Kaya, Kaya… Bila Aku Beli Saham-Saham Ini 5 Tahun Lepas

Bagi setiap pelabur, adalah menjadi impian mereka untuk menggandakan modal yang mereka laburkan dalam satu masa tertentu. Terdapat pelbagai jenis cara pelaburan yang boleh kita lakukan iaitu dengan pelaburan secara jangka pendek (short term) ataupun jangka masa panjang (long term).

Pelaburan jangka masa pendek boleh diibaratkan seperti larian pecut 100m. Dalam pelaburan jangka pendek pelabur perlu sentiasa pecut untuk mendapatkan keuntungan. Mereka tidak boleh hilang fokus dan kekurangan jenis pelaburan jangka masa pendek adalah pelabur akan cepat penat.

Pelaburan jangka masa panjang pula boleh diibaratkan seperti larian marathon. Pelabur memulakan larian dengan pace yang berlahan dan sentiasa konsisten. Dalam pace yang perlahan, pelabur mampu untuk mengumpulkan tenaga dan kekal dalam perlumbaan sehingga akhir garisan penamat.

Pelaburan saham sesuai bagi orang yang mempunyai holding power. Yakni pelabur yang mempunyai kemampuan untuk beli dan simpan.

Terdapat banyak saham di Bursa Malaysia yang sangat bagus untuk dijadikan pelaburan jangka masa panjang. Malah ada yang mampu memberikan pulangan sehingga 5 kali ganda dalam tempoh 5 tahun.

Jom kita lihat saham-saham yang boleh meningkatkan kekayaan kita dalam tempoh jangka masa panjang.

1. PMETAL

Syarikat PMETAL merupakan syarikat yang menjalankan perniagaan dalam industri aluminium. PMETAL juga merupakan leader dalam industri Aluminium dalam pasaran saham. Diasaskan pada tahun 1986, PMETAL adalah syarikat yang menjalankan bisnes aluminum extrusion. Diapungkan dalam pasaran saham pada tahun 1993. Pada tahun 2003, PMETAL menjadi pengeluar aluminium terbesar di Malaysia dan kini PMETAL merupakan pengeluar aluminium terbesar di Asia Tenggara. Dengan bisnes model yang sangat kukuh dan mempunyai prestasi kewangan yang baik, PMETAL menjadi saham kegemaran bagi pelabur jangka masa panjang. 

Dalam tempoh 5 tahun, saham PMETAL telah meningkat lebih 7x ganda. Jika anda melabur RM1,000 pada 5 tahun yang lalu, duit anda akan berganda kepada RM7,000. Namun tidak ramai pelabur yang mampu menyimpan saham ini selama 5 tahun. 

2. MPI

Syarikat MPI merupakan leader dalam industri teknologi. MPI mempunyai varieti produk dalam test and assembly menjadikan mereka dalam kalangan enam terbesar subkontraktor semikonduktor dalam dunia. MPI mengeluarkan lebih 100 juta unit seminggu dan 65% produk yang dikeluarkan adalah diuji sepenuhnya (fully tested).

Industri Teknologi kini mendapat manfaat yang besar kerana isu kekurangan cip di seluruh dunia dijangka berterusan hingga tahun 2024.

Sejak dari tahun 2017, saham MPI pernah mencecah harga RM 50 pada hujung tahun 2021. Harga saham MPI telah melonjak lebih 5X ganda dalam tempoh 5 tahun. Jika anda melabur RM2,000 pada tahun 2017 dalam saham MPI, nilai tersebut mencecah RM 10,000 pada hujung tahun yang lalu.

3. DNEX

DNEX merupakan syarikat yang menjalankan dua segmen bisnes utama iaitu oil and gas dan juga technology. DNEX mendapat perhatian pelabur dalam pasaran saham apabila mereka membeli Silterra iaitu syarikat semiconductor yang berpangkalan di Kulim, Kedah.

Silterra merupakan antara pengeluar cip terbesar dan mempunyai kepakaran dan kapasiti yang besar. Selepas dari pengumuman DNEX membeli Silterra, harga DNEX melonjak lebih 4X ganda. Lihat carta harga DNEX seperti di bawah. Jika anda melabur RM3,000 dalam saham DNEX pada 5 tahun lalu, nilai pelaburan anda boleh mencecah RM12,000.

4. VITROX

Syarikat VITROX juga merupakan pemain dalam industri teknologi. Sejak tahun 2017, VITROX telah berada dalam aliran uptrend sehingga ke hari ini. VITROX juga diiktiraf sebagai The Edge Billion Club pada tahun 2018. Pada tahun 2017, harga saham VITROX masih berada di bawah RM1 sesaham dan harga saham VITROX pernah mencecah RM11 sesaham pada akhir tahun 2021.

5. D&O

Syarikat D&O merupakan syarikat yang paling tinggi peningkatan harga saham dalam tempoh 5 tahun. Pada tahun 2017, harga saham D&O hanya berharga RM 0.315 sesaham dan saham D&O pernah mencecah RM6 sesaham. Peningkatan ini disokong oleh sentiment kekurangan cip di semua sektor terutama sektor automotif.

Bisnes utama D&O adalah dalam produk smart LED yang digunakan dalam sektor automotif.

Saham-saham di atas merupakan saham yang mempunyai asas kewangan yang kukuh. Oleh sebab itu, syarikat-syarikat ini mampu memberikan pulangan jangka masa panjang yang baik.

Harus diingat, saham-saham yang dinyatakan bukanlah sebagai saranan belian. Tujuan perkongsian ini adalah sebagai bahan pendidikan. Sebarang pembelian haruslah dilakukan dengan kajian dan disokong dengan data yang betul dan terkini.

Ramai orang tak tak minat nak dengar cerita pasal saham. Mereka juga tak ada masa nak memantau prestasi saham disebabkan komitmen kerja.

Tapi dalam kepala masih ligat nak cari cara gandakan duit untuk memenuhi keperluan simpanan pendidikan anak & persaraan.

Alhamdulillah, terkini kami telah terbitkan buku ‘Malaysia Melabur Saham’.

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Pastinya anda selalu terdengar atau terbaca tentang peluang menggandakan pendapatan dalam pasaran saham patuh syariah di Bursa Malaysia. Ramai yang masih berkira-kira sebab belum berani dan tak pasti.

Jika anda benar-benar berminat untuk terlibat tetapi masih belum memulakan langkah pertama, buku ini teramat sesuai.

Ianya ringkas, padat dan sarat dengan contoh-contoh berbentuk grafik.

Kenapa Kena Miliki Buku Ini?

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa.

Anda nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak dapat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

Miliki Buku Ini Sekarang!!

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa. Sebab itu buku ini telah terjual lebih daripada 2,000 naskah!

Kami faham ramai nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak sempat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

TERKINI: Miliki Buku Malaysia Melabur Saham di Shopee

Previous ArticleNext Article

Stratus Global: Memanfaatkan Fasa Kenaikan Capex Semikonduktor

Nilai saksama (FV) sebanyak MYR1.55 diberi berdasarkan P/E 24x FY27F (Mac)

Stratus Global merancang untuk mengumpul MYR285j daripada IPO, dengan tujuan utama untuk membiayai usaha pengembangan fasiliti, pejabat luar negara dan usaha R&D. Disokong oleh rekod prestasi selama 28 tahun dalam penyelesaian sistem pengendalian bahan automasi (AMHS) bilik bersih untuk industri semikonduktor dunia, margin yang kukuh dan kitaran menaik jangka panjang dalam capex semikonduktor, kami menjangkakan pertumbuhan perolehan yang teguh kelak. Pada P/E FY28F 12.4x, penilaiannya tampak menarik apabila dibandingkan dengan purata lima tahun Indeks Teknologi Bursa Malaysia (KLTEC) dan CAGR perolehan tiga tahunnya sebanyak 24%.

Dilindungi oleh pengetahuan kejuruteraan yang mendalam

Sejak 1998, kumpulan ini telah membina AMHS berasaskan penyampai proprietari, AMHS hibrid dan penyelesaian ASRS, yang dilengkapi dengan perisian sistem kawalan peralatan (TCS) dalaman miliknya, untuk industri semikonduktor dunia. Penyelesaiannya menerima pensijilan ISO 9001, ISO 14001 dan ISO 45001, dan diguna pakai oleh pelanggan multinasional bahagian depan (untuk mengendalikan pembikin wafer 200mm dan juga 300mm) dan pelanggan semikonduktor bahagian belakang merentasi benua Asia, Eropah dan Amerika Utara.

Stratus menjalankan reka bentuk, pembikinan, pemasangan dan pengujian hampir kesemuanya secara dalaman, tidak seperti syarikat pesaing yang menggunakan sumber luar. Hal ini menawarkan perbezaan penting yang menyokong marginnya yang lebih tinggi, sementara syarat-syarat ketat untuk mengendalikan wafer menetapkan halangan tinggi untuk kemasukan pasaran.

Pengembangan fasiliti dan geografi bakal mendorong pertumbuhan

Usaha pengembangan fasiliti Bayan Lepas milik Stratus yang sedang berjalan, dengan sasaran siap pada 3QCY28, akan menambah ruang lantai sebanyak 150-200% dan meningkatkan kapasiti hasil kumpulan daripada USD50-100j sekarang (1 syif kepada 2 syif) kepada USD200-400j selepas pengembangan selesai.

Perkara ini menyokong pelaksanaan buku pesanan belum bayarnya bernilai MYR108.4j (setakat 3 Jun 2026; MYR75.4j akan diiktiraf pada FY27F dan MYR33.0j pada FY28F), di samping pertanyaan yang kukuh dan pengembangan kapasiti bagi pelanggan-pelanggan sedia ada. Pada masa yang sama, kumpulan ini merancang untuk menubuhkan pejabat sokongan jualan dan kejuruteraan di Jepun, Taiwan, Jerman dan AS, sekali gus meluaskan capaian semikonduktor bahagian depan dan belakangnya.

Fasa kenaikan berstruktur semikonduktor memperkukuh permintaan

SEMI menjangkakan capex akan terus diperuntukkan untuk menyokong kapasiti fabrikasi wafer 300mm sehingga tahun 2030, sekali gus menaikkan peratusan penguasaan keupayaan wafer terpasang dunia. WSTS meramalkan industri semikonduktor secara amnya akan berkembang 89.9% pada tahun 2026 berikutan permintaan E&E dan pusat data (DC) yang berpacukan kecerdasan buatan (AI), dengan QYResearch mengunjurkan industri AMHS semikonduktor dunia akan meningkat pada kadar CAGR 5.4% sehingga 2031 kepada paras USD4.5bn.

Dengan mengoperasikan fasilitifasiliti wafer 300mm lebih awal daripada beberapa pesaing AMHS lain, Stratus berkedudukan baik untuk memanfaatkan fasa peningkatan ini, dibantu oleh Strategi Semikonduktor Nasional Malaysia dan Rancangan Malaysia yang Ke-13.

Ramalan dan penilaian

Kami memperoleh FV MYR1.55 dengan mengenakan P/E 24x pada EPS 6.45 sen untuk FY28F, selaras dengan P/E purata 5 tahun yang direkodkan oleh KLTEC dan CAGR perolehan tiga tahunnya 24% (PEG 1x). Risiko utama, penumpuan pada pelanggan tunggal, kitaran capex semikonduktor, hasil tidak menentu berasaskan projek, dan turun naik FX kerana hasilnya diniagakan dalam USD.

Perihal Syarikat

Stratus Global merupakan syarikat yang menyediakan penyelesaian automasi kilang yang bertapak di Pulau Pinang. Ia berkepakaran dalam penyelesaian sistem pengendalian bahan automasi (AMHS) bilik bersih bagi industri semikonduktor dunia.

Gambaran Am Kewangan Dan Penilaian

Gambaran Am Syarikat

Rancangan Dan Strategi Masa Depan

  • Pengembangan fasiliti.
  • Pengembangan perniagaan pasaran dari segi geografi
  • Pengembangan pasaran dalam rantaian nilai semikonduktor.

Butiran IPO

Risiko Utama

i. Ketiadaan perjanjian bekalan berjangka panjang;
ii. Kitaran capex semikonduktor;
iii. Penangguhan projek;
iv. Kebergantungan pada pasukan pengurusan utama dan jurutera berkepakaran;
v. Turun naik FX kerana hasil yang diniagakan dalam mata wang USD.