Ini 15 Panduan Beginner Perlu Tahu Tentang Pelaburan Saham di Bursa Malaysia

Jenis jenis pelabur

Di Malaysia terdapat pelbagai instrumen pelaburan seperti Tabung Haji, ASB, Unit Trust, Saham di Bursa Malaysia, Initial Public Offering (IPO), ETF, Future Crude Palm Oil (FCPO), Sukuk dan lain-lain.

Setiap daripada instrumen pelaburan ini mempunyai kebaikan dan kelemahan tersendiri. Kita sebagai pelabur perlu ambil tahu akan setiap instrumen pelaburan ini supaya boleh pilih yang sesuai dengan diri kita.

Kita ada duit, tetapi tiada masa untuk uruskan perniagaan tetapi berminat dengan perniagaan tersebut. Apa boleh kita buat? Salah satu caranya, adalah dengan membeli sebahagian saham atau pemilikan syarikat.

Sesuatu yang harus kita fahami, apabila kita membeli saham sesebuah syarikat, kita membeli pemilikan dalam bisnes. Selaku pemilik bisnes, kita dapat hadir Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) untuk mengundi, memilih pengarah syarikat dan layak memperoleh dividen. Jual beli saham itu tidak jatuh dalam perjudian kerana wujud situasi win-win dan bukannya zero-sum game.

Baca juga Syarikat Yang Memberi Dividen Di Bursa Malaysia

Kali ini Pak Teh akan berkongsi beberapa fakta ringkas tentang pelaburan saham di Bursa Malaysia. Sebelum tu nak ingatkan pelaburan saham ni :

  • BUKAN Forex trading
  • BUKAN ASB
  • BUKAN Unit Trust
  • BUKAN MLM
  • BUKAN kripto
  • BUKAN skim confirm dapat duit.

Boleh baca dulu apa maksud saham di sini.

Melabur Saham di Bursa Malaysia Hukumnya Halal atau Haram?

Hukum melabur saham ni harus sebab saham ni komoditi.

Jenis-jenis saham yang tidak patuh syariah adalah tidak sah dan tidak halal untuk dijual beli atau dimiliki untuk diurusniagakan (‘sin stock’). Contoh paling senang saham syarikat judi (Magnum Berhad).

Berita baiknya kini 81% atau 886 saham yang disenaraikan di Bursa Malaysia adalah patuh syariah, setelah dikemaskini oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Jom kita tengok saham-saham yang patuh Syariah dan yang mana tidak patuh Syariah, berkuatkuasa 29 Mei 2026. Baca lagi Senarai Terkini Saham Patuh Syariah.

Kita boleh tahu saham syarikat mana yang patuh syariah dengan mudah dalam “trading platform” sebab ada tanda bulat kecil di hujung nama setiap saham yang tersenarai.

Contoh seperti gambar di bawah:

Majlis Penasihat Syariah di Suruhanjaya Sekuriti akan membuat kawalan dan semakan yang ketat ke atas syarikat-syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia. Tak perlu risau

Baca juga:

Boleh juga tonton koleksi video kami dalam siri kami bersama Bursa Malaysia-i:
Majalah Labur Temuduga Bersama Bursa Malaysia-i

Sebelum Itu, Bagaimana Saham Berfungsi?

Secara ringkasnya:

  1. Syarikat terbitkan IPO –  Sebelum sesuatu saham boleh dijual beli secara terbuka kepada umum, syarikat tersebut perlu terlebih dahulu menawarkan terbitan awam atau tawaran untuk jualan (IPO).
  2. Pelabur membeli IPO dan menjadi sebahagian daripada pemegang saham syarikat. Syarikat terima modal tambahan daripada pembelian IPO tadi. Kita boleh membeli IPO secara online menggunakan Maybank2U dan CGS-CIMB. Mereka yang sudah ada akaun CDS sahaja yang boleh beli.
  3. Syarikat akan menggunakan dana tadi untuk mengembangkan syarikat atau membayar hutang.
  4. Kemudian, saham syarikat ini akan tersenarai dalam pasaran saham Bursa Malaysia dan kita masih boleh jual dan beli saham syarikat ini menggunakan trading platform jika terlepas semasa IPO.

Bila pelabur menekan butang “BUY” saham TNB contohnya, ramai menyangka wang tersebut terus masuk ke akaun TNB. Hakikatnya, transaksi di pasaran saham berlaku antara pelabur dengan pelabur lain, bukan dengan syarikat.

Sebagai contoh, jika seorang pelabur seperti Ahmad menjual saham yang telah dipegang dan anda membelinya, maka wang anda akan masuk ke akaun Ahmad, manakala saham tersebut berpindah ke akaun CDS anda. Syarikat tidak menerima sebarang dana daripada urus niaga ini.

Inilah fungsi pasaran saham, platform untuk pelabur jual beli sesama sendiri. Syarikat hanya menerima dana apabila menerbitkan saham baharu melalui IPO, rights issue atau private placement.

Baca juga:

Macam Mana Nak Mula Melabur Saham?

1) Buka Akaun CDS

Langkah pertama anda perlu memilih Syarikat Broker / Bank Pelaburan pilihan anda (CGS International, RHB Investment Bank, BIMB Securities, Malacca Securities dan banyak lagi) untuk membuka akaun saham (CDS). Senarai penuh ada di laman web Bursa Malaysia.

Apabila dah buka akaun CDS, anda akan terima eStatement iaitu sama seperti penyata bank tetapi untuk pembelian dan penjualan saham. Penyata ini akan dihantar ke emel yang didaftarkan dengan akaun CDS anda. Emel akan dihantar sebanyak 2 kali setahun iaitu pada bulan Jun dan Disember.

Bila sudah buka akaun dan tiba-tiba tak suka dengan broker tu, tak perlu tukar baharu sebab kita boleh buka akaun dengan banyak broker.

Paling terkini, dua syarikat broker luar negara telah memasuki pasaran Malaysia, iaitu Webull dan Moomoo. Setakat ini kedua-duanya masih belum mempunyai status broker patuh syariah yang diiktiraf oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Namun begitu, setakat ini Webull ada memaklumkan mereka memberi pilihan trust account di HSBC Amanah (perbankan Islamik). Bagi Moomoo pula, setakat ini kami masih menanti maklumat terkini berkaitan struktur akaun dan pengurusan dana pelanggan. Jika ada perkembangan terbaru, kami akan kongsikan.

Webull dan Moomoo menyediakan syariah screener, iaitu fungsi penapisan untuk melabel saham yang patuh Syariah. Namun, penting untuk difahami bahawa syariah screener ini bukan bermaksud akaun broker tersebut adalah akaun patuh syariah. Ia hanya membantu pengguna mengenal pasti saham yang disenaraikan sebagai patuh syariah, sementara akaun dagangan itu sendiri masih tertakluk kepada struktur broker masing-masing.

Baca juga :

Boleh ke nak pindahkan saham kita dekat orang lain? Ya boleh. Bursa Malaysia Depository hanya membenarkan pemindahan antara pihak ahli keluarga terdekat. Berikut adalah hubungan yang dibenarkan:

  • Ibu bapa
  • Anak/Anak angkat
  • Pasangan sah
  • Abang/Adik lelaki
  • Kakak/Adik perempuan
  • Datuk & Nenek
  • Cucu

Biasanya akaun CDS akan dibuka secara serentak dengan akaun dagangan (trading platform) di bank pelaburan atau syarikat broker saham yang kita pilih tadi.

Pelaburan saham di Bursa Malaysia mudah diuruskan kerana transaksi dibuat secara online menggunakan trading platform. Username dan password akaun ini akan diberikan (diemel) oleh bank pelaburan / syarikat broker saham selepas anda membuka akaun CDS.

2) Remisier / Dealer

Anda juga akan ‘diberi’ seorang Remisier oleh Syarikat Broker untuk membantu anda semasa aktiviti jual beli saham nanti.

Di antara tugas Remisier ini ialah:

  1. Mengambil pesanan untuk jual dan beli saham daripada pelanggan (Sesuai bagi yang tidak pandai menggunakan trading platform)
  2. Menjawab soalan teknikal yang diajukan pelanggan, sebagai contoh bagaimana nak guna trading platform – macam mana nak beli, macam mana nak jual; Berapakah kos yang terlibat di dalam pembelian dan penjualan saham.
  3. Memberi maklumat terkini kepada pelabur mengenai perkembangan terkini yang berlaku di luar dan dalam Malaysia yang bakal memberi kesan kepada pasaran saham.

Hlebroking

3) Aplikasi Saham

Jika tak faham cara beli dan jual saham menggunakan trading platform, anda juga boleh bertanya kepada remisier tadi. Trading platform sekarang majoriti sudah ada dalam bentuk apps. Guna apps dari smartphone saja sekarang, sangat mudah.

Contohnya bagi mereka yang membuka akaun CDS dengan CGS International Securities, jual beli saham menjadi sangat mudah menggunakan aplikasi CGS iTrade. Baca juga Step By Step Cara Beli Saham IPO Dengan CGS iTrade (TERKINI)

MyBursa pula merupakan aplikasi rasmi daripada Bursa Malaysia bagi mendapatkan data pasaran saham terkini dan idea jual beli bagi pasaran saham di Malaysia.

Baca juga :

4) Deposit / Withdraw

Lepas akaun CDS dan trading dah aktif, barulah kita boleh masukkan modal. Kalau tak pasti, boleh rujuk terus video tutorial dan panduan yang syarikat broker sediakan. Biasanya ada dalam laman web rasmi atau YouTube mereka.

(a) Deposit Modal – Masuk Duit ke Akaun Trading

Depositkan wang / duit modal anda ke dalam akaun trading.

Ini kami nak pesan, jangan berhutang atau buat pinjaman jika nak mula melabur saham. Gunakan duit lebihan saja. Duit yang kita sanggup hangus 100%.

(b) Withdraw Modal – Keluarkan Duit

Bila dah buat untung (atau nak kurangkan modal), kita boleh keluarkan semula duit balik ke akaun bank sendiri.

Secara ringkas:

  1. Jual dulu saham yang nak dicairkan

  2. Lepas jual saham, tunggu proses settlement (kebiasaannya T+2). Lepas selesai, barulah duit hasil jualan tu boleh dikeluarkan (withdraw) ke akaun bank.

  3. Duit akan dipindahkan ke akaun bank yang kita daftarkan dengan CGS International.

Kami ada terjumpa playlist tutorial yang sesuai untuk beginner, tak silap ada 100 lebih video percuma. Boleh klik > Koleksi Video Tutorial-Tutorial Pelaburan Saham

5) Modal Kena Besar?

Besarkah modal untuk mula melabur saham? Perlu ribu-ribu?

Modal untuk MULA melabur boleh serendah RM100-RM500. Sebab apa? Sebab minimum saham kena beli adalah sebanyak 1 lot.

Dulu 1 lot bersamaan dengan 1,000 unit.

Sekarang 1 lot bersamaan dengan 100 unit sahaja.

Sebab itu zaman sekarang orang cakap melabur saham bukan lagi eksklusif untuk orang kaya saja. Selanjutnya baca di sini.

Panduan:

Sebelum berani beli saham betul-betul, mulakan dengan cara paling selamat: beli saham olok-olok dulu. Boleh guna simulator dekat website Bursa Malaysia. Tekan buy, tekan sell, tengok harga naik turun macam betul-betul. Cari dekat menu Market > Tools > Equities Simulator.

6) Jadi, Macam Mana Nak Buat Duit atau Profit Dengan Saham?

Ini bukan macam skim cepat kaya tunggu duit masuk bulan-bulan. Konsep asas buat untung adalah beli saham masa harga rendah dan jual semula pada harga lebih tinggi.

Pelaburan di pasaran saham juga mempunyai tahap ketidaktentuan pulangan yang sangat tinggi. Harga saham yang stabil pada hari ini mungkin akan jatuh menjunam pada masa depan, begitu juga sebaliknya. Kebanyakan pelabur baru tidak memahami konsep ini. Mereka secara melulu bergantung kepada remisier atau khabar angin dan menjangka pelaburan mereka akan memberikan pulangan yang besar.

Hmm…, jadi untung melabur saham tu kira macam mana?

Prinsip asas buat untung adalah beli saham dengan harga rendah, jual harga tinggi ATAU beli harga tinggi, jual dengan harga lebih tinggi. Tiada kaitan jika syarikat itu sedang untung atau rugi, sebab kita jual beli pemilikan.

Bahasa mudah, bila hari ini beli saham A harga RM1, bulan depan harga dia naik jadi RM3, maka anda telah untung RM2.

Harga saham sebenarnya bergerak ikut demand dan supply. Contohnya, kalau saham Tenaga Nasional sekarang RM14, tiba tiba ramai orang nak beli sebab nampak potensi, tapi yang nak jual tak banyak. Jadi pembeli mula offer RM14.10, RM14.20, sampai ada yang sanggup bayar lebih tinggi. Bila ada penjual setuju pada harga tu, transaksi berlaku pada harga baru dan harga saham pun naik ke RM14.20.

Boleh baca panduan yang lebih panjang di sini dan kisah Inspirasi Untung RM1 Juta Dalam Masa Setahun Dengan Pelaburan Saham.

Jangan ingat untung saja, baca juga kisah-kisah ngeri pasal pelaburan saham:

7) Penyata Transaksi

Jual beli saham boleh dibuat sendiri secara online atau boleh menggunakan khidmat remisier (tetapi dengan yuran brokerage fee yang lebih tinggi).

Setiap kali beli kita akan dapat penyata daripada broker.

Setiap bulan pula Bursa Malaysia akan hantar penyata akaun.

8) Fee

Setiap transaksi jual beli saham akan dikenakan 4 jenis fee. Selanjutnya baca panduan pengiraan di sini.

9) FA & TA

Jika anda ingin jual beli saham sendiri, pastikan anda telah menguasai 2 ilmu ini iaitu Fundamental Analysis & Technical Analysis. Ini akan menjawab soalan :

“Saham apa nak beli?”,
“Bila nak beli saham?” dan “Bila nak jual saham?”.

Panduan :

10) Pasang Strategi Pelaburan

Ada 2 Jenis Strategi Buat Duit Dengan Saham : Mereka yang suka melabur dalam jangka masa panjang digelar Investor manakala yang suka jual beli saham dalam jangka masa pendek gelaran seksi mereka adalah Trader.

Boleh baca lagi tentang jenis-jenis trader saham yang wujud dekat Malaysia di 4 Jenis Trader Dalam Saham. Anda Yang Mana Satu?

11) Investor vs Trader

Setiap daripada jenis pelabur ini mempunyai strategi yang berbeza-beza. Strategi pelaburan investor amat berbeza dengan seorang trader.

Investor lebih santai dan melihat keuntungan dalam jangka masa yang lebih panjang. Sesuai untuk mereka yang sibuk.

Baca juga:

Apabila anda menjadi seorang pedagang atau trader, anda perlu memantau saham syarikat dengan lebih kerap kerana trader biasanya akan membeli saham yang berisiko tinggi dan dalam jumlah (RM) / unit yang banyak.

Maka ia memerlukan pemantauan yang lebih kerap kerana perbezaan RM0.05 akan memberi kesan (untung rugi) yang besar.

“Kalau kita beli saham pagi ni, dalam berapa hari ye tempoh saham tu mesti kena jual balik?”
Ikut suka kita nak jual bila. Nak beli saham pagi dan jual petang pun boleh (intraday). Nak beli pagi dan jual esok pun boleh. Ikut matlamat. Kalau rasa dah untung, jual. Kalau rasa dah rugi, jual. Simple.

12) Jenis-Jenis Saham

13) Ok, Nak Beli Saham Apa?

Sehingga 30 Mei 2025, ada 850 saham patuh syariah seperti FARM FRESH, MR DIY, SPRITZER, PETRONAS DAGANGAN, NESTLE, PADINI, TENAGA NASIONAL, TOP GLOVE, MAH SING, TAKAFUL MALAYSIA, BANK ISLAM, DRB-HICOM dan sebagainya. Mesti kenal dengan syarikat-syarikat ni kan? Ini sekadar contoh saja.

Minat nak jual beli saham-saham oil and gas di Bursa Malaysia? Jemput tonton video penerangan Apakah Maksud Upstream, Midstream, dan Downstream?

Jika berminat dengan saham-saham dalam industri semikonduktor, jemput tonton video :
Saham Semkikonduktor Part 1, Saham Semikonduktor Part 2

Selanjutnya baca panduan nak beli saham apa di sini.

Baca juga Langkah-Langkah Pemilihan Saham Berdasarkan Carta

 

14) Siapa Boleh Terlibat Dalam Pelaburan Saham?

Semua orang yang sanggup belajar boleh terlibat, tak kira tua muda, suri rumah, kerja makan gaji atau bisnes sendiri. Syarat untuk buka akaun saham (CDS) adalah 18 tahun ke atas dan tidak muflis.

“Eh, nak join melabur saham ni kena ada background accounting atau finance ke?”

Jawapannya tak perlu. Tetapi perlu ada background rajin dan tak malas. Baca juga Rutin Harian Pelabur & Pedagang Saham.

Cukuplah dulu sampai di sini.

Dah bersedia atau tidak untuk melabur/berdagang saham? Kalau belum, jangan gatal tangan, belajar dulu. Melabur di pasaran saham ni tak sama dengan letak duit dalam ASB, bukan sesenang campak duit, tiba-tiba duit tu beranak sendiri. Baca juga Saham Memang Lubuk Duit. Tapi Ini Sisi Gelapnya.

15) Belajar dan Terus Belajar!

Ada banyak video YouTube, TikTok dan ebook yang ajar teknik-teknik asas untuk buat duit di pasaran saham.

Buku pun banyak boleh dibeli secara online. Boleh baca di sini untuk senarai buku pelaburan saham dalam Bahasa Melayu.

Pernah dengar tentang buku Malaysia Melabur Saham? Jika anda benar-benar berminat untuk terlibat dalam pelaburan saham tetapi masih belum memulakan langkah pertama, buku ini teramat sesuai.

This image has an empty alt attribute; its file name is 210115-MMS-Thumbnail-700x468.jpg
 
 

Ianya ringkas, padat dan sarat dengan contoh-contoh berbentuk grafik.

  • Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa.
  • Anda nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?
  • Tak dapat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.
  • Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Miliki sekarang supaya jadi lebih cepat pandai -> Buku Malaysia Melabur Saham.

TERKINI: Miliki Buku Malaysia Melabur Saham di Shopee

Nasihat Pak Teh, nak cepat pandai carilah sifu atau mentor-mentor saham di luar sana sebab lebih mudah nak berjaya jika kita tahu kesilapan-kesilapan mereka yang sudah lama bertahan di pasaran saham. Jangan ego sangat, beri peluang kepada diri untuk dibimbing.

Boleh baca artikel Senarai Sifu-Sifu Saham & Kewangan (trusted) Di Malaysia. Baca juga panduan ini : 9 Tips Mencari Guru, Cikgu atau Sifu Pelaburan Saham

Penafian :
Kandungan ini tidak disemak atau diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Maklumat yang terkandung di dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat pelaburan. Semua keputusan pelaburan adalah tanggungjawab individu dan anda harus mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan berlesen sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Pelaburan dalam saham melibatkan risiko dan keuntungan sendiri. Prestasi masa lalu juga tidak menjamin prestasi masa hadapan.

Previous ArticleNext Article

11 Comments

  1. saya nak beranakkan duit. tp x tau cara.
    berminat nak belajar, modal ada, InsyaAllah. Boleh bg step bby step bagaimana saya nak mula untuk bermain saham ni.

  2. Assalamualaikum pak teh.. ajar kan lebih detail boleh ? Skrng sy desperate cari sumbang keewangan extra utk further study. Jazakallahu khair pak teh!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Minat Nak Jadi Remisier? Begini Caranya

Sebelum ini kami ada cerita serba sedikit tentang Best Ke Jadi Remisier? Kita dapat tahu kelebihan menjadi seorang remisier, selain daripada berkongsi ilmu dapat juga menjana pendapatan yang lumayan.

Malah Master Yus yang dahulunya dikenali sebagai seorang perempit di litar bursa, kini telah maju selangkah lagi untuk menjadi seorang remisier. Ikuti kisah beliau yang penuh inspirasi di Kisah Perempit Di Litar Bursa Kepada Seorang Remisier.

Berminat untuk menjadi remisier? Langkah pertama adalah memahami keperluan pelesenan, kelayakan dan peperiksaan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Eh, nampak macam mudah je kan? Mesti kacang putih punya.

Berkenalan Dengan Suruhanjaya Sekuriti Terlebih Dahulu

Untuk menjadi seorang remisier, kita perlu tahu dulu siapa itu Suruhanjaya Sekuriti. Kalau berkaitan bank, simpanan dan takaful kita ada Bank Negara Malaysia (BNM), kalau berkaitan bank pelaburan dan pelaburan pula kita ada Suruhanjaya Sekuriti atau Securities Commission (SC).

Siapakah Securities Commission (SC)?

Sumber gambar: The Malaysian Reserve

Untuk itu, kita rujuk kepada laman web SC untuk tahu lebih lanjut:

Ditubuhkan pada 1 Mac 1993 bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993, SC merupakan badan statutori biaya kendiri dengan kuasa penyiasatan dan penguatkuasaan. SC melapor kepada Menteri Kewangan dan akaunnya dibentangkan di Parlimen secara tahunan. SC mempunyai banyak fungsi pengawalseliaan termasuk:

  • Mengawal selia bursa-bursa, rumah-rumah penjelasan dan depositori pusat;
  • Mendaftarkan prospektus syarikat selain daripada kelab-kelab rekreasi tidak tersenarai;
  • Meluluskan terbitan bon;
  • Mengawal selia semua perkara yang berhubung kait dengan sekuriti dan derivatif;
  • Mengawal selia pengambilalihan dan percantuman syarikat-syarikat;
  • Mengawal selia semua perkara yang berkaitan dengan skim unit amanah;
  • Melesenkan dan mengawasi semua individu yang berlesen;
  • Menggalakkan kawal selia sendiri; dan
  • Memastikan perilaku yang betul di kalangan institusi pasaran dan individu berlesen.

Melaksanakan semua fungsi ini merupakan tanggungjawab besar SC dalam melindungi pelabur. Selain daripada melaksanakan fungsi kawal selia, SC juga bertanggungjawab di bawah undang-undang untuk menggalakkan dan mempromosikan pembangunan sekuriti dan derivatif di Malaysia.

Perhatikan tiga point yang terakhir tersebut, betapa pentingnya SC menitikberatkan bab lesen di dalam industri pelaburan di Malaysia.

Aktiviti Yang Memerlukan Lesen Di Malaysia

Sumber: Licensing Handbook mukasurat 10 – fail PDF

Tengok betul-betul lapan aktiviti yang digariskan oleh SC seperti di atas. Nak berurusan dengan sekuriti (saham, waran, REIT, ETF dan bon) kita kena jadi seorang remisier yang berdaftar dengan SC. Nak jual unit trust atau amanah saham pun kena daftar juga tau. Kalau nak promote dan jual Skim PRS atau Private Retirement Scheme pun kena daftar dengan SC.

Ada Syarat Nak Jadi Remisier?

Ya, terdapat beberapa syarat yang perlu dipenuhi untuk menjadi remisier atau wakil berlesen bagi aktiviti dealing in securities.

Antara syarat yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ialah:

  1. Berumur sekurang-kurangnya 21 tahun.
  2. Memenuhi kriteria fit and proper yang ditetapkan oleh SC.
  3. Memenuhi keperluan kelayakan akademik dan pengalaman kerja yang berkaitan.
  4. Lulus kombinasi modul peperiksaan SC Licensing Examinations (SCLE) yang ditetapkan bagi aktiviti dealing in securities.

Untuk mengetahui kombinasi modul peperiksaan yang diperlukan, anda boleh merujuk kepada panduan modul peperiksaan CMSRL mengikut aktiviti.

Nota: Panduan modul peperiksaan ini disediakan oleh SIDC Prep, sebuah platform persediaan peperiksaan bebas yang tidak berafiliasi, disokong atau disahkan oleh Securities Industry Development Corporation (SIDC), Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) atau Bursa Malaysia. Maklumat ini disediakan untuk tujuan rujukan sahaja. Calon hendaklah merujuk kepada sumber rasmi SC bagi mendapatkan keperluan pelesenan terkini.

Maklumat lanjut mengenai syarat kelayakan dan pelesenan boleh dirujuk dalam Licensing Handbook Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

Untuk memohon lesen sebagai wakil berlesen dalam aktiviti dealing in securities, calon perlu memenuhi kriteria kelayakan akademik, pengalaman dan kompetensi yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

Bagi keperluan peperiksaan, calon perlu lulus kombinasi modul SC Licensing Examinations (SCLE) yang ditetapkan, antaranya:

  • Modul 6 dan Modul 7
  • Modul 6 dan Modul 18
  • Modul 7 dan Modul 17
  • Modul 17 dan Modul 18

Keperluan sebenar tertakluk kepada kategori aktiviti terkawal dan kriteria pelesenan semasa SC. Calon disarankan merujuk Licensing Handbook terkini sebelum membuat permohonan.

Nak Jadi Remisier? Ini Modul Peperiksaan SCLE Yang Perlu Anda Lulus

Kebanyakan calon yang ingin menjadi remisier memilih untuk mengambil Modul 6 dan Modul 7. Tetapi, apakah yang dipelajari dalam kedua-dua modul ini?

Modul 6 – Stock Market and Securities Law (Pasaran Saham dan Undang-undang Sekuriti)

Modul 7 – Financial Statement Analysis and Asset Valuation (Analisis Penyata Kewangan dan Penilaian Aset)

Bagi tahun 2026, yuran peperiksaan SC Licensing Examinations (SCLE) ialah RM1,250 bagi setiap modul untuk calon warganegara Malaysia, termasuk calon yang menduduki peperiksaan buat kali pertama atau mengulanginya.

Calon boleh merujuk laman rasmi SIDC untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai struktur yuran, bahan pembelajaran dan peperiksaan.

Dah Pergi Kelas, Ambil Peperiksaan Pula

Selepas mengikuti kelas persediaan dan membuat ulang kaji, calon perlu menduduki peperiksaan SC Licensing Examinations (SCLE) bagi modul yang ditetapkan.

Kedua-dua Modul 6 dan Modul 7 mengandungi 60 soalan objektif (Multiple Choice Questions atau MCQ) yang perlu dijawab dalam tempoh 90 minit.

Dengan markah lulus sebanyak 60%, calon perlu menjawab sekurang-kurangnya 36 daripada 60 soalan dengan betul untuk lulus peperiksaan bagi setiap modul.

Walau bagaimanapun, calon disarankan menyemak format dan struktur peperiksaan terkini melalui laman rasmi SIDC sebelum menduduki peperiksaan.

Yuran Peperiksaan

Bagi tahun 2026, yuran peperiksaan SC Licensing Examinations (SCLE) ialah RM1,250 bagi setiap modul, untuk calon yang menduduki peperiksaan buat kali pertama atau mengulanginya.

Struktur yuran ini berkuat kuasa mulai 1 Mac 2026 hingga 28 Februari 2027. Oleh itu, calon perlu mengambil kira kos peperiksaan bagi setiap modul sebelum membuat persediaan untuk mendapatkan lesen dalam industri pasaran modal.

Sumber rasmi: SIDC – The SC Licensing Examinations

Senang Ke Nak Lulus?

Prestasi kelulusan berbeza mengikut modul dan tahun. Calon boleh meneliti kadar kelulusan terdahulu sebagai salah satu rujukan untuk merancang persediaan peperiksaan.

Sumber: Kadar kelulusan mengikut modul, 2015–2024

Nota: Maklumat kadar kelulusan peperiksaan ini dirujuk daripada SIDC Prep, sebuah laman latihan peperiksaan bebas yang tidak berafiliasi, disokong atau disahkan oleh Securities Industry Development Corporation (SIDC), Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) atau Bursa Malaysia. Data disediakan untuk tujuan maklumat dan rujukan sahaja

Didoakan supaya anda berjaya menjadi seorang remisier, dan menjadi seorang pendidik bagi membantu lebih ramai orang terbuka mata tentang pelaburan saham patuh syariah di Malaysia.

Memang nampak macam senang, tetapi realitinya kita perlu bersabar kerana ianya mengambil masa beberapa bulan juga, daripada saat pergi ke kelas, belajar daripada buku, ambil exam olok-olok, ambil exam sebenar, dan akhirnya dapat sijil mengatakan “Tahniah, Anda Lulus”!

Soalan Lazim Tentang Cara Menjadi Remisier

1. Berapa umur minimum untuk menjadi remisier?

Calon perlu berumur sekurang-kurangnya 21 tahun dan memenuhi syarat pelesenan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

2. Adakah wajib lulus Modul 6 dan Modul 7?

Tidak semestinya. Terdapat beberapa kombinasi modul SCLE yang dibenarkan bagi aktiviti dealing in securities, tertakluk kepada keperluan pelesenan SC.

3. Berapakah yuran peperiksaan SCLE pada tahun 2026?

Bagi calon warganegara Malaysia, yuran peperiksaan ialah RM1,250 bagi setiap modul untuk tempoh 1 Mac 2026 hingga 28 Februari 2027.

4. Berapa soalan dalam peperiksaan Modul 6 dan Modul 7?

Setiap modul mengandungi 60 soalan objektif yang perlu dijawab dalam tempoh 90 minit. Markah lulus ialah 60%, bersamaan sekurang-kurangnya 36 jawapan betul.

5. Berapa lama masa diperlukan untuk menjadi remisier?

Tempoh bergantung kepada persediaan calon, jadual peperiksaan, kelulusan modul dan proses permohonan lesen. Tiada satu tempoh tetap yang terpakai kepada semua calon.