
Tahun 2020 merupakan tahun yang telah mengejutkan dunia dengan serangan Pandemik COVID-19. Ramai yang kehilangan pekerjaan, perniagaan terpaksa ditutup dan ada juga yang menerima durian runtuh daripada pandemik yang melanda.
Seperti kita pernah dengar sebelum ini, saham-saham yang melibatkan pembuatan sarung tangan meningkat dengan mendadak akibat permintaan yang tinggi pada ketika itu. Ada dalam kalangan pelabur saham yang membuat keuntungan berlipat kali ganda.
Perkara ini membuatkan lebih ramai orang sedar akan kepentingan dan keistimewaan pelaburan saham. Namun, untuk melabur kita perlu membuat persediaan dan bukannya dengan semberono sahaja.
Jom kita tonton 5 persiapan sebelum anda mulakan langkah masuk ke pasaran saham.
Dah tengok video di atas? Ada 5 persiapan yang perlu anda lakukan.
- Berkenalan dengan produk di Bursa Malaysia
- Tetapkan objektif pelaburan anda
- Tengok kewangan peribadi
- Cuba untuk trade olok-olok terlebih dahulu
- Cari broker dan trading platform yang sesuai.
Dah sedia dengan 5 perkara tersebut? Jika sudah, maknanya anda sudah SIAP untuk melabur saham. Apa yang penting dalam pelaburan saham adalah untuk sentiasa berdisiplin dan sentiasa mencari ilmu. Rebut peluang yang ada untuk menyerap segala ilmu pelaburan saham yang boleh anda dapatkan.
Ramai pelabur yang gagal adalah disebabkan mereka tidak berdisiplin ketika melabur dan banyak menggunakan teknik harapan.
Selamat melabur!
Video ini dibawakan khas oleh Asri Ahmad Academy. Jika anda “Zero” tentang pelaburan saham, ayuh sertai program – program percuma anjuran bersama Bursa Malaysia. Daftar sekarang di

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !
Ramai yang nak gandakan duit simpanan dalam saham tapi fikir berpuluh kali. Jadi buku ini adalah step pertama. Bila baca buku ini, boleh 99% stay ahead dari orang lain! Bonusnya dapat jimat banyak masa.
Kami juga faham yang 2 sebab utama kenapa anak muda masih belum mula melabur saham adalah sebab TAKUT dan BELUM CUKUP DUIT. Yelah, kita melabur sebab nak tenang, bukan nak risau setiap masa.
Sambil kami terlibat dalam pasaran saham, sambil pandaikan orang lain tentang saham.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua yang tak putus-putus menyokong kami dari awal sehingga ke hari ini.












