Raya Berilhamkan Songket Berwarna-Warni Di The Curve

Setelah dua tahun menyambut hari Raya Aidilfitri secara sederhana, ramai yang tidak sabar untuk beraya bersama sanak saudara serta rakan taulan pada tahun ini. Bagi melengkapkan persiapan Hari Raya, the Curve mengalu-alukan semua pengunjung  untuk menikmati kemeriahan perayaan di the Curve pada bulan Ramadan ini.

Berinspirasikan keindahan warna serta kehalusan tenunan songket, Centre Court berubah wajah dengan sentuhan Arab kontemporari, istimewa untuk para pengunjung the Curve.

Bermula 1 April hingga 4 Mei 2022, pengaruh songket yang kaya dengan sejarah diperlihatkan dalam persekitaran yang berwarna hijau, kuning dan merah jambu serta dilengkapi gerbang dan kubah mini berjalur yang anggun dengan gaya bina Moorish. Penggunaan lampu LED menyerlahkan lagi keanggunan songket, manakala hiasan perayaan yang bergemerlapan menceriakan suasana dari Centre Court hingga ke ruang Fashion Walk dan the Street.

Seperti kebiasaan pada musim perayaan, the Curve menganjurkan persembahan tarian muzik istimewanya di Centre Court pada setiap hujung minggu dan cuti umum, pada pukul 2.00 petang dan 5.00 petang Saksikan ekstravaganza yang memaparkan reka tari khas serta pakaian yang menarik dalam persembahan bertemakan “Raya Estetika”. Di samping itu, para pengunjung boleh menikmati lagu-lagu Raya dan alunan muzik yang ceria seperti keroncong, ghazal  dan gabungan caklempong serta serunai dengan alat muzik tradisional bersama kumpulan pemuzik Melayu moden. 

Jazmi Kamarudin, Pengurus Besar Kanan, Pengurusan & Pelaburan Hartanah, Boustead Properties Berhad, berkata, “Songket bukan hanya hamparan kain yang cantik; tenunannya juga melambangkan hubungan antara ahli keluarga dan orang tersayang. Berlandaskan/berdasarkan semangat kekeluargaan ini, kami mengalu-alukan pengunjung untuk datang  ke the Curve sempena bulan Ramadan dan Hari Raya tahun ini bersama saudara mara dan rakan taulan agar mereka dapat menjalin semula hubungan dan mengeratkan lagi silaturahim. Sama ada untuk membeli baju raya, perhiasan dan barangan keperluan rumah mahupun berbuka puasa di pilihan restoran yang terdapat di the Curve atau  sekadar ingin menikmati suasana yang meriah, the Curve ada sesuatu untuk semua pengunjung yang bertandang ke pusat beli-belah kami.” 

the Curve juga menyediakan pelbagai aktiviti yang sesuai untuk semua peringkat umur. Bazar Raya di Centre Court, Fashion Walk dan Fashion Court menampilkan peniaga-peniaga kecil yang menjual pelbagai barangan, termasuk pakaian, aksesori serta pilihan kuih raya yang lazat.

Hadiah-hadiah menarik juga menanti mereka yang membeli-belah di the Curve sepanjang tempoh kempen ini. Pengunjung yang berbelanja sekurang-kurangnya RM200 dalam maksimum dua resit layak untuk menebus satu Cabutan Bertuah Raya, satu baucar tunai RM10, RM20, atau RM50, beserta satu Pek Estetika Raya. Selain itu, pengunjung yang berbelanja sekurang-kurangnya RM400 dalam maksimum dua resit akan layak untuk menebus baucar tunai yang sama di samping dua Cabutan Bertuah Raya. 

Tiga pelanggan bertuah yang dipilih melalui cabutan bertuah pada setiap hari Isnin sepanjang kempen ini berpeluang untuk mendapat ganjaran baucar tunai bernilai RM500 setiap seorang. Di kemuncak kempen Raya, seorang pelanggan bertuah dengan perbelanjaan tertinggi akan membawa pulang hadiah utama iaitu baucar tunai bernilai RM2,000

Semua aktiviti di the Curve akan diadakan selaras dengan prosedur operasi standard yang mengutamakan keselamatan. Dapatkan maklumat lanjut tentang kempen Raya the Curve dengan menelefon 03-7710 6868 atau www.thecurve.com.my atau www.facebook.com/theCurveShoppingMall atau https://www.instagram.com/thecurve_official/ (thecurve_official). 

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Ramai yang nak gandakan duit simpanan dalam saham tapi fikir berpuluh kali. Jadi buku ini adalah step pertama. Bila baca buku ini, boleh 99% stay ahead dari orang lain! Bonusnya dapat jimat banyak masa.

Kami juga faham yang 2 sebab utama kenapa anak muda masih belum mula melabur saham adalah sebab TAKUT dan BELUM CUKUP DUIT. Yelah, kita melabur sebab nak tenang, bukan nak risau setiap masa.

Sambil kami terlibat dalam pasaran saham, sambil pandaikan orang lain tentang saham.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua yang tak putus-putus menyokong kami dari awal sehingga ke hari ini.

Berita Baik : Kami sedang buat jualan penghabisan stok di Shopee!!

Previous ArticleNext Article

Pos Malaysia Lantik 3 ‘Otai’ Baharu Mantapkan Lembaga Pengarah

KUALA LUMPUR, 30 April 2026 – Pos Malaysia Berhad (“Pos Malaysia”), penyedia perkhidmatan pos dan bungkusan nasional, penyedia perkhidmatan pos dan bungkusan nasional, pada 29 April 2026 telah mengumumkan pelantikan Datuk Shazril Imri bin Mokhtar dan Datuk Abdul Halim bin Hamzah sebagai Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif, serta Encik Mano A/L Verabathran sebagai Pengarah Ganti kepada Datuk Abdul Halim bin Hamzah, berkuat kuasa mulai 1 Mei 2026.

Pelantikan ini mencerminkan komitmen Pos Malaysia untuk memperkukuh komposisi Lembaga Pengarah dengan kepimpinan berpengalaman dalam bidang telekomunikasi, perkhidmatan awam dan transformasi, selaras dengan aspirasi transformasi berterusan Kumpulan.

Datuk Shazril Imri bin Mokhtar membawa lebih 28 tahun pengalaman dalam telekomunikasi, strategi dan transformasi perniagaan, dengan rekod kukuh dalam menerajui perubahan organisasi berskala besar serta pengurusan perniagaan berorientasikan keuntungan. Beliau sebelum ini merupakan Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Telekom Malaysia Berhad, di mana beliau memimpin agenda transformasi syarikat, memperkukuh prestasi kewangan, keanjalan organisasi serta inisiatif berfokuskan pelanggan. Sepanjang kerjayanya, beliau turut memegang pelbagai jawatan kepimpinan utama termasuk Ketua Pegawai Operasi dan Naib Presiden Eksekutif unifi, serta peranan strategik lain dalam pengurusan prestasi dan strategi.

Datuk Abdul Halim bin Hamzah pula membawa hampir tiga dekad pengalaman cemerlang dalam sektor awam, dengan kepakaran mendalam dalam tadbir urus, dasar serta pentadbiran di peringkat nasional. Beliau kini berkhidmat sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, jawatan yang disandang sejak 24 November 2025. Sebelum ini, beliau pernah menjawat jawatan Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) serta Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan dan Pembangunan) di Jabatan Perdana Menteri. Pengalaman luas beliau merentasi pelbagai agensi kerajaan akan memperkukuh perspektif Lembaga dalam aspek pematuhan regulatori, keutamaan nasional dan penglibatan pemegang taruh.

Encik Mano A/L Verabathran, yang kembali sebagai Pengarah Ganti, mempunyai lebih 30 tahun pengalaman dalam perkhidmatan awam, dengan kepakaran dalam infrastruktur telekomunikasi, penyelarasan antara agensi serta dasar strategik. Beliau kini memegang jawatan Timbalan Ketua Setiausaha (Infrastruktur Telekomunikasi) di Kementerian Komunikasi. Antara jawatan terdahulu beliau termasuk Setiausaha Bahagian (Bahagian Antarabangsa), Timbalan Ketua Pengarah di Jabatan Perdana Menteri, serta Timbalan Setiausaha Bahagian di Kementerian Pengangkutan. Pelantikan beliau turut menyumbang kepada kesinambungan dan pemahaman institusi, memandangkan pengalaman beliau sebelum ini bersama Lembaga Pos Malaysia.

Pelantikan ini mencerminkan komitmen berterusan Pos Malaysia dalam membina organisasi yang berdaya tahan dan bersedia menghadapi masa hadapan, sejajar dengan tujuan kami untuk membina kepercayaan untuk menghubungkan kehidupan dan perniagaan demi masa hadapan yang cemerlang.