Kenapa Orang Kita Sibuk Nak Melabur Di Pasaran Saham Amerika Syarikat?

Saham syarikat Tesla, iaitu syarikat pembuat kereta elektrik terbesar di dunia dan juga tenaga solar, telah mencipta pelbagai rekod pada tahun 2020 dengan peningkatan lebih 689%. Harga saham Tesla pada 12 Januari 2021 adalah USD849 seunit, sedangkan pada 13 Januari 2020; harga saham Tesla hanyalah bernilai USD103 seunit.

Peningkatan harga pasaran ini juga turut menaikkan nilai pasaran syarikat Tesla kepada USD805 bilion, sekaligus menjulang CEO syarikatnya iaitu Elon Musk sebagai manusia terkaya dunia menurut kiraan Forbes.

Saham Tesla pada 12 Januari 2021 yang naik sebanyak 4.7%, telah menaikkan kekayaan bersih Elon Musk sebanyak USD7.8 bilion kepada USD183.8 bilion. Elon Musk telah mengatasi pengasas Amazon iaitu Jeff Bezos, yang mempunyai kekayaan sebanyak USD182.4 bilion.

Bagaimana kita boleh turut serta dalam kenaikan harga saham di pasaran terbesar dunia ini? Di sinilah wujudnya saham syarikat terbesar di dunia iaitu Apple yang bernilai USD2.16 trilion, diikuti oleh 3 syarikat lain yang bernilai lebih USD1 trilion seperti Microsoft, Amazon dan Alphabet (Google). Mereka ini kemudiannya diikuti rapat oleh syarikat gergasi lain seperti Alibaba, Facebook, Johnson and Johnson, Boeing dan banyak lagi.

Demikian juga halnya dengan syarikat-syarikat pembuat vaksin terbesar di dunia seperti Pfizer, Moderna, BionTech dan banyak lagi. Kita pun tahu pandemik Covid-19 telah menyebabkan permintaan terhadap saham-saham berkaitan penjagaan kesihatan dan vaksin meningkat dengan mendadak.

Pelbagai IPO syarikat yang hebat seperti AirBnb menyaksikan lonjakan harga di hari pertama ianya disenaraikan, dari USD68 naik ke USD165.

Mengapa Kena Melabur Di Pasaran Saham Amerika Syarikat?

Mengapa kita perlu mempertimbangkan secara serius untuk melabur di dalam pasaran terbesar dunia ini?

1. Ia pasaran terbesar di dunia dan menawarkan penyertaan ke dalam syarikat-syarikat terkenal dan paling kukuh di dunia.

2. Pelabur dari satu dunia menyertai pasaran saham ini dengan jumlah dagangan yang sangat besar berbanding mana-mana negara lain di dunia. Ini menjadikan tahap kecairannya adalah sangat baik dan mudah didagangkan.

3. Pasaran Amerika Syarikat juga mempunyai tempoh waktu dagangan yang lebih lama iaitu 4 jam (Pre-Market) sebelum pasaran biasa dibuka (8 jam) dan 4 (Post-Market) selepas ditutup. Ini menjadikan ia lebih mesra pelabur dari serata dunia dengan 16 jam waktu dagangan.

Pengurus dana tersebar Malaysia, KWSP turut melabur di pasaran luar negara khususnya di Amerika Syarikat serta memperolehi pendapatan lumayan bagi agihan dividen kepada pencarum kemudiannya.

Baca juga :
1. Top 5 Saham Patuh Syariah Paling Untung Di S&P 500 Tahun 2020
2. Top 5 Saham Sektor Kesihatan Paling Untung Di Wall Street Bagi Tahun 2020

Status Patuh Shariah Di Amerika Syarikat?

Apa yang mungkin menjadi persoalan adalah bagaimana seseorang pelabur mengetahui status kepatuhan Shariah bagi syarikat yang tersenarai di pasaran Amerika Syarikat, khususnya NASDAQ dan S&P 500?

Kini, bersumberkan kajian mendalam oleh para penganalisa yang berpusat di Malaysia, para pelabur sudah boleh mencari dan mengenalpasti status Shariah melalui laman web ShariahScreener.com, satu servis kewangan yang disediakan oleh syarikat Elzar Shariah Solution Sdn Bhd. Ianya diketuai oleh Dr Zaharuddin Abd Rahman, beliau yang merupakan Penasihat Shariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan Shariah Scholar di Bursa Marketplace.

Ketika ini, laman web ShariahScreener.com telah menapis secara automatik dan manual terhadap lebih daripada 4,000 saham di Nasdaq dan 506 saham di S&P 500.

Tapisan pula dilaksanakan melalui dua peringkat iaiatu tapisan jenis bisnes (Business Activity Screening) diikuti dengan tapisan nisbah kewangan (Financial Ratio).

Maka hasil bagi setiap tapisan disusun dalam bentuk berikut:

Hasil keputusan tapisan hasil perniagaan syarikat Apple

Bahagian atas menyaksikan hasil tapisan jenis perniagaan dan menganalisa jumlah pendapatan tidak patuh Shariah yang diperolehi oleh syarikat. Ianya mestilah kurang daripada 5% dari hasil tahun tersebut.

Sekiranya itu berlaku, kesemua 9 piawaian ini akan mendapat tanda gagal,  maka saham terbabit dianggap tidak patuh Shariah. Namun sekiranya ada satu sahaja standard yang menganggapnya lulus, pelabur boleh membuat keputusan sendiri sama ada untuk melihat keputusan tapisan segmen kedua iaitu Financial Ratio.

Hasil keputusan tapisan nisbah kewangan syarikat Apple

Bagi bahagian kedua ini, terdapat 9 jenis piawaian digunakan daripada pelbagai benua dan kumpulan ulama Shariah. Sekiranya terdapat satu sahaja yang lulus sekalipun, pelabur sudah dikira boleh memilih saham terbabit.

Apa yang menarik adalah selain daripada keputusan hasil tapisan status Shariah, pengguna juga turut dibekalkan dengan maklumat penting syarikat yang didisenaraikan. Ini termasuklah profil syarikat, data kewangan dan carta terkini pengerakan harga saham. Ini tentunya akan memudahkan kita membuat keputusan.

Dapatkan Shariah Screener Hari Ini

Kini pengguna dan peminat dunia pelaburan pasaran saham Amerika Syarikat boleh melanggan perkhidmatan ShariahScreener.com bagi memastikan pelaburan saham kita semua adalah patuh Shariah.

Untuk langganan Shariah Screener, klik sini. Eksklusif kepada fans Majalah Labur dan The Kapital, diskaun sebanyak 5% menanti anda. Subscribe hari ini juga untuk rebut peluang ini.

Ramai di kalangan kita yang dah biasa melabur di Bursa Malaysia, mungkin sudah tiba masanya kita belajar jual beli saham global pula.

First Step Melabur Di Wall Street

Dah lama pendam niat nak melabur saham di Wall Street?
Nak ada pegangan saham syarikat yang terkemuka di dunia seperti FacebookGoogleTesla dan banyak lagi?
Nak merasa buat duit ekstra dalam USD?

Kami tahu kebanyakan buku-buku yang dijual di pasaran adalah dalam Bahasa Inggeris dan susah nak difahami…

Jangan risau…

Demi followers yang disayangi, kami hasilkan e-book yang mudah difahami.

Tak kira anda pelabur baru atau lama, e-book ini memang sesuai untuk anda.

Dalam e-book ini, anda akan belajar:
• 3 indeks yang ada di Wall Street
• Cara jual beli saham di Wall Street
Cara pilih saham-saham yang berkualiti
• Cara pilih saham mengikut kriteria
• Teknik yang berkesan untuk beli saham Wall Street
• Cara menentukan saham patuh syariah atau tidak
 Kenali broker-broker yang ada untuk jual beli saham Wall Street
• Dua screener percuma

Dapatkannya sekarang di -> eBook Dari Malaysia Ke Wall Street

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Top 5 Saham Dalam Portfolio Warren Buffett Ketika Ini

“Saham apa yang Warren Buffett pegang sekarang?”

Satu sosok yang sangat dihormati dalam dunia pelaburan saham ini tidak lain tidak bukan adalah Warren Buffett. Beliau antara pelabur saham yang sangat berjaya sehingga menjadi ikon atau tokoh dalam dunia pelaburan saham ini. 

Sumber: Investopedia

Dalam keadaan pasaran yang bercampur dan tidak menentu ini, nak tahu juga saham apa yang pemilik syarikat Berkshire Hathaway ini pegang. 

Artikel kali ini akan menyenaraikan lima pegangan saham dengan nilai terbesar dalam portofolio Warren Buffet melalui syarikat pengurusan pelaburannya, Berkshire Hathaway setakat 31 Disember 2023. 

Sebelum itu, baca: 5 Langkah Buka Akaun Saham Global Dan Mula Melabur Saham Gergasi Dunia

1. Apple Inc.

Saham syarikat Apple Inc. merupakan pegangan terbesar portfolio Berkshire Hathaway ketika ini dengan pemilikan sebanyak lebih 905 juta unit. Pegangan saham syarikat ini mewakili 50.2% daripada portfolio keseluruhan syarikat tersebut. Pegangan ini dianggarkan bernilai AS$167.565 bilion.

2. Bank Of America Corporation

Di tempat kedua pula adalah saham syarikat perbankan di Amerika syarikat, iaitu Bank Of America Corp dengan pegangan sebayak 1.032 bilion unit. Walaupun ditempat kedua, namun saham syarikat ini hanya mewakili 10% sahaja daripada portfolio keseluruhan Berkshire Hathaway. Pegangan ini dianggarkan bernilai AS$35.210 bilion.

3. American Express Company

Syarikat kredit kad terkemuka dunia, American Express adalah syarikat yang berada di tangga ketiga terbanyak dalam portfolio Berkshire Hathaway ketika ini. Dengan pemilikan sebanyak 151.61 juta unit, American Express mewakili 8.2% daripada keseluruhan portfolio syarikat konglomerat. Pegangan ini dianggarkan bernilai AS$32.226 bilion.

4. Chevron Corporation

Chevron Corporation merupakan syarikat yang menjalankan perkhidmatan minyak dan gas, iaitu Chevron Corporation. Berkshire Hathaway memiliki sebanyak 126.093 juta unit, mewakili 5.4% daripada portfolio keseluruhan syarikat. Pegangan ini dianggarkan bernilai AS$18.990 bilion.

5. Occidental Petroleum Corp

Di tangga kelima pula adalah Occidental Petroleum Corp (OXY), sebuah syarikat besar cari gali dan pengeluaran minyak dan gas dari Amerika Syarikat. Berpusat di Houston, Texas, ia beroperasi secara global, dengan tumpuan kepada cari gali dan pengeluaran hidrokarbon serta pembuatan bahan kimia. Dengan pemilikan sebanyak 248.018 juta unit, saham OXY ini mewakili 28.2% daripada keseluruhan portfolio syarikat. Pegangan ini dianggarkan bernilai AS$15.010 bilion.

Baca juga: Nak Buka Akaun CDS Global Dengan CGS-CIMB? Jom Ikut Tutorial Ini

Banyak Betul Saham Apple Dalam Portfolio Berkshire Hathaway

Jika kita rujuk artikel di atas, hampir separuh portfolio syarikat Berkshire Hathaway yang dimiliki oleh Warren Buffet ini adalah saham daripada jenama telefon pintar terkemuka dunia, iaitu Apple Inc. 

Jika anda ada dana sama banyak dengan Warren Buffet, saham apa yang anda akan jadi pegangan terbesar dalam portfolio anda?

Sumber: cnbc.com

E-book Leaders & Laggards Edisi Bursa Malaysia yang dilancarkan sebelum ini mendapat permintaan yang sangat luar biasa dan dengan itu kami tergerak untuk menulis E-book Leaders & Laggards Wall Street.

Kami telah kenal pasti beberapa golongan yang memerlukan E-book Leaders & Laggards Wall Street ini. Sekiranya anda merupakan salah seorang daripada golongan di bawah, e-book ini adalah sangat sesuai.

  1. Baru nak mula melabur di Wall Street.
  2. Pelabur yang mencari senarai leader & laggard di Wall Street.
  3. Pengamal ilmu CANSLIM.

Sudah tentu anda ingin tahu apa yang anda akan pelajari dari e-book ini, betul tak?

Dalam e-book ini, anda akan belajar:

1. Apa Itu Leader & Laggard

2. Mengapa Perlu Mengenal Pasti Leader & Laggard

3. Cara Mengenal Pasti Kaunter Leader & Laggard

4. Contoh Perbandingan Leader & Laggard Saham Wall Street

5. Senarai 10 Sektor Saham di Wall Street

6. 100 Contoh Saham Leader & Laggard Wall Street

Miliki e-book Leaders and Laggards Wall Street sekarang -> https://thekapital.my/leaderslaggards-wallstreet