Saham Jatuh, So What?

Berita sedih buat semua pelabur pada tanggal 21 Jun 2018 apabila Indeks FBMKLCI jatuh ke bawah paras 1,700 mata untuk tutup pada 1,692.30 mata.

Sumber: iSaham

Dalam bahasa saham, Support bagi FBMKLCI telah bolos dan kita bakal menyaksikan ia mengalami penurunan untuk masa yang terdekat. Mungkin ia akan ambil masa sebulan dua untuk pulih kembali, atau mungkin setahun barangkali.

Ia juga telah mencatatkan 1-Year Low, di bawah paras yang dicatatkan pada bulan Februari 2017.

Apa Kesannya Kepada Rakyat Marhaen?

Untuk itu, jom kita ikuti coretan Tuan Izzuddin Yussof untuk mendapatkan penerangan lanjut.

Saham jatuh, so what..?

Beberapa hari ni kita asyik didedahkan dengan berita saham Malaysia jatuh terus menerus.

Tapi persoalannya….

Apa kaitan saham dengan rakyat marhaen? Bukan majoriti rakyat main saham pun?

Kesannya banyak. Malahan mungkin perlu diingatkan. Dua krisis ekonomi dunia pada tahun 1998 dan 2008, yang menjadikan ramai orang kehilangan kerja, harga barang naik mendadak, malahan ada yang membunuh diri….

Dipanggil ‘Financial Crisis’

Bukan ‘Economic Crisis’

Kenapa? Sebab krisis itu bermula di financial market. Di stock market. Di FX market. Di debt market. Di derivatives market

Tempat yang rakyat marhaen tak ada kaitan dengannya. Tetapi tempiasnya sehingga ada yang hidup merana.

Jadi apa kaitan pasaran kewangan dengan kita?

1. Nilai Ringgit

Bila pasaran kewangan (saham dan bon) satu-satu negara jatuh, maka akan jatuh sekalilah nilai matawang negara tersebut

Dan apa berlaku bila nilai Ringgit jatuh? Barangan import akan menjadi semakin mahal.

Ianya tidak menjadi masalah untuk negara yang tidak bergantung kepada import. Tetapi untuk negara seperti Malaysia, kejatuhan nilai Ringgit sentiasa memberikan tekanan terhadap harga makanan

Kenapa? Sebab again majoriti makanan kita diimport. Tidak kiralah beras, kambing, ikan, dan segala buah-buahan seperti anggur, oren dan sebagainya

Barang elektronik kita juga diimport. Nak melancong pun jadi semakin mahal.

Dan of course pinjaman syarikat dan kerajaan dalam foreign currency akan meningkat mendadak.

Maka tidak kiralah anda orang miskin atau kaya mahupun kerajaan. Kejatuhan Ringgit akan dirasai.

Walaupun pada masa sama ianya bagus untuk businessman tempatan yang tidak bergantung pada import.

2. Sukar Mendapat Pinjaman Dengan Bank

Bank ada minimum ‘capital’ yang mereka perlukan. Dan majoriti duit Bank yang ‘tidak digunakan’ dilaburkan di dalam bond market.

Ada dua kesan apabila bond market crash. Pertama bank akan mengalami ‘kerugian’ di dalam pelaburan mereka. Ini menjadikan duit yang diorang boleh ‘spend’ untuk bagi pinjam kepada orang yang meminjam akan berkurangan.

Kedua, mereka akan mempunyai insentif yang lebih rendah untuk bagi pinjam kepada rakyat marhaen.

Katakanlah MGS 3-year punya yield (interest rate) pun naik sampai lebih 4%. Bank akan lebih tertarik untuk labur je duit mereka di dalam MGS berbanding bagi pinjam kepada orang yang nak beli kereta atau rumah.

3. Interest Rate Yang Lebih Mahal

Pada umumnya interest rate pinjaman kereta dan rumah memang bergantung kepada OPR yang ditentukan oleh BNM.

Tetapi ada faktor lain yang juga akan bagi kesan kepada interest rate yang dikenakan untuk pinjaman kereta dan rumah

Iaitu liquidity.

Pada tahun 2009-2013… Berlakunya peningkatan liquidity dalam pasaran kewangan yang sangat banyak hasil daripada kemasukan duit oleh pelabur asing. Ini sekaligus menjadikan bank turut merendahkan kadar interest rate pinjaman, dan sangat terkejar-kejar untuk memberikan pinjaman sebab duit yang sangat ‘banyak’

Maka apa akan terjadi bila sebaliknya berlaku? Bank akan mempunyai duit yang ‘sedikit’. Maka mereka akan mengenakan lebih interest rate untuk setiap pinjaman yang diberikan.

Sebab money supply tu dah jatuh. Kerana keluarnya duit dari Malaysia.

4. Pekerja Dunia Kewangan Kehilangan Kerja

Bila bank tak ada duit. Bila labur dalam stock market tak menguntungkan. Bila semua pihak menjauhi pasaran kewangan

Itulah saatnya pekerja bank akan ramai dibuang. Yang baru grad pula tak akan dapat kerja.

5. Tergoleknya Ekonomi

Maka apa jadi bila harga barang naik dan orang kurang membeli? Bank kurang memberi pinjaman? Interest rate untuk pinjaman pula menjadi mahal? Pekerja dunia kewangan banyak yang kehilangan kerja? Individu yang melabur mengalami kerugian besar. Orang nak beli kereta tak dapat beli. Nak beli rumah tak dapat beli. Nak bukak perniagaan pun tak ada yang nak bagi pinjaman. Nak beli makanan pun silap-silap ada yang tidak mampu

Maka itulah permulaan ekonomi pun akan mula tergolek. Kadar pengangguran juga akan meningkat. It will be like a domino effect.

6. Tersungkurnya Harga Minyak

Harga minyak sentiasa bergantung kepada demand dan supply. Dan di saat berlakunya pergolekan ekonomi di seluruh dunia hasil daripada krisis kewangan, maka permintaan untuk minyak akan turut tergolek, lantas menjadikan harga minyak tersungkur

Ketika Asian Financial Crisis 1998, harga minyak jatuh sehingga serendah USD10 per barrel

Apa akan jadi kepada kerajaan kalau harga minyak tersungkur sedangkan kita sudah mansuhkan GST? Sekolah punya peruntukan akan di potong. Ubat di hospital akan dipotong. Cikgu dan doktor yang baru grad tak akan dapat tempat kerja. Yang sudah berkerja dalam sektor kerajaan pun berkemungkinan gaji akan dipotong.

Jadi… Nampak ke?

Ekonomi zaman sekarang memang terbahagi kepada dua:

  • Real Economy
  • Financial Market

Tapi kedua-duanya sudah integrasi. Yang mana kalau tersungkur satu, pasti akan tersungkur juga yang satu lagi.

Dan kena tahu juga yang financial market itu biasanya jatuh atas jangkaan Real Economy akan jatuh. Bukan dia suka-suka tersungkur.

Dan sekarang ni ada 5 faktor yang menjadikan stock market, bond market dan Ringgit jatuh:

1) Risiko trade war (ini utama sekarang ni)
2) Federal Reserves berkemungkinan menaikkan interest rate lebih laju
3) Kerajaan sendiri mengatakan ekonomi Malaysia berisiko bankrap
4) Tidak ada perancangan ekonomi mahupun fiskal yang jelas sehingga sekarang
5) Pemansuhan projek-projek mega sehinggakan pekerja syarikat-syarikat GLC ini sendiri sudah bersedia dengan risiko dibuang kerja (sebab dah tak ada project)

Sumber: FB Izzuddin Yussof

Sejarah Mungkin Berulang

Tahun 1997 kita ada Krisis Kewangan Asia dan tahun 2008 pula kita ada Krisis Kewangan Global. Seolah-olah kita akan berdepan dengan satu krisis yang dahsyat setiap 10 tahun.

Adakah tahun 2018 akan ada lagi satu krisis? Krisis China-Amerika Syarikat?

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Minat Nak Jadi Remisier? Begini Caranya

Sebelum ini kami ada cerita serba sedikit tentang Best Ke Jadi Remisier? Kita dapat tahu kelebihan menjadi seorang remisier, selain daripada berkongsi ilmu dapat juga menjana pendapatan yang lumayan.

Malah Master Yus yang dahulunya dikenali sebagai seorang perempit di litar bursa, kini telah maju selangkah lagi untuk menjadi seorang remisier. Ikuti kisah beliau yang penuh inspirasi di Kisah Perempit Di Litar Bursa Kepada Seorang Remisier.

Berminat untuk menjadi remisier? Langkah pertama adalah memahami keperluan pelesenan, kelayakan dan peperiksaan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Eh, nampak macam mudah je kan? Mesti kacang putih punya.

Berkenalan Dengan Suruhanjaya Sekuriti Terlebih Dahulu

Untuk menjadi seorang remisier, kita perlu tahu dulu siapa itu Suruhanjaya Sekuriti. Kalau berkaitan bank, simpanan dan takaful kita ada Bank Negara Malaysia (BNM), kalau berkaitan bank pelaburan dan pelaburan pula kita ada Suruhanjaya Sekuriti atau Securities Commission (SC).

Siapakah Securities Commission (SC)?

Sumber gambar: The Malaysian Reserve

Untuk itu, kita rujuk kepada laman web SC untuk tahu lebih lanjut:

Ditubuhkan pada 1 Mac 1993 bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993, SC merupakan badan statutori biaya kendiri dengan kuasa penyiasatan dan penguatkuasaan. SC melapor kepada Menteri Kewangan dan akaunnya dibentangkan di Parlimen secara tahunan. SC mempunyai banyak fungsi pengawalseliaan termasuk:

  • Mengawal selia bursa-bursa, rumah-rumah penjelasan dan depositori pusat;
  • Mendaftarkan prospektus syarikat selain daripada kelab-kelab rekreasi tidak tersenarai;
  • Meluluskan terbitan bon;
  • Mengawal selia semua perkara yang berhubung kait dengan sekuriti dan derivatif;
  • Mengawal selia pengambilalihan dan percantuman syarikat-syarikat;
  • Mengawal selia semua perkara yang berkaitan dengan skim unit amanah;
  • Melesenkan dan mengawasi semua individu yang berlesen;
  • Menggalakkan kawal selia sendiri; dan
  • Memastikan perilaku yang betul di kalangan institusi pasaran dan individu berlesen.

Melaksanakan semua fungsi ini merupakan tanggungjawab besar SC dalam melindungi pelabur. Selain daripada melaksanakan fungsi kawal selia, SC juga bertanggungjawab di bawah undang-undang untuk menggalakkan dan mempromosikan pembangunan sekuriti dan derivatif di Malaysia.

Perhatikan tiga point yang terakhir tersebut, betapa pentingnya SC menitikberatkan bab lesen di dalam industri pelaburan di Malaysia.

Aktiviti Yang Memerlukan Lesen Di Malaysia

Sumber: Licensing Handbook mukasurat 10 – fail PDF

Tengok betul-betul lapan aktiviti yang digariskan oleh SC seperti di atas. Nak berurusan dengan sekuriti (saham, waran, REIT, ETF dan bon) kita kena jadi seorang remisier yang berdaftar dengan SC. Nak jual unit trust atau amanah saham pun kena daftar juga tau. Kalau nak promote dan jual Skim PRS atau Private Retirement Scheme pun kena daftar dengan SC.

Ada Syarat Nak Jadi Remisier?

Ya, terdapat beberapa syarat yang perlu dipenuhi untuk menjadi remisier atau wakil berlesen bagi aktiviti dealing in securities.

Antara syarat yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ialah:

  1. Berumur sekurang-kurangnya 21 tahun.
  2. Memenuhi kriteria fit and proper yang ditetapkan oleh SC.
  3. Memenuhi keperluan kelayakan akademik dan pengalaman kerja yang berkaitan.
  4. Lulus kombinasi modul peperiksaan SC Licensing Examinations (SCLE) yang ditetapkan bagi aktiviti dealing in securities.

Untuk mengetahui kombinasi modul peperiksaan yang diperlukan, anda boleh merujuk kepada panduan modul peperiksaan CMSRL mengikut aktiviti.

Nota: Panduan modul peperiksaan ini disediakan oleh SIDC Prep, sebuah platform persediaan peperiksaan bebas yang tidak berafiliasi, disokong atau disahkan oleh Securities Industry Development Corporation (SIDC), Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) atau Bursa Malaysia. Maklumat ini disediakan untuk tujuan rujukan sahaja. Calon hendaklah merujuk kepada sumber rasmi SC bagi mendapatkan keperluan pelesenan terkini.

Maklumat lanjut mengenai syarat kelayakan dan pelesenan boleh dirujuk dalam Licensing Handbook Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

Untuk memohon lesen sebagai wakil berlesen dalam aktiviti dealing in securities, calon perlu memenuhi kriteria kelayakan akademik, pengalaman dan kompetensi yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

Bagi keperluan peperiksaan, calon perlu lulus kombinasi modul SC Licensing Examinations (SCLE) yang ditetapkan, antaranya:

  • Modul 6 dan Modul 7
  • Modul 6 dan Modul 18
  • Modul 7 dan Modul 17
  • Modul 17 dan Modul 18

Keperluan sebenar tertakluk kepada kategori aktiviti terkawal dan kriteria pelesenan semasa SC. Calon disarankan merujuk Licensing Handbook terkini sebelum membuat permohonan.

Nak Jadi Remisier? Ini Modul Peperiksaan SCLE Yang Perlu Anda Lulus

Kebanyakan calon yang ingin menjadi remisier memilih untuk mengambil Modul 6 dan Modul 7. Tetapi, apakah yang dipelajari dalam kedua-dua modul ini?

Modul 6 – Stock Market and Securities Law (Pasaran Saham dan Undang-undang Sekuriti)

Modul 7 – Financial Statement Analysis and Asset Valuation (Analisis Penyata Kewangan dan Penilaian Aset)

Bagi tahun 2026, yuran peperiksaan SC Licensing Examinations (SCLE) ialah RM1,250 bagi setiap modul untuk calon warganegara Malaysia, termasuk calon yang menduduki peperiksaan buat kali pertama atau mengulanginya.

Calon boleh merujuk laman rasmi SIDC untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai struktur yuran, bahan pembelajaran dan peperiksaan.

Dah Pergi Kelas, Ambil Peperiksaan Pula

Selepas mengikuti kelas persediaan dan membuat ulang kaji, calon perlu menduduki peperiksaan SC Licensing Examinations (SCLE) bagi modul yang ditetapkan.

Kedua-dua Modul 6 dan Modul 7 mengandungi 60 soalan objektif (Multiple Choice Questions atau MCQ) yang perlu dijawab dalam tempoh 90 minit.

Dengan markah lulus sebanyak 60%, calon perlu menjawab sekurang-kurangnya 36 daripada 60 soalan dengan betul untuk lulus peperiksaan bagi setiap modul.

Walau bagaimanapun, calon disarankan menyemak format dan struktur peperiksaan terkini melalui laman rasmi SIDC sebelum menduduki peperiksaan.

Yuran Peperiksaan

Bagi tahun 2026, yuran peperiksaan SC Licensing Examinations (SCLE) ialah RM1,250 bagi setiap modul, untuk calon yang menduduki peperiksaan buat kali pertama atau mengulanginya.

Struktur yuran ini berkuat kuasa mulai 1 Mac 2026 hingga 28 Februari 2027. Oleh itu, calon perlu mengambil kira kos peperiksaan bagi setiap modul sebelum membuat persediaan untuk mendapatkan lesen dalam industri pasaran modal.

Sumber rasmi: SIDC – The SC Licensing Examinations

Senang Ke Nak Lulus?

Prestasi kelulusan berbeza mengikut modul dan tahun. Calon boleh meneliti kadar kelulusan terdahulu sebagai salah satu rujukan untuk merancang persediaan peperiksaan.

Sumber: Kadar kelulusan mengikut modul, 2015–2024

Nota: Maklumat kadar kelulusan peperiksaan ini dirujuk daripada SIDC Prep, sebuah laman latihan peperiksaan bebas yang tidak berafiliasi, disokong atau disahkan oleh Securities Industry Development Corporation (SIDC), Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) atau Bursa Malaysia. Data disediakan untuk tujuan maklumat dan rujukan sahaja

Didoakan supaya anda berjaya menjadi seorang remisier, dan menjadi seorang pendidik bagi membantu lebih ramai orang terbuka mata tentang pelaburan saham patuh syariah di Malaysia.

Memang nampak macam senang, tetapi realitinya kita perlu bersabar kerana ianya mengambil masa beberapa bulan juga, daripada saat pergi ke kelas, belajar daripada buku, ambil exam olok-olok, ambil exam sebenar, dan akhirnya dapat sijil mengatakan “Tahniah, Anda Lulus”!

Soalan Lazim Tentang Cara Menjadi Remisier

1. Berapa umur minimum untuk menjadi remisier?

Calon perlu berumur sekurang-kurangnya 21 tahun dan memenuhi syarat pelesenan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

2. Adakah wajib lulus Modul 6 dan Modul 7?

Tidak semestinya. Terdapat beberapa kombinasi modul SCLE yang dibenarkan bagi aktiviti dealing in securities, tertakluk kepada keperluan pelesenan SC.

3. Berapakah yuran peperiksaan SCLE pada tahun 2026?

Bagi calon warganegara Malaysia, yuran peperiksaan ialah RM1,250 bagi setiap modul untuk tempoh 1 Mac 2026 hingga 28 Februari 2027.

4. Berapa soalan dalam peperiksaan Modul 6 dan Modul 7?

Setiap modul mengandungi 60 soalan objektif yang perlu dijawab dalam tempoh 90 minit. Markah lulus ialah 60%, bersamaan sekurang-kurangnya 36 jawapan betul.

5. Berapa lama masa diperlukan untuk menjadi remisier?

Tempoh bergantung kepada persediaan calon, jadual peperiksaan, kelulusan modul dan proses permohonan lesen. Tiada satu tempoh tetap yang terpakai kepada semua calon.