Laptop Idaman Trader Saham

Bila sebut saja seorang full-time trader saham, kita dah boleh terbayangkan seseorang yang duduk di depan komputer sambil melihat 3-4 buah monitor/skrin.

Satu skrin untuk tengok platform, satu skrin untuk tengok chart, satu skrin untuk tengok heartbeat monitor, satu lagi skrin untuk tengok Facebook, eh.

Meja kena cukup besar untuk meletakkan komputer kita, monitor pula disambung dengan ‘tangan-tangan’ bagi menghubungkan kesemuanya.

Serabut pun ada, tapi itulah setup yang diperlukan oleh seorang trader saham tegar.

Laptop Aurora 7 Dengan 7 Skrin

Kredit Gambar: Twitter

Baru-baru ini, syarikat Expanscape telah menghasilkan sebuah prototaip lapton yang bernama Aurora 7 yang menampilkan 6 skrin tambahan, dengan setiap satu skrin mempunyai paparan dan aplikasinya tersendiri.

Dengan skrin utama sebesar 17.3-inci dengan resolusi 4K, tiga lagi skrin turut dilengkapi dengan skrin dengan saiz yang sama. Manakala skrin atas sebelah kiri dan kanan pula menampilkan saiz 7-inci dengan resolusi 1200p.

Terakhir sekali, ada skrin 7-inci dengan resolusi 1200p juga yang terdapat di pergelangan tangan.

Prototaip ini mempunyai berat 26 paun atau ~11.8 kilogram dengan ketebalan 4.3 inci. Tengok gambar pun dah rasa kebesaran dan gahnya laptop ini.

Dikuasakan oleh kad grafik Nvidia GTX 1060, pemproses Intel i9-9900K dan memori sebanyak 64GB. Katanya nanti akan ada pula model yang dilengkapi dengan Nvidia RTX 2070, pemproses AMD Ryzen 9 3950x atau Intel i9-10900K.

Bateri pula hanya tahan selama sejam sebelum kena sambungkannya ke sumber tenaga yang berhampiran. Bateri dengan kapasiti 148Wh pula katanya melebihi apa yang kita boleh bawa bersama di dalam kapal terbang, maka akan timbul masalah lain pula kalau kita nak bawa bersama-sama.

Sekiranya anda berminat, kita kena daftar dulu dengan Expanscape untuk menempah prototaip tersebut, tetapi perlu menandatangani ‘non-disclosure agreement’ yang menghalang kita daripada berkongsi dengan orang ramai berapa harga laptop Aurora 7 ini.

Sumber Rujukan: The Verge

1,000 Akaun CDS Percuma Dengan Tuan Izrul, Remisier Malacca Securities (M Plus)

This image has an empty alt attribute; its file name is Izrul-Zainal-Abidin1-700x933.jpg

Tuan Izrul berpengalaman luas dalam pelaburan saham sebagai seorang remisier dan pernah memenangi Anugerah Bursa Malaysia Top Remisier pada tahun 2018. Beliau juga merupakan Naib Presiden Persatuan Remisier Bumiputra (PRIBUMI).

Beliau juga pernah menjadi seorang speaker Antarabangsa apabila berucap di Persidangan IFTA tahun 2018. Tuan Izrul juga pernah menjadi hos rancangan Nadi Ekuiti di Bernama News Channel.

Dan khusus untuk pembaca setia Majalah Labur, Tuan Izrul berbesar hati untuk menawarkan 1,000 akaun CDS percuma dengan Malacca Securities atau lebih dikenali sebagai M Plus.

Dapat juga berjimat RM10 dan bernaung di bawah seorang remisier yang hebat dan berpengalaman. M Plus pula merupakan broker yang menawarkan di antara brokerage fee yang terendah di dalam pasaran, memang tak rugi sekiranya anda buka dengan beliau.

Dapatkan CDS percuma anda dengan Tuan Izrul hari ini, cuma ikut langkah-langkah di sini -> https://www.majalahlabur.com/1000CDSPercuma

Secara ringkasnya:

1. Untuk pendaftaran, gunakan link: https://registration.mplusonline.com/?ref-id=R398

2) Semasa mendaftar, masukkan:
DR Code: R398
Reference Code: WM-REMREF-DON

Anda perlu membayar RM10 terlebih dahulu. Apabila akaun dah siap, hubungi Tuan Izrul di 012-9200931 untuk mendapatkan refund tersebut.

Iklan

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

5 Strategi Apple Dalam Membina Jenama Sehingga Dikenali Seluruh Dunia

Siapa yang tak kenal dengan nama Apple yang merupakan jenama yang sangat popular di dunia? Setiap kali iPhone baru dilancarkan, setiap kali iPad baru keluar, maka ribuan manusia yang sanggup beratur untuk jadi orang pertama yang mendapatkannya.

Walaupun harganya lebih mahal daripada produk daripada jenama lain, tetapi Apple mempunyai ramai peminat setia.

Tahukah anda strategi yang mereka gunakan dalam membina jenama Apple tersebut?

Jom kita lihat beberapa strategi yang Apple gunakan untuk membina jenama mereka sehingga dikenali di seluruh dunia.

1. Harga vs Nilai

Walaupun banyak jenama lain sering menjalankan pelbagai promosi, Apple memilih untuk tetap dianggap sebagai jenama mewah. Sebagai contoh, setelah pelanggan membeli produk daripada Apple, mereka merasa seperti mereka mempunyai sesuatu yang bernilai, tahan lama dan berkualiti.

Apple membuatkan penggunanya setia kepada produk Apple dengan menawarkan pelbagai pengalaman menakjubkan kepada para pelanggannya. Pendek kata, walaupun ianya mahal tetapi harga yang dibayar adalah setanding dengan nilai yang mereka terima.

2. Mesra Pengguna

Image by Jan Vašek from Pixabay

Apple biasanya akan mengambil maklum balas produk mereka daripada pengguna yang telah menggunakannya. Hasilnya, produk mereka tidak memerlukan masa yang lama untuk belajar cara untuk menggunakannya.

Malah anak kecil pun dengan mudah boleh kendalikan produk keluaran Apple, memang mesra pengguna sangat.

Dan sekiranya ada masalah, mereka akan bertanggungjawab dan menyelesaikannya dengan secepat mungkin.

3. Menerangkan Produk Mereka Dengan Ayat Yang Mudah

Kita ketahui bahawa Apple biasanya meyakinkan kepada para pelanggan bahawa produk mereka sangat istimewa. Mereka akan menerangkan dengan seringkas mungkin dan membuatkan pelanggan mudah untuk faham tentang ciri-ciri dan fungsi produk keluaran Apple.

Tiada istilah atau jargon yang berat-berat, semuanya dalam bahasa mudah dan santai.

4. Ada Komuniti Tersendiri

Photo by Pixabay from Pexels

Apple juga menggalakkan perkembangan komuniti Apple bagi membuat pengguna produk mereka berasa seperti sebahagian daripada keluarga Apple. Mereka juga rajin berkongsi masalah dan penyelesaian yang biasa berlaku.

Cuba juga lihat gambar selfie pengguna telefon pintar Apple, pasti mereka akan memaparkan logo Apple yang menunjukkan bahawa mereka bangga menjadi pengguna Apple.

Satu daripada empat pengguna Apple mengatakan bahawa mereka memilih produk Apple kerana rakan mereka juga memilikinya.

5. Buat Produk Seringkas Mungkin

Setiap produk yang dikeluarkan Apple termasuklah telefon pintar, komputer, komputer riba, jam tangan, tablet dan bermacam-macam lagi amat mudah untuk digunakan.

Penggunaannya amat ringkas dan tidak merumitkan, sesiapa saja boleh menggunakannya walaupun bukan tech savvy.

Sumber Rujukan: Medium

Tahukah anda bahawa saham Apple disenaraikan di pasaran saham Amerika Syarikat dan kita boleh beli saham mereka dengan minimum 1 unit saja?

First Step Melabur Di Wall Street

Dah lama pendam niat nak melabur saham di Wall Street?
Nak ada pegangan saham syarikat yang terkemuka di dunia seperti FacebookGoogleTesla dan banyak lagi?
Nak merasa buat duit ekstra dalam USD?

Kami tahu kebanyakan buku-buku yang dijual di pasaran adalah dalam Bahasa Inggeris dan susah nak difahami…

Jangan risau…

Demi followers yang disayangi, kami hasilkan e-book yang mudah difahami.

Tak kira anda pelabur baru atau lama, e-book ini memang sesuai untuk anda.

Dalam e-book ini, anda akan belajar:
• 3 indeks yang ada di Wall Street
• Cara pilih saham-saham yang berkualiti
• Cara pilih saham mengikut kriteria
• Teknik yang berkesan untuk beli saham Wall Street
• Cara menentukan saham patuh syariah atau tidak
 Kenali broker-broker yang ada untuk jual beli saham Wall Street
• Dua screener percuma

Dapatkannya sekarang di -> eBook Dari Malaysia Ke Wall Street

Iklan

Majalah Labur