foodpanda Teruskan Sokongan Kepada Peniaga melalui Inisiatif #JaguhPanda

foodpanda Malaysia telah melancarkan inisiatif #JaguhPanda untuk menyokong perjalanan transformasi digital bagi Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan Perusahaan Kecil, Sederhana serta Mikro (PKSM).

Pengusaha makanan telah memainkan peranan yang amat penting sepanjang pandemik ini kerana mereka sentiasa memastikan bahawa rakyat Malaysia dapat menikmati makanan dan minuman kegemaran mereka melalui penghantaran dan pengambilan makanan. Dengan semangat yang sama, foodpanda Malaysia ingin memberi fokus kepada perniagaan ini agar mereka dapat terus berdiri teguh dan berkembang sepanjang masa ini dan terus kongsi keriangan melalui sesuatu yang menyatukan rakyat Malaysia, iaitu makanan.

Berkongsi tentang inisiatif tersebut, Sayantan Das, Pengarah Urusan foodpanda Malaysia berkata, “Tahun yang lalu adalah amat mencabar dan tidak seperti yang pernah kita lalui. Ramai yang kehilangan punca pendapatan dan terpaksa menukar kerjaya serta-merta. Ada yang membuka perusahaan makanan sendiri demi kelangsungan hidup. Melalui inisiatif #JaguhPanda, kami berharap untuk mengetengahkan perusahaan makanan tempatan di seluruh negara dan menggalakkan rakyat Malaysia untuk menyokong antara satu sama lain dengan meraikan hero tempatan ini.”

Sempena sambutan Hari Merdeka dan selari dengan temanya – Malaysia Prihatin, inisiatif #JaguhPanda akan bermula pada 1 Ogos 2021, dan akan dipaparkan menerusi bahagian #JaguhPanda untuk meningkatkan keterlihatan di dalam aplikasi supaya lebih ramai rakyat Malaysia terdorong untuk memesan dari Jaguh-Jaguh Panda ini.

“Kami mahu bersama-sama memainkan peranan untuk membantu perusahaan ini dengan menyediakan platform untuk mengambil peluang yang dahulunya tidak tersedia untuk para peniaga. Jika anda seorang tukang masak di rumah yang ingin membantu menambah pendapatan keluarga di siang hari ataupun anda mempunyai gerai burger yang menyediakan makanan kepada pelanggan pada waktu malam, foodpanda sentiasa bersedia untuk memberikan sokongan yang anda perlukan,” tambah Sayantan.

“Hanya kerana kita tidak dapat untuk ‘jalan-jalan cari makan’, tidak bermakna kita tidak boleh ‘tap-tap dan makan’. Dari warung nasi lemak kegemaran anda mahupun gerai char kuey teow berdekatan, tentu ada pilihan yang menepati citarasa setiap orang,” kata Sayantan.

Berikut merupakan senarai antara pengusaha yang menyertai inisiatif #JaguhPanda:

Lembah Klang
Lembah Klang
Negeri Sembilan
Terengganu
Terengganu
Johor
Johor
Kedah
Kiosk Sotong Goreng By Asputra FoodKedah
Bemat KitchenKelantan
Martabak Bang!Kelantan
Mee Tarik Warisan AsliMelaka
Nyonya Atlantic OneMelaka
Grand PapaSabah
Kah Hiong Ngu ChapSabah
Bingo RojakSarawak
Dapur Pemakai Rumah PanjaiSarawak
Mat Rock Indera Mahkota FoodtruckPahang
Titanium Street Bikers BurgerPahang
Hong You Zha GuiPahang
Uncle Lan’zPenang
Bobo Puff MenglembuPerak
Restoran Biriyani ManjungPerak
Satay Kak TehPerlis
MylaksaPerlis

Untuk maklumat lanjut tentang inisiatif #JaguhPanda dan pengusaha yang mengambil bahagian, sila layari pautan ini.

Sementara itu, para pengguna foodpanda boleh menikmati potongan RM8 bagi pesanan sarapan pagi, makan tengah hari dan minum petang dengan menggunakan kod JOMMAKAN, serta potongan RM8 untuk pesanan yang dibuat selepas pukul 6.00 petang dengan menggunakan kod DINNERTIME. Kod-kod ini boleh digunakan untuk pesanan makanan dan minuman berjumlah RM 25 ke atas. * Tertakluk kepada terma dan syarat

Mengenai foodpanda

foodpanda adalah peneraju platform makanan atas talian di Asia yang berazam untuk membawa pelbagai jenis makanan, barangan keperluan dan banyak lagi kepada para pengguna dengan pantas dan mudah. Dengan kecanggihan teknologi dan operasi yang cemerlang, foodpanda telah menerajui perkembangan quick-commerce (q-commerce) di seluruh rantau ini dengan kerjasama rakan niaga, termasuk pandamart – perkhidmatan pembelian barangan runcit di atas talian yang memberikan lebih banyak pilihan di sebalik jutaan pilihan penghantaran makanan yang lain. foodpanda beroperasi di lebih daripada 300 bandar dalam 12 pasaran di Asia Pasifik – Singapura, Hong Kong, Thailand, Malaysia, Pakistan, Taiwan, Filipina, Bangladesh, Laos, Kemboja, Myanmar, dan Jepun. foodpanda dimiliki oleh Delivery Hero, peneraju industri penghantaran makanan seluruh dunia.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.foodpanda.com.

MENGENAI DELIVERY HERO

Delivery Hero berada di 39 negara daripada 45 negara di mana ia beroperasi di Eropah, Amerika Latin, Asia, Timur Tengah dan Afrika Utara. Delivery Hero juga mengendalikan perkhidmatan penghantarannya sendiri terutamanya di lebih 600 bandar diserata dunia. Syarikat ini beribu pejabat di Berlin, Jerman dan mempunyai lebih daripada 27,000 kakitangan. Delivery Hero disenaraikan di dalam Bursa Saham Frankfurt dan menjadi sebahagian daripada indeks DAX (Deutscher Aktienindex) terkemuka pada tahun 2020. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.deliveryhero.com

Previous ArticleNext Article

Bursa Malaysia Securities Mengeluarkan Teguran Awam Dan/Atau Mengenakan Denda Ke Atas Computer Form (Malaysia) Berhad Serta Lapan Orang Pengarah

Bursa Malaysia Securities Berhad (“Bursa Securities”) telah mengeluarkan teguran awam terhadap Computer Forms (Malaysia) Berhad (CFM) dan lapan (8) orang pengarahnya kerana melanggar Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama Bursa Malaysia (Main Market Listing Requirements, MAIN LR).

Selain teguran awam, lapan pengarah terbabit turut dikenakan denda berjumlah RM2 juta.

Pelanggaran utama oleh CFM

CFM didapati melakukan beberapa pelanggaran serius berkaitan pendedahan maklumat kepada pelabur, antaranya:

1. Gagal mendedahkan syarat penting dalam usaha sama (Joint Venture Agreement – JVA)

Dalam pengumuman bertarikh 5 Januari 2023, CFM gagal mendedahkan beberapa fakta material berkaitan perjanjian usaha sama dengan EA Mobility Holding Co. Ltd., termasuk:

  • Perjanjian Pemegang Saham (Shareholders Agreement) yang ditandatangani pada hari yang sama.
  • Klausa Put Option yang membolehkan EA Mobility menjual keseluruhan pegangannya dalam syarikat usaha sama kepada CFM sekiranya CFM gagal mendapatkan:
    • Tempahan disahkan (Affirmed Orders) sekurang-kurangnya 200 buah kenderaan elektrik (EV); dan
    • Bayaran deposit atau harga pembelian sekurang-kurangnya RM12.5 juta sebelum 30 Jun 2023.
  • Hakikat bahawa Perjanjian Usaha Sama (JVA) akan terbatal secara automatik sekiranya mana-mana pihak tidak lagi memiliki saham dalam syarikat usaha sama.

2. Siaran media 3 Julai 2023 mengelirukan pelabur

CFM mengeluarkan kenyataan media yang menggambarkan usaha sama tersebut masih berada pada landasan positif.

Namun, syarikat gagal mendedahkan bahawa:

  • Sasaran tempahan 200 EV tidak berjaya dicapai.
  • Bayaran minimum RM12.5 juta juga gagal diperoleh.
  • Kegagalan tersebut membuka ruang kepada EA Mobility untuk melaksanakan Put Option yang boleh menyebabkan penamatan usaha sama.

3. Lewat mengumumkan notis Put Option

Pada 10 Julai 2023, EA Mobility memaklumkan hasrat untuk melaksanakan Put Option.

Bagaimanapun, CFM hanya membuat pengumuman kepada Bursa pada 20 Julai 2023, iaitu selepas kelewatan lapan hari dagangan.

4. Pengumuman berkaitan penamatan usaha sama tidak lengkap dan mengelirukan

Dalam beberapa pengumuman antara 20 Julai hingga 1 September 2023, CFM menyatakan bahawa:

  • Operasi syarikat usaha sama masih berjalan seperti biasa.
  • Rundingan dengan EA Mobility masih diteruskan.

Namun syarikat tidak memaklumkan bahawa:

  • Penamatan JVA akan berlaku selepas pemindahan saham EA Mobility kepada CFM.
  • Maklumat mengenai penamatan hanya diumumkan pada 5 September 2023, hampir dua bulan selepas notis Put Option dikeluarkan dan hanya selepas Bursa Malaysia meminta penjelasan lanjut.

5. Memberikan maklumat tidak tepat kepada Bursa Malaysia

CFM turut didapati gagal memberikan maklumat yang tepat apabila:

  • Memaklumkan bahawa tiada perjanjian lain selain JVA.
  • Tidak menyerahkan salinan Perjanjian Pemegang Saham (Shareholders Agreement) walaupun diminta oleh Bursa Malaysia.
  • Perjanjian tersebut hanya diserahkan pada 25 September 2023 selepas beberapa kali pertanyaan dibuat.

Denda terhadap lapan pengarah

Kesemua lapan pengarah didapati membenarkan syarikat melakukan pelanggaran tersebut dan dikenakan teguran awam serta denda seperti berikut:

PengarahJumlah Denda
Tan Sri Datuk Mazlan Bin LazimRM300,000
Datuk Seri Tan Choon HwaRM100,000
Datuk Wira Justin Lim Hwa TatRM150,000
Datuk Hoo Swee GuanRM450,000
Pang Nan YewRM300,000
Wong Kok SeongRM300,000
Kho See YiingRM300,000
Tan Li SinRM100,000

Jumlah keseluruhan denda: RM2 juta.

Mengapa tindakan ini diambil?

Bursa Malaysia memaklumkan bahawa keputusan tersebut dibuat selepas proses siasatan lengkap dengan mengambil kira:

  • Keseriusan pelanggaran yang dilakukan.
  • Kesan terhadap pemegang saham dan pelabur.
  • Peranan serta tahap penglibatan setiap pengarah.

Menurut Bursa Malaysia, pendedahan maklumat yang tepat, lengkap dan dibuat tepat pada masanya amat penting bagi membolehkan pelabur membuat keputusan pelaburan yang bermaklumat, di samping memastikan pasaran modal kekal teratur, telus serta mengekalkan keyakinan pelabur.

Latar belakang kes

Pada 5 Januari 2023, CFM memeterai Perjanjian Usaha Sama (JVA) dan Perjanjian Pemegang Saham (SA) dengan EA Mobility bagi projek kenderaan elektrik (EV) di Malaysia.

Walaupun perjanjian tersebut mengandungi syarat penting yang boleh menyebabkan usaha sama ditamatkan sekiranya sasaran tempahan EV dan kutipan deposit RM12.5 juta tidak dipenuhi sebelum 30 Jun 2023, syarat tersebut tidak didedahkan kepada pasaran.

CFM kemudiannya gagal memenuhi syarat berkenaan, menyebabkan EA Mobility melaksanakan Put Option pada 10 Julai 2023. Namun, perkembangan material tersebut tidak didedahkan secara segera dan lengkap kepada pelabur, sekali gus mendorong Bursa Malaysia mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap syarikat dan para pengarahnya.