Siapa Pemilik Sebenar Gula Prai?

MSM Malaysia Holdings Berhad (MSM) dan Central Sugars Refinery Sdn Bhd (CSR), adalah pengeluar utama gula di Malaysia. MSM mengawal 60% pasaran manakala selebihnya dikawal CSR (milik Tradewinds Corp Bhd – dikuasai Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary)

MSM mengeluarkan gula bertapis putih pelbagai saiz sehingga gula perang halus yang dijual dalam pelbagai bentuk pilihan pembungkusan di bawah jenama Gula Prai. Dah lebih setengah abad jenama ni dekat pasaran.

Siapa pemilik sebenar Gula Prai? Jawapannya FGV dan pemegang saham yang lain.

Sumber gambar dari Facebook

Ada yang kata…

“Dia tulis member of FGV. Dia tak cakap pun pemilik..”

“Dia tulis hanya member of FGV, maksud dia hanya pemegang saham je, bukan owner la kan?”

OMG.

Sebelum tu, MSM Prai Berhad tu anak syarikat MSM Malaysia Holdings Berhad ya.

Struktur korporat MSM
Sumber Laporan Kewangan 2018

Ok, dulu pemegang saham terbesar MSM dimiliki oleh  PPB Group Bhd, syarikat yang dikuasai Tan Sri Robert Kuok. Pada Oktober 2009, PPB Group melupuskan keseluruhan 36.36 juta saham bernilai RM1 setiap satu kepada Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd (FGV), sebuah syarikat milik penuh FELDA.

MSM tersenarai sebagai saham patuh shariah di pasaran saham Bursa Malaysia. Jika rujuk laman web BursaMarketPlace, pecahan pegangan saham MSM sehingga hari ini:

51% – Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd (FGV)
15% – Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad
13% – Permodalan Nasional Berhad (PNB)
6% – Employees Provident Fund Board (EPF)

Buat masa ini FGV adalah pemegang saham terbesar. Bermaksud sekarang status ‘Raja Gula’ dipegang oleh FELDA.

Jadi, dah jelas status pemilikan Gula Prai? Sesungguhnya ilmu itu adalah senjata paling power.

Kalau korang nak jadi dari sebahagian dari pemilik Gula Prai pun boleh sebab saham MSM tersenarai di Bursa Malaysia. Nak beli saham MSM, harga semasa baru RM1.19 seunit. Minima kena beli 100 unit, maka RM1.19 x 100 = lebih murah dari harga iPhone.

Amacam, minat nak beli saham MSM? Kalau tak minat banyak lagi saham patuh shariah yang lain. Cepat-cepat pergi buka akaun CDS ya. Sama-sama kita tingkatkan pemilikan ekuiti Bumiputera.

Oh ya, baru-baru ni ada khabar angin kata FGV nak jual pegangan saham mereka dalam MSM dan syarikat Robert Kuok, Wilmar International Ltd antara yang berminat nak beli.

Rujuk: FGV, MSM Shares Jump On News Of A Potential Stake Sale

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Eco World: Jualan Terus Kukuh Seperti Biasa

Saranan BELI dan harga sasar (TP) sebanyak MYR2.78 dikekalkan, potensi kenaikan harga 32% dengan kadar hasil dividen kira-kira 4% untuk FY26

Keputusan 2QFY26 (Okt) yang dicatatkan oleh Eco World dilihat menepati jangkaan. Hasil kembali normal selepas menerima sumbangan kukuh berkaitan dengan jualan tanah pusat data (DC) pada suku sebelumnya. ECW terus melaporkan jualan hartanah kukuh apabila jualan sepanjang tempoh tujuh bulan pertama pada FY26 (7MFY26) mencecah MYR3.28bn.

Jualan ini mencapai 82% daripada sasaran jualan MYR4bn-nya untuk tahun kewangan ini. Kami percaya ECW bakal melepasi sasaran ini menjelang akhir bulan Oktober, disebabkan oleh kadar ambilan yang tinggi seperti yang disaksikan pada pelancaran-pelancaran projeknya baru-baru ini.

Rumusan keputusan 2QFY26

Penurunan hasil dan perolehan secara QoQ rataratanya berpunca daripada sumbangan besar daripada selesainya penjualan:

i) tanah perindustrian seluas 138.5 ekar di Eco Business Park (EBP) I kepada Microsoft Payments

ii) tanah perindustrian berkeluasan 58.2 ekar di EBP V kepada Pearl Computing.

Penjualan-penjualan ini telah diiktiraf semasa suku tahun sebelum ini. Walau bagaimanapun, margin EBIT syarikat ini berkembang semasa suku tersebut berikutan penjimatan kos lebih tinggi yang direalisasi berkaitan dengan beberapa fasa pelancaran yang selesai dan jualan-jualan tanah perindustrian. DPS interim kedua sebanyak 2 sen diumumkan, lalu membawa DPS 1HFY26 kepada 4 sen. Paras hutang bersih menokok kepada 0.25x daripada 0.20x pada suku sebelumnya

Jualan terus kukuh

Jualan hartanah ECW sepanjang tempoh 7MFY26 mencecah MYR3.28bn. Wilayah selatan Semenanjung Malaysia terus menjadi penyumbang utama apabila mencatat jualan berjumlah MYR1.66bn (atau 51% jumlah jualan). Unit perindustrian (EBP danQuantum) pula menyumbang 35% daripada jumlah itu, diikuti oleh projek perbandaran (36%).

Eco Botanic 3 di Iskandar Malaysia yang dilancarkan pada Sep 2025, muncul sebagai penyumbang terbesar dalam segmen produk kediamannya dengan mengaut nilai jualan sebanyak MYR489j. Dalam bahagian perindustrian pula, EBP VII di Negeri Sembilan meraih jualan bernilai MYR796j pada 7MFY26. Projek ini dilancarkan pada Nov 2025, dan permintaan untuk kilang-kilang berkluster, jenis sebandung dan plot tanah perindustrian seluas 1 hingga 5 ekar kelihatan amat menggalakkan

Mungkin mengatasi sasaran jualan FY26-nya bernilai MYR4bn

Pelancaran Chateau II di Eco Botanic (GDV: MYR500j) baru-baru ini mendapat sambutan baik, dan semua lot rumah sebandung dan banglo bukan bumiputera habis terjual. Pihak pengurusan juga memberitahu bahawa sebaik sahaja ketegangan geopolitik di Asia Barat kembali terkawal, projek perbandarannya bernama Eco Radiance di Semenyih akan memasuki pasaran hartanah (kerana harga minyak menjejaskan kos awal pembinaan). ECW juga berhasrat untuk melancarkan projek kediamannya yang bertingkat tinggi bernama WKND di Larkin, Johor (JV dengan JLand, GDV: MYR1bn) menjelang akhir tahun ini.

Hasil masa hadapan cecah paras tertinggi.

Kami bertindak mengekalkan ramalan perolehan untuk FY26-28. Hasil masa hadapan berada pada paras tertinggi dalam sejarah iaitu sebanyak MYR5.38bn (berbanding MYR5.11 setakat akhir Feb 2026). Satu lagi jualan bernilai MYR400-500j untuk tanah DC akan diiktiraf secara berfasa sebelum akhir FY26 manakala jualan tanah berjumlah MYR280.8j baru-baru ini kepada KNBDC Malaysia Five akan diiktiraf menjelang 1HFY27. TP kami yang sama diperoleh berdasarkan diskaun 10% pada RNAV, dengan premium ESG 2%.

Asas Penilaian

Potongan 10% pada RNAV, dengan diskaun syarikat pegangan sebanyak 10%

Faktor Pemacu Utama

Permintaan hartanah semakin meningkat disebabkan oleh pertumbuhan ekonomi ebih kukuh dan faktor pemangkin daripada pembangunan prasarana

Risiko Utama

Pertumbuhan ekonomi memperlahan tanpa dijangka menjejaskan permintaan untuk hartanahnya.

Profil Syarikat

Eco World mempunyai jejak kehadiran di semua wilayah ekonomi utama iaitu Lembah Klang, Johor dan Pulau Pinang. Produk-produk tawarannya termasuklah pembangunan bertanah dan kediaman bertingkat tinggi, hartanah komersial dan perindustrian.

Sekilas Pandang Keputusan

Carta Saranan

Penganalisis
Loong Kok Wen, CFA +603 2302 8116 ([email protected])

Penafian :
Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.