saham apa yang pemilik syarikat Berkshire Hathaway ini pegang. 

Artikel kali ini akan menyenaraikan lima pegangan saham dengan nilai terbesar dalam portofolio Warren Buffet melalui syarikat pengurusan pelaburannya, Berkshire Hathaway setakat 31 Disember 2023. 

Sebelum itu, baca: 5 Langkah Buka Akaun Saham Global Dan Mula Melabur Saham Gergasi Dunia

1. Apple Inc.

Saham syarikat Apple Inc. merupakan pegangan terbesar portfolio Berkshire Hathaway ketika ini dengan pemilikan sebanyak lebih 905 juta unit. Pegangan saham syarikat ini mewakili 50.2% daripada portfolio keseluruhan syarikat tersebut. Pegangan ini dianggarkan bernilai AS$167.565 bilion.

2. Bank Of America Corporation

Di tempat kedua pula adalah saham syarikat perbankan di Amerika syarikat, iaitu Bank Of America Corp dengan pegangan sebayak 1.032 bilion unit. Walaupun ditempat kedua, namun saham syarikat ini hanya mewakili 10% sahaja daripada portfolio keseluruhan Berkshire Hathaway. Pegangan ini dianggarkan bernilai AS$35.210 bilion.

3. American Express Company

Syarikat kredit kad terkemuka dunia, American Express adalah syarikat yang berada di tangga ketiga terbanyak dalam portfolio Berkshire Hathaway ketika ini. Dengan pemilikan sebanyak 151.61 juta unit, American Express mewakili 8.2% daripada keseluruhan portfolio syarikat konglomerat. Pegangan ini dianggarkan bernilai AS$32.226 bilion.

4. Chevron Corporation

Chevron Corporation merupakan syarikat yang menjalankan perkhidmatan minyak dan gas, iaitu Chevron Corporation. Berkshire Hathaway memiliki sebanyak 126.093 juta unit, mewakili 5.4% daripada portfolio keseluruhan syarikat. Pegangan ini dianggarkan bernilai AS$18.990 bilion.

5. Occidental Petroleum Corp

Di tangga kelima pula adalah Occidental Petroleum Corp (OXY), sebuah syarikat besar cari gali dan pengeluaran minyak dan gas dari Amerika Syarikat. Berpusat di Houston, Texas, ia beroperasi secara global, dengan tumpuan kepada cari gali dan pengeluaran hidrokarbon serta pembuatan bahan kimia. Dengan pemilikan sebanyak 248.018 juta unit, saham OXY ini mewakili 28.2% daripada keseluruhan portfolio syarikat. Pegangan ini dianggarkan bernilai AS$15.010 bilion.

Baca juga: Nak Buka Akaun CDS Global Dengan CGS-CIMB? Jom Ikut Tutorial Ini

Banyak Betul Saham Apple Dalam Portfolio Berkshire Hathaway

Jika kita rujuk artikel di atas, hampir separuh portfolio syarikat Berkshire Hathaway yang dimiliki oleh Warren Buffet ini adalah saham daripada jenama telefon pintar terkemuka dunia, iaitu Apple Inc. 

Jika anda ada dana sama banyak dengan Warren Buffet, saham apa yang anda akan jadi pegangan terbesar dalam portfolio anda?

Sumber: cnbc.com

E-book Leaders & Laggards Edisi Bursa Malaysia yang dilancarkan sebelum ini mendapat permintaan yang sangat luar biasa dan dengan itu kami tergerak untuk menulis E-book Leaders & Laggards Wall Street.

Kami telah kenal pasti beberapa golongan yang memerlukan E-book Leaders & Laggards Wall Street ini. Sekiranya anda merupakan salah seorang daripada golongan di bawah, e-book ini adalah sangat sesuai.

  1. Baru nak mula melabur di Wall Street.
  2. Pelabur yang mencari senarai leader & laggard di Wall Street.
  3. Pengamal ilmu CANSLIM.

Sudah tentu anda ingin tahu apa yang anda akan pelajari dari e-book ini, betul tak?

Dalam e-book ini, anda akan belajar:

1. Apa Itu Leader & Laggard

2. Mengapa Perlu Mengenal Pasti Leader & Laggard

3. Cara Mengenal Pasti Kaunter Leader & Laggard

4. Contoh Perbandingan Leader & Laggard Saham Wall Street

5. Senarai 10 Sektor Saham di Wall Street

6. 100 Contoh Saham Leader & Laggard Wall Street

Miliki e-book Leaders and Laggards Wall Street sekarang -> https://thekapital.my/leaderslaggards-wallstreet