Syarikat Yang Beri Dividen Tertinggi Di Bursa Malaysia (2018)

Kalau diikutkan definisi, dividen adalah pendapatan tunai yang yang diterima pemegang saham.

Untuk pemegang saham biasa dan saham pengurusan amanah, dividennya tidak tetap. Ia bermaksud dividen akan berubah-ubah bergantung kepada prestasi perolehan dan polisi dividen syarikat. Manakala bagi pemegang saham keutamaan pula, dividen biasanya telah ditetapkan daripada awal lagi.

Jumlah dividen yang diberikan kepada pemegang saham ini akan ditetapkan oleh Lembaga Pengarah syarikat dan dipersetujui oleh pemegang saham dalam mesyuarat agung.

Nak tahu lebih lanjut tentang 4 perkara penting tentang pengisytiharan dividen, 2 jenis dividen dan 3 tarikh penting dividen; boleh rujuk Apa Itu Dividen Saham?

Dan dalam pelaburan saham, ada dua kayu ukur dalam pemberian dividen iaitu:

1. Dividend Yield

Dividend Yield bermaksud nilai dividen setiap saham dibahagikan dengan harga saham. Untuk memudahkan pemahaman kita bersama, boleh rujuk contoh di bawah:

Contoh A

Dividen = RM0.05

Harga Seunit Saham = RM1

Dividend Yield = RM0.05 / RM1 = 5%

Contoh B

Dividen = RM0.10

Harga Seunit Saham = RM5

Dividend Yield = RM0.10 / RM5 = 2%

2. Dividend Per Share

Dividend Per Share pula bermaksud jumlah dividen (biasanya 3 bulan sekali atau setahun sekali) ditolak dengan dividen istimewa (one-time) untuk tempoh tersebut dan dibahagikan dengan jumlah saham:

  • D: Jumlah Dividen
  • SD: Special Dividen
  • S: Jumlah Saham Yang Terapung

Untuk memudahkan pemahaman kita bersama, boleh rujuk contoh di bawah:

Contoh A

Jumlah Dividen = RM1,000,000

Special Dividen = RM100,000

Jumlah Saham = 300,000

Dividend Per Share = (1,000,000 – 100,000) / 300,000

= RM3

Contoh B

Jumlah Dividen = RM10,000,000

Special Dividen = RM1,000,000

Jumlah Saham = 500,000

Dividend Per Share = (10,000,000 – 1,000,000) / 500,000

= RM18

Dah tahu pengiraannya, jom kita tengok syarikat manakah yang memberikan dividen yang tertinggi

1. Senarai Syarikat Yang Beri Dividen Tinggi – Dividend Yield

Untuk ini, kita akan gunakan laman web KLSE Screener untuk mendapatkan jawapannya:

Di termpat pertama adalah syarikat EIG, diikuti dengan STAR dan SDRED.

Sumber: BursaMarketPlace

Sumber: BursaMarketPlace

Sumber: BursaMarketPlace

Sekarang kita tengok pula senarai syarikat Patuh Syariah yang beri Dividen Yield tinggi:

Top 2 masih sama iaitu EIG dan STAR, manakala di tangga ketiga adalah ALCOM.

Sumber: BursaMarketPlace

Sumber: BursaMarketPlace

Sumber: BursaMarketPlace

2. Senarai Syarikat Yang Beri Dividen Tinggi – Dividend Per Share

Kita juga akan gunakan laman web KLSE Screener untuk mendapatkan jawapannya:

Di tempat pertama adalah Dutch Lady diikuti dengan Nestle dan BAT.

Sumber: BursaMarketPlace

Sumber: BursaMarketPlace

Sumber: BursaMarketPlace

Sekarang kita tengok pula senarai syarikat patuh syariah yang beri dividen tinggi:

Dutch Lady dan Nestle kekal di dua kedudukan teratas, diikuti dengan Ajinomoto.

 

Sumber: BursaMarketPlace

Sumber: BursaMarketPlace

Sumber: BursaMarketPlace

Perasan Tak Perbezaan Syarikat Dividend Yield Tertinggi Dan Dividend Per Share Tertinggi?

Syarikat dengan Dividend Per Share tertinggi biasanya adalah syarikat-syarikat yang besar dengan Market Cap yang tinggi. Angka-angka seperti EPS, PE, ROE dan sebagainya juga tinggi.

Sebaliknya bagi syarikat dengan Dividend Yield tertinggi adalah syarikat-syarikat bersaiz kecil. Angka-angka seperti EPS, PE, ROE dan sebagainya adalah rendah.

Previous ArticleNext Article

1 Comment

  1. Adakah nilai dividend yield sentiasa dikemaskini ikut harga saham semasa? …Kalau ya dan tak hairanlah company yg saham tgh jatuh Dividend yield paling tinggi. Dividend yield tinggi sebab harga saham jatuh, bukan sebab kadar dividend naik. Dalam erti kata lain dividend yield is not good indicator utk tentukan saham yg bagus. Betul ke?

Untung Bersih 99 Speed Mart Lonjak 13.4 Peratus Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR: 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd (99 Holdings) mencatat keuntungan bersih RM163.95 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026, meningkat 13.4 peratus daripada RM144.63 juta pada suku sama tahun lalu.

Hasil kumpulan meningkat 13.6 peratus tahun ke tahun kepada RM3.08 bilion daripada RM2.71 bilion sebelumnya, menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Peningkatan itu didorong terutamanya oleh pengembangan berterusan rangkaian cawangan, dengan pertambahan bersih 257 cawangan baharu tahun ke tahun, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 3,151 cawangan setakat 30 Jun 2026 berbanding 2,894 cawangan setahun sebelumnya.

“Jumlah transaksi jualan meningkat 13.6 peratus kepada 146.4 juta, dengan nilai purata setiap bakul RM21,” menurut syarikat itu.

Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, 99 Holdings mencatat keuntungan bersih RM352.5 juta berbanding RM289.53 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Hasil bagi tempoh enam bulan pula meningkat kepada RM6.14 bilion daripada RM5.32 bilion sebelumnya.

Selain itu, platform e-dagang jualan pukal syarikat terus mencatat pertumbuhan kukuh apabila hasil meningkat 80.5 peratus tahun ke tahun kepada RM50.2 juta bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2026.

Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif 99 Holdings, Lee Thiam Wah, berkata momentum pertumbuhan positif pada suku berkenaan disokong pengembangan berterusan rangkaian cawangan serta pelaksanaan waktu operasi lebih awal di seluruh negara.

Thiam Wah berkata tumpuan berterusan terhadap kecekapan operasi turut mula memberikan manfaat ketara kepada kumpulan.

Menurutnya, inisiatif penjimatan tenaga dan penggunaan peralatan membantu mengurangkan kos utiliti serta meningkatkan kecekapan kos merentasi operasi kumpulan.

“Dengan rangkaian cawangan kami terus berkembang, kami kekal komited untuk memperkukuh rantaian bekalan bagi menyokong kecekapan operasi,” katanya.

Beliau berkata kumpulan itu juga terus memperluas penawaran produk bagi memenuhi keperluan pelanggan yang berubah susulan sambutan menggalakkan terhadap rangkaian peralatan rumah terpilih.

Rangkaian berkenaan kini diperluas ke semua cawangan di seluruh negara dan turut ditawarkan menerusi platform 99 Bulksales bagi memenuhi keperluan pelanggan korporat serta pembelian secara pukal.