Macam Mana Nak Tahu Untung atau Tidak Selepas Bonus Issue?

Apa Itu Bonus Issue?

Bonus Issue atau Terbitan Bonus memberikan pemegang saham sedia ada saham tambahan secara percuma, berdasarkan jumlah saham yang mereka miliki. Ini meningkatkan jumlah keseluruhan saham, jadi nilai setiap saham perlu disesuaikan sewajarnya, tetapi jumlah nilai pelaburan anda tetap sama.

Kenapa Syarikat Nak Beri Bonus Issue?

Jawapannya adalah tidak lain tidak bukan adalah untuk menurunkan harga saham agar ianya lebih murah. Adakalanya harga sesebuah saham akan naik terlalu tinggi sehingga ke satu paras yang pelabur telah tidak berminat untuk membelinya kerana harganya yang mahal.

Untuk mengembalikan minat pelabur untuk membeli saham syarikat tersebut, mereka boleh membuat satu Corporate Exercise yang dinamakan sebagai ‘Bonus Issue”.

Secara psikologinya, lebih ramai orang mampu nak beli saham tersebut kerana harganya yang menarik. Maka ia pun menjadi saham rebutan orang ramai orang selepas bonus issue dilakukan.

Contoh Bonus Issue: Tanco Holdings Berhad

Sumber: malaysiastock.biz

Pada 20 Mac 2025, Tanco mengumumkan pemberian Bonus Issue sebanyak tujuh unit saham bagi setiap lima unit saham yang dipegang para pemegang saham setakat 5 petang 3 April 2025.

  • Nisbah Bonus: 7 saham bonus untuk setiap 5 saham sedia ada
  • Jadi, untuk setiap 5 saham yang anda miliki, kini anda mempunyai 12 saham (5 sedia ada + 7 bonus)

Apa Jadi Pada Harga Sebelum & Harga Selepasnya?

Harga sebelum Bonus Issue ialah RM2.06
Harga selepas: RM0.86

Contoh Pengiraan

  • Tujuh saham bonus bagi setiap lima saham semasa
  • Jumlah saham selepas Bonus Issue: 7 + 5 = 12 saham
  • Faktor adjustment (pelarasan): 5 / 12 
  • Harga adjustment (pelarasan): 
    • = RM2.06 x 512  = 10.3012  = RM0.8583 = RM0.86

Apakah Maksudnya?

  • Sebelum: Anda mempunyai lima saham dengan harga seunit RM2.06 = RM10.30 jumlah nilai
  • Selepas: Kini anda mempunyai 12 saham dengan harga seunit RM0.8583 = RM10.30 jumlah nilai

Jadi, tiada perubahan dalam jumlah nilai, cuma lebih banyak saham pada harga yang lebih rendah setiap satu.

Kenapa Harga Perlu Diselaraskan (Adjusted)?

Memandangkan anda kini menerima lebih banyak saham, nilai setiap saham mesti berkurang supaya jumlah nilai pelaburan anda kekal sama.

Bayangkan seperti memotong sekeping pizza kepada lebih banyak bahagian; pizza yang sama, cuma lebih banyak kepingan.

Macam Mana Nak Tahu Untung Atau Tidak?

Daripada pengiraan di atas, kita tahu yang selepas harga diselaraskan, harga Tanco adalah RM0.86 seunit. Sekiranya harga saham Tanco dibuka lebih tinggi selepas hari ex-date tersebut maka harga saham tersebut telah menaik dan anda sedang menjana keuntungan dari saham tersebut.

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Ramai yang nak gandakan duit simpanan dalam saham tapi fikir berpuluh kali. Jadi buku ini adalah step pertama. Bila baca buku ini, boleh 99% stay ahead dari orang lain! Bonusnya dapat jimat banyak masa.

Kami juga faham yang 2 sebab utama kenapa anak muda masih belum mula melabur saham adalah sebab TAKUT dan BELUM CUKUP DUIT. Yelah, kita melabur sebab nak tenang, bukan nak risau setiap masa.

Sambil kami terlibat dalam pasaran saham, sambil pandaikan orang lain tentang saham.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua yang tak putus-putus menyokong kami dari awal sehingga ke hari ini.

Berita Baik : Kami sedang buat jualan penghabisan stok di Shopee!!

Previous ArticleNext Article

Untung Bersih 99 Speed Mart Lonjak 13.4 Peratus Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR: 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd (99 Holdings) mencatat keuntungan bersih RM163.95 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026, meningkat 13.4 peratus daripada RM144.63 juta pada suku sama tahun lalu.

Hasil kumpulan meningkat 13.6 peratus tahun ke tahun kepada RM3.08 bilion daripada RM2.71 bilion sebelumnya, menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Peningkatan itu didorong terutamanya oleh pengembangan berterusan rangkaian cawangan, dengan pertambahan bersih 257 cawangan baharu tahun ke tahun, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 3,151 cawangan setakat 30 Jun 2026 berbanding 2,894 cawangan setahun sebelumnya.

“Jumlah transaksi jualan meningkat 13.6 peratus kepada 146.4 juta, dengan nilai purata setiap bakul RM21,” menurut syarikat itu.

Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, 99 Holdings mencatat keuntungan bersih RM352.5 juta berbanding RM289.53 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Hasil bagi tempoh enam bulan pula meningkat kepada RM6.14 bilion daripada RM5.32 bilion sebelumnya.

Selain itu, platform e-dagang jualan pukal syarikat terus mencatat pertumbuhan kukuh apabila hasil meningkat 80.5 peratus tahun ke tahun kepada RM50.2 juta bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2026.

Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif 99 Holdings, Lee Thiam Wah, berkata momentum pertumbuhan positif pada suku berkenaan disokong pengembangan berterusan rangkaian cawangan serta pelaksanaan waktu operasi lebih awal di seluruh negara.

Thiam Wah berkata tumpuan berterusan terhadap kecekapan operasi turut mula memberikan manfaat ketara kepada kumpulan.

Menurutnya, inisiatif penjimatan tenaga dan penggunaan peralatan membantu mengurangkan kos utiliti serta meningkatkan kecekapan kos merentasi operasi kumpulan.

“Dengan rangkaian cawangan kami terus berkembang, kami kekal komited untuk memperkukuh rantaian bekalan bagi menyokong kecekapan operasi,” katanya.

Beliau berkata kumpulan itu juga terus memperluas penawaran produk bagi memenuhi keperluan pelanggan yang berubah susulan sambutan menggalakkan terhadap rangkaian peralatan rumah terpilih.

Rangkaian berkenaan kini diperluas ke semua cawangan di seluruh negara dan turut ditawarkan menerusi platform 99 Bulksales bagi memenuhi keperluan pelanggan korporat serta pembelian secara pukal.