Sekarang Uber Dah Tiada, Apa Pilihan Pengguna Selain Grab?

Dalam apa jua perniagaan sekali pun, monopoli adalah sesuatu yang dibimbangi. Ini adalah disebabkan sifat persaingan yang pastinya menguntungkan kita sebagai pengguna.

Dalam contoh Uber dan Grab dulu pun, masing-masing berebut pelanggan dengan menawarkan promosi dan harga rendah. Kesudahannya, kita sebagai pengguna Uber dan Grab yang untung.

Tapi sekarang Uber sudah menjadi sebahagian daripada Grab, adakah kita nsebagai pengguna tiada pilihan lain?

Jom kita tengok alternatif yang anda selain daripada Grab (Uber) seperti berikut:

10 Alternatif Kepada Grab

1. Dacsee

Dacsee merupakan fenomena baru dengan mengambil konsep desentralisasi yang dibawa oleh matawang kripto iaitu Ethereum. Mereka menggunakan teknologi Blockchain bagi membuatkan transaksi mereka telus.

Juga terdapat unsur MLM di mana pemandu boleh bangunkan empayar teksi mereka sendiri.

Laman Web

Facebook

2. Dego

Selain daripada kereta, Dego juga boleh membawa anda menaiki motorsikal ke destinasi yang diingini. Nak hantar dokumen atau parcel pun boleh dengan menggunakan perkhidmatan Dego ini.

Laman Web

Facebook

3. DIFF

Baru dilancarkan Februari 2018 yang lalu, buat masa ini DIFF hanya cover di Lembah Klang sahaja. Tengok saja promosi RM5 di atas, nak pergi makan tengahari atau pulang dari tempat kerja sangat mudah.

Laman Web

Facebook

4. Frenzt

Masih baru lagi, Frenzt mensasarkan golongan pelajar untuk menghantar mereka atau barangan ke destinasi. Sedang giat mencari pemandu, dan bakal dilancarkan pada bila-bila masa.

Laman Web

Facebook

5. JomRides

Katanya JomRides adalah daripada komuniti untuk komuniti, di mana mereka sangat menekankan konsep teamwork. 1 leader boleh mendaftarkan maksimum 10 driver baru untuk mendapatkan maksimum perkongsian keuntungan. Ada unsur MLM jugalah ni.

Laman Web

Facebook

6. MULA

Nak naik kereta yang baru dengan selamat dan selesa? Dibawa oleh pemandu yang terlatih? Dengan MULA, anda akan dapat semua itu. Malah, nak naik 10 orang pun boleh, dengan adanya kereta MPV.

Laman Web

Facebook

7. MyCAR

Di antara jaminan MyCAR adalah anda akan dikenakan harga tetap, walaupun tersangkut dalam kesesakan trafik. Kereta juga bersih, dan dibawa oleh pemandu yang berhemah. Nak ke KLIA? Tambangnya hanyalah RM55 sahaja!

Laman Web

Facebook

8. My-Ride

Khusus untuk mereka yang inginkan gaya, My-Ride mempunyai pelbagai kereta sedan dan MPV untuk membawa anda ke mana-mana dengan bergaya.

Laman Web

Facebook

9. PICKnGO

PICKnGO membolehkan anda membuat tempahan awal, jadi tak perlu pening kepala untuk ke destinasi pada waktu yang ditetapkan. Nak ambil dan hantar anak anda juga tak jadi masalah, kerana semua kereta dilengkapi dengan sistem GPS. Boleh tahu lokasi sebenar kenderaan tersebut secara real-time.

Laman Web

Facebook

10. Riding Pink

Pemandu wanita, untuk penumpang wanita. Itulah idea di sebalik Riding Pink, satu-satunya platform pengangkutan untuk wanita di Malaysia.

Laman Web

Facebook

Tunggu, Ada Lagi…

Tahukah anda, anda juga boleh berkongsi kereta menuju ke destinasi yang sama? Kenapa ada yang minat berkongsi kereta pula?

Selain daripada lebih menjimatkan, anda juga boleh berborak dengan sesama penumpang yang mungkin tinggal di tempat yang sama, atau ingin ke tempat kerja yang sama.

Bagi anda yang ingin berkongsi kereta; berikut pilihan anda.

Berkongsi Kereta

1. Carpool World Malaysia

Dengan hampir 600,000 pengguna berdaftar, bolehlah berkongsi kereta untuk ke mana-mana sahaja di seluruh Malaysia.

Laman Web

Facebook

2. Droupr

Berkongsi kereta dengan lebih selamat, kerana semua pemandu dan penumpang perlu mengesahkan identiti dan alamat mereka. Hanya 3 langkah sahaja untuk membuat tempahan dengan aplikasi Droupr ini.

Laman Web

Facebook

3. Kidz Carpool

Bukan orang dewasa sahaja yang perlukan perkhidmatan kongsi kereta, tetapi anak-anak juga. Nak ke pusat tuisyen sebagai contoh, kanak-kanak boleh pergi bersama dengan selamat. Dapat juga mereka bermain-main dalam perjalanan. Penumpang paling muda yang menggunakan perkhidmatan Kidz Carpool adalah 3 tahun 9 bulan, hebat!

Laman Web

Sewa Kereta Bayar Sendiri

Kalau rasa macam nak sewa kereta dan bawa sendiri, anda kini boleh Sewa Kereta Serendah RM8 Sejam Dengan SOCAR. Lengkap dengan perlindungan insurans dan minyak pun dah diisi siap-siap. Nak ‘unlock’ kereta pun pakai aplikasi je, tak perlu pakai kunci. Memang cool!

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Bursa Malaysia Securities Mengeluarkan Teguran Awam Dan/Atau Mengenakan Denda Ke Atas Computer Form (Malaysia) Berhad Serta Lapan Orang Pengarah

Bursa Malaysia Securities Berhad (“Bursa Securities”) telah mengeluarkan teguran awam terhadap Computer Forms (Malaysia) Berhad (CFM) dan lapan (8) orang pengarahnya kerana melanggar Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama Bursa Malaysia (Main Market Listing Requirements, MAIN LR).

Selain teguran awam, lapan pengarah terbabit turut dikenakan denda berjumlah RM2 juta.

Pelanggaran utama oleh CFM

CFM didapati melakukan beberapa pelanggaran serius berkaitan pendedahan maklumat kepada pelabur, antaranya:

1. Gagal mendedahkan syarat penting dalam usaha sama (Joint Venture Agreement – JVA)

Dalam pengumuman bertarikh 5 Januari 2023, CFM gagal mendedahkan beberapa fakta material berkaitan perjanjian usaha sama dengan EA Mobility Holding Co. Ltd., termasuk:

  • Perjanjian Pemegang Saham (Shareholders Agreement) yang ditandatangani pada hari yang sama.
  • Klausa Put Option yang membolehkan EA Mobility menjual keseluruhan pegangannya dalam syarikat usaha sama kepada CFM sekiranya CFM gagal mendapatkan:
    • Tempahan disahkan (Affirmed Orders) sekurang-kurangnya 200 buah kenderaan elektrik (EV); dan
    • Bayaran deposit atau harga pembelian sekurang-kurangnya RM12.5 juta sebelum 30 Jun 2023.
  • Hakikat bahawa Perjanjian Usaha Sama (JVA) akan terbatal secara automatik sekiranya mana-mana pihak tidak lagi memiliki saham dalam syarikat usaha sama.

2. Siaran media 3 Julai 2023 mengelirukan pelabur

CFM mengeluarkan kenyataan media yang menggambarkan usaha sama tersebut masih berada pada landasan positif.

Namun, syarikat gagal mendedahkan bahawa:

  • Sasaran tempahan 200 EV tidak berjaya dicapai.
  • Bayaran minimum RM12.5 juta juga gagal diperoleh.
  • Kegagalan tersebut membuka ruang kepada EA Mobility untuk melaksanakan Put Option yang boleh menyebabkan penamatan usaha sama.

3. Lewat mengumumkan notis Put Option

Pada 10 Julai 2023, EA Mobility memaklumkan hasrat untuk melaksanakan Put Option.

Bagaimanapun, CFM hanya membuat pengumuman kepada Bursa pada 20 Julai 2023, iaitu selepas kelewatan lapan hari dagangan.

4. Pengumuman berkaitan penamatan usaha sama tidak lengkap dan mengelirukan

Dalam beberapa pengumuman antara 20 Julai hingga 1 September 2023, CFM menyatakan bahawa:

  • Operasi syarikat usaha sama masih berjalan seperti biasa.
  • Rundingan dengan EA Mobility masih diteruskan.

Namun syarikat tidak memaklumkan bahawa:

  • Penamatan JVA akan berlaku selepas pemindahan saham EA Mobility kepada CFM.
  • Maklumat mengenai penamatan hanya diumumkan pada 5 September 2023, hampir dua bulan selepas notis Put Option dikeluarkan dan hanya selepas Bursa Malaysia meminta penjelasan lanjut.

5. Memberikan maklumat tidak tepat kepada Bursa Malaysia

CFM turut didapati gagal memberikan maklumat yang tepat apabila:

  • Memaklumkan bahawa tiada perjanjian lain selain JVA.
  • Tidak menyerahkan salinan Perjanjian Pemegang Saham (Shareholders Agreement) walaupun diminta oleh Bursa Malaysia.
  • Perjanjian tersebut hanya diserahkan pada 25 September 2023 selepas beberapa kali pertanyaan dibuat.

Denda terhadap lapan pengarah

Kesemua lapan pengarah didapati membenarkan syarikat melakukan pelanggaran tersebut dan dikenakan teguran awam serta denda seperti berikut:

PengarahJumlah Denda
Tan Sri Datuk Mazlan Bin LazimRM300,000
Datuk Seri Tan Choon HwaRM100,000
Datuk Wira Justin Lim Hwa TatRM150,000
Datuk Hoo Swee GuanRM450,000
Pang Nan YewRM300,000
Wong Kok SeongRM300,000
Kho See YiingRM300,000
Tan Li SinRM100,000

Jumlah keseluruhan denda: RM2 juta.

Mengapa tindakan ini diambil?

Bursa Malaysia memaklumkan bahawa keputusan tersebut dibuat selepas proses siasatan lengkap dengan mengambil kira:

  • Keseriusan pelanggaran yang dilakukan.
  • Kesan terhadap pemegang saham dan pelabur.
  • Peranan serta tahap penglibatan setiap pengarah.

Menurut Bursa Malaysia, pendedahan maklumat yang tepat, lengkap dan dibuat tepat pada masanya amat penting bagi membolehkan pelabur membuat keputusan pelaburan yang bermaklumat, di samping memastikan pasaran modal kekal teratur, telus serta mengekalkan keyakinan pelabur.

Latar belakang kes

Pada 5 Januari 2023, CFM memeterai Perjanjian Usaha Sama (JVA) dan Perjanjian Pemegang Saham (SA) dengan EA Mobility bagi projek kenderaan elektrik (EV) di Malaysia.

Walaupun perjanjian tersebut mengandungi syarat penting yang boleh menyebabkan usaha sama ditamatkan sekiranya sasaran tempahan EV dan kutipan deposit RM12.5 juta tidak dipenuhi sebelum 30 Jun 2023, syarat tersebut tidak didedahkan kepada pasaran.

CFM kemudiannya gagal memenuhi syarat berkenaan, menyebabkan EA Mobility melaksanakan Put Option pada 10 Julai 2023. Namun, perkembangan material tersebut tidak didedahkan secara segera dan lengkap kepada pelabur, sekali gus mendorong Bursa Malaysia mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap syarikat dan para pengarahnya.