Buat 6 Perkara Ini Dulu Sebelum Nak Terokai Dunia Pelaburan

Mulakan dengan minat. Peluang boleh datang dari mana sahaja. Cita-cita yang bagus, pandangan anda adalah pandangan seorang profesional, dan anda mempunyai right tools, boleh menjadi satu perbezaan dalam perjalanan pelaburan anda dan ia akan menolong anda menjadi pelabur yang lebih baik dan berinformasi.

Jadi apabila peluang datang, anda akan sentiasa bersedia.

1. Memahami Konsep Risiko

Risiko yang tinggi, pulangan tinggi dan risiko rendah, pulangan rendah. Inilah konsep risiko yang terlibat di dalam dunia pelaburan yang menjadi kebiasaan kepada seorang pelabur.

Apabila anda mengambil risiko yang tinggi maka anda akan mendapat keuntungan yang lumayan. Jika anda melabur dengan tahap pelaburan berisiko rendah, maka keuntungan yang akan anda peroleh adalah rendah.

2. Mempunyai Kenalan Atau Guru Dalam Bidang Pelaburan

Sumber : Asri Ahmad Academy

Cari dan dapatkan rakan untuk bersama anda menyelusuri dunia pelaburan. Learn and invest with friends. Melabur dan belajar mengenai dunia pelaburan bersama rakan anda. Ini akan menjadikan perjalananpelaburan anda lebih seronok.

Anda juga perlu dan patut mempunyai seorang kenalan yang profesional dalam bidang pelaburan. Beliau akan membantu dan membimbing anda menerokai dunia pelaburan ini, selok- belok, sentimen dan mehnah tribulasi yang ada di dalam dunia ini.

Tidak mengapa jika pada permulaan anda hanya mempunyai rakan pelaburan beginner seperti anda. Jadikan dia juga sebagai rakan dan guru anda.

3. Dapatkan Ilmu Dengan Melayari Laman Web & Media Sosial Syarikat Yang Berkaitan Saham

Ada pelbagai laman web badan berkuasa dan syarikat yang boleh anda layari seperti Bursa Saham, Ministry of Finance (MOF), Federation of Investment Manager Malaysia (FIMM), Securities Commission (SC), Investsmartsc.my. Untuk mengetahui berita-berita, analisis dan tip-tip pelaburan, anda boleh baca daripada laman web The Star dan TheKapital.my.

Untuk informasi saham patuh shariah, anda juga boleh layari media sosial seperti Facebook badan berkuasa dan syarikat yang telah disebutkan di atas.

4. Persediaan Emosi

            Mulakan dengan langkah pertama. Bersihkan hati anda. Amalkan zikir-zikir. Allah berfirman:

اَلَا بِذِكْرِ اللّٰهِ تَطْمَىِٕنُّ الْقُلُوْبُ ۗ

Maksudnya: Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram.

(Ar-Ra’d: Ayat 28)

Kerana Allah S.W.T berfirman hanya dengan mengingatiNya, jiwa, dan hati nurani kita akan tenang. Seterusnya, persekitaran positif, supportive juga penting untuk seorang pelabur. Anda perlu berada dalam persekitaran yang positif. Mulakan dengan diri anda. Ubah fikiran anda kepada seorang yang sentiasa berfikiran positif.

Seterusnya, sebarkan kepada ahli keluarga dan rakan-rakan anda. Jadikan circle sekeliling anda positive circle.

Dunia maya anda juga perlu berubah kepada mood positif. Berkawanlah dengan mereka yang mengusahakan perniagaan, usahawan. Peniaga online adalah mereka yang sentiasa positif. Kebiasaan mereka ialah mempositifkan diri mereka dan peniaga-peniaga lain seperti mereka.

Mereka menyokong satu sama lain. Jika anda berminat dengan dunia perniagaan, anda boleh sertai mereka dan alami positive vibes bersama mereka. Begitu juga menjadi pelabur, perlu sentiasa berfikiran positif.

5. Perbaharui Niat Kunci Kejayaan

Sering kali kita mendengar, setiap kejayaan akan bermula dengan niat dan dibantu dengan usaha dalam melakukan sesuatu perkara tidak kira berkaitan dengan pembelajaran mahupun dalam alam pekerjaan. Begitu juga dalam dunia pelaburan, individu tersebut mestilah mempunyai matlamat yang jelas untuk melibatkan diri dalam dunia pelaburan yang terdiri “ups and down” dalam setiap hasil.

Kepentingan niat yang jelas ini dikuatkan dengan hujah dari hadis Riwayat Bukhari: Rasullullah bersabda “Sesungguhnya setiap amalan itu dikira dengan niat dan sesungguhnya bagi tiap-tiap seseorang itu mengikut apa yang diniatkannya”.

Pelihara niat dengan betul dalam dunia pelaburan menjadikan anda mempunyai azam yang tinggi untuk berjaya dengan bersedia untuk belajar ilmu yang berkaitan dengan pelaburan. Setiap kejayaan yang dikecapi dalam dunia pelaburan bukanlah dengan tujuan untuk mengaut keuntungan semata–mata untuk diri sendiri, namun dengan hasil keuntungan tersebut, anda dapat menyalurkannya kepada badan–badan kebajikan.

Jadi jelaslah di sini, pemeliharaan niat dengan betul menjadikan seseorang individu lebih baik dalam kehidupan.

6. Terokai Tools

Menerokai dan menggunakan tools di bursamarketplace.com iaitu Sector simulator, Return simulator dan Stock screener.

Sector simulator

Cari peluang di market. Guna Sector simulator untuk cari syarikat berdasarkan minat anda.

Return Simulator

Melihat peluang dengan performance, prestasi syarikat. Terdapat banyak cara untuk buat research berkenaan stock dan menganalisis prestasi adalah salah satu daripadanya. Anda boleh guna return simulator atau lihat lima senarai teratas.

Lima senarai teratas tersebut adalah:

  1. Top 5 performing ETFS.
  2. Top 5 sectorial index. (Financial services, consumer products & services, industrial products & services, telecommunications & media dan healthcare)
  3. Top 5 dividend yields companies.
  4. Top 5 retail traded counters by total traded volume.

Stock Screener

Guna tools untuk mencari stock pilihan. Alat ini membantu semasa anda ingin membuat pelaburan. Bursa Marketplace mempunyai pelbagai tools yang boleh membantu anda membuat keputusan yang lebih baik dengan menggunakan stock screener.

Anda juga boleh gunakan platform Mirror, Learn and Trade (MLT). MLT adalah platform digital interaktif di Bursa MarketPlace yang membenarkan pelabur biasa (awam) untuk melihat secara maya portfolio stock adviser pelaburan (Trader) berlesen yang telah dilantik oleh Bursa / Bursa appointed licensed investment adviser (Trader).

Webinar

Menjadi pelabur berinformasi adalah satu keutamaan bagi seorang pelabur. Sertai webinar-webinar yang dianjurkan oleh rakan kongsi-rakan kongsi Bursa Marketplace seperti FSMOne Research untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan pelaburan anda.

Kesimpulannya, untuk menjadi pelabur yang berjaya, anda harus peka dengan maklumat dan keadaan semasa berkaitan dunia pelaburan. Di samping itu, anda  perlulah bijak mencari peluang dalam membuat keputusan serta “move forward” sekiranya hasil yang ingin dicapai tidak berhasil.

Kehadiran mentor juga dapat membuahkan hasil untuk berjaya dalam dunia pelaburan.

Selain itu, dengan keadaan teknologi yang semakin moden serta canggih, pelabur–pelabur “newbie” atau “beginner” harus melayari platform seperti laman web mahupun media sosial seperti perkongsian di Facebook dan Telegram yang berkaitan dengan ilmu pelaburan.

Kebiasaannya, ilmu asas pelaburan yang dikongsi di media sosial adalah menggunakan konsep “Zero Cost Marketing” di mana pelabur boleh mendapatkan ilmu asas pelaburan tanpa mengeluarkan sebarang modal atau wang. Bukan itu sahaja, persediaan dari segi emosi dan niat ikhlas juga menjadi tunggak kejayaan dalam dunia pelaburan.

Penulis boleh dihubungi di:

Nur Aizat Bt Mohmad Mohmiddin
Nur Saiyidah Binti Said
Prof Madya Dr Nuradli Ridzwan Shah Bin Mohd Dali ([email protected])
Fakulti Ekonomi dan Muamalat
Universiti Sains Islam Malaysia

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Ramai yang nak gandakan duit simpanan dalam saham tapi fikir berpuluh kali. Jadi buku ini adalah step pertama. Bila baca buku ini, boleh 99% stay ahead dari orang lain! Bonusnya dapat jimat banyak masa.

Kami juga faham yang 2 sebab utama kenapa anak muda masih belum mula melabur saham adalah sebab TAKUT dan BELUM CUKUP DUIT. Yelah, kita melabur sebab nak tenang, bukan nak risau setiap masa.

Sambil kami terlibat dalam pasaran saham, sambil pandaikan orang lain tentang saham.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua yang tak putus-putus menyokong kami dari awal sehingga ke hari ini.

Berita Baik : Kami sedang buat jualan penghabisan stok di Shopee!!

Previous ArticleNext Article

CANSLIM: Apa Itu Leader & Laggard Dan Kenapa Saham Ini Boleh Gerak Dulu?

Untuk terlibat dengan pelaburan saham, kita tidak boleh lari daripada melakukan pembacaan dan analisa secara menyeluruh. Pelabur perlu melakukan analisa dengan cara yang betul supaya dapat membuat keputusan yang betul.

Terdapat pelbagai jenis dan cara analisa yang boleh pelabur gunakan antaranya adalah analisa gaya William J. O’Neil. Analisa yang dimaksudkan adalah menggunakan kaedah CANSLIM untuk mencari dan memilih saham yang mempunyai pertumbuhan yang baik.

Pemilihan saham menggunakan CANSLIM ini adalah cara terpantas untuk mencari saham berpotensi sebelum pelabur institusi melabur ke dalam saham tersebut.

Pada penulisan ini, saya akan kongsikan elemen ‘L’ iaitu leader and laggard.

Secara asasnya CANSLIM adalah singkatan akronim yang menggabungkan 7 kriteria dalam pemilihan saham.

Kriteria CANSLIM adalah seperti di bawah :

  1. ‘C’ – Current Quarter Earning
  2. ‘A’ – Annual Earning
  3. ‘N’ – New product/management/event
  4. ‘S’ – Supply and Demand
  5. ‘L’ – Leader/laggard
  6. ‘I’ – Institutional
  7. ‘M’ – Market direction

Apa Itu Leader dan Laggard?

Dalam kriteria Leader dan Laggard, kita ingin menentukan sama ada syarikat kajian kita berada dalam senarai pemain industri yang utama atau pemain industri yang kedua.

Hal ini kerana, syarikat yang menjadi pemain utama dalam industrinya akan bertindak balas lebih awal daripada yang lain dan diikuti oleh syarikat pemain kedua.

Syarikat yang menjadi pemain utama boleh dilihat berdasarkan kepada kekuatan kewangan syarikat dan saiz modal pasaran syarikat tersebut.

Pergerakan pasaran akan bermula dengan saham daripada syarikat pemain utama dalam setiap industri.

PMETAL vs LBALUM

Mari kita lihat contoh-contoh di bawah. Sektor di bawah adalah sektor pembuatan aluminium.

Sumber : iSaham

Gambar di atas menunjukkan syarikat PMETAL berada paling atas dengan modal pasaran sebanyak RM40.38 billion. Ini menjadikan PMETAL pemain industri utama dalam sektor pembuatan Aluminium.

Sumber : Trading View

Pergerakan saham PMETAL berada pada aliran menaik dalam jangka masa 2-3 tahun. Namun begitu, pada Disember 2020, harga PMETAL melakukan kenaikan yang besar daripada RM3.00 sehingga mencecah RM4.00.

Hal ini disebabkan kenaikan harga komoditi Aluminium yang ketara dan telah memberikan keuntungan berganda pada syarikat PMETAL.

Syarikat mencatatkan kenaikan pada margin keuntungan sejak suku tahun kedua 2020. Profit margin yang meningkat juga menyumbang pada kenaikan harga saham.

Sumber : MalaysiaStock.biz

Laggard dalam sektor aluminium pula boleh dilihat pada syarikat LBALUM dengan modal pasaran yang lebih kecil iaitu sebanyak RM228 juta.

Leader seperti saham PMETAL telah mulakan kenaikan pada Disember 2020 manakala, laggard seperti LBALUM hanya memulakan kenaikan pada penghujung Mac 2021 daripada RM0.75 sehingga RM1.30 dengan kenaikan hampir 100%.

Sumber : Trading View
Sumber : MalaysiaStock.biz

Syarikat LBALUM mengalami kerugian pada suku ke-4 tahun 2020 dan hanya berjaya mencatatkan keuntungan pada suku tahun seterusnya. Oleh itu, harga saham LBALUM harga bergerak selepas mencatatkan keuntungan yang meningkat.

Syarikat LBALUM mencatatkan profit margin yang lebih tinggi dari leader PMETAL. Hal ini memberikan peluang yang besar untuk LBALUM menjadi syarikat yang lebih berdaya saing di masa hadapan.

Inilah gaya pemilihan saham menggunakan CANSLIM. Kita perlu mengkaji sektor tersebut dan menentukan siapa leader dan siapa laggard.

Dengan hanya memfokuskan pada kriteria ‘L’ sahaja kita sudah mampu untuk menjana keuntungan yang berganda.

Ini kerana analisis menggunakan metod CANSLIM adalah satu teknik yang sangat berkesan untuk memilih saham yang betul.

Nota: Contoh PMETAL dan LBALUM yang digunakan ini adalah berdasarkan data dan situasi pasaran pada tempoh tersebut dan digunakan semata-mata untuk menerangkan konsep Leader & Laggard dalam strategi CANSLIM. Kedudukan sesuatu saham sebagai leader atau laggard boleh berubah mengikut pergerakan harga dan relative strength dari semasa ke semasa. Contoh ini bukan gambaran prestasi semasa kedua-dua saham dan tidak boleh dianggap sebagai cadangan untuk membeli, menjual atau memegang mana-mana saham.

AMD vs NVIDIA

Sebagai contoh lain, kita boleh lihat perbezaan antara Advanced Micro Devices (AMD) dan NVIDIA dalam industri cip AI. NVIDIA merupakan pemain yang jauh lebih besar dari segi revenue dan kedudukan pasaran, tetapi dalam analisis saham, saiz syarikat bukan satu-satunya perkara yang menentukan sama ada sesuatu saham itu dianggap sebagai leader atau laggard.

Jika harga saham AMD mencatat kenaikan yang lebih tinggi berbanding NVIDIA dalam tempoh tertentu, AMD boleh dianggap sebagai stock leader untuk tempoh tersebut dari sudut price performance, walaupun NVIDIA kekal sebagai peneraju industri dari segi saiz. Sebab itu, apabila menggunakan konsep Leader & Laggard, pelabur perlu melihat relative strength dan prestasi harga berbanding saham lain dalam sektor yang sama, bukannya sekadar membandingkan harga seunit saham atau revenue syarikat.

Namun begitu, status leader atau laggard bukanlah sesuatu yang kekal. Sesebuah saham boleh menjadi leader pada satu tempoh dan kemudiannya menjadi laggard apabila momentum harga berubah. Oleh itu, konsep ini lebih sesuai digunakan sebagai salah satu alat untuk mengenal pasti saham yang menunjukkan momentum relatif yang kuat, bukannya sebagai ukuran mutlak tentang syarikat mana yang lebih baik.


Belilah saham yang baik. Nak tahu apa lebih mendalam tentang formula ini? Dapatkan eBook CANSLIM -> http://thekapital.my/Ebook-CANSLIM

Nak Kejar Saham Yang Bakal Naik?

Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!

Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?

Jangan tertinggal keretapi lagi.

Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.

Kalau nak tahu rahsia satu kaunter jalan, kaunter lain pun ikut jalan sekali, dapatkan eBook Leaders and Laggards -> http://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Dalam e-book ini, anda akan belajar:

✅ Apa itu Leader?

✅ Apa itu Laggard?

✅ Cara nak kenal pasti saham Leader dan Laggard

✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian

✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik

✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian

Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.

Dapatkan eBook Leaders and Laggards -> http://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Penafian :
Kandungan ini tidak disemak atau diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Maklumat yang terkandung di dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat pelaburan. Semua keputusan pelaburan adalah tanggungjawab individu dan anda harus mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan berlesen sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Pelaburan dalam saham melibatkan risiko dan keuntungan sendiri. Prestasi masa lalu juga tidak menjamin prestasi masa hadapan.