Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Untung Ogos 2020

Bursa Malaysia telah mencatat kenaikan selama empat bulan berturut-turut iaitu dari bulan April sehingga Julai. Dan sepertimana yang kita tahu, kenaikan saham takkan berterusan selama-lamanya.

Ia juga perlu berehat sebentar sebelum pasaran saham boleh naik semula.

Sumber: TradingView

Indeks FBM KLCI 3 Ogos 2020: 1,595.00 Mata

Indeks FBM KLCI 28 Ogos 2020 Paras Terendah Bulan Ogos: 1,525.20 Mata

Indeks FBM KLCI 3 Ogos 2020 Paras Tertinggi Bulan Ogos: 1,599.30 Mata

Indeks FBM KLCI 28 Ogos 2020: 1,525.20 Mata

Penurunan Sebulan: -69.80 Mata atau -4.38%

Walaupun indeks kelihatan menurun, tetapi itu tidak bermakna kita boleh membuat keuntungan dalam pasaran saham. Lihat saja senarai Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Untung Ogos 2020 berikut:

Sumber: Screener iSaham

1. GETS Global

Sumber: Bursa Marketplace

2. Bintai Kinden Corporation          

Sumber: Bursa Marketplace

3. Konsortium Transnasional

Sumber: Bursa Marketplace

4. AHB Holdings

Sumber: Bursa Marketplace

5. MSCM Holdings

Sumber: Bursa Marketplace

6. CME Group

Sumber: Bursa Marketplace

7. Global Oriental

Sumber: Bursa Marketplace

8. TFP Solutions

Sumber: Bursa Marketplace

9. Niche Capital Emas Holdings

Sumber: Bursa Marketplace

10. Industronics Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Semuanya Untung Beratus Peratus

Semua yang tersenarai di dalam Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Untung Ogos 2020 berjaya meraih keuntungan yang luar biasa. Namun kesemuanya adalah saham penny stock, dengan hampir keseluruhannya berharga di bawah 20 sen pada awal bulan Ogos yang lalu.

Tengok kepada chart kebanyakannya naik terpacak dengan mendadak.

Memang sedap bila kita jual beli saham penny stock, tetapi harus diingat naik memang best – tetapi sekiranya harga saham menjunam buruk padahnya. Lagi-lagi kalau kita tak Cut Loss, dan biarkan kerugian kita menjadi lebih besar.

Senarai di atas adalah berdasarkan Screener Best Performance (Last Month) iSaham. Mereka juga ada screener-screener lain seperti All-Time High Screener, Bollinger Band Breakout, MA7 Cross MA26, Near Support Screener, Smart Money Screener, Value Investing Screener dan banyak lagi.

Kami faham, pembaca yang beginner mesti ada banyak soalan.

Macam mana nak dapat pulangan atau untung dalam pasaran saham? Apa teknik yang boleh kita amalkan?

Kalau nak tahu, ada bermacam-macam teknik dalam dunia ni untuk tahu timing yang cantik sebelum nak beli saham. Salah satu teknik yang senang, berkesan dan ramai peminatnya adalah teknik Buy On Breakout.

Ramai sifu-sifu saham yang kami kenal guna teknik ini.

Kalau nak belajar dan cuba sendiri, dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> https://thekapital.my/EbookBOB

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Pengangkutan: Keputusan Menepati Jangkaan, Tekanan Kos Bahan Api Mereda

Saranan WAJARAN TINGGI dikekalkan; Saham Pilihan Utama: Westports

Daripada tiga saham pengangkutan dan logistik yang kami kaji, Westports dan FM Global Logistics (FM) melaporkan keputusan kewangan yang menepati jangkaan, sedangkan perolehan teras FY26 (Mac) oleh TASCO gagal mencapai jangkaan kami. Melihat ke masa hadapan, kami meramalkan Westports untuk muncul sebagai penerima manfaat utama sekiranya genjatan senjatan di Asia Barat masih berlangsung, memandangkan harga-harga bunker dan diesel yang lebih rendah akan merendahkan kos-kos operasi. Dalam keadaan sebaliknya, kesan terhadap pengendali pengangkutan barangan secara amnya neutral kerana surcaj bahan api selalunya dialihkan kepada pengguna

Keputusan 1Q26 oleh Westports menepati jangkaan

Pertumbuhan YoY berpunca daripada kenaikan tarif secara berturutan. Walaupun impak penuh daripada peningkatan kos bahan api diramalkan dirasai pada 2Q26, kami percaya kesannya akan dapat dikawal kerana kenaikan tarif lebih daripada cukup untuk menampung kos-kos bahan api yang lebih tinggi.

FM menepati jangkaan namun TASCO tersasar

Untung teras sepanjang 9MFY26 (Jun) yang dicatatkan oleh FM mencapai jangkaan kami tetapi sedikit melepasi ramalan konsensus akibat GPM lebih kukuh dan kadar cukai berkesan (ETR) lebih rendah. Perolehan teras FY26 oleh TASCO sebaliknya gagal mencapai ramalan kami ekoran sumbangan perniagaan rantaian bekalan sejuk (CSC) yang lebih rendah daripada yang dijangkakan, selepas penarikan diri pelanggan-pelanggan F&B

Prospek

Keadaan konflik Asia Barat yang semakin mereda sepatutnya dapat menstabilkan harga minyak dan bahan api bunker, sekali gus mengurangkan kos operasi Westports yang mendapatkan diesel pada harga bukan bersubsidi untuk kegunaan kapal tunda, lori, dan kren kontenanya. Tambahan itu, tahap penggunaan bahan apinya dijangka akan menurun sekitar 10% pada 4Q25 susulan pengerahan 60 buah lori elektrik menjelang 3Q26. Sementara itu, syarikat ini dikecualikan daripada mekanisme Pelarasan Bahan Api Secara Automatik (AFA), lantas menghalangnya daripada terkena sebarang tempias kenaikan kos elektrik susulan konflik Asia Barat.

Kesesakan pelabuhan yang berlaku pada Jan 2026 sudahpun selesai sepenuhnya, dengan daya pemprosesan bagi Apr 2026 meningkat 3% YoY dan kadar penggunaan kawasan simpanan kontena baik pada kira-kira 70-80%. Sehubungan dengan itu, kami mengekalkan ramalan pertumbuhan daya pemprosesan pada 4.5% YoY yang menepati unjuran pihak pengurusan yang sama pada angka berdigit tunggal rendah.

Saham Pilihan Utama sektor

Kami bertindak mengekalkan saranan WAJARAN TINGGI terhadap sektor ini, selaras dengan saranan BELI yang diberikan kepada saham terbesar sektor. Westports masih menjadi Saham Pilihan Utama sektor kami. Kami terus menyukai saham ini disebabkan oleh

i) kenaikan berturutan dalam kadar tarif yang mengatasi kenaikan kos bahan api

ii) kadar kepadatan kawasan simpanan kontena yang baik yang berlegar kira-kira 70-80

iii) pertumbuhan jumlah pengangkutan yang bertahan, disokong oleh aliran perdagangan intra-Asia.

Oleh itu, kami menyarankan para pelabur untuk mengumpul saham ini semasa harga rendah kerana kami percaya risiko-risiko konflik sudah dimasukkan dalam penilaian. Westports diniagakan pada P/E kira-kira 16x untuk FY27F, dan kami masih menjangkakan adanya potensi untuk kenaikan sekiranya Kerajaan melaksanakan mekanisme pengalihan kos bahan api walaupun garis masa untuk pelaksanaan ini masih tidak jelas buat masa sekarang

Risiko-risiko utama

Jumlah TEU lebih rendah daripada jangkaan dan kos-kos operasi lebih tinggi daripada yang diramalkan.

Penganalisis
John Liew +603 2302 8105 ([email protected])

Penafian :
Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.