Swing Trading Dan Day Trading, Apa Perbezaannya

Pasaran saham adalah tempat di mana pelbagai jenis pelabur dan pedagang berlumba-lumba untuk mencari peluang menjana keuntungan dalam kaunter masing-masing.

Setiap orang mempunyai cara yang berbeza dan ianya mengikut modal dan kekuatan ekonomi seseorang.

Antara cara pelaburan yang popular dalam kalangan pelabur adalah Swing trading. Swing trading adalah cara pelaburan mid-term to long term dan selalunya pelabur mengambil posisi dalam market dalam jangka masa beberapa hari hingga beberapa minggu.

Ada juga yang mengambil masa sehingga beberapa bulan.

Pelabur Swing akan mencari turning point dalam carta harian dan akan mengambil posisi pada permulaan trend.

Swing trading adalah cara pelaburan yang sangat sesuai untuk mereka yang tidak mempunyai masa yang banyak untuk melihat pergerakkan harga sepanjang hari. Swing trader juga selalunya mempunyai kerjaya lain untuk menampung keperluan harian mereka.

Ini juga memberikan Swing trader kelebihan kerana Swing trader boleh menggunakan pendapatan tetap dari kerjaya mereka sebagai backup jika terdapat kerugian pada pelaburan.

Manakala bagi yang memilih cara Day trading (intraday) mereka kebiasaannya adalah professional trader. Mereka menjadikan pasaran saham saham sebagai sumber utama pendapatan.

Cara Day trading lebih kompleks dan memerlukan minat yang mendalam dan pengalaman yang banyak. Disiplin yang tinggi amat diperlukan jika nak bertahan lama. Hal ini kerana para trader terdedah kepada risiko yang besar dan modal pelaburan yang besar.

Perbezaan Swing Trading Dan Day Trading

Walaubagaimanapun, kedua-kedua cara pelaburan di atas adalah yang popular digunakan oleh ramai orang dan ianya terbukti boleh menjana pendapatan yang kita dingini.

Kepada yang baru bermula, cara yang lebih sesuai adalah Swing trading.

Hal ini kerana ia tidak memerlukan modal dan masa yang banyak untuk melaksanakannya. Daripada segi analisis teknikal pula, Swing trading lebih mudah dikesan dan lebih mudah untuk kita menjana keuntungan.

Baca lagi Swing Trading: Teknik Popular Bagi Mereka Yang Tak Banyak Masa

Penafian :
Kandungan ini tidak disemak atau diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Maklumat yang terkandung di dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat pelaburan. Semua keputusan pelaburan adalah tanggungjawab individu dan anda harus mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan berlesen sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Pelaburan dalam saham melibatkan risiko dan keuntungan sendiri. Prestasi masa lalu juga tidak menjamin prestasi masa hadapan.

Previous ArticleNext Article

Berjaya Food Sekali Lagi Rugi, Kali Ini Sebanyak RM14.32 Juta

KUALA LUMPUR: Berjaya Food Bhd mencatatkan satu lagi kerugian pada suku yang baru berakhir apabila kos dan perbelanjaan terus melebihi pertumbuhan hasil yang kecil.

Kerugian bersih bagi pemegang francais rangkaian kopi Starbucks itu berjumlah RM14.32 juta bagi tempoh tiga bulan berakhir 31 Mac 2026, suku ke-10 berturut-turut syarikat berada dalam kerugian.

Namun begitu, kerugian lebih rendah berbanding RM37.19 juta pada suku ketiga tahun kewangan 2025 hasil langkah kawalan kos dan penutupan kedai.

Hasil bagi suku dikaji meningkat 4.9 peratus tahun ke tahun kepada RM119.14 juta, sebahagian besarnya didorong oleh operasi luar negara.

Walau bagaimanapun, Berjaya Food Bhd kekal optimis terhadap prospeknya dengan menyatakan bahawa usaha-usaha terkini mula menunjukkan hasil.

“Kumpulan menjangkakan prestasi operasi dan kewangan akan terus kukuh, disokong oleh inisiatif pemasaran dan promosi yang berterusan, usaha rasionalisasi kedai yang sedang dijalankan, serta pendigitalan berterusan untuk meningkatkan pengalaman pelanggan sama ada dalam talian mahupun di kedai,” katanya.

Berjaya Food kini giat mengembangkan operasi di luar negara sambil memperkukuh jenama lain dalam portfolionya termasuk Paris Baguette dan Krispy Kreme Doughnuts bagi mengekang kerugian berterusan.

Di pasaran tempatan pula, syarikat menutup cawangan Starbucks dan restoran Kenny Rogers Roasters yang tidak mencatatkan prestasi baik.

“Inisiatif yang dilaksanakan ini telah menunjukkan peningkatan dalam prestasi kumpulan dan dijangka terus memberikan sumbangan positif pada suku akan datang, disokong oleh penambahbaikan lanjut dalam kecekapan operasi,” katanya.

— Berita Harian