8 Tips Pelaburan Saham Daripada Peter Lynch

“Learn to Earn, Beating the Street, One Up on Wall Street”

Pernah dengar ketiga-tiga tajuk tersebut? Itu adalah tajuk-tajuk buku yang dihasilkan oleh Peter Lynch yang merupakan seorang pelabur saham terkenal dari Amerika Syarikat.

Peter Lynch juga amat disenangi ramai dengan sikapnya yang dermawan dan tidak jemu berkongsi ilmu. Beliau menguruskan syarikat pelaburan yang terkenal iaitu Fidelity Magellan bermula dari tahun 1977 lagi sehinggalah 1990. 

Beliau berjaya kembangkan aset dana yang dilaburkan daripada USD20 juta kepada USD14 bilion, dengan memperolehi keuntungan purata sebanyak 29% setahun.

Peter Lynch selalu menghadiri seminar pelaburan dan berkongsi mengenai kejayaan beliau. Menurut salah satu artikel hasil Kaushal Majmudar, CFA, dalam salah satu seminar pelaburan di New York pada tahun 2005, Peter Lynch berkongsi 8 tips pelaburan saham yang penting untuk semua pelabur.

1. Wajib Kenal Syarikat

Kenali syarikat yang ingin dibeli dengan lebih baik. Bukan sahaja syarikat, semua bisnesnya juga anda mesti ambil tahu.

2. Ada Hal Yang Tidak Berguna

Meramal ekonomi negara, dunia dan kadar faedah sebenarnya adalah tidak berguna. Jangan buang masa meramal.

3. Kenal Pasti Syarikat Yang Bagus

Kita ada banyak masa untuk mengenal pasti syarikat yang sangat bagus. Ketahui dan kenal pasti dengan teliti mana satu yang bagus untuk masa hadapan yang baik.

4. Berhati-hati

Kebanyakan pelaburan berbeza, yang nampak elok tak semestinya banyak untung. Elakkan terjebak dengan peluang pelaburan yang sentiasa menjanjikan keuntungan dan indah-indah belaka.

5. Pengurusan Syarikat

Pengurusan syarikat adalah sangat penting dan perlu diberi perhatian. Kita kena pastikan pihak pengurusan syarikat memang berpengalaman dan mampu membawa syarikat ke peringkat yang lebih tinggi.

6. ‘Be Humble’

Selalulah merendah diri dalam setiap perkara sama ada ia besar atau kecil, hebat atau tidak. Jangan terlalu berbangga takut kelak akan memakan diri.

7. Fahami Sebaiknya

Belajarlah untuk memahami setiap perkara sebaiknya. Sebelum membeli saham juga, anda harus tahu kenapa anda perlu membelinya. Cuba jelaskan kenapa anda harus beli saham tersebut.

8. Fokus

Banyak perkara yang bakal membimbangkan kita, tetapi kita hanya perlu fokus pada 1 perkara sahaja iaitu fakta syarikat.

Peter Lynch mempunyai pendirian dan pendapatnya tersendiri iaitu memahami bisnes yang kita beli sebaik-baiknya. Beliau menyarankan untuk kita melukis di atas sekeping kertas dengan menggunakan krayon. 

Dengan itu, kita dapat memahami gambaran dengan lebih jelas lagi. Jangan sesekali terganggu dengan khabar angin pasaran tetapi fokus kepada kualiti syarikat dan pelaburan untuk tempoh masa yang panjang.

Belajar dan Terus Belajar!

Ada banyak video YouTube dan ebook yang ajar teknik-teknik asas untuk buat duit di pasaran saham.

Buku pun banyak boleh dibeli secara online. 

Alhamdulillah buku Malaysia Melabur Saham telah terbit. Jika anda benar-benar berminat untuk terlibat dalam pelaburan saham tetapi masih belum memulakan langkah pertama, buku ini teramat sesuai.

Buku Malaysia Melabur Saham

Kenapa Kena Beli Buku Ini?

  • Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa.
  • Anda nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?
  • Tak dapat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.
  • Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.
  • Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.
This image has an empty alt attribute; its file name is 210115-MMS-Isi-Kandungan-1200x800-ONPAY-700x467.jpg
This image has an empty alt attribute; its file name is 210106-MMS-Isi-Kandungan-1200x800-ONPAYpg3-2-700x467.png

Testimoni

“Buku ini memang sangat membantu bagi mereka yang nak mulakan langkah pertama dalam pelaburan saham”- TUAN HAJI MOHD ASRI AHMAD (MSTA,CFTe), Master Trainer Asri Ahmad Academy, Bursa Marketplace Social Influencer of the Year 2018

“Dalam dunia pelaburan saham ni banyak cabangnya, dengan membaca buku ini anda tahu nak mula”- TUAN HAJI ZAINAL ARIFFIN OSMAN (MSTA, CFTe, IFTA, UKSTA, MATA), Certified Technical Analyst, Senior Vice President Inter-Pacific Securities

“Dengan membaca buku ini, ianya dapat membantu kita agar tak tersalah langkah dalam melabur saham”- TUAN NAZARRY ROSLI (CCFT, CFP, MSTA, CFTe), Presiden Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia (PRIBUMI)

Buku Malaysia Melabur Saham kini dibuka untuk jualan. Tempah sekarang sebab masih ada harga istimewa -> Buku Malaysia Melabur Saham

Terima kasih lagi sekali kepada semua followers kami, semoga kita menjadi pelabur yang kaya dan berjaya.

Previous ArticleNext Article

VS Industry: Pemulihan Bakal Menyusul

Saranan BELI dikekalkan, harga sasar (TP) baharu mencecah MYR0.31 daripada MYR0.45, potensi kenaikan harga saham 55% dengan kadar dividen sekitar 7% untuk FY27F (Jul)

Keputusan 9MFY26 yang dilaporkan oleh VS Industry dilihat menghampakan ekoran tempahan pelanggan penting yang lebih lemah daripada jangkaan dan tekanan margin yang berterusan susulan kadar penggunaan fasiliti yang rendah ketika berdepan permintaan pasaran akhir yang lemah. Perolehannya mungkin telah mencapai paras terendah pada 3QFY26.

Tempahan pelanggan yang bertambah baik memasuki 4QFY26 dan kerugian yang semakin mengecil oleh fasilitifasilitinya di Filipina sepatutnya meningkatkan kadar penggunaan fasiliti dan paras margin secara berperingkat. VSI diniagakan berhampiran -2SD di bawah paras purata 5 tahunnya dan nilai ini dilihat murah berikutan potensi pemulihan perolehannya dalam jangka sederhana.

Perolehan 9MFY26 tersasar daripada jangkaan

Rugi bersih teras berjumlah MYR31.9j untuk 9MFY26 tidak mencapai jangkaan kami dan konsensus ekoran
tempahan pelanggan utama yang lebih rendah di tengah-tengah permintaan pasaran akhir yang lemah dan penyusutan margin daripada fasiliti-fasiliti yang kurang digunakan. Kerugian permulaan daripada unit operasinya di Filipina juga terus tinggi walaupun ia semakin mengecil pada 3QFY26 berbanding suku sebelumnya.

Selepas keputusan diumumkan, kami kini menjangka ia akan mencatat rugi bersih teras bernilai MYR12.6j untuk FY26 berbanding dengan ramalan untung bersih teras berjumlah MYR26.6j sebelum ini. Perolehan FY27-28F direndahkan sebanyak 30% dan 32% setelah mengurangkan andaian-andaian jualan dan margin jangka sederhana kami. Akibatnya, kami rendahkan TP kepada MYR0.31, berdasarkan P/E FY27F yang sama sebanyak 12x, iaitu di bawah paras purata lampau

Rumusan keputusan

Hasil bagi 9MFY26 jatuh 9.5% YoY kepada MYR2.65bn, diburukkan oleh tempahan pelanggan utama yang semakin rendah tatkala permintaan pasaran akhir lemah. Akibatnya, tahap penggunaan fasiliti yang rendah mengurangkan penyerapan kos tetap, lalu menyebabkan margin untung kasar (GPM) bagi 9MFY26 susut kepada 3.2% (9MFY25: 7.9%). Tambahan itu, operasi fasiliti di Filipina terus mengalami kerugian sewaktu fasa peningkatan operasi dengan kerugian berjumlah MYR35j bagi 9MFY26, yang seterusnya menyebabkan kumpulan merekodkan rugi bersih teras MYR31.9j bagi tempoh tersebut.

Secara QoQ, hasil 3QFY26 bertambah baik kepada paras MYR804j (+4.5% QoQ), disokong oleh tempahan pelanggan yang semakin pulih susulan prestasi 2QFY26 yang amat lemah. Walau bagaimanapun, GPM tetap berdepan tekanan apabila tahap penggunaan fasiliti terus berjalan bawah tahap optimum. Meskipun bahagian operasinya di Filipina mencatat rugi yang mengecil kepada MYR7j (2QFY26: -MYR19j), kumpulan melaporkan rugi bersih 3QFY26 sebanyak MYR32.9j (2QFY26: rugi MYR29.6j).

Prospek

Kami menjangka perolehan akan pulih secara beransur-ansur mulai 4QFY26 apabila mendapat sokongan faktor bermusim yang lebih kukuh dan pelancaran program baharu yang rancak daripada pelanggan-pelanggan penting. Fasiliti Filipina ini sepatutnya menghampiri paras pulangan modal pada FY27F apabila jumlah pengeluaran produk meningkat, diperkukuh lagi oleh tawaran program baharu (MYR100j setahun) yang mula berjalan pada 2H26.

Dengan langkahlangkah pengurangan kos oleh pelanggan utama rata ratanya selesai, kami menjangkakan kadar penggunaan fasiliti akan bertambah baik secara berperingkat, lalu membolehkan sumbangan program baharu untuk menaik dan menyokong pemulihan perolehan secara berfasa menuju ke FY27. Kunci kira-kira VSI yang baik membolehkan ia untuk meningkatkan penguasaan pasaran semasa tempoh penyatuan industri. Risiko negatif utama pada saranan kami termasuklah permintaan pengguna dunia lebih lemah daripada jangkaan, dan kehilangan pelanggan penting

Faktor Pemacu Utama

i. Tempahan kerja baharu daripada pelencongan perang perdagangan AS-China
ii. Permintaan tinggi untuk produk keluaran pelanggan utama

Risiko Utama

i. Kehilangan pelanggan utama
ii. Ketidakmampuan mengalihkan bebanan kos lebih mahal

Profil Syarikat

VS Industry merupakan sebuah syarikat penyedia perkhidmatan pembuatan elektronik bersepadu (EMS) untuk pengeluar-pengeluar terkemuka dunia bagi peralatan pejabat dan isi rumah.

Sekilas Pandang Keputusan

Carta Saranan

Penganalisis
Soong Wei Siang +603 2302 8130 ([email protected])

Penafian :
Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.