Senarai 10 Pasaran Saham Terbesar Dunia

Secara ringkasnya, pasaran saham merupakan tempat di mana para pelabur dan pedagang dapat membeli sebahagian kecil atau besar pegangan perniagaan yang dimiliki oleh sesebuah syarikat yang tersenarai di pasaran tersebut.

Sejarah penubuhan pasaran saham pertama di dunia adalah di Belanda yang melibatkan Syarikat India Timur (East India Company).

Kini pasaran saham dunia berkembang pesat sehingga mencecah nilai trilion dollar. Mari kita lihat senarai pasaran saham terbesar di dunia daripada segi market capitalization.

10. Bombay Stock Exchange, India: $2.05 Trilion

Merupakan pasaran saham yang pertama di Asia. Pasaran saham ini ditubuhkan pada tahun 1875 ketika era India masih lagi di bawah jajahan Empayar British.

Pasaran saham ini menyenaraikan sebanyak 5,749 buah syarikat yang kebanyakannya mempunyai market capitalization yang kecil.

9. Toronto Stock Exchange, Kanada: $2.1 trilion

Dimiliki dan diurus oleh TMX Group. Memiliki sebanyak 2,207 buah syarikat yang disenarai dalam bursa saham tersebut. Purata volume transaksi saham setiap bulan adalah bernilai $97 billion.

Bursa ini telah ditubuhkan pada tahun 1852 dan pernah merancang unntuk bergabung dengan London Stock Exchange tetapi tidak berjaya kerana tiada persetujan di antara ahli pemegang saham mereka.

8. Shenzhen Stock Exchange, China: $2.5 trilion

Antara pasaran saham terbaru yang ditubuhkan iaitu pada tahun 1990 tetapi berkembang dengan begitu pesat berbanding pasaran saham baru yang lain. Bursa saham ini didagangkan menggunakan mata wang Yuan.

Kebanyakan pelabur untuk pasaran saham ini adalah dari pelabur tanah besar China.

7. London Stock Exchange, United Kingdom: $3.76 trilion

Pernah menjadi sebuah pasaran saham yang terbesar didunia sebelum era perang dunia pertama. Bursa saham ini bergabung dengan pasaran saham Borsa Italia pada tahun 2007 dan memiliki sebanyak 3,000 buah syarikat yang didagangkan di bursa tersebut.

6. Euronext, Eurozone: $3.92 trilion

Gabungan beberapa buah negara yang membentuk satu gagasan pasaran saham yang dianggotai oleh Perancis, Belgium, Ireland dan Portugal.

Mempunyai sebanyak 1,300 buah syarikat yang mana nilai volume trading secara purata setiap bulan adalah $174 bilion dan mempunyai ibu pejabat di Belanda.

5. Hong Kong Stock Exchange, Hong Kong: $3.93 trilion

Diasaskan pada tahun 1891 dan mempunyai sebanyak  2,000 buah syarikat yang mana hampir separuh darinya adalah dari Tanah Besar China didagangkan. Pada tahun 2007, bursa ini telah menamatkan peranan pit trader dan bergantung sepenuhnya kepada sistem elektronik.

Jumlah volume yang didagangkan secara purata bernilai sebanyak $182 billion untuk sebulan.

4. Shanghai Stock Exchange, China: $4.02 trilion

Pasaran saham terbesar di China dan ditubuhkan pada tahun 1866 dan diberhentikan operasi pada tahun 1949 ketika revolusi China berlaku. Ia dibuka kembali pada tahun 1990.

Jumlah syarikat yang didagangkan dalam pasaran ini adalah lebih daripada 1000 buah. Dua jenis matawang digunakan dalam bursa ini iaitu Yuan dan juga Dolar.

3. Tokyo Stock Exchange, Jepun: $5.67 trilion

Merupakan pasaran saham yang terbesar di Asia. Jumlah syarikat dagangan syarikat yang berada di bursa ini adalah sebanyak 2,300 buah.

Bursa saham ini pernah ditutup ketika perang dunia kedua berlangsung selama 4 tahun. Kebanyakan syarikat gergasi di Jepun mempunyai saham mereka di bursa ini.

2. NASDAQ, Amerika Syarikat: $10.8 trilion

Bursa terbesar bagi pelaburan saham untuk syarikat tekonologi dunia. Bursa ini ditubuhkan pada tahun 1970. Kebanyakan saham yang mempunyai market capitalization yang tinggi yang didagangkan di sini kebanyakanya berasal dari Lembah Silikon.

Jumlan volume dagangang secara untuk pasaran ini adalah $1.26 trilion pada setiap bulan.

1. New York Stock Exchange, Amerika Syarikat: $22.9 trilion

Pasaran saham yang terbesar didunia ini mempunyai sebanyak 2400 buah syarikat yang didagangkan diibursa ini. Diasaskan pada tahun 1792 dan selepas perang dunia pertama berlaku, ia mengambil alih kedudukan London Stock Exchange sebagai pasaran saham terbesar dunia sehingga ke hari ini.

Hampir separuh penduduk Amerika Syarikat pernah melabur di NYSE ini dan jumlah market capiltalization NYSE ini mewakili sebanyak 40% daripada jumlah saham yang ada di dunia.

Sumber Rujukan:

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Minat Nak Jadi Remisier? Begini Caranya

Sebelum ini kami ada cerita serba sedikit tentang Best Ke Jadi Remisier? Kita dapat tahu kelebihan menjadi seorang remisier, selain daripada berkongsi ilmu dapat juga menjana pendapatan yang lumayan.

Malah Master Yus yang dahulunya dikenali sebagai seorang perempit di litar bursa, kini telah maju selangkah lagi untuk menjadi seorang remisier. Ikuti kisah beliau yang penuh inspirasi di Kisah Perempit Di Litar Bursa Kepada Seorang Remisier.

Berminat untuk menjadi remisier? Langkah pertama adalah memahami keperluan pelesenan, kelayakan dan peperiksaan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Eh, nampak macam mudah je kan? Mesti kacang putih punya.

Berkenalan Dengan Suruhanjaya Sekuriti Terlebih Dahulu

Untuk menjadi seorang remisier, kita perlu tahu dulu siapa itu Suruhanjaya Sekuriti. Kalau berkaitan bank, simpanan dan takaful kita ada Bank Negara Malaysia (BNM), kalau berkaitan bank pelaburan dan pelaburan pula kita ada Suruhanjaya Sekuriti atau Securities Commission (SC).

Siapakah Securities Commission (SC)?

Sumber gambar: The Malaysian Reserve

Untuk itu, kita rujuk kepada laman web SC untuk tahu lebih lanjut:

Ditubuhkan pada 1 Mac 1993 bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993, SC merupakan badan statutori biaya kendiri dengan kuasa penyiasatan dan penguatkuasaan. SC melapor kepada Menteri Kewangan dan akaunnya dibentangkan di Parlimen secara tahunan. SC mempunyai banyak fungsi pengawalseliaan termasuk:

  • Mengawal selia bursa-bursa, rumah-rumah penjelasan dan depositori pusat;
  • Mendaftarkan prospektus syarikat selain daripada kelab-kelab rekreasi tidak tersenarai;
  • Meluluskan terbitan bon;
  • Mengawal selia semua perkara yang berhubung kait dengan sekuriti dan derivatif;
  • Mengawal selia pengambilalihan dan percantuman syarikat-syarikat;
  • Mengawal selia semua perkara yang berkaitan dengan skim unit amanah;
  • Melesenkan dan mengawasi semua individu yang berlesen;
  • Menggalakkan kawal selia sendiri; dan
  • Memastikan perilaku yang betul di kalangan institusi pasaran dan individu berlesen.

Melaksanakan semua fungsi ini merupakan tanggungjawab besar SC dalam melindungi pelabur. Selain daripada melaksanakan fungsi kawal selia, SC juga bertanggungjawab di bawah undang-undang untuk menggalakkan dan mempromosikan pembangunan sekuriti dan derivatif di Malaysia.

Perhatikan tiga point yang terakhir tersebut, betapa pentingnya SC menitikberatkan bab lesen di dalam industri pelaburan di Malaysia.

Aktiviti Yang Memerlukan Lesen Di Malaysia

Sumber: Licensing Handbook mukasurat 10 – fail PDF

Tengok betul-betul lapan aktiviti yang digariskan oleh SC seperti di atas. Nak berurusan dengan sekuriti (saham, waran, REIT, ETF dan bon) kita kena jadi seorang remisier yang berdaftar dengan SC. Nak jual unit trust atau amanah saham pun kena daftar juga tau. Kalau nak promote dan jual Skim PRS atau Private Retirement Scheme pun kena daftar dengan SC.

Ada Syarat Nak Jadi Remisier?

Ya, terdapat beberapa syarat yang perlu dipenuhi untuk menjadi remisier atau wakil berlesen bagi aktiviti dealing in securities.

Antara syarat yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ialah:

  1. Berumur sekurang-kurangnya 21 tahun.
  2. Memenuhi kriteria fit and proper yang ditetapkan oleh SC.
  3. Memenuhi keperluan kelayakan akademik dan pengalaman kerja yang berkaitan.
  4. Lulus kombinasi modul peperiksaan SC Licensing Examinations (SCLE) yang ditetapkan bagi aktiviti dealing in securities.

Untuk mengetahui kombinasi modul peperiksaan yang diperlukan, anda boleh merujuk kepada panduan modul peperiksaan CMSRL mengikut aktiviti.

Nota: Panduan modul peperiksaan ini disediakan oleh SIDC Prep, sebuah platform persediaan peperiksaan bebas yang tidak berafiliasi, disokong atau disahkan oleh Securities Industry Development Corporation (SIDC), Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) atau Bursa Malaysia. Maklumat ini disediakan untuk tujuan rujukan sahaja. Calon hendaklah merujuk kepada sumber rasmi SC bagi mendapatkan keperluan pelesenan terkini.

Maklumat lanjut mengenai syarat kelayakan dan pelesenan boleh dirujuk dalam Licensing Handbook Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

Untuk memohon lesen sebagai wakil berlesen dalam aktiviti dealing in securities, calon perlu memenuhi kriteria kelayakan akademik, pengalaman dan kompetensi yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

Bagi keperluan peperiksaan, calon perlu lulus kombinasi modul SC Licensing Examinations (SCLE) yang ditetapkan, antaranya:

  • Modul 6 dan Modul 7
  • Modul 6 dan Modul 18
  • Modul 7 dan Modul 17
  • Modul 17 dan Modul 18

Keperluan sebenar tertakluk kepada kategori aktiviti terkawal dan kriteria pelesenan semasa SC. Calon disarankan merujuk Licensing Handbook terkini sebelum membuat permohonan.

Nak Jadi Remisier? Ini Modul Peperiksaan SCLE Yang Perlu Anda Lulus

Kebanyakan calon yang ingin menjadi remisier memilih untuk mengambil Modul 6 dan Modul 7. Tetapi, apakah yang dipelajari dalam kedua-dua modul ini?

Modul 6 – Stock Market and Securities Law (Pasaran Saham dan Undang-undang Sekuriti)

Modul 7 – Financial Statement Analysis and Asset Valuation (Analisis Penyata Kewangan dan Penilaian Aset)

Bagi tahun 2026, yuran peperiksaan SC Licensing Examinations (SCLE) ialah RM1,250 bagi setiap modul untuk calon warganegara Malaysia, termasuk calon yang menduduki peperiksaan buat kali pertama atau mengulanginya.

Calon boleh merujuk laman rasmi SIDC untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai struktur yuran, bahan pembelajaran dan peperiksaan.

Dah Pergi Kelas, Ambil Peperiksaan Pula

Selepas mengikuti kelas persediaan dan membuat ulang kaji, calon perlu menduduki peperiksaan SC Licensing Examinations (SCLE) bagi modul yang ditetapkan.

Kedua-dua Modul 6 dan Modul 7 mengandungi 60 soalan objektif (Multiple Choice Questions atau MCQ) yang perlu dijawab dalam tempoh 90 minit.

Dengan markah lulus sebanyak 60%, calon perlu menjawab sekurang-kurangnya 36 daripada 60 soalan dengan betul untuk lulus peperiksaan bagi setiap modul.

Walau bagaimanapun, calon disarankan menyemak format dan struktur peperiksaan terkini melalui laman rasmi SIDC sebelum menduduki peperiksaan.

Yuran Peperiksaan

Bagi tahun 2026, yuran peperiksaan SC Licensing Examinations (SCLE) ialah RM1,250 bagi setiap modul, untuk calon yang menduduki peperiksaan buat kali pertama atau mengulanginya.

Struktur yuran ini berkuat kuasa mulai 1 Mac 2026 hingga 28 Februari 2027. Oleh itu, calon perlu mengambil kira kos peperiksaan bagi setiap modul sebelum membuat persediaan untuk mendapatkan lesen dalam industri pasaran modal.

Sumber rasmi: SIDC – The SC Licensing Examinations

Senang Ke Nak Lulus?

Prestasi kelulusan berbeza mengikut modul dan tahun. Calon boleh meneliti kadar kelulusan terdahulu sebagai salah satu rujukan untuk merancang persediaan peperiksaan.

Sumber: Kadar kelulusan mengikut modul, 2015–2024

Nota: Maklumat kadar kelulusan peperiksaan ini dirujuk daripada SIDC Prep, sebuah laman latihan peperiksaan bebas yang tidak berafiliasi, disokong atau disahkan oleh Securities Industry Development Corporation (SIDC), Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) atau Bursa Malaysia. Data disediakan untuk tujuan maklumat dan rujukan sahaja

Didoakan supaya anda berjaya menjadi seorang remisier, dan menjadi seorang pendidik bagi membantu lebih ramai orang terbuka mata tentang pelaburan saham patuh syariah di Malaysia.

Memang nampak macam senang, tetapi realitinya kita perlu bersabar kerana ianya mengambil masa beberapa bulan juga, daripada saat pergi ke kelas, belajar daripada buku, ambil exam olok-olok, ambil exam sebenar, dan akhirnya dapat sijil mengatakan “Tahniah, Anda Lulus”!

Soalan Lazim Tentang Cara Menjadi Remisier

1. Berapa umur minimum untuk menjadi remisier?

Calon perlu berumur sekurang-kurangnya 21 tahun dan memenuhi syarat pelesenan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

2. Adakah wajib lulus Modul 6 dan Modul 7?

Tidak semestinya. Terdapat beberapa kombinasi modul SCLE yang dibenarkan bagi aktiviti dealing in securities, tertakluk kepada keperluan pelesenan SC.

3. Berapakah yuran peperiksaan SCLE pada tahun 2026?

Bagi calon warganegara Malaysia, yuran peperiksaan ialah RM1,250 bagi setiap modul untuk tempoh 1 Mac 2026 hingga 28 Februari 2027.

4. Berapa soalan dalam peperiksaan Modul 6 dan Modul 7?

Setiap modul mengandungi 60 soalan objektif yang perlu dijawab dalam tempoh 90 minit. Markah lulus ialah 60%, bersamaan sekurang-kurangnya 36 jawapan betul.

5. Berapa lama masa diperlukan untuk menjadi remisier?

Tempoh bergantung kepada persediaan calon, jadual peperiksaan, kelulusan modul dan proses permohonan lesen. Tiada satu tempoh tetap yang terpakai kepada semua calon.