Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Untung November 2023

Pejam celik pejam celik, tahun 2023 telah hampir berakhir dan bulan Disember telahpun tiba. Mari kita lihat kembali prestasi FBM KLCI sepanjang bulan November 2023.

Indeks FBM KLCI

Sumber: TradingView

Indeks tidak banyak berubah sepanjang bulan November 2023. Pada 1 November 2023, indeks dibuka pada 1,441.17 mata dan ditutup pada 1,452.74 mata pada penghujung bulan. Corak pergerakan indeks juga menunjukkan FBM KLCI naik 2 sehingga 3 hari namun kemudian akan merosot selama beberapa hari.

Untuk pengetahuan anda, indeks FBM KLCI bakal dikemaskini dan terdapat perubahan dalam komponen indeks tersebut.  Semua perubahan konstituen berkuat kuasa pada 18 Dis, 2023 dan semakan seterusnya akan dilakukan pada Jun 2024. Baca artikel di bawah untuk berita lebih lanjut.

Baca: YTL Corp, YTL Power Sertai Konstituen FBM KLCI, Dialog & Westports Digugurkan

Mari kita lihat senarai 10 top saham patuh syariah paling untung untuk bulan November tahun 2023. Senarai saham paling untung untuk bulan November tahun 2023 adalah seperti berikut.

1. Key Alliance Group Berhad (KGROUP)

Sumber: Bursa MarketPlace

Key Alliance Group Berhad merupakan saham patuh syariah paling untung pada bulan November 2023 dengan kenaikan sehingga 100% untuk tempoh satu bulan dagangan.

2. TWL Holdings Berhad (TWL)

Sumber: Bursa MarketPlace

Di tempat kedua pula adalah saham syarikat TWL Holdings Berhad dengan kenaikan sebanyak 40% dalam tempoh satu bulan dagangan.

3. Sarawak Consolidated Industries Berhad (SCIB)

Sumber: Bursa MarketPlace

Sarawak Consolidated Industries Berhad berada di tangga ketiga untuk saham paling untung sepanjang bulan November 2023 dengan kenaikan sebanyak 38.74%. Walaubagaimanapun, hati-hati dengan saham ini kerana saham ini mempunyai ciri-ciri saham yang digoreng oleh pihak sindiket. 

Selain itu, Bursa Malaysia Securities Bhd mencela Sarawak Consolidated Industries Bhd (SCIB) dan dua bekas pengarahnya, Datuk Mohd Abdul Karim Abdullah dan Rosland Othman, kerana gagal menghantar laporan tahunan 2021 kumpulan itu dalam masa yang diluluskan.

Baca: Mohd Abdul Karim, Rosland didenda RM27,000 oleh Bursa Malaysia

4. Oriental Food Industries Holdings Berhad (OFI)

Sumber: Bursa MarketPlace

Di tempat keempat pula adalah syarikat Oriental Food Industries Holdings Berhad yang mencatatkan peningkatan sebanyak 24.65% untuk tempoh sebulan pada November 2023.

5. MN Holdings Berhad (MNHLDG)

Sumber: Bursa MarketPlace

Pada tempat kelima adalah saham syarikat MN Holdings Berhad yang mencatatkan kenaikan sebanyak 20.83% dalam tempoh sebulan dagangan.

6. Pan Malaysia Holdings Berhad (PMHLDG)

Sumber: Bursa MarketPlace

Pada tempat keenam adalah saham syarikat Pan Malaysia Holdings Berhad yang mencatatkan kenaikan sebanyak 20.00% dalam tempoh sebulan dagangan.

7. PWF Consolidated Berhad (PWF)

Sumber: Bursa MarketPlace

PWF Consolidated Berhad merupakan saham ketujuh paling untung pada bulan November 2023 dengan kenaikan sebanyak 12.68%.

8. TDM Berhad (TDM)

Sumber: Bursa MarketPlace

Yang ketiga terakhir di tempat kelapan adalah saham daripada syarikat TDM Berhad dengan kenaikan sebanyak 11.76% dalam tempoh sebulan dagangan pada bulan November 2023.

9. Sarawak Cable Berhad (SCABLE)

Sumber: Bursa MarketPlace

Yang kedua terakhir paling untung pada bulan November 2023 adalah saham syarikat Sarawak Cable Berhad yang mengalami kenaikan harga sebanyak 11.11% dalam tempoh sebulan dagangan.

10. Able Global Berhad (ABLEGLOB)

Sumber: Bursa MarketPlace

Ditempat kesepuluh untuk saham paling untung November 2023 adalah syarikat Able Global Berhad. Syarikat ini telah membuat kenaikan sebanyak 9.37% dalam tempoh sebulan dagangan.

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni setiap masa. Yang penting kita tahu caranya dan aplikasikan dengan betul.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress

Insya-Allah berbaloi……
Sesi baharu BAKAL dibuka!! Pra-daftar dahulu untuk dapat diskaun Early-Bird dan jadi terawal yang dapat info.

Previous ArticleNext Article

Meridian Ditegur Bursa, Didenda RM8,500

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia Securities Bhd mengenakan teguran secara terbuka terhadap Meridian Bhd dan Pengarah Eksekutifnya, Tang Boon Koon, selepas syarikat itu didapati melanggar Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities (LR Utama).

Tang turut dikenakan denda keseluruhan RM8,500 berikutan pelanggaran berkenaan.

Bursa Malaysia Securities dalam kenyataan berkata, Meridian melanggar perenggan 9.23(1) LR Utama kerana gagal menerbitkan laporan tahunan termasuk penyata kewangan diaudit dalam tempoh ditetapkan bagi tempoh kewangan 17 bulan berakhir 30 November 2023 dan tempoh kewangan 18 bulan berakhir 31 Mei 2025.

Menurutnya, laporan tahunan bagi tempoh kewangan berakhir 30 November 2023 hanya diterbitkan pada 5 April 2024, iaitu lewat lima hari urus niaga selepas tarikh akhir pada 31 Mac 2024.

Sementara itu, laporan tahunan bagi tempoh kewangan berakhir 31 Mei 2025 diterbitkan pada 8 Oktober 2025, iaitu lewat enam hari urus niaga selepas tarikh akhir pada 30 September 2025.

“Tang, Pengarah Eksekutif Meridian pada masa itu, melanggar perenggan 16.13(b) LR Utama kerana membenarkan Meridian melakukan pelanggaran berkenaan serta dikenakan teguran secara terbuka selain denda keseluruhan berjumlah RM8,500,” katanya.

Bursa Malaysia Securities turut mengarahkan Meridian memastikan Tang dan kakitangan berkaitan menghadiri program latihan pematuhan LR Utama, khususnya berkaitan penyata kewangan.

Selain itu, lembaga pengarah syarikat diminta menyemak semula kecukupan serta kecekapan sumber kewangan dan perakaunan, selain dasar serta prosedur pelaporan kewangan syarikat.

Bursa Malaysia Securities berkata, dapatan pelanggaran dan tindakan terhadap Meridian serta Tang dibuat menurut perenggan 16.19 LR Utama selepas proses sewajarnya selesai dengan mengambil kira semua fakta dan keadaan berkaitan kes berkenaan.

Pertimbangan itu termasuk kepentingan material pelanggaran, kesannya terhadap Meridian serta pemegang saham atau pelabur, selain peranan, tanggungjawab, pengetahuan dan tingkah laku Tang.

Bursa Malaysia Securities memandang serius pelanggaran berkenaan kerana penyerahan penyata kewangan dalam tempoh ditetapkan adalah kewajipan asas bagi syarikat tersenarai.

“Amat penting untuk memastikan pasaran yang teratur dan adil bagi sekuriti yang diniagakan di Bursa Malaysia Securities serta perlu bagi membantu keputusan pelaburan yang termaklum.

“Bursa Malaysia Securities turut mengingatkan Meridian dan lembaga pengarahnya mengenai tanggungjawab masing-masing untuk mengekalkan piawaian tanggungjawab korporat serta akauntabiliti yang sewajarnya kepada pemegang saham dan orang awam yang melabur,” katanya.

Menurut Bursa Malaysia Securities, kelewatan penerbitan laporan tahunan berkenaan berpunca terutamanya daripada kegagalan Meridian menyelenggara serta menyediakan maklumat, dokumen dan rekod perakaunan yang diperlukan kepada juruaudit luar.

Keadaan itu turut menyebabkan juruaudit memberikan pendapat penafian terhadap kedua-dua set penyata kewangan diaudit berkenaan.

Pendapat penafian itu mencetuskan kriteria yang ditetapkan di bawah Nota Amalan 17 (PN17), sekali gus menyebabkan Meridian diklasifikasikan sebagai penerbit berstatus PN17 pada 8 April 2024.