
Sub Topik
Apabila bercakap mengenai pelaburan, ramai yang sangat teruja. Ini kerana topik pelaburan merupakan satu topik yang menjadi perbualan hangat sejak kebelakangan ini. Namun, terdapat ramai rakyat Malaysia yang teruja dengan skim pelaburan yang ditawarkan sehingga mereka lupa untuk mengutamakan skim pelaburan yang halal dan patuh Syariah. Sebagai umat Islam, adalah wajib untuk kita melabur dalam pelaburan yang patuh Syariah dan mengelakkan pelaburan yang mengandungi unsur riba, gharar dan maysir.
Di Malaysia, terdapat proses tapisan dan pengenalpastian saham patuh Syariah yang dikenali sebagai saringan Syariah. Proses ini dijalankan oleh Majlis Penasihat Syariah (SAC) dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Proses ini dilakukan dua kali setiap tahun pada setiap bulan Mei dan November. Pelabur juga boleh merujuk laman web rasmi Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) untuk mendapat maklumat tentang senarai terkini saham patuh Syariah.
Apakah Kelebihan Pelaburan Patuh Syariah?

Kelebihan pertama melabur dalam pelaburan patuh Syariah ialah ketelusan. Pelabur dalam dana ekuiti Islam mengharapkan tahap ketelusan yang tinggi. Walau bagaimanapun, jika salah satu objektif utama dana adalah mematuhi syariah, pengurus dana haruslah mengambil tahu mengenai industri dan syarikat yang mereka melabur.
Seterusnya, penyaringan kewangan juga merupakan salah satu kelebihan pelaburan patuh Syariah. Sebahagian dari proses penyaringan untuk menentukan sama ada sebuah aset ekuiti itu patuh syariah melibatkan pertimbangan kewangan syarikat, termasuk jumlah hutang yang dimiliki. Dana ekuiti Islam mengelakkan pelabur untuk melabur dalam syarikat yang mempunyai jumlah hutang yang tinggi. Oleh itu, dana Islam dianggap lebih konservatif dan kurang berisiko daripada dana ekuiti konvensional.
Kelebihan ketiga ialah diversifikasi iaitu pelabur membuat pelaburan dalam mana-mana dana atau membeli aset dari pelbagai syarikat bagi mengurangkan risiko kehilangan modal. Risiko kehilangan modal ini boleh berlaku apabila berlakunya sesuatu bencana kepada syarikat dan syarikat terpaksa mengisytiharkan muflis atau berhenti beroperasi.
Akhir sekali, kelebihan melabur dalam pelaburan patuh Syariah ialah kecairan atau liquidity. Kelebihan melabur dalam unit dana Syariah adalah mudah dicairkan berbanding memasukkan wang ke dalam pelaburan jangka tetap. Ini kerana jika pelabur ingin mengeluarkan wang tersebut, ianya lebih mudah apabila pelaburan dilakukan dalam unit dana Syariah.

Kesimpulannya, terdapat banyak kelebihan jika melabur dalam pelaburan patuh Syariah. Sebagai umat Islam, kita memilih pelaburan yang mematuhi Syariah dan tiada unsur yang haram dan dilarang oleh Allah supaya keuntungan yang diperolehi daripada pelaburan tersebut mendapat keberkatan dan halal.
Artikel sumbangan:
NURUL IZZAH AKHTAR BINTI MOHD TAJUDDIN (288928)
BIFS3013 ISLAMIC INVESTMENT, UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM)

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !
Ramai yang nak gandakan duit simpanan dalam saham tapi fikir berpuluh kali. Jadi buku ini adalah step pertama korang. Bila faham isi kandungan buku ini, boleh 99% stay ahead dari orang lain!
Kami juga faham yang 2 sebab utama kenapa anak muda masih belum mula melabur saham adalah sebab TAKUT dan BELUM CUKUP DUIT. Yelah, kita melabur sebab nak ketenangan, bukan nak risau setiap masa.
Sambil kami terlibat dalam pasaran saham, sambil pandaikan orang lain tentang saham.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua yang tak putus-putus menyokong kami dari awal sehingga ke hari ini. Misi kami agar dapat menyebarkan ilmu yang bermanfaat dalam bidang kewangan dan pelaburan.












