Kadar Dasar Semalaman (Overnight Policy Rate, OPR) Kekal 3%

Ada yang baru pertama kali dengar ke OPR ni? Kalau nak tahu lebih lanjut, jemput baca Apa Itu Kadar Dasar Semalaman Atau Overnight Policy Rate (OPR) Dan 3 Kesan Penurunannya.

Dan semalam Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengumumkan bahawa kadar OPR kekal pada paras 3%.

Pernyataan Dasar Monetari

Pada mesyuarat hari ini, Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia membuat keputusan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (Overnight Policy Rate, OPR) pada 3.00 peratus.

Ekonomi dunia sedang berkembang pada kadar yang lebih sederhana berikutan pertumbuhan lebih perlahan dalam kebanyakan negara maju utama dan negara sedang pesat membangun. Ketegangan perdagangan yang meruncing baru-baru ini menunjukkan petanda bahawa perdagangan global akan menjadi semakin lemah pada masa hadapan, dengan tanda-tanda limpahan yang kian ketara kepada aktiviti ekonomi domestik di beberapa buah negara. Pelonggaran dasar monetari di beberapa negara ekonomi utama telah mengurangkan keadaan kewangan global yang ketat, namun ketidakpastian ekoran ketegangan perdagangan yang berlarutan serta perkembangan geopolitik boleh membawa kepada volatiliti pasaran kewangan yang keterlaluan.

Prestasi pertumbuhan ekonomi Malaysia yang lebih kukuh pada suku kedua 2019 adalah disokong oleh perbelanjaan swasta yang berdaya tahan dalam keadaan pengembangan meluas dalam sektor-sektor ekonomi utama. Pada masa hadapan, pemacu pertumbuhan domestik ini bersama-sama dengan pasaran guna tenaga dan pertumbuhan upah yang stabil, dijangka terus menyokong kegiatan ekonomi. Di sektor luaran, eksport Malaysia yang pelbagai akan dapat mengurangkan sebahagian daripada kesan kelembapan dalam permintaan global. Secara keseluruhan, unjuran pertumbuhan asas (baseline growth) bagi tahun 2019 kekal tidak berubah, iaitu dalam lingkungan 4.3% – 4.8%. Walau bagaimanapun, unjuran ini tertakluk pada risiko pertumbuhan yang lebih rendah selanjutnya berikutan ketegangan perdagangan yang semakin meningkat, ketidakpastian mengenai persekitaran global dan domestik, serta kelemahan berpanjangan dalam sektor berkaitan komoditi.

Purata inflasi keseluruhan sejak awal tahun hingga kini ialah 0.3%. Purata inflasi keseluruhan diunjurkan lebih tinggi pada bulan-bulan terakhir tahun ini dan menjelang tahun 2020. Walau bagaimanapun, inflasi keseluruhan dijangka kekal rendah. Hal ini mencerminkan luputnya impak daripada perubahan dasar cukai penggunaan, prospek harga minyak dunia yang secara relatif lemah, dan langkah-langkah dasar yang diwujudkan untuk membendung harga makanan. Walau bagaimanapun, trajektori inflasi keseluruhan akan bergantung pada perkembangan harga minyak sedunia dan harga komoditi. Inflasi asas dijangka kekal stabil kerana disokong oleh kegiatan ekonomi yang terus berkembang dan ketiadaan tekanan permintaan yang besar.

Pada kadar semasa OPR, pendirian dasar monetari kekal akomodatif dan menyokong kegiatan ekonomi. MPC akan terus menilai imbangan risiko terhadap prospek pertumbuhan dalam negeri dan inflasi untuk memastikan pendirian dasar monetari terus kondusif terhadap pertumbuhan yang berterusan dalam keadaan harga yang stabil.

Sumber: Bank Negara Malaysia (BNM)

OPR Rendah Galakkan Rakyat Berbelanja

Kali terakhir BNM mengurangkan kadar OPR pada bulan Mei 2019, rakyat Malaysia menunjukkan reaksi yang positif dengan berbelanja lebih daripada biasa.

Kita dapat lihat bahawa:

  • Peningkatan pembelian rumah sebanyak 13%
  • Peningkatan pembelian kereta penumpang sebanyak 23.3%
  • Peningkatan pembelian motosikal sebanyak 7.8%

Dan katanya bakal ada lagi satu potongan kadar faedah menjelang hujung tahun ini, sama-sama kita nantikan berita baik ini.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Google Tubuh Entiti Tempatan Di Malaysia: Implikasi Terhadap WHT di Malaysia

Google baru-baru ini memaklumkan kepada pelanggan di Malaysia bahawa syarikat itu sedang menubuhkan entiti tempatan, Google Cloud Malaysia Sdn. Bhd.

Langkah ini membawa perubahan kepada struktur transaksi Google Cloud Platform dan Google Workspace bagi pelanggan yang mempunyai alamat pengebilan di Malaysia dan membuat pembayaran dalam Ringgit Malaysia (MYR).

Sebelum ini, transaksi pelanggan Malaysia dibuat dengan Google Asia Pacific Pte Ltd yang berpangkalan di Singapura.

Selepas migrasi, kontrak dan akaun pelanggan yang terlibat akan dipindahkan kepada Google Cloud Malaysia Sdn. Bhd.

Perubahan ini bukan sekadar melibatkan syarikat teknologi, malah berpotensi memberi kesan kepada perniagaan dalam talian (online business) di Malaysia yang bergantung kepada perkhidmatan Google Cloud dan Google Workspace untuk menjalankan operasi harian.

Apa perubahan yang bakal berlaku?

Antara perubahan utama yang diumumkan:

1. Invois dikeluarkan oleh syarikat tempatan

Selepas migrasi, invois dan penyata bil akan dikeluarkan atas nama Google Cloud Malaysia Sdn. Bhd., termasuk alamat dan nombor pengenalan cukai entiti tempatan.

2. SST 8% dikenakan

SST akan dipaparkan sebagai komponen berasingan dalam invois dan dikutip oleh Google Cloud Malaysia mengikut kadar yang dinyatakan dalam notis tersebut.

3. Kontrak dipindahkan kepada entiti Malaysia

Kontrak sedia ada dengan Google Asia Pacific akan dipindahkan kepada Google Cloud Malaysia. Entiti tempatan ini akan mengambil alih kedudukan kontrak berkenaan.

Jadi, bagaimana pula dengan Withholding Tax (WHT)?

Ini bahagian yang menarik dari perspektif percukaian.

Sebelum ini, pembayaran pelanggan Malaysia kepada Google Asia Pacific Pte Ltd perlu dinilai dari sudut cukai pegangan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP 1967).

Antara peruntukan yang relevan ialah Seksyen 109 berkaitan pembayaran royalti kepada bukan pemastautin.

Mengapa royalti?

Di bawah Seksyen 2 ACP 1967, definisi royalti merangkumi bayaran bagi penggunaan atau hak untuk menggunakan hak cipta, termasuk perisian (software).

Sebagai contoh, bayaran untuk mendapatkan hak penggunaan sesuatu aplikasi atau perisian oleh pelanggan sendiri berpotensi dikategorikan sebagai royalti dan tertakluk kepada WHT di bawah Seksyen 109.

Kadar domestik WHT bagi royalti ialah 10%, tertakluk kepada kadar atau layanan berbeza di bawah Perjanjian Pengelakan Pencukaian Dua Kali (DTA), jika berkenaan.

Apa implikasinya kepada Malaysia?

Perubahan struktur entiti syarikat teknologi antarabangsa seperti Google AKAN memberikan beberapa implikasi kepada landskap percukaian negara:

  1. Lebih banyak transaksi perkhidmatan digital boleh dilaksanakan melalui entiti tempatan.
  2. Kutipan SST dapat dilaksanakan melalui pembekal tempatan.
  3. Pelanggan Malaysia mungkin tidak lagi perlu membuat potongan WHT bagi pembayaran Google Cloud yang telah dipindahkan kepada Google Cloud Malaysia, tertakluk kepada struktur kontrak dan penerima sebenar pendapatan.

Bila migrasi ini akan berkuatkuasa?

Google akan menghantar dua notifikasi berasingan kepada pelanggan:

  1. Sebelum migrasi – pemberitahuan awal sebelum akaun dan kontrak dipindahkan.
  2. Selepas migrasi – pengesahan bahawa perubahan telah berkuat kuasa.

Notifikasi akan dihantar ke alamat e-mel yang didaftarkan.

Kesimpulannya, penubuhan entiti tempatan oleh syarikat teknologi antarabangsa bukan sekadar perubahan alamat invois. Ia boleh mengubah kedudukan percukaian transaksi, termasuk kewajipan cukai pegangan di Malaysia.