Prestasi IPO Setengah Tahun 2019

Tahun 2019 telah pun separuh jalan, dan setakat ini ada 14 saham baru yang telah disenaraikan di Bursa Malaysia. Ini bermakna secara purata, ada 2 IPO baru setiap bulan. Kira happening jugalah, meriah sangat pasaran saham dengan kemunculan banyak syarikat baru.

Tapi apakah nasib dan bagaimana dengan prestasi IPO bagi setengah tahun 2019 ini? Jom kita tengok seperti di bawah:

Tudia, boleh tahan juga prestasi IPO bagi setengah tahun 2019 ni.

DPI Holdings

Sumber: Bursa Marketplace

Gagasan Nadi Cergas

Sumber: Bursa Marketplace

Uni Wall Aps Holdings

Sumber: Bursa Marketplace

Supreme Consolidated Resources

Sumber: Bursa Marketplace

EquitiesTracker Holdings

Sumber: Bursa Marketplace

Smile-Link Healthcare Global

Sumber: Bursa Marketplace

TT Vision Holdings

Sumber: Bursa Marketplace

Leong Hup International

Sumber: Bursa Marketplace

Fibromat (M)

Sumber: Bursa Marketplace

Matrix Parking Solution

Sumber: Bursa Marketplace

HPMT Holdings

Sumber: Bursa Marketplace

Greatech Technology

Sumber: Bursa Marketplace

Mestron Holdings

Sumber: Bursa Marketplace

CE Technology

Sumber: Bursa Marketplace

Boleh disimpulkan bahawa:

Untuk Prestasi Sehari:
11 Naik – 78.57%
2 Turun – 14.29%
1 Tidak Berubah – 7.14%

Untuk Prestasi Sehingga Pertengahan 2019:
8 Naik – 57.14%
6 Turun – 42.86%

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Untung Bersih 99 Speed Mart Lonjak 13.4 Peratus Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR: 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd (99 Holdings) mencatat keuntungan bersih RM163.95 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026, meningkat 13.4 peratus daripada RM144.63 juta pada suku sama tahun lalu.

Hasil kumpulan meningkat 13.6 peratus tahun ke tahun kepada RM3.08 bilion daripada RM2.71 bilion sebelumnya, menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Peningkatan itu didorong terutamanya oleh pengembangan berterusan rangkaian cawangan, dengan pertambahan bersih 257 cawangan baharu tahun ke tahun, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 3,151 cawangan setakat 30 Jun 2026 berbanding 2,894 cawangan setahun sebelumnya.

“Jumlah transaksi jualan meningkat 13.6 peratus kepada 146.4 juta, dengan nilai purata setiap bakul RM21,” menurut syarikat itu.

Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, 99 Holdings mencatat keuntungan bersih RM352.5 juta berbanding RM289.53 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Hasil bagi tempoh enam bulan pula meningkat kepada RM6.14 bilion daripada RM5.32 bilion sebelumnya.

Selain itu, platform e-dagang jualan pukal syarikat terus mencatat pertumbuhan kukuh apabila hasil meningkat 80.5 peratus tahun ke tahun kepada RM50.2 juta bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2026.

Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif 99 Holdings, Lee Thiam Wah, berkata momentum pertumbuhan positif pada suku berkenaan disokong pengembangan berterusan rangkaian cawangan serta pelaksanaan waktu operasi lebih awal di seluruh negara.

Thiam Wah berkata tumpuan berterusan terhadap kecekapan operasi turut mula memberikan manfaat ketara kepada kumpulan.

Menurutnya, inisiatif penjimatan tenaga dan penggunaan peralatan membantu mengurangkan kos utiliti serta meningkatkan kecekapan kos merentasi operasi kumpulan.

“Dengan rangkaian cawangan kami terus berkembang, kami kekal komited untuk memperkukuh rantaian bekalan bagi menyokong kecekapan operasi,” katanya.

Beliau berkata kumpulan itu juga terus memperluas penawaran produk bagi memenuhi keperluan pelanggan yang berubah susulan sambutan menggalakkan terhadap rangkaian peralatan rumah terpilih.

Rangkaian berkenaan kini diperluas ke semua cawangan di seluruh negara dan turut ditawarkan menerusi platform 99 Bulksales bagi memenuhi keperluan pelanggan korporat serta pembelian secara pukal.