Kerjaya Prospek: Tawaran Kerja YTD FY26 Tembusi Paras MYR2bn

Saranan BELI dan harga sasar (TP) sebanyak MYR3.19 dikekalkan, yang menawarkan potensi kenaikan harga saham 35% dan kadar hasil dividen kira-kira 5% untuk FY27F

Kerjaya Prospek berjaya memperoleh kontrak bernilai MYR529j daripada Persada Mentari, yang merupakan anak syarikat kepada Eastern & Oriental (EAST MK, BELI, TP: MYR1.05). Kontrak ini membabitkan projek rumah kediaman tepian air di Pulau Andaman, Pulau Pinang, AVÉA, yang merangkumi 1,080 unit. Kerja-kerja pembinaan dijadualkan bermula pada 1 Jul dan akan disiapkan dalam tempoh 42 bulan dari tarikh bermulanya pembinaan.

Kontrak ini merupakan tawaran kerja kelapan buat KPG pada FY26

Dengan lima kontrak kerja lain datang daripada urus niaga pihak berkaitan – empat daripada EAST dan satu daripadaKerjaya Prospek Property (KPPROP MK, TIADA SARANAN). Kami menjangkakan margin bersih projek ini akan berada dalam lingkungan 8-10%. Baki buku pesanan semasa kumpulan ini yang berjumlah kira-kira MYR5bn (termasuk tawaran terkini) mempunyai sekitar 70-80% kerja daripada pihak-pihak berkaitan seperti KPROP dan EAST.

Tawaran kerja YTD FY26 berjumlah MYR2.1bn sudahpun mencapai rekod tertinggi

Mengambil kira tawaran kerja terbaharu ini, KPG berjaya meraih projekprojek baharu dengan nilai sekitar MYR2.1bn secara YTD berbanding dengan sasaran FY26F sebanyak MYR2bn dan andaian penambahan kerja kami bernilai MYR2.3bn untuk tahun kewangan yang sama. Pada pandangan kami, projek-projek berpotensi untuk tempoh FY26 yang berbaki termasuklah:

i) Mezon@Park Enclave milik Aspen Group di Batu Kawan (yang mungkin mencecah MYR200-400j berdasarkan kontrak-kontrak sebelum ini)

ii) projek GDV KPROP berjumlah MYR720j (nilai pembinaan: kira-kira MYR288j) di Batu Kawan

iii) hospital swasta tertiari yang dirancangkan di Pulau Andaman dibangunkan oleh EAST, Cengild Medical (CENGILD MK, TIADA SARANAN), dan Skyspring dengan nilai pembangunan sebanyak MYR350j.

Faktor perangsang tambahan kepada prestasi syarikat ini adalah sekiranya KPG berjaya meraih kerja-kerja baharu daripada segmen perindustrian

Kali terakhir ia memperoleh kerja dalam kategori ini adalah semasa Sep 2023 untuk Texas Instruments.

Jangkaan perolehan

Tiada sebarang perubahan dibuat pada perolehan FY26F kerana kerja terbaharu ini menepati sasaran penambahan kerja berjumlah MYR2.3bn kami untuk tahun kewangan ini. Dengan itu, TP MYR3.19 yang diperoleh melalui kaedah SOP masih tidak berubah. Premium ESG 2% turut dimasukkan dalam pengiraan TP ekoran markah KPG sebanyak 3.1 berbanding paras median negara.

Faktor pemangkin utama untuk KPG

Sekiranya kumpulan ini terlibat dalam mana-mana projek prasarana utama seperti Transit Aliran Ringan Pulau Pinang (LRT Pulau Pinang). Menurut majalah The Edge, KPG menerusi sebuah konsortium dengan Sinohydro Corp dan Power China Group, berhasrat untuk memperoleh pakej kedua bagi projek LRT Pulau Pinang (yang dianggarkan bernilai sebanyak MYR4bn).

Risiko negatif

Kemerosotan pasaran hartanah dan tekanan kos berlarutan.

Asas Penilaian

Kami menilai Kerjaya Prospek menerusi kaedah SOP, iaitu diperoleh daripada gabungan kaedah penilaian P/E, dan RNAV.

Faktor Pemacu Utama

Perolehan Kerjaya Prospek diperkukuh oleh pesanan kerja pembinaan, jualan hartanah dan pembuatan lekapan & kelengkapan dalaman.

Risiko Utama

i. Kemerosotan pasaran hartanah
ii. Tekanan kos berpanjangan.

Carta Saranan

Penganalisis
Adam Bin Mohamed Rahim +603 2302 8101 ([email protected])

Penafian :
Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.

Previous ArticleNext Article

Penjagaan Kesihatan: Pertumbuhan Bertahan Ketika Pasaran Semakin Tidak Menentu

Saranan WAJARAN TINGGI kekal; Saham Pilihan Utama: KPJ Healthcare (KPJ), LAC Med (LACMED), dan Duopharma Biotech (DBB)

Suku tahun pelaporan untuk bulan Mac rata-ratanya menepati jangkaan, dengan trend-trend berstruktur terus kukuh walaupun prestasi lazimnya menurun. Saranan WAJARAN TINGGI kami untuk sektor ini terus dikuatkan oleh permintaan klinikal yang bersifat tidak elastik, yang terus menawarkan pelaburan yang selamat daripada tekanan inflasi domestik yang mungkin berlaku dan ketidaktentuan geopolitik yang lebih meluas. Unjuran pihak pengurusan untuk tahun 2026 masih dikekalkan, dan kami menjangka momentum pertumbuhan perolehan akan semakin rancak pada suku-suku tahun berikutnya.

Permulaan lebih lemah secara lazimnya (satu mengatasi jangkaan; tiga menepati ramalan)

DBB berjaya mencatatkan keputusan melangkaui jangkaan, manakala IHH Healthcare (IHH), KPJ dan LACMED melaporkan keputusan yang memenuhi ramalan. Selepas keputusan diumumkan, semakan perolehan yang kecil dan pengemaskinian kewangan dibuat, tanpa sebarang perubahan dikenakan pada saranan-saranan saham kami. Lebih penting, kami merendahkan TP DBB kepada MYR1.56 sambil mengekalkan saranan BELI setelah mempertimbangkan premium risiko yang lebih tinggi susulan ketidaktentuan membabitkan penangguhan tender Senarai Pembelian Produk yang Diluluskan (APPL) yang akan datang.

Syarikat penyedia perkhidmatan penjagaan kesihatan

Seperti yang diramalkan, kelemahan yang berturutan pada 1Q26 secara amnya bersifat bermusim, diburukkan oleh ketibaan dua musim perayaan, dengan Tahun Baharu China dan Aidil Fitri jatuh pada suku tahun tersebut, yang menyebabkan kadar penggunaan katil lebih rendah. Berdasarkan penjejak penjagaan kesihatan tempatan kami (yang merangkumi IHH, KPJ dan Sunway Healthcare (SUNMED MK, TIADA SARANAN)), hasil bagi sektor 1Q26 (operasi tempatan sahaja) berkembang 11% YoY (-7% QoQ), yang diperkukuh oleh kadar kemasukan pesakit wad yang lebih tinggi (+2% YoY) dan intensiti hasil yang lebih kukuh (+6–12% YoY).

Sementara itu, margin EBITDA agregat kembali normal kepada 23.3% (daripada paras puncak pada 4Q25: 27.4%), sambil masih meningkat sebanyak 0.8ppt YoY, sekali gus mencerminkan langkah pengawalan kos yang sedang dijalankan dan kekukuhan hasil berstruktur.

Strategi

Keadaan makroekonomi secara lebih meluasnya semakin dibayangi oleh risiko-risiko inflasi, ketidaktentuan geopolitik, dan kemungkinan pilihan raya umum yang akan tiba. Walau bagaimanapun, kami percaya kemampuan sektor ini untuk memastikan pengendali-pengendali hospital mengalihkan kenaikan opex dengan kurangnya kesan pada permintaan, layak diberikan pengiktirafan yang sewajarnya. Dengan itu, kami mengekalkan saranan WAJARAN TINGGI terhadap sektor (selaras dengan pendirian pelaburan bertahan teras untuk Malaysia (MY) dan melihat penurunan harga bagi saham-saham bawah liputan kajian kami daripada paras puncak sebagai peluang menarik untuk pelabur membuat pembelian.

Kami terus menggemari KPJ kerana rekod prestasi pelaksanaannya yang mantap, penggunaan model hub-and-spoke yang boleh skala, dan potensi pertumbuhan perolehan dalam jangka panjang yang dipacu oleh langkah pengoptimuman operasi dan pengembangan kapasiti. Pada pandangan kami, KPJ mempunyai tahap fleksibiliti operasi yang paling tinggi dalam sektor ini untuk ia menyesuaikan diri dengan reformasi-reformasi penjagaan kesihatan yang berstruktur pada masa depan.

Risiko-risiko negatif utama pada saranan sektor kami

Kos-kos operasi yang lebih tinggi daripada jangkaan, kunjungan pesakit/pertumbuhan intensiti hasil yang lebih rendah daripada yang diramalkan, dan perubahan kawal selia yang merugikan. Sekiranya nilai mata wang USD melemah dengan ketaranya, IHH mungkin berhadapan dengan kesan-kesan penukaran FX yang buruk yang menjejaskan perolehan luar negara sementara DBB mungkin menerima manfaat daripada penurunan kos untuk ramuan farmaseutikal aktif (API) yang diimport.

Rumusan Keputusan 1Q26 Dan Prospek

Penganalisis
Eddy Do +603 2302 8125 ([email protected])

Penafian :
Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.