Dilema Seorang Pelabur Saham Patuh Syariah Global

Alhamdulillah, semakin ramai yang celik dengan pelaburan saham patuh syariah, sama ada dalam atau luar negara.

Dengan adanya broker-broker tempatan seperti BIMB Securities, CGS-CIMB dan MIDF Invest yang menawarkan perkhidmatan akaun trading untuk kita jual beli saham global yang patuh syariah; maka semakin ramailah pelabur runcit mula menerokai pasaran saham Wall Street terutamanya.

Itu belum termasuk lagi ada beberapa aplikasi pihak ketiga yang turut menawarkan perkhidmatan menyaring saham-saham patuh syariah di peringkat global. Di antara aplikasi yang popular adalah Islamicly, Zoya dan Shariah Screener.

Setiap daripadanya menggunakan kaedah yang berbeza untuk menyaring saham-saham global ini:

• BIMB Securities menggunakan panel syariah sendiri
• CGS-CIMB menggunakan Refinitiv Eikon
• MIDF Invest menggunakan IdealRatings & ISRA
• Shariah Screener menggunakan panel syariah sendiri yang diketuai Dr Zaharuddin
• Islamicly menggunakan panel syariah sendiri
• Zoya menggunakan panel syariah sendiri

Persoalannya sekarang, kita sebagai pelabur runcit nak ikut platform yang mana satu?

Kami telah mengajukan persoalan ini kepada Ustaz Dr. Zaharuddin Abdul Rahman (UZAR).

Tak kenal siapa beliau?

UZAR telah menubuhkan Elzar Group, di mana beliau menceburi beberapa cabang perniagaan melalui syarikat-syarikatnya Elzar Shariah Solution Sdn. Bhd., Myclaaz.com, mycourse.my, Elzar Trading Sdn. Bhd., Elzar Resources. Sdn. Bhd. dan lain-lain lagi.

UZAR turut menjadi penasihat syariah kepada beberapa entiti terkemuka di antaranya Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), Exim Bank Berhad, Salam Sedania Capital Sdn. Bhd. dan banyak lagi.

Berikut merupakan nasihat beliau kepada pelabur runcit dengan membahagikan kepada beberapa tingkatan.

1. Orang Berilmu

Image by chzaib from Pixabay

Tingkatan yang tertinggi adalah mereka yang berilmu dalam bidang Shariah & pelaburan ini seperti UZAR. Beliau kena mencari dan dapatkan jawapan secara terperinci mengapa ada saham yang dianggap tidak patuh syariah berdasarkan beberapa kriteria yang telah ditetapkan.

Dalam contoh ShariahScreener yang beliau bangunkan, terdapat 9 penanda aras penilaian syariah daripada ijtihad ulama yang berbeza-beza.

Kita sebagai pengguna dapat melihat sendiri kenapa sesuatu penanda aras itu lulus dan gagal. Dengan cara itu, kita boleh membuat keputusan berdasarkan fakta yang jelas.

2. Orang Awam Yang Komited

Tingkatan kedua ini pula mereka yang yakin dan hanya berpegang kepada satu platform saja.

Sebagai contoh sekiranya beliau menggunakan platform CGS-CIMB, dan beliau yakin bahawa senarai saham global yang ada dalam platform CGS-CIMB ini telah memenuhi kriteria saham patuh syariah. Atau komited dengan AAOIFI sahaja, maka bolehlah memegang penilaian AAOFI dalam semua keadaan.

Lagipun nak beli saham yang diklasifikasikan sebagai saham tidak patuh syariah dalam CGS-CIMB tetapi patuh syariah dalam platform lain, ianya tidak dibenarkan. Dalam kes CGS-CIMB, mereka berpandukan penilaian oleh Refinitiv Eikon.

Begitu juga halnya bagi mereka yang ada akaun dengan MIDF Invest. Sekiranya kita nak jual beli saham menggunakan platform MIDF Invest, hanya saham-saham yang telah disahkan patuh syariah oleh IdealRatings & ISRA saja yang akan muncul dan dibolehkan untuk kita beli.

Secara ringkasnya, kita percaya kepada trading platform tersebut untuk membuat penilaian patuh syariah yang sewajarnya dan beli pun ikut senarai patuh syariah yang mereka berikan.

3. Orang Awam Yang Terbuka

Golongan seterusnya pula, mereka ini akan ikut mana-mana satu yang diterima tanpa memilih.

Jika dia dapat info saham itu patuh syariah dari rakan, maka dia akan ikut kerana dia sendiri tidak mempunyai akses kepada penilaian Shariah itu tadi.

4. Orang Awam Yang Nak Jalan Paling Senang

Tingkatan yang paling rendah ini adalah TIDAK digalakkan sama sekali. Golongan ini merupakan mereka yang paling mengambil ringan dan akan sentiasa berpegang kepada sesuatu yang mengharuskan.

Ianya boleh disifatkan sebagai ‘fatwa shopping’ dan memilih senarai saham patuh syariah berdasarkan nafsu semata-mata.

Tetapi dalam contoh ini beliau mungkin tidak menggunakan broker tempatan yang hanya boleh beli saham yang patuh syariah di platform tersebut saja.

Ini kerana menggunakan broker luar negara, kita boleh beli saham sesuka hati. Kita sendiri yang membuat penilaian sendiri berkenaan status patuh syariah sesebuah saham tersebut.

Sebagai contoh platform TradeStation, kita nak beli sesuatu saham. Di platform ShariahScreener ianya tak patuh syariah dan di platform Zoya pun tak patuh syariah, tetapi di platform Islamicly ianya patuh syariah. Maka kita pun menggunakan pendapat bahawa sekiranya di Islamicly saham tersebut patuh syariah, kita pun beli.

Asalkan saham tersebut patuh syariah di salah satu platform, kita gunakannya sebagai hujah untuk membeli sesuatu saham.

Sekarang anda dah tahu nak buat apa?

Dapatkan Shariah Screener Hari Ini

Kini pengguna dan peminat dunia pelaburan pasaran saham Amerika Syarikat boleh melanggan perkhidmatan ShariahScreener.com bagi memastikan pelaburan saham kita semua adalah patuh Shariah.

Seperti contoh di atas, buat masa ini (November 2022) saham Apple Inc diklasifikasikan sebagai tidak patuh syariah. Mesti ramai rasa pelik sebab bisnes utama Apple ni dah sah-sah iPhone, tetapi macam mana boleh dikategorikan sebagai tidak patuh syariah?

Sebenarnya Apple Inc juda ada income lain iaitu pendapatan faedah dan dividen. Pendapatan faedah dan dividen daripada pelaburan tidak patuh Syariah akan dibandingkan dengan hasil utama Syarikat. Bila tak lepas benchmark (contohnya 5%), maka sebab itu dia diklasifikasikan sebagai saham yang tidak patuh syariah.

Berbeza dengan saham Microsoft ($MSFT) yang masih diklasifikasikan sebagi patuh syariah.

Untuk langganan Shariah Screener, klik sini. Eksklusif kepada pembaca Majalah Labur dan The Kapital, diskaun sebanyak 5% menanti anda. Subscribe hari ini juga untuk rebut peluang ini.

Teringin nak explore pasaran saham Wall Street? Kami boleh bantu.

E-book Leaders & Laggards Edisi Bursa Malaysia yang dilancarkan sebelum ini mendapat permintaan yang sangat luar biasa dan dengan itu kami tergerak untuk menulis E-book Leaders & Laggards Wall Street.

Kami telah kenal pasti beberapa golongan yang memerlukan E-book Leaders & Laggards Wall Street ini. Sekiranya anda merupakan salah seorang daripada golongan di bawah, e-book ini adalah sangat sesuai.

  1. Baru nak mula melabur di Wall Street.
  2. Pelabur yang mencari senarai leader & laggard di Wall Street.
  3. Pengamal ilmu CANSLIM.

Sudah tentu anda ingin tahu apa yang anda akan pelajari dari e-book ini, betul tak?

Dalam e-book ini, anda akan belajar:

1. Apa Itu Leader & Laggard

2. Mengapa Perlu Mengenal Pasti Leader & Laggard

3. Cara Mengenal Pasti Kaunter Leader & Laggard

4. Contoh Perbandingan Leader & Laggard Saham Wall Street

5. Senarai 10 Sektor Saham di Wall Street

6. 100 Contoh Saham Leader & Laggard Wall Street

Miliki e-book Leaders and Laggards Wall Street sekarang -> https://thekapital.my/leaderslaggards-wallstreet

Previous ArticleNext Article

Top 5 Saham Dalam Portfolio Warren Buffett Ketika Ini

“Saham apa yang Warren Buffett pegang sekarang?”

Satu sosok yang sangat dihormati dalam dunia pelaburan saham ini tidak lain tidak bukan adalah Warren Buffett. Beliau antara pelabur saham yang sangat berjaya sehingga menjadi ikon atau tokoh dalam dunia pelaburan saham ini. 

Sumber: Investopedia

Dalam keadaan pasaran yang bercampur dan tidak menentu ini, nak tahu juga saham apa yang pemilik syarikat Berkshire Hathaway ini pegang. 

Artikel kali ini akan menyenaraikan lima pegangan saham dengan nilai terbesar dalam portofolio Warren Buffet melalui syarikat pengurusan pelaburannya, Berkshire Hathaway setakat 31 Disember 2023. 

Sebelum itu, baca: 5 Langkah Buka Akaun Saham Global Dan Mula Melabur Saham Gergasi Dunia

1. Apple Inc.

Saham syarikat Apple Inc. merupakan pegangan terbesar portfolio Berkshire Hathaway ketika ini dengan pemilikan sebanyak lebih 905 juta unit. Pegangan saham syarikat ini mewakili 50.2% daripada portfolio keseluruhan syarikat tersebut. Pegangan ini dianggarkan bernilai AS$167.565 bilion.

2. Bank Of America Corporation

Di tempat kedua pula adalah saham syarikat perbankan di Amerika syarikat, iaitu Bank Of America Corp dengan pegangan sebayak 1.032 bilion unit. Walaupun ditempat kedua, namun saham syarikat ini hanya mewakili 10% sahaja daripada portfolio keseluruhan Berkshire Hathaway. Pegangan ini dianggarkan bernilai AS$35.210 bilion.

3. American Express Company

Syarikat kredit kad terkemuka dunia, American Express adalah syarikat yang berada di tangga ketiga terbanyak dalam portfolio Berkshire Hathaway ketika ini. Dengan pemilikan sebanyak 151.61 juta unit, American Express mewakili 8.2% daripada keseluruhan portfolio syarikat konglomerat. Pegangan ini dianggarkan bernilai AS$32.226 bilion.

4. Chevron Corporation

Chevron Corporation merupakan syarikat yang menjalankan perkhidmatan minyak dan gas, iaitu Chevron Corporation. Berkshire Hathaway memiliki sebanyak 126.093 juta unit, mewakili 5.4% daripada portfolio keseluruhan syarikat. Pegangan ini dianggarkan bernilai AS$18.990 bilion.

5. Occidental Petroleum Corp

Di tangga kelima pula adalah Occidental Petroleum Corp (OXY), sebuah syarikat besar cari gali dan pengeluaran minyak dan gas dari Amerika Syarikat. Berpusat di Houston, Texas, ia beroperasi secara global, dengan tumpuan kepada cari gali dan pengeluaran hidrokarbon serta pembuatan bahan kimia. Dengan pemilikan sebanyak 248.018 juta unit, saham OXY ini mewakili 28.2% daripada keseluruhan portfolio syarikat. Pegangan ini dianggarkan bernilai AS$15.010 bilion.

Baca juga: Nak Buka Akaun CDS Global Dengan CGS-CIMB? Jom Ikut Tutorial Ini

Banyak Betul Saham Apple Dalam Portfolio Berkshire Hathaway

Jika kita rujuk artikel di atas, hampir separuh portfolio syarikat Berkshire Hathaway yang dimiliki oleh Warren Buffet ini adalah saham daripada jenama telefon pintar terkemuka dunia, iaitu Apple Inc. 

Jika anda ada dana sama banyak dengan Warren Buffet, saham apa yang anda akan jadi pegangan terbesar dalam portfolio anda?

Sumber: cnbc.com

E-book Leaders & Laggards Edisi Bursa Malaysia yang dilancarkan sebelum ini mendapat permintaan yang sangat luar biasa dan dengan itu kami tergerak untuk menulis E-book Leaders & Laggards Wall Street.

Kami telah kenal pasti beberapa golongan yang memerlukan E-book Leaders & Laggards Wall Street ini. Sekiranya anda merupakan salah seorang daripada golongan di bawah, e-book ini adalah sangat sesuai.

  1. Baru nak mula melabur di Wall Street.
  2. Pelabur yang mencari senarai leader & laggard di Wall Street.
  3. Pengamal ilmu CANSLIM.

Sudah tentu anda ingin tahu apa yang anda akan pelajari dari e-book ini, betul tak?

Dalam e-book ini, anda akan belajar:

1. Apa Itu Leader & Laggard

2. Mengapa Perlu Mengenal Pasti Leader & Laggard

3. Cara Mengenal Pasti Kaunter Leader & Laggard

4. Contoh Perbandingan Leader & Laggard Saham Wall Street

5. Senarai 10 Sektor Saham di Wall Street

6. 100 Contoh Saham Leader & Laggard Wall Street

Miliki e-book Leaders and Laggards Wall Street sekarang -> https://thekapital.my/leaderslaggards-wallstreet