Suning bakal Pamer yang Terkini dalam Inovasi Peruncitan Pintar dan Kediaman Pintar berasaskan AI di CES 2019

  • Penjual omnisaluran terbesar China bakal hadiri acara Januari di Las Vegas
  • Reruai 26030 bakal libatkan pembantu beli belah ‘Magic Runway’ dan ‘Biu Robot’
  • Dr Jack Jing, Ketua Pegawai Operasi Suning Technology Group bakal bincang strategi RaaS Suning

LAS VEGAS, 7 Januari 2019 /PRNewswire/ — Suning, syarikat gergasi komersial yang menduduki tempat kedua dalam kalangan perusahaan milik bukan kerajaan terkemuka China dan pemilik-pemilik Suning.com, sebuah syarikat jualan Fortune Global 500, akan mempamerkan operasi dan inovasi omnisaluran utamanya dalam bidang Peruncitan Pintar dan Kediaman Pintar di CES 2019, Las Vegas pada minggu hadapan.

Reruai Suning yang bertemakan ‘Suning – Penjual Omnisaluran Terbesar China’ dan terletak di Reruai 26030 di Kawasan LVCC S2, akan membawakan visi futuristik Peruncitan Pintar dan Kediaman Pintar kepada pengunjung dengan membawakan beberapa aplikasi komersial berasaskan AI dalam portfolio perniagaan semasa Suning.

Dr Jack Jing, Ketua Pegawai Operasi Suning Technology Group, yang akan mendedahkan lebih lanjut tentang strategi RaaS (Peruncitan sebagai satu Strategi) Suning berdasarkan konsep Peruncitan Pintar di CES 2019 berkata: “Kami teruja untuk menghadiri CES 2019 dan mendemonstrasikan lebih lanjut tentang amalan Peruncitan Pintar kami berserta kemajuan yang dicapai oleh kami dalam AI, termasuk di pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) Silicon Valley kami. Kami tidak sabar-sabar untuk mengalu-alukan pengunjung ke reruai kami dan menunjukkan kepada mereka bagaimana kami menggunakan teknologi AI untuk memahami tabiat pengguna, meramal trend penggunaan, membimbing pembuatan dan menyediakan pengguna dengan produk dan perkhidmatan yang pelbagai dan diperibadikan.”

Aplikas-aplikasi dan produk-produk dipacu teknologi terkini yang dipamerkan di reruai Suning tahun ini akan menonjolkan:

  • The Magic Runway. Projek terkini yang terhasil daripada ‘Makmal Aplikasi Inovasi’ Pusat R&D Silicon Valley Suning, pengalaman maya dikuasakan oleh AR ini membolehkan pembeli belah mencuba pakaian berbeza dengan hanya beberapa gerakan isyarat sahaja, tanpa perlu meluangkan berjam-jam dalam bilik acu. Kemas kini baharu yang ditunjukkan di CES 2019 akan menjadi fungsi jurugaya pintar yang dapat mengesan jantina dan usia pengguna bagi menyediakan cadangan pakaian. Teknologi ini juga akan digunakan di Minggu Fesyen New York pada bulan September dan dijangka akan dibangunkan untuk senario beli belah berbeza demi menampung keperluan generasi pengguna baharu yang dipengaruhi oleh AI.

    Bill Shao, Pengarah Makmal Aplikasi Inovasi Pusat R&D Silicon Valley Suning, menambah: “Kami mendapati bahawa pengguna meluangkan banyak masa menunggu bilik acu kosong bagi mencuba pakaian. Sebagai penjual pintar, Suning ingin mewujudkan pengalaman beli belah yang lebih cekap, mudah dan menarik untuk mereka dan kami telah mencipta The Magic Runway untuk tujuan berkenaan. Kami merancang untuk mengaplikasikannya kepada pusat beli belah Suning sendiri di China bagi mengamalkan tabiat penggunaan masa depan.”

  • Aliran penumpang kedai fizikal dan analisis agihan haba. Menggunakan pengecaman wajah dan visualisasi data bagi mengumpul dan menganalisis maklumat dalam kedai untuk segmentasi dan pemprofilan pelanggan, teknologi ini dapat menghitung dengan tepat aliran penumpang dan merekodkan pilihan keutamaan pelanggan. Peta haba kemudiannya dihasilkan berdasarkan analisis haba, yang menggambarkan taburan aliran penumpang. Ini dapat membantu pengendali kedai meramalkan aliran dan menganalisis tabiat pengguna, meningkatkan kecekapan dan pengurusan barangan. Teknologi ini digunakan secara meluas di outlet-outlet jualan Suning dan dapat memperkasa perniagaan di kedai.
  • Biu Robot. Robot beli belah AI berasaskan pengecaman emosi, Biu Robot boleh dianggap sebagai sebuah mesin layan diri pintar. Robot ini dapat meronda dalam lingkungan tertentu di mana-mana tempat membawa barangan dan menggunakan teknologi pengecaman berat bagi mengenal pasti sebarang barangan yang diambil oleh pelanggan yang lalu lalang. Pelanggan kemudiannya dapat membuat bayaran hanya dengan mengimbas kod QR pada robot ini. Biu Robot dapat digunakan dengan mudah dan bersifat anjal untuk digunakan dalam pelbagai senario, justeru membantu meningkatkan operasi peruncitan pintar automatik.

Suning akan turut mempamerkan kemajuan terkininya dalam Kediaman Pintar seperti ‘Magic Mirror’Biu Smart Speaker dan PPTV Quantum dot TV, menampilkan platform Biu OS yang dibangunkan oleh Suning yang berasaskan IoT dan kawalan suara pintar perintis. Pada 7 Januari, Dr Jing akan turut berucap di China Night, sebuah acara yang bersama-sama dianjurkan oleh Konsulat Jeneral China di San Francisco dan Jawatankuasa Penganjur bagi Ekspo Teknologi Maklumat China (CITE). Ia diwujudkan bagi memudahkan komunikasi antara syarikat-syarikat Cina dan luar negara serta akan membangunkan platform untuk menonjolkan peluang-peluang.

Reruai Suning akan ditempatkan di Reruai 26030 di Kawasan LVCC S2.

Latar Belakang Suning 

Ditubuhkan pada tahun 1990, Suning ialah salah sebuah syarikat perusahaan komersial terkemuka di China yang mempunyai dua syarikat awam di China dan Jepun. Pada tahun 2018, Suning Holdings menduduki tempat kedua antara 500 perusahaan milik bukan kerajaan terbaik di China dengan pendapatan tahunan mencecah 80.85 bilion USD (557.9 bilion RMB). Dengan misi “Menerajui Ekosistem merentas Industri dengan Mencipta Kualiti Kehidupan Elit buat Semua”, Suning memperkukuh dan mengembangkan perniagaan utamanya melalui lapan industri vertikal: Suning.com, Logistik, Perkhidmatan Kewangan, Teknologi, Hartanah, Sukan, Media & Hiburan dan Pelaburan. Suning.com tersenarai dalam Fortune Global 500 bagi tahun 2018. Untuk maklumat lanjut kunjungi www.suningholdings.com.

Sumber: Suning Holdings Group

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Bursa Malaysia Securities Mengeluarkan Teguran Awam Dan/Atau Mengenakan Denda Ke Atas Computer Form (Malaysia) Berhad Serta Lapan Orang Pengarah

Bursa Malaysia Securities Berhad (“Bursa Securities”) telah mengeluarkan teguran awam terhadap Computer Forms (Malaysia) Berhad (CFM) dan lapan (8) orang pengarahnya kerana melanggar Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama Bursa Malaysia (Main Market Listing Requirements, MAIN LR).

Selain teguran awam, lapan pengarah terbabit turut dikenakan denda berjumlah RM2 juta.

Pelanggaran utama oleh CFM

CFM didapati melakukan beberapa pelanggaran serius berkaitan pendedahan maklumat kepada pelabur, antaranya:

1. Gagal mendedahkan syarat penting dalam usaha sama (Joint Venture Agreement – JVA)

Dalam pengumuman bertarikh 5 Januari 2023, CFM gagal mendedahkan beberapa fakta material berkaitan perjanjian usaha sama dengan EA Mobility Holding Co. Ltd., termasuk:

  • Perjanjian Pemegang Saham (Shareholders Agreement) yang ditandatangani pada hari yang sama.
  • Klausa Put Option yang membolehkan EA Mobility menjual keseluruhan pegangannya dalam syarikat usaha sama kepada CFM sekiranya CFM gagal mendapatkan:
    • Tempahan disahkan (Affirmed Orders) sekurang-kurangnya 200 buah kenderaan elektrik (EV); dan
    • Bayaran deposit atau harga pembelian sekurang-kurangnya RM12.5 juta sebelum 30 Jun 2023.
  • Hakikat bahawa Perjanjian Usaha Sama (JVA) akan terbatal secara automatik sekiranya mana-mana pihak tidak lagi memiliki saham dalam syarikat usaha sama.

2. Siaran media 3 Julai 2023 mengelirukan pelabur

CFM mengeluarkan kenyataan media yang menggambarkan usaha sama tersebut masih berada pada landasan positif.

Namun, syarikat gagal mendedahkan bahawa:

  • Sasaran tempahan 200 EV tidak berjaya dicapai.
  • Bayaran minimum RM12.5 juta juga gagal diperoleh.
  • Kegagalan tersebut membuka ruang kepada EA Mobility untuk melaksanakan Put Option yang boleh menyebabkan penamatan usaha sama.

3. Lewat mengumumkan notis Put Option

Pada 10 Julai 2023, EA Mobility memaklumkan hasrat untuk melaksanakan Put Option.

Bagaimanapun, CFM hanya membuat pengumuman kepada Bursa pada 20 Julai 2023, iaitu selepas kelewatan lapan hari dagangan.

4. Pengumuman berkaitan penamatan usaha sama tidak lengkap dan mengelirukan

Dalam beberapa pengumuman antara 20 Julai hingga 1 September 2023, CFM menyatakan bahawa:

  • Operasi syarikat usaha sama masih berjalan seperti biasa.
  • Rundingan dengan EA Mobility masih diteruskan.

Namun syarikat tidak memaklumkan bahawa:

  • Penamatan JVA akan berlaku selepas pemindahan saham EA Mobility kepada CFM.
  • Maklumat mengenai penamatan hanya diumumkan pada 5 September 2023, hampir dua bulan selepas notis Put Option dikeluarkan dan hanya selepas Bursa Malaysia meminta penjelasan lanjut.

5. Memberikan maklumat tidak tepat kepada Bursa Malaysia

CFM turut didapati gagal memberikan maklumat yang tepat apabila:

  • Memaklumkan bahawa tiada perjanjian lain selain JVA.
  • Tidak menyerahkan salinan Perjanjian Pemegang Saham (Shareholders Agreement) walaupun diminta oleh Bursa Malaysia.
  • Perjanjian tersebut hanya diserahkan pada 25 September 2023 selepas beberapa kali pertanyaan dibuat.

Denda terhadap lapan pengarah

Kesemua lapan pengarah didapati membenarkan syarikat melakukan pelanggaran tersebut dan dikenakan teguran awam serta denda seperti berikut:

PengarahJumlah Denda
Tan Sri Datuk Mazlan Bin LazimRM300,000
Datuk Seri Tan Choon HwaRM100,000
Datuk Wira Justin Lim Hwa TatRM150,000
Datuk Hoo Swee GuanRM450,000
Pang Nan YewRM300,000
Wong Kok SeongRM300,000
Kho See YiingRM300,000
Tan Li SinRM100,000

Jumlah keseluruhan denda: RM2 juta.

Mengapa tindakan ini diambil?

Bursa Malaysia memaklumkan bahawa keputusan tersebut dibuat selepas proses siasatan lengkap dengan mengambil kira:

  • Keseriusan pelanggaran yang dilakukan.
  • Kesan terhadap pemegang saham dan pelabur.
  • Peranan serta tahap penglibatan setiap pengarah.

Menurut Bursa Malaysia, pendedahan maklumat yang tepat, lengkap dan dibuat tepat pada masanya amat penting bagi membolehkan pelabur membuat keputusan pelaburan yang bermaklumat, di samping memastikan pasaran modal kekal teratur, telus serta mengekalkan keyakinan pelabur.

Latar belakang kes

Pada 5 Januari 2023, CFM memeterai Perjanjian Usaha Sama (JVA) dan Perjanjian Pemegang Saham (SA) dengan EA Mobility bagi projek kenderaan elektrik (EV) di Malaysia.

Walaupun perjanjian tersebut mengandungi syarat penting yang boleh menyebabkan usaha sama ditamatkan sekiranya sasaran tempahan EV dan kutipan deposit RM12.5 juta tidak dipenuhi sebelum 30 Jun 2023, syarat tersebut tidak didedahkan kepada pasaran.

CFM kemudiannya gagal memenuhi syarat berkenaan, menyebabkan EA Mobility melaksanakan Put Option pada 10 Julai 2023. Namun, perkembangan material tersebut tidak didedahkan secara segera dan lengkap kepada pelabur, sekali gus mendorong Bursa Malaysia mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap syarikat dan para pengarahnya.