Masihkah kita ingat apa yang berlaku ketika kerajaan bertukar pada Pilihanraya Umum Ke-14 pada Mac 2018?
Banyak saham-saham yang merudum sehingga mencecah paras terendah harga saham boleh turun dalam masa satu hari. Ianya juga dikenali sebagai Limit Down.
Apa Itu Limit Down?
Bagi saham yang berharga atas RM1, maksima penurunan bagi satu hari adalah 30% daripada harga penutup saham pada hari sebelumnya. Maknanya, kalau harga saham sekarang adalah RM2, maka penurunan maksimum dalam masa sehari adalah RM0.60. Daripada RM2, turun ke paras RM1.40.
Bagi saham yang berharga di bawah RM1 pula, maksima penurunan bagi satu hari adalah RM0.30 daripada harga penutup saham pada hari sebelumnya. Maknanya, kalau harga saham sekarang adalah RM0.80, maka penurunan maksimum harga saham tersebut adalah sehingga RM0.50 atau 37.5%.
Jom kita tengok contoh saham-saham yang pernah membuat Limit Down.
My E.G. Services
Harga Sebelum PRU-14 (8 Mei 2018): RM2.58 Harga Pertama Pembukaan (13 Mei 2018): RM1.81 Harga Kedua Pembukaan (14 Mei 2018): RM1.27 Rugi: RM1.31 atau 50.8% untuk 2 hari
George Kent
Harga Sebelum PRU-14 (8 Mei 2018): RM3.94 Harga Pertama Pembukaan (13 Mei 2018): RM2.76 Harga Kedua Pembukaan (14 Mei 2018): RM1.94 Rugi: RM2.00 atau 49.2% untuk 2 hari
Kalau Limit Down Dua Hari Berturut-Turut, Bursa Akan Beku Had Bawah
Ada juga saham yang mengalami Limit Down untuk dua hari berturut-turut, maka Bursa Malaysia terpaksa campur tangan. Pada hari ketiga, tiada sebarang penurunan dibenarkan bagi harga saham yang dah Limit Down bagi dua hari berturut-turut.
Ianya merupakan ketetapan oleh Bursa Malaysia di bawah Chapter 8.13 (5) TRADING dan Trading Manual Chapter 4, Reference Price And Price Limits (4.3) Freezing of Price.
Ini bagi mengelakkan ‘panic selling’ untuk hari ketiga. Nak bagi market bertenang dulu. Ia juga bertujuan untuk melindungi pelabur-pelabur saham mereka yang tak sempat untuk menjual saham mereka, daripada mengalami kerugian yang lebih besar.
Cuba bayangkan, pasaran saham dibuka tepat jam 9 pagi setiap hari, harga saham telah pun berada di paras yang paling bawah. Nak jual pula, kena beratur panjang akibat daripada jualan panik atau panic selling yang sedang berlaku.
Saranan BELI dikekalkan, harga sasar (TP) baharu mencecah MYR0.31 daripada MYR0.45, potensi kenaikan harga saham 55% dengan kadar dividen sekitar 7% untuk FY27F (Jul)
Keputusan 9MFY26 yang dilaporkan oleh VS Industry dilihat menghampakan ekoran tempahan pelanggan penting yang lebih lemah daripada jangkaan dan tekanan margin yang berterusan susulan kadar penggunaan fasiliti yang rendah ketika berdepan permintaan pasaran akhir yang lemah. Perolehannya mungkin telah mencapai paras terendah pada 3QFY26.
Tempahan pelanggan yang bertambah baik memasuki 4QFY26 dan kerugian yang semakin mengecil oleh fasilitifasilitinya di Filipina sepatutnya meningkatkan kadar penggunaan fasiliti dan paras margin secara berperingkat. VSI diniagakan berhampiran -2SD di bawah paras purata 5 tahunnya dan nilai ini dilihat murah berikutan potensi pemulihan perolehannya dalam jangka sederhana.
Perolehan 9MFY26 tersasar daripada jangkaan
Rugi bersih teras berjumlah MYR31.9j untuk 9MFY26 tidak mencapai jangkaan kami dan konsensus ekoran tempahan pelanggan utama yang lebih rendah di tengah-tengah permintaan pasaran akhir yang lemah dan penyusutan margin daripada fasiliti-fasiliti yang kurang digunakan. Kerugian permulaan daripada unit operasinya di Filipina juga terus tinggi walaupun ia semakin mengecil pada 3QFY26 berbanding suku sebelumnya.
Selepas keputusan diumumkan, kami kini menjangka ia akan mencatat rugi bersih teras bernilai MYR12.6j untuk FY26 berbanding dengan ramalan untung bersih teras berjumlah MYR26.6j sebelum ini. Perolehan FY27-28F direndahkan sebanyak 30% dan 32% setelah mengurangkan andaian-andaian jualan dan margin jangka sederhana kami. Akibatnya, kami rendahkan TP kepada MYR0.31, berdasarkan P/E FY27F yang sama sebanyak 12x, iaitu di bawah paras purata lampau
Rumusan keputusan
Hasil bagi 9MFY26 jatuh 9.5% YoY kepada MYR2.65bn, diburukkan oleh tempahan pelanggan utama yang semakin rendah tatkala permintaan pasaran akhir lemah. Akibatnya, tahap penggunaan fasiliti yang rendah mengurangkan penyerapan kos tetap, lalu menyebabkan margin untung kasar (GPM) bagi 9MFY26 susut kepada 3.2% (9MFY25: 7.9%). Tambahan itu, operasi fasiliti di Filipina terus mengalami kerugian sewaktu fasa peningkatan operasi dengan kerugian berjumlah MYR35j bagi 9MFY26, yang seterusnya menyebabkan kumpulan merekodkan rugi bersih teras MYR31.9j bagi tempoh tersebut.
Secara QoQ, hasil 3QFY26 bertambah baik kepada paras MYR804j (+4.5% QoQ), disokong oleh tempahan pelanggan yang semakin pulih susulan prestasi 2QFY26 yang amat lemah. Walau bagaimanapun, GPM tetap berdepan tekanan apabila tahap penggunaan fasiliti terus berjalan bawah tahap optimum. Meskipun bahagian operasinya di Filipina mencatat rugi yang mengecil kepada MYR7j (2QFY26: -MYR19j), kumpulan melaporkan rugi bersih 3QFY26 sebanyak MYR32.9j (2QFY26: rugi MYR29.6j).
Prospek
Kami menjangka perolehan akan pulih secara beransur-ansur mulai 4QFY26 apabila mendapat sokongan faktor bermusim yang lebih kukuh dan pelancaran program baharu yang rancak daripada pelanggan-pelanggan penting. Fasiliti Filipina ini sepatutnya menghampiri paras pulangan modal pada FY27F apabila jumlah pengeluaran produk meningkat, diperkukuh lagi oleh tawaran program baharu (MYR100j setahun) yang mula berjalan pada 2H26.
Dengan langkahlangkah pengurangan kos oleh pelanggan utama rata ratanya selesai, kami menjangkakan kadar penggunaan fasiliti akan bertambah baik secara berperingkat, lalu membolehkan sumbangan program baharu untuk menaik dan menyokong pemulihan perolehan secara berfasa menuju ke FY27. Kunci kira-kira VSI yang baik membolehkan ia untuk meningkatkan penguasaan pasaran semasa tempoh penyatuan industri. Risiko negatif utama pada saranan kami termasuklah permintaan pengguna dunia lebih lemah daripada jangkaan, dan kehilangan pelanggan penting
Faktor Pemacu Utama
i. Tempahan kerja baharu daripada pelencongan perang perdagangan AS-China ii. Permintaan tinggi untuk produk keluaran pelanggan utama
Risiko Utama
i. Kehilangan pelanggan utama ii. Ketidakmampuan mengalihkan bebanan kos lebih mahal
Profil Syarikat
VS Industry merupakan sebuah syarikat penyedia perkhidmatan pembuatan elektronik bersepadu (EMS) untuk pengeluar-pengeluar terkemuka dunia bagi peralatan pejabat dan isi rumah.