Kenapa Senjata Nuklear Mendapat Tempat Di Kalangan Pelabur?

Senjata nuklear merupakan senjata pemusnah paling bahaya yang pernah wujud dalam dunia pada masa kini. Kita boleh melihat sendiri bagaimana senjata nuklear meledak di Hiroshima dan Nagasaki pada tahun 1945 yang mana berjaya menamatkan perang dunia kedua dan menjadikan negara Jepun sebagai sekutu kuat kepada negara barat.

Sumber: NDTV

Disebabkan senjata ini membawa kemusnahan yang besar kepada tamadun dunia pada era moden, hanya beberapa negara di dunia sahaja yang memiliki kemampuan untuk mengawal penggunaan senjata berbahaya ini. Hanya 9 negara dalam dunia ini yang mempunyai senjata berkuasa nuklear mereka sendiri di mana Amerika Syarikat dan Rusia merupakan negara yang paling banyak mempunyai bilangan stok peledak berkuasa nuklear.

Sumber: Milwaukee Independent

Walaupun senjata ini memberi kesan negatif kepada umat manusia, ini tidak menghalang negara-negara kuasa nuklear melakukan pelaburan yang tinggi ke dalam sektor ini. Negara seperti Amerika Syarikat, Britain, Perancis dan India membenarkan pihak swasta membangunkan teknologi senjata nuklear bagi negara tersebut manakala Rusia, Korea Utara, Israel, Pakistan dan China hanya dimiliki oleh pihak kerajaan.

Bagi negara besar yang mempunyai pengaruh seperti Amerika Syarikat dan Rusia, mereka berlumba-lumba membangunkan teknologi senjata. Di Amerika Syarikat mempunyai beberapa buah syarikat pertahanan yang popular seperti Lockheed Martin, Northrop Grumman ,Raytheon, General Dynamics, dan Honeywell International membangunkan senjata nuklear dan syarikat ini mengapungkan saham mereka di Wall Street.

Bagi syarikat pertahanan swasta di Amerika Syarikat, mereka mendapat kontrak yang lumayan dari kerajaan dalam membangunkan teknologi senjata nuklear era moden dan syarikat Northrop Grumman pada tahun lepas merupakan syarikat yang paling banyak mendapat keuntungan disebabkan memperolehi kontrak pertahanan bernilai $ 13.3 billion dari kerajaan Amerika Syarikat untuk pembagunan senjata nuklear.

Kebayakan syarikat pertahanan swasta yang popular di Amerika Syarikat telah mendapat ‘lampu hijau’ dari kerajaan Amerika Syarikat dalam membangunkan senjata nuklear era baru yang dikenali sebagai hypersonic weapon. Di mana senjata ini merupakan senjata yang sama dibangunkan oleh persaing Amerika Syarikat iaitu Rusia dan China.

Mengikut pandangan CEO Raytheon, Amerika Syarikat telah ketinggalan ke belakang dalam perlumbaan membangunkan tekonologi hypersonic weapon berbanding China dan Rusia. Disebabkan perkara tersebut, Amerika Syarikat dikatakan sangat terdesak untuk membangunkan teknologi ini bagi menyaingi kedua-dua negara kuasa nuklear.

Kuasa nuklear selain membawa kemudaratan, ia juga memberi manafaat kepada umat manusia. Tenaga nuklear yang boleh dikawal memberi manafaat melalui penjanaan tenaga elektrik. Selain itu juga, tenaga nuklear adalah tenaga yang paling bersih di mana tidak membebaskan sebarang kesan karbon ke alam sekitar. Walaupun begitutidak banyak negara maju menjadikan tenaga ini sebagai satu altenatif untuk menghasilkan tenaga elektrik memandangkan risiko yang tinggi jika berlaku kemalangan ke atas loji nuklear seperti yang pernah berlaku di Chernobyl.

Sumber: The Lancet

Antara negara yang menolak penggunaan tenaga nuklear ini adalah negara Jerman. Walaupun negara tersebut mempunyai reaktor nuklear mereka yang tersendiri dan mempunyai kepakaran yang tinggi dalam membangunkan kuasa nuklear, penduduk Jerman sebulat suara menentang penggunaaan tenaga nuklear untuk kegunaan domestik di dalam  negara tersebut secra berterusan untuk masa depan. Ini kerana bagi rakyat Jerman, mereka melihat lebih banyak keburukan yang bakal mereka perolehi pada masa hadapan bila berdepan dengan sisa nuklear. Oleh yang demikian, Jerman menggunakan tenaga gas asli dan petroleum yang dibekalkan dari Rusia untuk kegunaan industri dan harian rakyat mereka.

Industri tenaga nuklear dapat menjana pendapatan yang tinggi bagi syarikat yang terlibat dalam bidang ini. Amerika Syarikat membelanjakan sebanyak $100 billion untuk mana-mana syarikat negara mereka bagi membangunkan peluru berpandu berkuasa nuklear. Syarikat yang menyediakan teknologi ini turut menjadi pilihan para pelabur yang berdagang di Wall Street semenjak krisis perang di Ukraine melanda pada bulan Februari tahun ini.

Sumber: Forbes

Banyak syarikat yang mendapat durian runtuh hasil dari peperangan Rusia menakluk Ukraine. Kontrak persenjataan yang melibatkan teknologi nuklear ini dilihat memberi peluang yang cerah kepada mana-mana pelabur yang melabur dalam industri ini walaupun ia memberi sedikit kontroversi. 

Baca juga:

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni setiap masa. Yang penting kita tahu caranya dan aplikasikan dengan betul.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress

Insya-Allah berbaloi……
Sesi baharu BAKAL dibuka!! Pra-daftar dahulu untuk dapat diskaun Early-Bird dan jadi terawal yang dapat info.

Previous ArticleNext Article

Mr DIY Group: Ruang Margin Terbukti Membantu

Saranan BELI dan harga sasar (TP) MYR2.20 kekal, potensi kenaikan harga saham 29% dan kadar dividen 6%

Keputusan 1Q26 yang dicatatkan oleh Mr DIY Group dianggap menepati jangkaan, dengan sokongan daripada faktor dorongan margin untung kasar (GPM), SSSG yang positif dan usaha pengembangan cawangan yang berterusan. Kami berpendapat bahawa kenaikan harga saham YTD masih berpeluang menaik, memandangkan kedudukannya untuk mendapat manfaat daripada potensi perbelanjaan pengguna yang beralih kepada barangan berharga lebih murah tatkala harga tenaga sedang meningkat, disebabkan oleh keupayaannya untuk mengekalkan harga jualan. Pengembangan ROE, yang berpunca daripada bayaran dividen yang tinggi, juga patut mewajarkan jurang penilaian yang lebih kecil berbanding syarikat-syarikat pesaing bermodal besar lain.

Keputusan 1Q26 MRDIY secara amnya mencapai jangkaan

Dengan mengambil kira faktor musim dan risiko perbelanjaan pengguna lebih perlahan akan datang. Untung bersih sebanyak MYR192j (+10% YoY) merangkumi 27% dan 28% daripada ramalan kami dan konsensus. Selepas keputusan diumumkan, kami tidak mengubah ramalan perolehan dan TP MYR2.20 yang diperoleh melalui kaedah DCF, (termasuk premium ESG 4%) yang membawa nilai P/E FY26F 29x – iaitu sedikit melepasi paras purata lima tahun saham ini.

Rumusan keputusan

Secara YoY, hasil 1Q26 menokok 9% kepada MYR1.4bn, disokong oleh tambahan kedai baru secara bersih (+123 kepada 1583 cawangan) manakala SSSG direkodkan pada 1.6% – iaitu kekal positif buat dua suku tahun berturut-turut. GPM 1Q26 berkembang 0.8ppts kepada 48.6%, iaitu melepasi bayangan oleh pihak pengurusan disebabkan oleh FX yang menguntungkan.

Dengan opex berada bawah kawalan yang berhemat, untung bersih 1Q26 bertumbuh 10% kepada MYR192j dengan margin menaik sedikit kepada 14%. Secara QoQ, hasil 1Q26 adalah 7% lebih tinggi tetapi untung bersih melambung 17% disebabkan oleh komposisi produk yang lebih baik dan keumpilan operasi yang dipacu oleh musim perayaan Tahun Baru Cina. DPS pertama sebanyak 1.6 sen (nisbah bayaran 79%) diumumkan, iaitu lebih tinggi berbanding 1.4 sen pada 1Q25.

Prospek

Pihak pengurusan memberi bayangan impak yang terkawal daripada kesan-kesan pertelingkahan di Asia Barat setakat ini. Ia memanfaatkan kekukuhan kunci kira-kiranya dan kuasa tawar-menawar untuk mengoptimumkan kos unit, dengan dibantu lagi oleh nilai MYR yang kukuh. Dengan itu, MRDIY telah melancarkan kempen jaminan harga (Rajah 2), yang patut menarik penggunapengguna yang mementingkan nilai dalam persekitaran inflasi. Sementara itu, pengembangan operasi di Malaysia Timur sedang semakin rancak dengan 15% pembukaan kedai baharu akan dibuat di sana (berbanding 11-12% pada tahuntahun kebelakangan ini).

Hal ini akan memberi petanda baik oleh sebab tahap keberuntungan yang tinggi di kedai-kedai di Malaysia Timur, kerana landskap persaingan di sana kurang sengit. Tambahan itu, MRDIY akan memperluaskan penyertaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada kira-kira 250 kedai menjelang 1H26, yang seharusnya membantu meningkatkan jumlah kunjungan. Semasa taklimat yang diadakan, pihak pengurusan menegaskan tekadnya untuk mengekalkan bayaran dividen yang besar, yang bakal disokong oleh program sukuknya. Perkara ini menyebabkan kami menaikkan andaian nisbah bayarannya.

Risiko yang boleh menjejaskan saranan

Termasuk pelan pengembangan berdepan kelewatan besar dan sentimen pengguna yang berterusan lemah.

Asas Penilaian

Aliran Tunai Terdiskaun (DCF)

Faktor Pemacu Utama

i. Pengembangan kedai
ii. SSSG kukuh
iii. Pertumbuhan bahagian pasaran

Risiko Utama

i. Gangguan bekalan
ii. Kejadian epidemik atau penularan jangkitan atau penyakit
iii. Persaingan yang rancak

Profil Syarikat

Mr DIY Group merupakan syarikat peruncit barangan penambahbaikan rumah terbesar di Malaysia dengan
anggaran penguasaan pasaran sebanyak 25.4% dari segi hasil pada 2018. Kumpulan ini terlibat dalam perniagaan barangan penambahbaikan rumah dan penjualan barang niaga secara besar-besaran di Malaysia dan di Brunei.

Sekilas Pandang Keputusan

Carta Saranan

Penganalisis
Soong Wei Siang +603 2302 8130 ([email protected])

Penafian :
Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.