Van Mini GM6 Serba Baharu GAC Motor: Kereta Direka untuk Kembalikan Pengembaraan Keluarga

  • Tampilkan enjin 270T generasi ketiga dengan kawalan pembakaran berpaten GCCS, GDI 200Bar Bosch dan teknologi pengecasan turbo BorgWarner
  • Dua skrin-sentuh bersepadu 12.3 inci dayakan skrin maklumat hibur papan pemuka
  • Badan kereta 1860mm dengan aturan tempat duduk 2+2+3, memberi ruang kargo super 1,100L
  • Badan dibentuk dengan reka bentuk “dolfin” dinamik, lampu depan matriks LED dan bumbung pancaran matahari berpanorama
  • Interaksi dan navigasi suara pintar didayakan penyelesaian mobiliti AI Qiyun

SANYA, China, 7 Januari 2019 /PRNewswire/ — Direka untuk menjadikan pengembaraan keluarga lebih selamat dan lebih mudah, GAC Motor secara rasminya melancarkan Van Mini GM6. Kereta keluarga serba baharu yang amat dinanti-nantikan itu dilancarkan dalam pasaran tempatan pada 2 Januari di Sanya, China. Para peminat antarabangsa akan berpeluang melihat sendiri tawaran keluarga terkini daripada GAC Motor di Pameran Auto Antarabangsa Amerika Utara (NAIAS) 2019 yang diadakan di Detroit pada Januari ini.

Van Mini GM6, lengkap dengan pakej keselamatan lima bintang, tempat duduk versatil dan sistem pemanduan dipertingkat dengan AI ialah salah satu reka bentuk kami yang paling selamat, paling pintar dan luas setakat ini. Direka khususnya untuk keluarga, Van Mini GM6 penuh dengan ciri-ciri yang sesuai untuk perjalanan keluarga moden yang sempurna,” ujar Yu Jun, presiden GAC Motor.

Selamat dan pintar

Van Mini GM6 memanfaatkan teknologi terkini GAC Motor dan mengguna pakai enjin 270T bagi memberi prestasi yang mantap dan stabil:

  • Tork maksimum pada 265N.m dan 1700-4000 rpm;
  • Teknologi GDI 200Bar Bosch menampilkan pengecasan turbo BorgWarner;
  • Sistem kawalan pembakaran GCCS berpaten GAC Motor;
  • Getaran yang jelas lebih rendah hasil daripada titik pengasingan yang dipasang pada seluruh kenderaan, termasuk tiub minyak dan paip penyaman udara untuk perjalanan yang lebih lancar dan lebih menyeronokkan

Apabila melibatkan kereta keluarga, keselamatan merupakan aspek utama. Badan kereta GM6 dibangunkan khusus dengan mengutamakan keselamatan untuk mengikuti piawaian lima bintang C-NCAP 2018 dan didatangkan dengan ciri-ciri reka bentuk mantap yang berikut:

  • Kabin yang diperbuat daripada 95 peratus keluli dengan kekuatan tinggi;
  • 100 peratus SECC dalam alat dan komponen penting bagi mencegah kakisan;
  • Sistem kawalan brek ESP9.3 Bosch terkini dan EPB dengan ciri pegang auto;
  • Sistem keselamatan aktif 14-dalam-satu;
  • Jarak brek yang utama dalam industri iaitu 35.65 meter
GM6 di atas jalanraya
Digabungkan dengan keanggunan dan kecerdasan; hiasan yang pintar lagi halus dan tekstur lembut pada bahagian dalam GM6 merangkumkan keharmonian dan kemesraan keluarga, manakala bahagian luar memberi penampilan berani dengan lampu depan matriks LED dan kekisi Flying 3.0 Dynamic.

Sebagai sebuah kereta keluarga yang direka untuk perjalanan dan kegunaan luas, GM6 dengan 1860mm lebar dan 1730mm tinggi dengan bangganya menawarkan kabin luas yang sempurna untuk urusan tugasan harian atau perjalanan jalan raya yang panjang. Tidak kira di mana pengembaraan anda yang seterusnya, Van Mini GM6 dapat memenuhi semua keperluan. Dilengkapi dengan aturan tempat duduk tiga baris yang versatil, GM6 menawarkan ruang bagasi amat luas yang utama dalam industri sehingga 1100L, cukup besar untuk memuatkan 14 beg pakaian 20 inci.

Di samping itu, aturan tempat duduk ergonomik GM6 menyediakan penglihatan yang lebih luas untuk pemandu di hadapan manakala penumpang dapat bersantai di belakang dengan tempat duduk yang dilengkapi mod tidur; sempurna untuk perjalanan yang panjang. Selain itu, penambahan reka bentuk antara muka pengguna Injoy serba baharu dengan 11 penaiktarafan dan dua skrin mendatar bersepadu 12.3 inci, menjadikan GM6 sebagai salah sebuah kenderaan paling pintar dan paling mesra pemandu dalam barisan produk syarikat.

Bahagian dalaman GM6
Pengusaha kompetitif dalam pasaran Van Mini

Pada tahun 2018, GAC Motor melancarkan Van Mini GM8 pertama daripada jenama ini, yang menyasarkan golongan elit perniagaan berkeyakinan yang inginkan gaya hidup berkualiti tinggi. Dikenali sebagai “bilik persidangan bergerak”, GM8 yang mewah, selesa dan berkualiti tinggi telahpun menembusi pasaran Filipina dan Myanmar, diterima baik oleh pelanggan setempat.

Beberapa tahun kebelakangan ini, GAC Motor mewujudkan sistem reka bentuk dan pembuatan kereta bertaraf dunia. Pelancaran GM6 terus melengkapkan portfolio produk GAC Motor yang kini bukan sahaja menampilkan SUV-SUV terkenal, tetapi juga pelbagai produk seperti sedan dan Van Mini.

Dengan jaringan jualan dan perkhidmatan global yang mantap dalam 16 negara meliputi Timur Tengah, Asia Tenggara, Eropah Timur, Afrika dan Amerika Utara, GAC Motor kini turut merancang untuk memperkenalkan lebih banyak model baharu dalam pasaran luar negara tidak lama lagi.

Latar Belakang GAC Motor

Ditubuhkan pada tahun 2008, Guangzhou Automobile Group Motor CO., LTD (GAC Motor) ialah subsidiari GAC Group, yang menduduki kedudukan ke-202 dalam kalangan syarikat Fortune Global 500. Syarikat membangunkan dan mengeluarkan kenderaan, enjin, komponen dan aksesori kenderaan berkualiti premium. GAC Motor kini berada pada kedudukan teratas antara semua jenama Cina selama enam tahun berturut-turut dalam Initial Quality Study(SM) (IQS) China J.D. Power Asia Pasifik, yang menunjukkan strategi bertumpu-kualiti oleh syarikat bermula dengan penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang inovatif, pengilangan hinggalah kepada rantaian bekalan dan jualan & perkhidmatan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari:

Facebook: https://www.facebook.com/GACMotor
Instagram: https://www.instagram.com/gac_motor
Twitter: https://www.twitter.com/gac_motor

Sumber: GAC Motor

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Powerwell Catat Rekod Untung Bersih Tertinggi RM24.1 Juta, Sasar Lonjakan Melalui Sektor Pusat Data

KUALA LUMPUR: Pakar pengedaran kuasa tempatan, Powerwell Holdings Berhad (“Powerwell”) berjaya menamatkan tahun kewangan 2026 (“FY26”) dengan prestasi luar biasa selepas mencatatkan keuntungan bersih tertinggi dalam sejarah syarikat berjumlah RM24.1 juta.

Pencapaian memberangsangkan ini menyaksikan keuntungan bersih kumpulan melepasi ambang RM20 juta buat kali pertama , melonjak daripada RM18.7 juta yang direkodkan pada tahun kewangan sebelumnya.

Prestasi Kewangan Sumbangan Pasaran Luar Negara

Bagi keseluruhan FY26, perolehan Powerwell melonjak 15.6% tahun-ke-tahun (YoY) kepada RM159.0 million berbanding RM137.5 juta pada tahun lalu. Pertumbuhan mampan ini dipacu terutamanya oleh sumbangan yang lebih tinggi daripada operasi kumpulan di Bangladesh dan Indonesia.

Bagaimanapun, bagi suku keempat berakhir 31 Mac 2026 (4QFY26), perolehan kumpulan mencatatkan penurunan kepada RM41.4 juta berbanding RM47.7 juta sebelum ini disebabkan oleh penghantaran produk yang lebih rendah.

Meskipun begitu, margin keuntungan kasar bagi suku tersebut melonjak kepada 39.8% (daripada 35.1% pada suku sama tahun lepas) hasil daripada pemuktamadan akaun untuk sebuah projek pusat data (data centre) serta projek loji hidro. Keadaan ini, ditambah pula dengan pembalikan kemerosotan nilai penghutang perdagangan dan perbelanjaan pentadbiran yang lebih rendah, telah melonjakkan untung bersih 4QFY26 sebanyak 6.9% YoY kepada RM7.7 juta.

Sebagai ganjaran kepada para pemegang saham, Powerwell mengumumkan dividen interim kedua sebanyak 1.0 sen sesaham bagi suku di bawah tinjauan. Ini menjadikan jumlah keseluruhan dividen bagi FY26 sebanyak 1.5 sen sesaham, yang mewakili nisbah pembayaran sebanyak 36.1% (anggaran RM8.7 juta).

Projek Mega & Pasaran Borneo

Tahun kewangan 2026 turut melakar sejarah tersendiri apabila Powerwell berjaya mengukuhkan kedudukannya dalam ekosistem teknologi tinggi selepas meraih projek pusat data tunggal terbesar bernilai RM68.5 juta.

Bagi meluaskan lagi empayar perniagaannya, kumpulan sedang aktif mengembangkan ruang pembuatan di Malaysia dan Indonesia. Di samping itu, Powerwell telah memuktamadkan pengambilalihan 49% kepentingan dalam Tenaga Kenari pada 1 April 2026. Langkah strategik ini memberikan akses segera bagi kumpulan untuk menembusi pasaran Sarawak dan Sabah (Timur Malaysia), sekali gus membuka peluang rantaian pelanggan baharu dalam industri semikonduktor, utiliti, dan tenaga boleh diperbaharui.

Prospek Cerah

Sehingga akhir Mac 2026, nilai tempahan (order book) Powerwell kekal sihat pada paras RM150.8 juta, sekali gus memberikan pendapatan yang stabil untuk tempoh akan datang.

Melihat ke hadapan, pihak pengurusan Powerwell optimis terhadap prospek perniagaan syarikat yang disokong oleh saluran tender (tender pipeline) yang sangat aktif. Kumpulan sedia merebut peluang luas dalam segmen-segmen pesat membangun termasuk pusat data, tenaga boleh diperbaharui, semikonduktor, dan infrastruktur.

Walau bagaimanapun, memandangkan keadaan pasaran global yang dinamik, Powerwell menegaskan akan terus mengamalkan pendekatan berhati-hati dengan memantau rapat ketidaktentuan pasaran, perkembangan geopolitik, dan keadaan makroekonomi yang boleh memberi kesan kepada landskap perniagaan.