Perladangan: Konflik Timur Tengah Undang Pelbagai Kesan

Saham Pilihan Utama: Johor Plantations Group (JPG), Sarawak Oil Palms (SOP), IOI Corp (IOI), PP London Sumatra Indonesia (LSIP), SD Guthrie (SDG), dan First Resources (FR). Pertikaian di Timur Tengah memberikan kesan dari pelbagai aspek – walaupun terdapat potensi lebih tinggi untuk mandat B50 Indonesia dilaksanakan dengan perbezaan lebih rendah antara minyak sawit dan minyak gas (POGO), risiko
permintaan lebih rendah dan kos lebih tinggi juga wujud.

Di Malaysia, simpanan PO jatuh 3.9% MoM kepada 2.7j tan pada Feb 2026. Tahap pengeluaran patut terus menurun semasa musim keluaran rendah manakala eksport mungkin meningkat, memandangkan jurang harga antara minyak sawit mentah (CPO) dengan minyak kacang soya (SBO) semakin mengembang. Saranan NEUTRAL diberi.

Kesan positif serta merta mungkin dilihat pada kenaikan harga minyak mentah

(+30.7% sejak perang bermula) yang menaikkan harga PO pada kadar 11.6% dalam tempoh yang sama. Kaitan antara minyak mentah dengan CPO juga meningkat kepada 0.92x berbanding 0.43x pada 2025. Kenaikan harga ini telah mengurangkan perbezaan POGO kepada paras yang jauh lebih rendah iaitu sebanyak USD19.95/tong (daripada USD52/tong pada awal tahun 2026). Dengan perbezaan yang lebih rendah sekarang, kami anggarkan dana biodiesel Indonesia akan mencukupi untuk turut membiayai B50 pada kadar cukai eksport dan levi semasa.

Hal ini dapat memberikan galakan kepada Indonesia untuk melaksanakan mandat B50 lebih awal daripada jangkaan yang mungkin memberi kesan positif buat harga CPO, kerana ia akan menarik tambahan 4j tan bekalan PO daripada pasaran dunia

Dari aspek negatif pula, terdapat kebimbangan mengenai kemungkinan permintaan PO terjejas

Apabila melihat pada penutupan laluan penghantaran laut berhampiran kawasan peperangan. Sekarang, menurut perangkaan terbitan Oil World, kami berpendapat negara-negara seperti Pakistan, Mesir, Arab Saudi, Turki, dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Iran mungkin terjejas oleh penutupan ini, dan seterusnya mungkin menjejaskan sehingga 15% daripada permintaan PO dunia.

Kos baja dan logistik juga mungkin meningkat

Selain memberikan kesan langsung kepada import PO, laluan air Selat Hormuz juga penting untuk keterjaminan makanan, kerana lebih kurang satu pertiga perdagangan baja dunia juga melalui titik penyekatan ini, maka secara tidak langsungnya menjejaskan pengeluaran minyak masakan dunia. Sekiranya perang ini berlarutan, bekalan baja dunia akan terjejas dan kos juga akan meningkat.

Bagi kos logistik pula, kami difahamkan bahawa kos hantaran muatan dunia juga menaik ke paras tertinggi dalam sejarah, manakala syarikat-syarikat insurans sedang bersiap sedia untuk kebarangkalian pengaktifan peruntukan “notis pembatalan” dalam polisi-polisi berisiko perang dan untuk kenaikan mendadak dalam premium yang ada risiko perang. Gabungan kesemua hal ini mungkin akan menyebabkan kos keseluruhan lebih tinggi untuk PO – kos baja sekarang merangkumi kira-kira 20-30% daripada jumlah kos pengeluaran minyak sawit, manakala kos pengangkutan dan logistik merangkumi sekitar 5-10%.

Akibat keluaran lebih rendah, paras inventori Malaysia pada Feb 2026 susut 3.9% MoM

Kepada 2.7j tan (+79.1% YoY). Dengan itu, nisbah simpanan/penggunaan tahunan jatuh kepada 13.4% pada Feb (daripada 14.0% pada Jan 2026) – walaupun peratusan ini masih melebihi purata 15 tahun iaitu 10%. Menuju ke hadapan, keluaran patut terus menurun manakala eksport PO patut meningkat kerana beza harga CPO-SBO yang lebih besar, yang patut menbantu mengurangkan simpanan.

Kami kekalkanwajaran sektor NEUTRAL

Harga CPO (MYR4,250 setan untuk 2026) dan andaian kos buat masa ini, melihat pada keadaan yang tidak menentu. Sekiranya perang tamat atau beralih kepada keadaan stabil, harga CPO mungkin akan jatuh pada kadar yang sama cepat (seperti yang berlaku pada 2022).

Kesan Perang Yang Merumitkan

Peperangan yang melanda benua Timur Tengah dilihat membawa pelbagai kesan terhadap sektor perladangan kerana wujudnya kedua-dua implikasi baik dan buruk. Hal ini termasuk kesan kenaikan harga minyak mentah, kesan penutupan laluan-laluan perkapalan, dan juga kos tambang muatan yang semakin mahal, begitu dengan dengan baja.

Risiko

Risiko-risiko utama yang dapat menjejaskan prospek kami termasuk:
i. Ketegangan geopolitik dan perang dagangan kian meruncing
ii. Perubahan ketara pada trend harga minyak mentah yang dapat menyebabkan mandat biodiesel dipinda
iii. Ketidaknormalan cuaca mengakibatkan lambakan ataupun kekurangan bekalan minyak sayuran
iv. Perubahan ketara pada permintaan minyak sayuran yang berpunca daripada peralihan kitaran ekonomi atau dinamik harga
v. Perubahan dasar yang mendadak di negara-negara pengimport dan pengeksport utama
vi. Semakan pada struktur cukai dan dasar-dasar kerajaan Indonesia
vii. Lebih banyak isu ESG yang perlu diteliti untuk syarikat-syarikat yang tersenarai

Penganalisis
Hoe Lee Leng +603 2302 8110 ([email protected])

Previous ArticleNext Article

Untung Bersih 99 Speed Mart Lonjak 13.4 Peratus Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR: 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd (99 Holdings) mencatat keuntungan bersih RM163.95 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026, meningkat 13.4 peratus daripada RM144.63 juta pada suku sama tahun lalu.

Hasil kumpulan meningkat 13.6 peratus tahun ke tahun kepada RM3.08 bilion daripada RM2.71 bilion sebelumnya, menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Peningkatan itu didorong terutamanya oleh pengembangan berterusan rangkaian cawangan, dengan pertambahan bersih 257 cawangan baharu tahun ke tahun, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 3,151 cawangan setakat 30 Jun 2026 berbanding 2,894 cawangan setahun sebelumnya.

“Jumlah transaksi jualan meningkat 13.6 peratus kepada 146.4 juta, dengan nilai purata setiap bakul RM21,” menurut syarikat itu.

Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, 99 Holdings mencatat keuntungan bersih RM352.5 juta berbanding RM289.53 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Hasil bagi tempoh enam bulan pula meningkat kepada RM6.14 bilion daripada RM5.32 bilion sebelumnya.

Selain itu, platform e-dagang jualan pukal syarikat terus mencatat pertumbuhan kukuh apabila hasil meningkat 80.5 peratus tahun ke tahun kepada RM50.2 juta bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2026.

Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif 99 Holdings, Lee Thiam Wah, berkata momentum pertumbuhan positif pada suku berkenaan disokong pengembangan berterusan rangkaian cawangan serta pelaksanaan waktu operasi lebih awal di seluruh negara.

Thiam Wah berkata tumpuan berterusan terhadap kecekapan operasi turut mula memberikan manfaat ketara kepada kumpulan.

Menurutnya, inisiatif penjimatan tenaga dan penggunaan peralatan membantu mengurangkan kos utiliti serta meningkatkan kecekapan kos merentasi operasi kumpulan.

“Dengan rangkaian cawangan kami terus berkembang, kami kekal komited untuk memperkukuh rantaian bekalan bagi menyokong kecekapan operasi,” katanya.

Beliau berkata kumpulan itu juga terus memperluas penawaran produk bagi memenuhi keperluan pelanggan yang berubah susulan sambutan menggalakkan terhadap rangkaian peralatan rumah terpilih.

Rangkaian berkenaan kini diperluas ke semua cawangan di seluruh negara dan turut ditawarkan menerusi platform 99 Bulksales bagi memenuhi keperluan pelanggan korporat serta pembelian secara pukal.