5 Perkara Anda Perlu Tahu Tentang Indonesia Stock Exchange

Selalu beli saham Bursa Malaysia dan konsisten buat duit di pasaran saham tempatan? Mungkin sekarang tiba waktunya untuk anda menerokai pasaran saham negara lain untuk merasai pengalaman serta cabaran yang baharu.

Salah satu pasaran saham yang ingin kami cadangkan adalah Indonesia Stock Exchange ataupun Bursa Saham Indonesia. Indonesia Stock Exchange ditubuhkan melalui penggabungan Jakarta Stock Exchange dan Surabaya Stock Exchange. 

Disebabkan masih ramai yang kurang mendapat pendedahan mengenai bursa saham ini, jom kita lihat lima perkara yang anda perlu tahu tentang Indonesia Stock Exchange.

1. Trading Hour / Waktu Dagangan

Sumber: CGSI
Sumber: CGSI

Bursa Saham Indonesia mempunyai waktu dagangan yang agak pendek berbanding bursa saham yang lain. Bagi hari Isnin sehingga Khamis, pasaran saham Indonesia dibuka daripada jam 10 pagi sehingga 5 petang. Pasaran berehat seketika dari jam 1 petang sehingga 2.30 petang.

Hari Jumaat pula pasaran saham Indonesia beroperasi dari jam 10 pagi sehingga 4 petang sahaja. Namun, hari Jumaat tempoh rehatnya adalah lebih lama iaitu daripada 12.30 tengah hari sehingga 2.30 petang. 

Untuk makluman, waktu yang tertera di dalam gambar di atas adalah berdasarkan waktu Malaysia. Oleh itu, anda tidak perlu risau untuk menukar waktu Indonesia ke waktu Malaysia lagi.

Perkara yang paling menarik adalah perbezaan waktu Malaysia dan Indonesia yang tidak jauh beza membolehkan kita melabur ketika waktu siang.  

2. Tick Size/ Bid

Sumber: IDX

Di pasaran saham Indonesia, pembelian dan penjualan saham adalah berdasarkan 1 lot ataupun bersamaan dengan 100 unit. Minimum saiz bid adalah berbeza bergantung kepada harga saham.

Seperti yang dinyatakan pada jadual di atas, bagi saham bernilai kurang daripada IDR200, minimum saiz bid adalah IDR1.

Bagi saham berharga IDR200 sehingga IDR500 pula, minimum saiz bid adalah IDR2.

Minimum saiz bid terbesar adalah IDR25 bagi harga saham berharga IDR5,000 dan ke atas.

*IDR = Rupiah Indonesia

3. Indeks

Indeks utama yang menjadi petunjuk kepada prestasi semasa bursa saham Indonesia adalah IDX Composite. Setakat 4 Oktober 2023, IDX Composite berada pada paras 6,886.58 mata.

Sumber: Investing.com

Untuk mencari saham-saham yang tersenarai di Indonesia Stock Exchange, anda boleh layari laman sesawang itu sendiri di IDX. Klik “Market Data” dan kemudian klik “List of Stocks” untuk mencari saham yang anda mahukan.

Sumber: IDX

4. Jumlah Saham Tersenarai

Setakat 4 Oktober 2023, sejumlah 852 saham yang tersenarai di bursa saham Indonesia. 

Sumber: IDX

5. Saham-Saham di Bursa Saham Indonesia Patuh Syariah?

Sama seperti Bursa Malaysia, sudah pasti ada saham-saham syarikat yang disenaraikan di Bursa Saham Indonesia yang berstatus patuh syariah. Pelbagai screener yang anda boleh gunakan untuk menyaring status syariah saham di Bursa Saham Indonesia contohnya seperti Islamicly, Ideal Rating dan banyak lagi. 

Trading platform broker (seperti CGS International) yang anda gunakan untuk membeli dan menjual saham juga sudah tentu ada menyediakan kemudahan menyemak status syariah setiap saham yang disenaraikan.

Jom kita lihat beberapa contoh saham patuh syariah yang didagangkan di Bursa Saham Indonesia menurut CGS International (CGSI). 

Kemaskini 2022

Kategori yang memaparkan symbol “SYR” menunjukkan status saham tersebut adalah patuh syariah.

Panel syariah bagi CGS International (CGSI) adalah Refinitiv. Harus diingatkan bahawa saham-saham yang tertera di atas adalah hanya sebagai satu bentuk perkongsian dan bukannya saranan belian ataupun jualan. Urusan pembelian dan penjualan saham adalah menjadi tanggungjawab masing-masing.

Jika anda hendak mula melabur di pasaran saham Indonesia, tunggu apa lagi. Buka akaun CDS global anda sekarang juga. Nak langkah mudah, ikut tutorial di bawah.

Berminat nak buka akaun saham CDS dengan CGSI (sebelum ini dikenali sebagai CGS-CIMB)? Sekarang dah mudah, boleh buka secara atas talian (online) sahaja. Kelulusan pun segera jika tiada apa-apa isu.

Rujuk tutorial mudah ini > Tutorial Buka Akaun CDS Online Dengan CGSI (CGS-CIMB), Beli Saham Bursa Malaysia & Global

Masukkan kod SP1M538 pada ruang Remisier Reference.

Previous ArticleNext Article
Individu berlesen/berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti.

Portal Semak Sebelum Labur SC membolehkan anda menyemak sama ada seseorang individu atau entiti dibenarkan oleh SC untuk menawarkan, mempromosi atau menjual sebarang produk dan perkhidmatan pasaran modal.

Apple Kembali ‘Rampas’ Takhta Syarikat Paling Bernilai Dunia Daripada Nvidia

BENGALURU: Apple mengatasi Nvidia untuk muncul sebagai syarikat paling bernilai di dunia, sekali gus mengubah kedudukan syarikat-syarikat teknologi terbesar apabila pelabur menilai semula prospek kecerdasan buatan (AI).

Apple kini mempunyai nilai pasaran sekitar AS$4.88 trilion selepas harga sahamnya kekal stabil, manakala Nvidia bernilai kira-kira AS$4.86 trilion susulan kejatuhan 3.5 peratus sahamnya.

Perubahan kedudukan itu menunjukkan pelabur kini mula meluaskan tumpuan mereka melangkaui penerima manfaat paling jelas daripada ledakan AI seperti Nvidia, yang telah mendahului senarai syarikat paling bernilai dunia selama hampir setahun.

Apple kembali merampas kedudukan teratas buat kali pertama sejak April tahun lalu.

Ketua Pelaburan BRI Wealth Management, Toni Meadows, berkata Apple sebelum ini dilihat ketinggalan dalam perlumbaan AI kerana tidak berbelanja besar untuk membangunkan model AI, namun sentimen terhadap syarikat itu kini berubah.

“Apple kurang terdedah kepada keperluan perbelanjaan modal yang tinggi dan berada pada kedudukan lebih baik untuk menjana pendapatan daripada AI menerusi perkhidmatan, ekosistem yang kukuh serta peningkatan perkakasan. Penilaian semula ini mencerminkan keyakinan terhadap kemampanan pendapatan syarikat, bukannya potensi AI yang bersifat spekulatif,” katanya.

Bagi sebuah syarikat yang sering dianggap ketinggalan dalam perlumbaan AI, pencapaian ini mencerminkan usaha Apple untuk mengukuhkan kedudukannya dalam kalangan pemain utama industri, selain berpotensi mempengaruhi bagaimana tempoh akhir kepimpinan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Tim Cook, akan dinilai.

Cook dijangka menyerahkan jawatan CEO kepada veteran perkakasan Apple, John Ternus, pada September ini.

Bulan lalu, Apple melancarkan versi baharu pembantu maya Siri yang telah lama tertangguh, dengan harapan peningkatan itu dapat merapatkan jurang dengan gergasi teknologi lain serta syarikat pemula dalam perlumbaan AI yang semakin sengit.

Sesetengah penganalisis berpendapat Apple sebenarnya memiliki ‘lombong emas’ AI menerusi data peribadi yang tersimpan dalam setiap iPhone.

Data itu berpotensi menjadikan jawapan Siri lebih tepat dan pembantu maya itu lebih berkeupayaan.

Namun, cabarannya ialah data itu dilindungi dalam sistem operasi atas faktor privasi, menyebabkan Apple perlu mencari kaedah untuk memanfaatkan nilainya tanpa menjejaskan perlindungan pengguna.

Nvidia menjadi syarikat pertama di dunia yang melepasi nilai pasaran AS$5 trilion pada Oktober lalu, satu pencapaian bersejarah yang meletakkannya jauh di hadapan pesaing.

Bagaimanapun, kehilangan kedudukan teratas kepada Apple tidak semestinya menandakan perubahan kekal dalam kedudukan relatif kedua-dua syarikat.

Nvidia masih merupakan antara penerima manfaat terbesar daripada peningkatan perbelanjaan berkaitan AI, dengan pemproses grafik keluarannya menjadi tulang belakang kepada kebanyakan aplikasi AI generatif.

Nvidia juga berpotensi merampas semula kedudukan teratas sekiranya sentimen pasaran kembali memihak kepadanya.

Pada masa sama, Apple turut berdepan cabaran apabila syarikat itu menaikkan harga produknya bagi mengimbangi peningkatan kos, satu strategi yang boleh menjejaskan permintaan pengguna.

Naib Presiden Penyelidikan Alpha Segal Marco Advisors, Benjamin Hall, berkata beliau tidak melihat perbezaan ketara antara kedua-dua syarikat.

“Saya menjangka Nvidia akan terus menjadi pemain penting dalam apa sahaja perkembangan yang berlaku pada masa hadapan,” katanya.

Sementara itu, gelombang keyakinan terhadap AI turut merebak ke segmen lain industri semikonduktor.

Antara penerima manfaat terbesar tahun ini ialah pengeluar cip memori seperti Micron, yang melepasi nilai pasaran AS$1 trilion pada Mei selepas pelabur mengiktiraf kepentingan cip memori dalam infrastruktur AI.

Pengeluar cip dari Korea Selatan, SK Hynix, turut disenaraikan di Nasdaq awal bulan ini, sekali gus menambah satu lagi pesaing dalam usaha menarik perhatian pelabur.Hall berkata kemunculan pemain baharu itu dijangka mengalihkan sebahagian tumpuan pelabur daripada kumpulan saham teknologi gergasi Magnificent Seven kepada lebih banyak syarikat lain.

Namun, kenaikan luar biasa saham syarikat cip mula kehilangan momentum pada Julai apabila pelabur menilai semula kemampanan tema pelaburan AI, menyebabkan indeks Philadelphia SE Semiconductor susut hampir 19 peratus daripada paras tertinggi sepanjang masa.

Walaupun mengalami kejatuhan ketara, prestasi indeks itu setakat tahun ini masih mengatasi prestasi saham Nvidia.

-Reuters