Tenaga Nasional: Potensi Kenaikan Daripada Projek Tenaga Boleh Baharu Di Terengganu

Saranan BELI dan harga sasar (TP) MYR16.50 dikekalkan, potensi kenaikan harga saham 16% dan kadar hasil dividen kira-kira 4%

Kami mengunjungi fasiliti sistem simpanan tenaga bateri (BESS) milik Tenaga Nasional berkapasiti 400MWh di Santong, dan loji kuasa hidro Sultan Mahmud 400MW di Kenyir, kedua-duanya terletak di Terengganu. Kami menjangka TNB akan membangunkan lebih banyak projek BESS pada masa hadapan bagi menstabilkan grid dan mendorong pertumbuhan capex terkawal. Projek Suria Terapung Hidro Hibrid (HHFS) berkapasiti 595MWac dianggarkan akan menyumbang sehingga 3% daripada perolehan kumpulan, dengan potensi kenaikan perolehan sebanyak 14% menerusi kapasiti 2.5GW.

BESS 400MWh di Santong

Projek berkapasiti 100MW/400Wh oleh TNB ini merupakan projek BESS pertama yang membentuk grid di Semenanjung Malaysia. Selaku BESS yang membentuk grid, aset Santong ini membantu menstabilkan grid dengan menjana output dan frekuensi voltan. Projek bernilai MYR380j ini adalah sebahagian daripada capex terkawal TNB berjumlah MYR42bn yang diluluskan bawah Tempoh Kawal Selia 4 (RP4).

Berdasarkan pulangan yang dibenarkan terhadap asas aset sebanyak 7.3%, kami anggarkan projek ini akan menyumbangkan perolehan sebanyak MYR26j setahun. Susulan pelancaran projek yang berjaya dilaksanakan, TNB berhasrat untuk membangunkan lebih banyak projek BESS. Mengikut anggaran kami, projek-projek BESS dengan kapasiti 3GW mungkin membawa kenaikan 14% kepada untung bersih FY28F kami.

Potensi kenaikan daripada lebih banyak projek suria terapung

TNB sedang membangunkan projek HHFS berkapasiti 595MWac di Kenyir dengan sasaran siap pada 2028. Untuk projek ini, TNB akan menjual tenaga boleh baharu (RE) kepada DayOne Data Centres selama 21 tahun bawah Skim Bekalan Tenaga Boleh Baharu Korporat (CRESS). Berdasarkan harga grid semasa dan pegangan kepentingan 70%, kami anggarkan kadar pulangan projek dalaman (IRR) sebanyak 12% dan sumbangan perolehan berjumlah MYR178j (3% daripada untung bersih FY28F kami) untuk projek ini. Ramalan kami: Sasaran TNB untuk mencapai kapasiti HHFS sebanyak 2.5GW dengan tarif grid semasa mungkin menyebabkan kenaikan perolehan berjumlah MYR750j (13% daripada untung bersih FY28F kami).

Pelanjutan hayat untuk loji-loji kuasa hidro

Baru-baru ini, TNB mengumumkan tender EPCC untuk Program Pelanjutan Hayat Hidro (HLEP) untuk loji kuasa hidro Sultan Mahmud 400MW. Kami menganggarkan nilai kontrak sebanyak MYR3.5bn untuk kerja EPCC ini, yang berpotensi melanjutkan jangka hayat projek ini selama 40 tahun. Kami menjangka tender ini akan ditawarkan menjelang akhir tahun ini.

Penilaian dan risiko

Kami tidak membuat sebarang pindaan terhadap EPS FY26F28F kami. TP kami (termasuk diskaun ESG 2%) diperoleh melalui P/E FY26F 19x, iaitu +1SD daripada purata tiga tahun saham ini. Pada pandangan kami, nilai premium ini wajar diberi kerana TNB ialah penerima manfaat utama daripada Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR), dengan rangka kerja dikawal menyediakan asas perolehan yang stabil. Sekiranya TNB mengekalkan kadar cukai berkesan (ETR) pada 23% tahun ini (berbanding andaian asas kami sebanyak 26%), kami anggarkan yang hal ini akan menyebabkan TP dan EPS kami berpotensi menaik 4%.
Risiko negatif utama:

i) Pelaksanaan cukai karbon

ii) kelulusan capex ditangguhkan

iii) ETR lebih tinggi.

Faktor Pemacu Utama

i. Pengiktirafan capex luar jangka
ii. Peruntukan pelaburan semula lebih tinggi, lalu mengurangkan kadar cukai berkesan.

Risiko Utama

i. Pengenalan cukai karbon
ii. Kelewatan kelulusan dan mekanisme pelaksanaan capex luar jangka.

Profil Syarikat

Tenaga Nasional ialah syarikat tenaga kebangsaan Malaysia. It menjana, menghantar dan mengagihkan
tenaga elektrik di Semenanjung Malaysia dan Sabah, dengan merangkumi 65% daripada kapasiti penjanaan tenaga negara. It juga mengendalikan talian penghantaran sepanjang 27,000km dengan aset-aset bernilai MYR180j.

BESS berkapasiti 100MW/400MWh di Santong

Loji-loji jana kuasa hidro berkapasiti 665MW di Kenyir

Mengunjungi stesen jana kuasa Kenyir di Terengganu. Kami juga mengunjungi stesen jana kuasa Kenyir milik TNB di Terengganu. Stesen-stesen jana kuasa Kenyir berkapasiti 665MW terdiri daripada:

i. Sultan Mahmud 4x100MW (COD: 1985)
ii. Puah 2x125MW (COD:2015)
iii. Tembat 2×7.5MW (COD:2016).

Carta Saranan

Penganalisis
Max Koh +603 2302 8131 ([email protected])

Penafian :
Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.

Previous ArticleNext Article

CANSLIM: Apa Itu Leader & Laggard Dan Kenapa Saham Ini Boleh Gerak Dulu?

Untuk terlibat dengan pelaburan saham, kita tidak boleh lari daripada melakukan pembacaan dan analisa secara menyeluruh. Pelabur perlu melakukan analisa dengan cara yang betul supaya dapat membuat keputusan yang betul.

Terdapat pelbagai jenis dan cara analisa yang boleh pelabur gunakan antaranya adalah analisa gaya William J. O’Neil. Analisa yang dimaksudkan adalah menggunakan kaedah CANSLIM untuk mencari dan memilih saham yang mempunyai pertumbuhan yang baik.

Pemilihan saham menggunakan CANSLIM ini adalah cara terpantas untuk mencari saham berpotensi sebelum pelabur institusi melabur ke dalam saham tersebut.

Pada penulisan ini, saya akan kongsikan elemen ‘L’ iaitu leader and laggard.

Secara asasnya CANSLIM adalah singkatan akronim yang menggabungkan 7 kriteria dalam pemilihan saham.

Kriteria CANSLIM adalah seperti di bawah :

  1. ‘C’ – Current Quarter Earning
  2. ‘A’ – Annual Earning
  3. ‘N’ – New product/management/event
  4. ‘S’ – Supply and Demand
  5. ‘L’ – Leader/laggard
  6. ‘I’ – Institutional
  7. ‘M’ – Market direction

Apa Itu Leader dan Laggard?

Dalam kriteria Leader dan Laggard, kita ingin menentukan sama ada syarikat kajian kita berada dalam senarai pemain industri yang utama atau pemain industri yang kedua.

Hal ini kerana, syarikat yang menjadi pemain utama dalam industrinya akan bertindak balas lebih awal daripada yang lain dan diikuti oleh syarikat pemain kedua.

Syarikat yang menjadi pemain utama boleh dilihat berdasarkan kepada kekuatan kewangan syarikat dan saiz modal pasaran syarikat tersebut.

Pergerakan pasaran akan bermula dengan saham daripada syarikat pemain utama dalam setiap industri.

PMETAL vs LBALUM

Mari kita lihat contoh-contoh di bawah. Sektor di bawah adalah sektor pembuatan aluminium.

Sumber : iSaham

Gambar di atas menunjukkan syarikat PMETAL berada paling atas dengan modal pasaran sebanyak RM40.38 billion. Ini menjadikan PMETAL pemain industri utama dalam sektor pembuatan Aluminium.

Sumber : Trading View

Pergerakan saham PMETAL berada pada aliran menaik dalam jangka masa 2-3 tahun. Namun begitu, pada Disember 2020, harga PMETAL melakukan kenaikan yang besar daripada RM3.00 sehingga mencecah RM4.00.

Hal ini disebabkan kenaikan harga komoditi Aluminium yang ketara dan telah memberikan keuntungan berganda pada syarikat PMETAL.

Syarikat mencatatkan kenaikan pada margin keuntungan sejak suku tahun kedua 2020. Profit margin yang meningkat juga menyumbang pada kenaikan harga saham.

Sumber : MalaysiaStock.biz

Laggard dalam sektor aluminium pula boleh dilihat pada syarikat LBALUM dengan modal pasaran yang lebih kecil iaitu sebanyak RM228 juta.

Leader seperti saham PMETAL telah mulakan kenaikan pada Disember 2020 manakala, laggard seperti LBALUM hanya memulakan kenaikan pada penghujung Mac 2021 daripada RM0.75 sehingga RM1.30 dengan kenaikan hampir 100%.

Sumber : Trading View
Sumber : MalaysiaStock.biz

Syarikat LBALUM mengalami kerugian pada suku ke-4 tahun 2020 dan hanya berjaya mencatatkan keuntungan pada suku tahun seterusnya. Oleh itu, harga saham LBALUM harga bergerak selepas mencatatkan keuntungan yang meningkat.

Syarikat LBALUM mencatatkan profit margin yang lebih tinggi dari leader PMETAL. Hal ini memberikan peluang yang besar untuk LBALUM menjadi syarikat yang lebih berdaya saing di masa hadapan.

Inilah gaya pemilihan saham menggunakan CANSLIM. Kita perlu mengkaji sektor tersebut dan menentukan siapa leader dan siapa laggard.

Dengan hanya memfokuskan pada kriteria ‘L’ sahaja kita sudah mampu untuk menjana keuntungan yang berganda.

Ini kerana analisis menggunakan metod CANSLIM adalah satu teknik yang sangat berkesan untuk memilih saham yang betul.

Nota: Contoh PMETAL dan LBALUM yang digunakan ini adalah berdasarkan data dan situasi pasaran pada tempoh tersebut dan digunakan semata-mata untuk menerangkan konsep Leader & Laggard dalam strategi CANSLIM. Kedudukan sesuatu saham sebagai leader atau laggard boleh berubah mengikut pergerakan harga dan relative strength dari semasa ke semasa. Contoh ini bukan gambaran prestasi semasa kedua-dua saham dan tidak boleh dianggap sebagai cadangan untuk membeli, menjual atau memegang mana-mana saham.

AMD vs NVIDIA

Sebagai contoh lain, kita boleh lihat perbezaan antara Advanced Micro Devices (AMD) dan NVIDIA dalam industri cip AI. NVIDIA merupakan pemain yang jauh lebih besar dari segi revenue dan kedudukan pasaran, tetapi dalam analisis saham, saiz syarikat bukan satu-satunya perkara yang menentukan sama ada sesuatu saham itu dianggap sebagai leader atau laggard.

Jika harga saham AMD mencatat kenaikan yang lebih tinggi berbanding NVIDIA dalam tempoh tertentu, AMD boleh dianggap sebagai stock leader untuk tempoh tersebut dari sudut price performance, walaupun NVIDIA kekal sebagai peneraju industri dari segi saiz. Sebab itu, apabila menggunakan konsep Leader & Laggard, pelabur perlu melihat relative strength dan prestasi harga berbanding saham lain dalam sektor yang sama, bukannya sekadar membandingkan harga seunit saham atau revenue syarikat.

Namun begitu, status leader atau laggard bukanlah sesuatu yang kekal. Sesebuah saham boleh menjadi leader pada satu tempoh dan kemudiannya menjadi laggard apabila momentum harga berubah. Oleh itu, konsep ini lebih sesuai digunakan sebagai salah satu alat untuk mengenal pasti saham yang menunjukkan momentum relatif yang kuat, bukannya sebagai ukuran mutlak tentang syarikat mana yang lebih baik.


Belilah saham yang baik. Nak tahu apa lebih mendalam tentang formula ini? Dapatkan eBook CANSLIM -> http://thekapital.my/Ebook-CANSLIM

Nak Kejar Saham Yang Bakal Naik?

Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!

Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?

Jangan tertinggal keretapi lagi.

Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.

Kalau nak tahu rahsia satu kaunter jalan, kaunter lain pun ikut jalan sekali, dapatkan eBook Leaders and Laggards -> http://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Dalam e-book ini, anda akan belajar:

✅ Apa itu Leader?

✅ Apa itu Laggard?

✅ Cara nak kenal pasti saham Leader dan Laggard

✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian

✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik

✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian

Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.

Dapatkan eBook Leaders and Laggards -> http://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Penafian :
Kandungan ini tidak disemak atau diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Maklumat yang terkandung di dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat pelaburan. Semua keputusan pelaburan adalah tanggungjawab individu dan anda harus mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan berlesen sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Pelaburan dalam saham melibatkan risiko dan keuntungan sendiri. Prestasi masa lalu juga tidak menjamin prestasi masa hadapan.