Belanjawan 2025: Syarikat Mana Yang Mendapat Manfaat?

Belanjawan 2025 yang dinanti-nantikan seluruh rakyat Malaysia telahpun dibentangkan oleh Y.A.B Perdana Menteri di Dewan Rakyat pada hari Jumaat (18/10/2024). Lazimnya Belanjawan 2025 dibentangkan oleh Menteri Kewangan. Memandangkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim turut memegang portfolio Menteri Kewangan, maka beliau mengambil tanggungjawab untuk membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2025.

Tema Belanjawan 2025 adalah Ekonomi Madani: Memperkasakan Rakyat.

Jom kita lihat perbandingan Belanjawan 2025 dengan belanjawan yang dibentangkan pada tahun lepas.

Belanjawan 2024Belanjawan 2025
Jumlah belanjawanRM393.8 bilionRM421 bilion
Perbelanjaan operasiRM303.8 bilion RM335 bilion
Perbelanjaan pembangunanRM90 bilion RM86 bilion

Mari kita lihat sektor manakah yang mendapat tempias positif dari Belanjawan 2025 ini.

Sektor Konsumer

Kerajaan telah menaikkan kadar gaji minimum daripada RM1,500 kepada RM1,700 bermula Februari 2025 dan memperuntukkan RM13 bilion untuk golongan yang kurang berkemampuan. 

Dengan kenaikan gaji minimum dan subsidi bersasar, lebih ramai rakyat Malaysia akan mempunyai kuasa beli yang lebih tinggi untuk membeli barangan kehidupan harian.

Syarikat peruncitan seperti Aeon Malaysia, 99 Speedmart dan MR. DIY merupakan antara yang mendapat faedah daripadanya. 

Sektor Tenaga Hijau

Belanjawan 2025 merupakan langkah penting dalam mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai peneraju dalam tenaga boleh diperbaharui. Dengan memperuntukkan lebih daripada RM300 juta di bawah Tabung Peralihan Tenaga Negara (NETR), berbanding RM100 juta pada tahun ini, negara dijangka mempertingkatkan landskap tenaganya.

Langkah ini dijangka memberi manfaat kepada syarikat-syarikat yang terlibat dalam pembangunan ladang solar berskala besar seperti UEM Sunrise Bhd dan SD Guthrie Bhd, serta pengendali grid seperti Tenaga Nasional Bhd.

Syarikat seperti Solarvest juga dijangka mendapat manfaat daripada peruntukan tersebut. Solarvest sedang menantikan untuk menyertai Projek Ladang Solar Terapung Hibrid Kenyir, hab hidrogen hijau di Terengganu, serta 10 lagi projek utama di bawah NETR.

Sektor Pelancongan

Malaysia memperuntukkan RM550 juta untuk mempromosikan sektor pelancongan menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026. Syarikat hiburan dan permainan seperti Genting Berhad (tidak syariah) serta pengendali syarikat penerbangan AirAsia X Bhd dijangka mendapat manfaat daripada peningkatan hasil pelancongan.

Peruntukan yang lebih tinggi membolehkan kementerian pelancongan melancarkan pelbagai program & aktiviti untuk menarik pelancong ke dalam negara.

Sektor Perladangan Kelapa Sawit

Rancangan kerajaan untuk menaikkan nilai ambang levi keuntungan luar biasa semasa daripada RM3,000 kepada RM3,150 satu tan bagi Semenanjung dan RM3,500 kepada RM3,650 satu tan bagi Sabah dan Sarawak mendapat sambutan baik. Ia juga dijangka memberi kesan positif terhadap pendapatan penanam utama seperti SD Guthrie, IOI Corp, dan Kuala Lumpur Kepong Bhd.

Ia merupakan langkah tepat selepas Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani meminta kerajaan menyemak semula cukai durian runtuh ke atas minyak sawit dan peruntukan yang lebih besar untuk penanaman semula kelapa sawit untuk pekebun kecil.

Cukai durian runtuh yang dikenakan dilihat tidak sesuai berikutan peningkatan kos. Sebelum ini, kos pengeluaran satu tan minyak sawit adalah sekitar RM1,800 tetapi kini meningkat kepada purata antara RM2,800 sehingga RM3,000 bagi setiap tan. 

Selain itu, peruntukan RM100 juta dijangka memberi manfaat lebih 1,500 orang pekebun kecil melibatkan kawasan seluas 5,900 hektar.

Jadi, apa pandangan anda mengenai Belanjawan 2025 dan sektor mana yang menjadi pilihan?

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni setiap masa. Yang penting kita tahu caranya dan aplikasikan dengan betul.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress

Insya-Allah berbaloi……
Sesi baharu BAKAL dibuka!! Pra-daftar dahulu untuk dapat diskaun Early-Bird dan jadi terawal yang dapat info.

Previous ArticleNext Article

Pusat Data: Keperluan Air Tinggi Oleh Pusat Data

Permintaan air untuk pusat data (DC) akan terus ditampung dengan baik

Berdasarkan analisis kami, kapasiti DC yang bakal dilancarkan di Malaysia – yang bermakna permintaan air yang besar (khusus untuk tujuan penyejukan) – sepatutnya dapat ditampung dengan baik oleh prasarana air yang dirancang, iaitu langkah pengembangan loji rawatan air (WTP) di negeri-negeri utama DC: Johor, Selangor, Negeri Sembilan, dan Melaka. Secara amnya, kapasiti DC sebanyak 1MW mungkin memerlukan sekitar 25.5 ribu meter padu air setahun atau kira-kira 0.07j liter/hari (MLD).

Margin rizab air di Semenanjung Malaysia dan Labuan

Mencecah 14.4% pada 2025 berbanding 15.4% dan 14.9% pada 2023 dan 2024. Oleh itu, keperluan untuk membangunkan prasarana air baharu seperti WTPadalah mustahak bagi memastikan margin rizab air untuk Semenanjung Malaysia dan Labuan berada sekitar 15%, iaitu paras terendah yang disarankan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) demi kestabilan operasi.

Mengikut unjuran kami

Dibuat berdasarkan data terbitan Tenaga Nasional (TNB MK, BELI, TP: MYR16.50), jangkaan permintaan air daripada kapasiti DC yang bakal dilancarkan di Malaysia berjumlah 2,714MW adalah lebih kurang 189MLD. Namun begitu, kami percaya unjuran permintaan air daripada DC mungkin lebih tinggi berbanding angka yang diberikan ini kerana mungkin ada DC lain yang dirancang untuk pelaburan di Malaysia yang belum lagi menandatangani perjanjian bekalan elektrik.

Secara ringkasnya, analisis kami menunjukkan bahawa negeri Selangor, Johor, dan Negeri Sembilan mempunyai jumlah pengembangan kapasiti bekalan air yang dirancang sebanyak kira-kira 3,800MLD, yang kami berpendapat lebih daripada mencukupi, walaupun selepas mengambil kira pertumbuhan permintaan air untuk beberapa tahun akan datang.

Antara Johor, Selangor, Negeri Sembilan, dan Melaka

Selangor mempunyai rancangan pengembangan kapasiti bekalan air yang terbesar menjelang 2030/2031 sebanyak 2,360MLD, diperkukuh oleh beberapa WTP baru seperti Skim Bekalan Air Sungai Rasau (Rasau) Peringkat 1 dan 2, dan Langat 2 Fasa 2. Ia disusuli oleh Johor dan Negeri Sembilan pada 1,100MLD dan 383MLD.

Saham-saham prasarana air utama untuk pelaburan

Peranan Ranhill Utilities (RAHH) sebagai pengendali air di Johor memberikan peluang kepadanya untuk muncul sebagai penerima manfaat daripada unjuran permintaan air di negeri tersebut (yang juga bergantung pada pertumbuhan DC) berjumlah 2,700MLD menjelang 2030 daripada 2,034MLD pada 2025. Hal ini disokong oleh pengembangan kapasiti bekalan air terancang sebanyak 1,100MLD. Sementara itu, Gamuda (GAM) dan Taliworks Corp (TWK) mungkin akan meraih manfaat daripada kemungkinan tawaran kerja untuk membina WTP baharu.

Makluman: Kedua-dua syarikat menerima tawaran kontrak dengan nilai keseluruhan MYR2.9bn daripada Rasau Peringkat 1. Saham-saham berkaitan prasarana air yang tidak diberi saranan termasuklah – Salcon (SALC MK, TIADA SARANAN) (terlibat dalam WTP Langat 2 Fasa 1), dan juga Powerwell Holdings (PWRWELL MK, TIADA SARANAN) dan GUH Holdings (GUH MK, TIADA SARANAN), yang merupakan subkontraktor untuk projek Rasau Peringkat 1.

Risiko terhadap ramalan kami

Termasuklah kelewatan penyiapan projek prasarana air, yang seterusnya mungkin memberikan kesan buruk terhadap margin rizab air, di samping penarikan diri pengendali-pengendali DC berskala besar keluar dari pasaran Malaysia secara tiba-tiba ke lokasi lain atau semakan menurun dalam perancangan pelaburan di dalam Malaysia.

Sektor Air Malaysia Berhubung Dengan DC

Johor

Selangor

Negeri Sembilan

Melaka

Perkembangan Penting Dalam Usaha Mengoptimumkan Penggunaan Air Oleh DC

Risiko

Risiko-risiko yang berkait dengan penggunaan air oleh DC termasuk:
i. Pembinaan DC yang banyak dibangunkan berdasarkan spekulasi yang boleh menyebabkan berlakunya lambakan dalam pasaran yang membawa kepada kurangnya penggunaan aset-aset prasarana air.
ii. Penarikan diri syarikat penyedia perkhidmatan awan DC secara tiba-tiba dari Malaysia ke negara-negara lain
iii. Kesukaran untuk mengumpul dana untuk membangunkan projek-projek prasarana air sama ada pada peringkat Negeri ataupun Kerajaan Persekutuan
iv. Penangguhan dalam menyiapkan projek-projek prasarana air yang dapat melambatkan penyiapan fasa-fasa pembinaan prasarana air yang ada yang seterusnya boleh menjejaskan margin rizab
v. Permintaan air yang lebih tinggi daripada yang sepatutnya daripada DC sehingga asetaset prasarana air yang sedia ada gagal menampung permintaan apabila adanya keperluan baharu ini.
vi. Penggunaan air yang lebih rendah daripada yang sepatutnya oleh DC, sedangkan SPAN melaporkan DC menggunakan air sebanyak 28.7MLD setakat Jan 2026, iaitu 51.4% daripada 55.83MLD permintaan air yang diluluskan untuk DC yang beroperasi.

Penganalisis
Adam Bin Mohamed Rahim +603 2302 8101 ([email protected])

Penafian :
Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.