Panduan Asas Untuk Faham & Sertai IPO di Bursa Malaysia

IPO (Initial Public Offering) mungkin kedengaran macam benda “orang kaya je faham”. Tapi hakikatnya, sesiapa pun boleh mohon, asalkan tahu bagaimana nak terlibat dan faham risikonya.

IPO bukan sejenis skim cepat kaya (masuk duit dan berharap dapat untung tiap minggu). Ini cara yang sah untuk beli saham syarikat sebelum tersenarai di Bursa Malaysia tetapi datang dengan risiko dan ganjaran yang besar.

Apa Itu IPO?

IPO ialah proses di mana sesebuah syarikat menjual saham kepada orang awam buat kali pertama. Tujuannya mudah: nak kumpul modal untuk kembangkan bisnes, bayar hutang atau buat pelaburan baharu. Sebagai pelabur, kita berpeluang beli saham pada harga tawaran (offer price) sebelum ia mula diniagakan di pasaran terbuka. Kalau harga naik masa hari pertama tersenarai maka kita akan senyum lebar. Kalau jatuh, kelatlah senyuman tu.

Contohnya, ada IPO yang keluar tahun lepas pada harga RM0.25, tapi masa mula disenaraikan terus naik ke RM0.60!

Langkah Demi Langkah Sertai IPO

1️⃣ Buka Akaun CDS (direct account) – Guna aplikasi rasmi Bursa Anywhere. Prosesnya cepat dan mudah.

2️⃣ Semak Prospektus – Baca di laman Bursa Malaysia atau Suruhanjaya Sekuriti (SC). Fokus pada model bisnes, risiko dan hasil IPO akan digunakan untuk tujuan apa.

3️⃣ Mohon eIPO – Guna portal bank seperti Maybank2u. Isi jumlah unit dan buat bayaran.

4️⃣ Tunggu Keputusan Balloting – Kalau berjaya, saham akan masuk dalam akaun CDS. Kalau tak, duit dipulangkan automatik.

Berapa Modal Minimum & Kos?

  • Minimum pembelian: 100 unit (1 lot)
  • Harga IPO biasanya antara RM0.20 – RM1.50 sesaham → minimum modal sekitar RM20 – RM150
  • Caj bank kecil (sekitar RM1) semasa memohon. Contoh: Jika harga IPO RM0.50 dan mohon 1,000 unit, jumlahnya RM500 + caj bank RM1 = RM501.

Peruntukan Saham Khas Bumiputera Melalui MITI

Selain peruntukan awam (Public Balloting), kita juga boleh memohon IPO melalui peruntukan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Bahagian Khas Bumiputera. Syarikat yang disenaraikan perlu memperuntukkan sebahagian saham kepada pelabur Bumiputera yang diluluskan oleh MITI.

Permohonan IPO ini boleh dibuat melalui laman utama portal Peruntukan Saham Khas Bumiputera. Kalau diluluskan, pelabur akan dapat peruntukan terus tanpa perlu melalui undian awam. Pelabur individu, syarikat dan koperasi Bumiputera layak memohon dengan dokumen lengkap seperti SSM, penyata kewangan dan akaun CDS.

Proses Pendaftaran

  1. Layari sahamonline.miti.gov.my 
  2. Daftar menggunakan nombor IC anda sebagai ID Pengguna.
  3. Lengkapkan borang pendaftaran dalam talian.
  4. Muat naik dokumen yang diperlukan.
  5. Tunggu pengesahan e-mel.

Langkah 2: Penyediaan Dokumen

Sediakan dokumen-dokumen yang berikut:

  • Penyata CDS : Dikeluarkan dalam tempoh 6 bulan yang lalu.
  • Penyata bank 3 bulan terkini .

Minimum pembelian melalui MITI ialah 1,000 unit (10 board lot), berbeza dengan eIPO awam yang hanya 100 unit. MITI menetapkan jumlah lebih tinggi kerana ia diperuntukkan kepada pelabur Bumiputera yang serius dan berkemampuan. Permohonan dibuat sebelum IPO dibuka kepada orang awam dan pelabur yang berjaya akan mendapat peruntukan saham terus tanpa melalui balloting (undi).

Prestasi IPO Tahun 2025

Sehingga artikel ini ditulis, THMY Holdings Bhd kini menjadi IPO dengan prestasi terbaik bagi tahun 2025. Saham THMY, yang disenaraikan di ACE Market pada 23 Oktober 2025 dengan harga tawaran awam awal (IPO) sebanyak RM0.31, melonjak sehingga RM0.80 pada hari penyenaraian, bersamaan dengan kenaikan 158%. Ini menjadikan THMY sebagai IPO dengan premium tertinggi tahun 2025, mengatasi rekod sebelum ini yang dipegang oleh Oriental Kopi Holdings Bhd (+91%).

Selain THMY, beberapa IPO lain turut menunjukkan prestasi kukuh termasuk Cheeding Holdings Bhd (+104%) dan Oriental Kopi Holdings Bhd (+91%). Kenaikan luar biasa ini menggambarkan minat pelabur terhadap syarikat berasaskan pengguna dan sektor tempatan yang kukuh, walaupun dalam suasana pasaran yang berhati-hati.

Baca juga Step By Step Cara Beli Saham IPO Dengan CGS iTrade (TERKINI)

Penafian: Artikel ini untuk tujuan pendidikan dan pencerahan umum sahaja. Ia bukan nasihat pelaburan. Sila buat kajian dan faham risiko sebelum membuat keputusan pelaburan.

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Ramai yang nak gandakan duit simpanan dalam saham tapi fikir berpuluh kali. Jadi buku ini adalah step pertama. Bila baca buku ini, boleh 99% stay ahead dari orang lain! Bonusnya dapat jimat banyak masa.

Kami juga faham yang 2 sebab utama kenapa anak muda masih belum mula melabur saham adalah sebab TAKUT dan BELUM CUKUP DUIT. Yelah, kita melabur sebab nak tenang, bukan nak risau setiap masa.

Sambil kami terlibat dalam pasaran saham, sambil pandaikan orang lain tentang saham.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua yang tak putus-putus menyokong kami dari awal sehingga ke hari ini.

Berita Baik : Kami sedang buat jualan penghabisan stok di Shopee!!

Previous ArticleNext Article
Individu berlesen/berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti.

Portal Semak Sebelum Labur SC membolehkan anda menyemak sama ada seseorang individu atau entiti dibenarkan oleh SC untuk menawarkan, mempromosi atau menjual sebarang produk dan perkhidmatan pasaran modal.

CANSLIM: Apa Itu Leader & Laggard Dan Kenapa Saham Ini Boleh Gerak Dulu?

Untuk terlibat dengan pelaburan saham, kita tidak boleh lari daripada melakukan pembacaan dan analisa secara menyeluruh. Pelabur perlu melakukan analisa dengan cara yang betul supaya dapat membuat keputusan yang betul.

Terdapat pelbagai jenis dan cara analisa yang boleh pelabur gunakan antaranya adalah analisa gaya William J. O’Neil. Analisa yang dimaksudkan adalah menggunakan kaedah CANSLIM untuk mencari dan memilih saham yang mempunyai pertumbuhan yang baik.

Pemilihan saham menggunakan CANSLIM ini adalah cara terpantas untuk mencari saham berpotensi sebelum pelabur institusi melabur ke dalam saham tersebut.

Pada penulisan ini, saya akan kongsikan elemen ‘L’ iaitu leader and laggard.

Secara asasnya CANSLIM adalah singkatan akronim yang menggabungkan 7 kriteria dalam pemilihan saham.

Kriteria CANSLIM adalah seperti di bawah :

  1. ‘C’ – Current Quarter Earning
  2. ‘A’ – Annual Earning
  3. ‘N’ – New product/management/event
  4. ‘S’ – Supply and Demand
  5. ‘L’ – Leader/laggard
  6. ‘I’ – Institutional
  7. ‘M’ – Market direction

Apa Itu Leader dan Laggard?

Dalam kriteria Leader dan Laggard, kita ingin menentukan sama ada syarikat kajian kita berada dalam senarai pemain industri yang utama atau pemain industri yang kedua.

Hal ini kerana, syarikat yang menjadi pemain utama dalam industrinya akan bertindak balas lebih awal daripada yang lain dan diikuti oleh syarikat pemain kedua.

Syarikat yang menjadi pemain utama boleh dilihat berdasarkan kepada kekuatan kewangan syarikat dan saiz modal pasaran syarikat tersebut.

Pergerakan pasaran akan bermula dengan saham daripada syarikat pemain utama dalam setiap industri.

PMETAL vs LBALUM

Mari kita lihat contoh-contoh di bawah. Sektor di bawah adalah sektor pembuatan aluminium.

Sumber : iSaham

Gambar di atas menunjukkan syarikat PMETAL berada paling atas dengan modal pasaran sebanyak RM40.38 billion. Ini menjadikan PMETAL pemain industri utama dalam sektor pembuatan Aluminium.

Sumber : Trading View

Pergerakan saham PMETAL berada pada aliran menaik dalam jangka masa 2-3 tahun. Namun begitu, pada Disember 2020, harga PMETAL melakukan kenaikan yang besar daripada RM3.00 sehingga mencecah RM4.00.

Hal ini disebabkan kenaikan harga komoditi Aluminium yang ketara dan telah memberikan keuntungan berganda pada syarikat PMETAL.

Syarikat mencatatkan kenaikan pada margin keuntungan sejak suku tahun kedua 2020. Profit margin yang meningkat juga menyumbang pada kenaikan harga saham.

Sumber : MalaysiaStock.biz

Laggard dalam sektor aluminium pula boleh dilihat pada syarikat LBALUM dengan modal pasaran yang lebih kecil iaitu sebanyak RM228 juta.

Leader seperti saham PMETAL telah mulakan kenaikan pada Disember 2020 manakala, laggard seperti LBALUM hanya memulakan kenaikan pada penghujung Mac 2021 daripada RM0.75 sehingga RM1.30 dengan kenaikan hampir 100%.

Sumber : Trading View
Sumber : MalaysiaStock.biz

Syarikat LBALUM mengalami kerugian pada suku ke-4 tahun 2020 dan hanya berjaya mencatatkan keuntungan pada suku tahun seterusnya. Oleh itu, harga saham LBALUM harga bergerak selepas mencatatkan keuntungan yang meningkat.

Syarikat LBALUM mencatatkan profit margin yang lebih tinggi dari leader PMETAL. Hal ini memberikan peluang yang besar untuk LBALUM menjadi syarikat yang lebih berdaya saing di masa hadapan.

Inilah gaya pemilihan saham menggunakan CANSLIM. Kita perlu mengkaji sektor tersebut dan menentukan siapa leader dan siapa laggard.

Dengan hanya memfokuskan pada kriteria ‘L’ sahaja kita sudah mampu untuk menjana keuntungan yang berganda.

Ini kerana analisis menggunakan metod CANSLIM adalah satu teknik yang sangat berkesan untuk memilih saham yang betul.

Nota: Contoh PMETAL dan LBALUM yang digunakan ini adalah berdasarkan data dan situasi pasaran pada tempoh tersebut dan digunakan semata-mata untuk menerangkan konsep Leader & Laggard dalam strategi CANSLIM. Kedudukan sesuatu saham sebagai leader atau laggard boleh berubah mengikut pergerakan harga dan relative strength dari semasa ke semasa. Contoh ini bukan gambaran prestasi semasa kedua-dua saham dan tidak boleh dianggap sebagai cadangan untuk membeli, menjual atau memegang mana-mana saham.

AMD vs NVIDIA

Sebagai contoh lain, kita boleh lihat perbezaan antara Advanced Micro Devices (AMD) dan NVIDIA dalam industri cip AI. NVIDIA merupakan pemain yang jauh lebih besar dari segi revenue dan kedudukan pasaran, tetapi dalam analisis saham, saiz syarikat bukan satu-satunya perkara yang menentukan sama ada sesuatu saham itu dianggap sebagai leader atau laggard.

Jika harga saham AMD mencatat kenaikan yang lebih tinggi berbanding NVIDIA dalam tempoh tertentu, AMD boleh dianggap sebagai stock leader untuk tempoh tersebut dari sudut price performance, walaupun NVIDIA kekal sebagai peneraju industri dari segi saiz. Sebab itu, apabila menggunakan konsep Leader & Laggard, pelabur perlu melihat relative strength dan prestasi harga berbanding saham lain dalam sektor yang sama, bukannya sekadar membandingkan harga seunit saham atau revenue syarikat.

Namun begitu, status leader atau laggard bukanlah sesuatu yang kekal. Sesebuah saham boleh menjadi leader pada satu tempoh dan kemudiannya menjadi laggard apabila momentum harga berubah. Oleh itu, konsep ini lebih sesuai digunakan sebagai salah satu alat untuk mengenal pasti saham yang menunjukkan momentum relatif yang kuat, bukannya sebagai ukuran mutlak tentang syarikat mana yang lebih baik.


Belilah saham yang baik. Nak tahu apa lebih mendalam tentang formula ini? Dapatkan eBook CANSLIM -> http://thekapital.my/Ebook-CANSLIM

Nak Kejar Saham Yang Bakal Naik?

Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!

Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?

Jangan tertinggal keretapi lagi.

Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.

Kalau nak tahu rahsia satu kaunter jalan, kaunter lain pun ikut jalan sekali, dapatkan eBook Leaders and Laggards -> http://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Dalam e-book ini, anda akan belajar:

✅ Apa itu Leader?

✅ Apa itu Laggard?

✅ Cara nak kenal pasti saham Leader dan Laggard

✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian

✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik

✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian

Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.

Dapatkan eBook Leaders and Laggards -> http://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Penafian :
Kandungan ini tidak disemak atau diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Maklumat yang terkandung di dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat pelaburan. Semua keputusan pelaburan adalah tanggungjawab individu dan anda harus mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan berlesen sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Pelaburan dalam saham melibatkan risiko dan keuntungan sendiri. Prestasi masa lalu juga tidak menjamin prestasi masa hadapan.