Konsep ‘Margin of Safety’ Yang Diperkenalkan Benjamin Graham

Ada ke yang tak kenal dengan Benjamin Graham? Kalau tak kenal, kena baca Siapakah Gerangan Benjamin Graham, The Intelligent Investor?

Kalau nak tahu, Benjamin Graham lebih menyerlah berbanding pelabur lain yang sezaman dengannya. Beliau sudah menulis mengenai tingkah laku dalam ekonomi, yang membawa kepada pembelajaran  ‘bagaimana psikologi dapat memberi kesan terhadap tindakan dalam dunia pelaburan’.

Buku Security Analysis diterbitkan bersamaan tarikh Daniel Kahneman memulakan karier dalam ekonomi. Benjamin Graham terlebih dahulu dapat mengenalpasti bagaimana kognitif dan emosional biases, dapat memberi impak kepada pelabur, untuk menjual pegangan saham mereka.

Benjamin Graham menerangkan bahawa kes seperti saham General Electric yang bernilai $1.87 bilion pada tahun 1937, dan hanya tinggal $784 juta setahun kemudian. Beliau merumuskan bahawa kejatuhan dan kenaikan sentiasa berkait rapat dengan sifat greed(tamak) dan fear(takut).

Ketika buku Security Analysis diterbitkan, Dow Jones di dagangkan pada 100 mata. Kini selepas 85 tahun dan telah mencapai harga dagangan sekitar 28,000 mata. Ianya telah mendatangkan pulangan lebih kurang 300% dalam setahun (tidak termasuk keuntungan dividen).

Dan sepanjang tempoh tersebut, beberapa pelabur terkenal telah mengamalkan falsafah pelaburan Margin Of Safety, yang diperkenalkan kepada orang ramai oleh Benjamin Graham.

Dalam konteks yang paling mudah untuk kita faham, Margin Of Safety bermaksud saham yang sedang berada dalam keadaan diskaun iaitu harga semasa jauh lebih rendah berbanding nilai yang sepatutnya.

Beliau sangat suka saham yang jauh lebih rendah berbanding sebelumnya. Dalam erti kata lain, kita beli pada harga diskaun, di mana harga saham dah betul-betul berada di lantai dan sukar untuk ke bawah lagi.

“Some extraordinary results could have been obtained since 1933 by buying each year the shares of the six companies in the Dow Jones Industrial Average which sold at the lowest multiplier of their recent earnings.”

Benjamin Graham

Benjamin Graham dikenang seperti ‘tugu peringatan Mount Rushmore‘ dalam dunia pelaburan. Bakti yang disumbangkan kepada orang ramai dalam dunia pelaburan, akan sentiasa menjadi lambang kredibiliti imej beliau.

Terlalu banyak yang kita boleh pelajari daripada beliau. Pelajaran yang beliau berikan di kelas pelaburan beliau, telah dibukukan dan akan hidup selama-lamanya. Walaubagaimanapun, kita juga boleh belajar daripada kesilapan yang beliau lakukan dalam pelaburan saham.

Contohnya mengambil iktibar bahawa bukan semua perkara mampu diselesaikan dengan cara Value Investing. Benda yang murah, berupaya untuk menjadi lebih murah. Begitu juga sesuatu yang mahal, boleh jadi lebih mahal.

Margin Of Safety masih mempunyai potensi untuk berlaku kesilapan. Agak mustahil untuk kita membuat jangkaan tanpa mengetahui situasi yang akan terjadi di masa hadapan. Ibarat jika kita ambil seorang remaja secara rawak tanpa mengetahui nilai ketinggian dan berat badannya, sedikit sukar untuk kita kelaskan mereka sebagai obesiti atau sebaliknya.

Iklan
Iklan
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!