Ada 2 jenis Saham – Income Stock dan Growth Stock

Apabila dah ada akaun CDS dan trading platform Bursa Malaysia, maka tibalah masanya untuk anda membeli saham.

Sebelum tu, apa kata Pak Teh senaraikan 2 jenis saham yang ada di Bursa Malaysia dan anda buat pilihan berdasarkan pemahaman anda tentang saham tersebut, matlamat kewangan serta kemampuan anda menempuh risiko. Boleh? Jom kita lihat perbandingannya.

No.Saham Jangka Masa PanjangSaham Jangka Masa Pendek
1Juga dikenali sebagai Saham Pendapatan (Income Stock)

 

Juga dikenali sebagai Saham Pertumbuhan (Growth Stock)
2Perolehan pendapatan adalah daripada dividen yang konsisten, bukan daripada kenaikan harga unit saham tersebut.

 

Perolehan pendapatan adalah daripada kenaikan harga unit saham tersebut. Dividen mungkin ada dan mungkin juga tiada.
3Tahap volatile (kestabilan harga) adalah rendah & tak mudah berubah secara mendadak.

 

Sangat volatile kerana harga sangat mudah berubah-ubah.
4Saham yang berisiko rendah kerana para pelabur tidak mudah melepaskan unit mereka disebabkan mereka mendapat dividen dan harganya yang stabil.

 

Saham ini berisiko tinggi disebabkan bersifat volatile dan tahap potensi syarikat yang tidak menentu.
5Saham diniagakan oleh syarikat yang menawarkan servis dan produk yang sentiasa diperlukan pengguna dalam apa juga keadaaan walaupun pada ekonomi menurun.Saham diniagakan di syarikat yang terlibat dalam teknologi yang berkembang pesat. Ia melibatkan perniagaan yang mudah dipengaruhi oleh peredaran zaman dan ekonomi semasa.
Contoh saham : Ajinomoto, Nestle, F&N, Sasbadi

 

Contoh saham : MyEG

 

6Apabila kadar faedah dan inflasi meningkat, maka harga saham ini boleh menurun walaupun nilai dividen yang diberi adalah kekal.Harga saham adalah bergantung kepada prestasi pertumbuhan syarikat tersebut. Kecekapan dari segi pemantauan harganya adalah perlu kerana servis dan produknya sangat dipengaruhi oleh kehendak semasa.
7Disebabkan risikonya rendah dan dividen yang konsisten, maka ia adalah sesuai bagi mereka yang mahukan pendapatan yang konsisten.

 

Sesuai bagi mereka yang mahu mengumpul kenaikan modal yang segera.
8Juga sesuai bagi mereka yang baru berkecimpung dalam saham dan mereka yang hampir bersara.

 

Juga sesuai bagi mereka yang telah berpengalaman dalam saham, mempunyai ekstra modal dan mahu mempelbagaikan portfolio saham.

 

Bila dah tahu jenis-jenis saham yang ada, lebih mudah untuk pilih saham syarikat mana yang sesuai untuk dibeli.

Jadilah pelabur yang bijak!

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Kajian Segmen Pasaran SC Perkukuh Rangka Kerja Pasaran Awam

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini mengeluarkan Garis Panduan Ekuiti yang disemak semula serta Kertas Respons, memperkenalkan penambahbaikan bersasar terhadap rangka kerja pasaran utama.

Inisiatif ini bertujuan meningkatkan akses kepada penyenaraian awam bagi penerbit, di samping memperjelas peranan serta memperkukuh pembezaan antara setiap segmen pasaran seperti berikut:

  • Pasaran Utama  – Pasaran utama bagi syarikat lebih besar dan dikenali
  • Pasaran ACE        – Pasaran bagi syarikat kecil dan sederhana yang berfungsi sebagai laluan peralihan ke Pasaran Utama

Penambahbaikan ini adalah susulan proses rundingan awam yang telah selesai  pada Disember 2025 di bawah kajian segmentasi pasaran, dengan mengambil kira maklum balas daripada pelbagai pihak berkepentingan.

Cadangan yang diterima pakai bagi Pasaran Utama akan berkuat kuasa pada 3 Jun 2026 melalui Garis Panduan Ekuiti yang disemak semula.

Pengerusi SC, Dato’ Mohammad Faiz Azmi berkata penambahbaikan ini mencerminkan komitmen berterusan SC terhadap pengawalseliaan yang bersesuaian dengan tujuan (fit-for-purpose) — seimbang, memudah cara serta responsif terhadap  evolusi model perniagaan.

“Usaha ini menyokong inisiatif lebih luas SC dalam meningkatkan kecekapan kawal selia dan kecemerlangan tadbir urus seperti yang digariskan dalam Pelan Induk Pasaran Modal 2026–2030,” katanya.

Penambahbaikan utama termasuk:

  • Pasaran Utama: Keperluan keuntungan yang lebih tinggi, kualiti pelaporan kewangan yang diperkukuh, penambahan fleksibiliti dalam penilaian aliran tunai operasi serta peluasan kelayakan bagi penyenaraian berasaskan infrastruktur.
  • Pasaran ACE: Diperkukuh sebagai pasaran berasaskan penaja (sponsor-driven), dengan keperluan rekod prestasi minimum dua tahun selepas penyenaraian sebelum boleh dipindahkan ke Pasaran Utama, pemansuhan pengecualian terhadap penajaan dan moratorium, serta pengenalan keperluan peruntukan pegangan saham awam minimum.

Dato’ Faiz menambah, “Secara keseluruhannya, segmentasi yang lebih jelas ini memperkukuh pembezaan antara lapisan pasaran, meningkatkan kualiti penyenaraian serta menyediakan laluan peralihan yang lebih tersusun bagi syarikat untuk berkembang daripada Pasaran ACE ke Pasaran Utama.”

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman berikut: