FCPO: Sentimen Menurun Terus Menguasai Pasaran Ketika Trend Melemah

Kekalkan pegangan jualan.

FCPO melanjutkan pergerakan menurunnya pada hari Jumaat apabila ia susut RM30 untuk ditutup
pada RM3,881, lalu dengan jelasnya menembusi paras sokongan RM3,900.

Sesi dagangan asalnya dibuka pada harga lebih tinggi iaitu RM3,949 dan ia mencecah paras tertinggi intrahari pada RM3,970 buat seketika. Komoditi ini kemudiannya menyaksikan perubahan trajektori ke arah paras terendah intrahari sebanyak RM3,892 sebelum sesi dagangan ditutup.

Meskipun corak “bayang lebih rendah memanjang” menunjukkan minat membeli berhampiran paras terendah intrahari, corak penutupan “bawah yang lebih rendah” baharu mengukuhkan lagi keadaan menurun yang berlaku. RSI tetap lemah apabila dilihat berlegar bawah paras ambang 50%, iaitu menunjukkan tanda-tanda momentum negatif masih berlangsung. Keadaan yang berlarutan lemah bawah paras RM4,000 ini menegaskan lagi trend negatif yang meluas.

Melainkan komoditi ini mencatat lantunan kukuh untuk mencapai paras rintangan RM4,100, sentimen menurun berkemungkinan akan terus mengawal pasaran dengan potensi penurunan lanjut ke arah harga RM3,800. Atas sebab trajektori menurun yang berterusan ini, kami tetap berpegang pada bias dagangan negatif. Para pedagang disarankan untuk mengekalkan pegangan jualan yang dimulakan pada RM4,328 (penutupan semasa 4 Apr).

Untuk menghalang risiko-risiko yang ada:

  • Paras henti rugi ditetapkan pada paras lebih rendah iaitu RM4,100
  • Paras sokongan ditetapkan pada RM3,800, diikuti oleh RM3,700
  • Sebaliknya, paras rintangan ditambat pada RM4,000 dan disusuli oleh MYR4,100

Nak Mula Trade FCPO?

Kami faham, pembaca yang beginner mesti ada banyak soalan.

Nak tahu strategi terbaik untuk trade FCPO? Nak dapatkan pulangan yang baik, tak kira pasaran menaik atau menurun?

Belajar dulu.

Kemudian mula dengan modal yang paling minimum. Bukan trade dulu kemudian baru belajar.

Sesi PERCUMA kini dibuka!!
⏳ Tempat TERHAD Kepada 50 Peserta Sahaja!
Daftar Sekarang Sebelum Penuh!

Klik link di bawah untuk daftar sebelum sold out 👉 👉 SAYA NAK TRADE FCPO

Previous ArticleNext Article

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Susulan Pendekatan Kurang Agresif AS Terhadap China

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) — Ringgit meningkat semula untuk dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis susulan laporan mengenai pendekatan Presiden AS Donald Trump yang kini kurang agresif terhadap China.

Pada 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.2335/2550 berbanding dolar AS daripada 4.2400/2490 ketika ditutup semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Indeks Dolar AS (DXY) susut 0.23 peratus kepada 98.392 mata apabila Trump dilaporkan mengambil pendekatan yang kurang keras terhadap China, walaupun defisit dagangan dengan kuasa besar ekonomi kedua terbesar dunia itu terus meningkat.

“Pada masa sama, terdapat laporan mengenai kemungkinan pemecatan Pengerusi Rizab Persekutuan AS Jerome Powell oleh Trump yang turut menyumbang kepada sentimen positif dalam pasaran,” katanya kepada Bernama.

Sehubungan itu, beliau berkata ringgit diunjurkan mencatatkan sedikit peningkatan hari ini selepas susut 0.07 peratus kepada 4.2445 semalam.

Ketika dibuka, ringgit diniagakan rendah berbanding beberapa mata wang utama, kecuali pound British.

Unit tempatan naik berbanding pound British kepada 5.6767/7055 daripada 5.6786/6907 ketika ditutup semalam, namun ringgit susut berbanding yen Jepun kepada 2.8603/8750 daripada 2.8508/8569.

Ringgit juga turun berbanding euro kepada 4.9257/9507 daripada 4.9248/9352.

Ringgit diniagakan tinggi kebanyakannya berbanding mata wang negara ASEAN.

Unit domestik meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.2987/3159 daripada 3.2999/3071 ketika ditutup semalam, dan mengukuh berbanding rupiah Indonesia kepada 259.9/261.3 daripada 260.3/260.9.

Ringgit turut lebih stabil berbanding peso Filipina kepada 7.41/7.46 daripada 7.43/7.45 namun, turun berbanding baht Thailand kepada 13.0322/1076 daripada 13.0301/0630.

— BERNAMA