Johor Plantations Group: Keputusan 1Q26 Tersasar, Pemulihan FFB Diramalkan Pada 2Q

Saranan BELI kekal dengan harga sasar (TP) baharu mencecah MYR1.90 daripada MYR2.15, potensi kenaikan harga saham 13% dengan kadar hasil dividen sekitar 4%

Perolehan 1Q26 yang dicatat oleh Johor Plantations Group gagal mencapai anggaran kami dan konsensus. Kami menjangka tahap pengeluaran FFB pada 2Q26 akan pulih berikutan faktor cuaca lebih baik, sementara harga CPO juga patut meningkat QoQ. Penilaian masih munasabah pada P/E FY26F 14x yang berada dalam lingkungan syarikat pesaing antara 11–15x.

Perolehan teras 1Q26 jatuh 55.2% QoQ dan 35.3% YoY

Merangkumi 14% daripada anggaran sepenuh tahun kami dan konsensus.Keputusan tersasar ini rataratanya berpunca daripada pengeluaran FFB lebih lemah daripada jangkaan (–36% QoQ, –3% YoY), kegiatan pembajaan awal semasa musim kemarau pada 1Q26, dan belanja faedah lebih tinggi daripada jangkaan. JPG mengumumkan DPS sebanyak 1 sen pada 1Q26 (1Q25: 1 sen), iaitu nisbah bayaran mencecah 49%.

Keluaran FFB 1Q26 merosot 36% QoQ (-3% YoY)

Akibat terjejas oleh cuaca kemarau pada Jan dan Mac 2026. Kelemahan ini berlanjutan sehingga 4M26, dengan keluaran FFB YTD-April menyusut 7.6% YoY, lantas jatuh bawah bayangan pihak pengurusan pada pertumbuhan positif berdigit tunggal rendah. Meskipun begitu, pihak pengurusan membayangkan prestasi yang lebih kukuh untuk 2Q26, dengan unjuran keluaran FFB akan pulih 13-15% QoQ, disokong oleh hujan yang lebih lebat di Johor. Pihak pengurusan juga menyatakan yang keadaan cuaca El Niño masih belum terjadi di ladang-ladang mereka. Dalam keadaan ini, kami kekalkan andaian pertumbuhan keluaran FFB –2.3% hingga +2.0% YoY untuk FY26–28F.

JPG merekodkan ASP CPO 1Q26 bernilai MYR4,206/tan (-3% QoQ, -14% YoY)

Iaitu 2% lebih tinggi berbanding harga Lembaga Minyak Sawit (MPOB), manakala ASP untuk PK susut 3% QoQ dan 9% YoY kepada MYR3,529/tan (3% lebih tinggi). Untuk FY26F, JPG telah mendapatkan harga lebih tinggi berbanding harga MPOB untuk sekitar 70% daripada keluaran 2026, pada MYR200–220/tan.

Kos unit CPO menokok 6.5% YoY kepada MYR2,526/tan pada 1Q26

Dipacu oleh penggunaan baja lebih banyak pada peringkat awal (20% daripada jumlah baja 2026 digunakan berbanding 10% pada1Q25) dan pengeluaran FFB yang lebih lemah. JPG menjangka ia dapat menyelesaikan aktiviti pembajaannya untuk FY26 sebelum bulan Oktober. Walaupun ia berdepan dengan kenaikan kos pengangkutan sebanyak 5–15% YoY, JPG mengekalkan bayangan kos unit sepenuh tahunnya pada +5% YoY, kerana hal ini akan sebahagiannya diimbangi oleh inisiatif kawalan kos bersasar. Jika diimbas kembali, JPG membeli kesemua keperluan bajanya untuk FY26 pada harga 10% lebih tinggi YoY. Kami memilih untuk mengambil pendirian konservatif dan menaikkan andaian kos unit kami bagi mencerminkan kenaikan kos antara 5-10% YoY (daripada 0-5% sebelum ini).

Kami memotong perolehan sebanyak 12.2%, 3.7%, dan 4.0% untuk FY26-28F

Selepas mengambil kira belanja faedah lebih mahal, pembelian FFB luaran yang lebih tinggi dan kos unit lebih mahal.

TP baru kami sebanyak MYR1.90 (dengan premium ESG 6%)

Diperoleh berdasarkan P/E 2026F 15x, iaitu pada sisi lebih tinggi dalam julat syarikat pesaingnya antara 11-15x. Kami berpendapat nilai ini wajar memandangkan ia mempunyai kelayakanESG yang mantap, yang seterusnya menyebabkan ASP nyata yang lebih tinggi; dan prospek segmen hiliran memberangsangkan yang bakal mula beroperasi pada Jul 2026.

Asas Penilaian

P/E sasar 15x untuk perolehan Dis 2026F

Faktor Pemacu Utama

i. Kenaikan harga CPO
ii. Hasil pengeluaran FFB lebih tinggi
iii. Permintaan lebih tinggi untuk minyak sawit lestari

Risiko Utama

i. Pergerakan harga CPO tidak menentu
ii. Risiko cuaca
iii. Kesan negatif akibat perubahan dinamik permintaan dan bekalan dalam industri minyak sayuran dunia.

Profil Syarikat

Johor Plantations Group ialah sebuah syarikat perladangan minyak sawit huluan yang beroperasi
khususnya di Johor, Malaysia. Tumpuan utamanya adalah pada penanaman minyak sawit, dan juga mengeluarkan tandan buah segar (FFB).

Carta Saranan

Penganalisis
Hoe Lee Leng +603 2302 8110 ([email protected])

Penafian :
Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.

Previous ArticleNext Article

Untung Bersih 99 Speed Mart Lonjak 13.4 Peratus Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR: 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd (99 Holdings) mencatat keuntungan bersih RM163.95 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026, meningkat 13.4 peratus daripada RM144.63 juta pada suku sama tahun lalu.

Hasil kumpulan meningkat 13.6 peratus tahun ke tahun kepada RM3.08 bilion daripada RM2.71 bilion sebelumnya, menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Peningkatan itu didorong terutamanya oleh pengembangan berterusan rangkaian cawangan, dengan pertambahan bersih 257 cawangan baharu tahun ke tahun, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 3,151 cawangan setakat 30 Jun 2026 berbanding 2,894 cawangan setahun sebelumnya.

“Jumlah transaksi jualan meningkat 13.6 peratus kepada 146.4 juta, dengan nilai purata setiap bakul RM21,” menurut syarikat itu.

Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, 99 Holdings mencatat keuntungan bersih RM352.5 juta berbanding RM289.53 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Hasil bagi tempoh enam bulan pula meningkat kepada RM6.14 bilion daripada RM5.32 bilion sebelumnya.

Selain itu, platform e-dagang jualan pukal syarikat terus mencatat pertumbuhan kukuh apabila hasil meningkat 80.5 peratus tahun ke tahun kepada RM50.2 juta bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2026.

Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif 99 Holdings, Lee Thiam Wah, berkata momentum pertumbuhan positif pada suku berkenaan disokong pengembangan berterusan rangkaian cawangan serta pelaksanaan waktu operasi lebih awal di seluruh negara.

Thiam Wah berkata tumpuan berterusan terhadap kecekapan operasi turut mula memberikan manfaat ketara kepada kumpulan.

Menurutnya, inisiatif penjimatan tenaga dan penggunaan peralatan membantu mengurangkan kos utiliti serta meningkatkan kecekapan kos merentasi operasi kumpulan.

“Dengan rangkaian cawangan kami terus berkembang, kami kekal komited untuk memperkukuh rantaian bekalan bagi menyokong kecekapan operasi,” katanya.

Beliau berkata kumpulan itu juga terus memperluas penawaran produk bagi memenuhi keperluan pelanggan yang berubah susulan sambutan menggalakkan terhadap rangkaian peralatan rumah terpilih.

Rangkaian berkenaan kini diperluas ke semua cawangan di seluruh negara dan turut ditawarkan menerusi platform 99 Bulksales bagi memenuhi keperluan pelanggan korporat serta pembelian secara pukal.