Cara Buka Akaun Saham (CDS) Online Dengan RHB TradeSmart & Mula Beli Saham

RHB TradeSmart

Artikel ini ditaja oleh Asri Ahmad Academy.

Untuk membeli dan menjual saham di Bursa Malaysia, kita perlu membuka akaun CDS di bawah broker berlesen di Malaysia. CDS atau nama panjangnya Central Depository System merupakan sebuah sistem di bawah Bursa Malaysia yang ‘menyimpan’ saham-saham yang kita beli.

Secara tradisionalnya, pelabur perlu pergi ke syarikat broker saham pilihan untuk mengisi beberapa borang fizikal untuk membuka akaun CDS.

Sebelum ini, hanya Bursa Anywhere yang boleh digunakan untuk membuka akaun CDS secara online. Hari ini, inisiatif daripada broker RHB Investment Bank telah membolehkan pelabur untuk membuka akaun CDS dan akaun trading (jual beli) secara online. Sekiranya anda berminat menggunakan platform RHB Investment Bank semasa nak jual beli saham di Bursa Malaysia, anda boleh memuat turun aplikasi RHB TradeSmart.

Oh ya, kita boleh buka lebih dari satu akaun CDS. Tetapi terhad 1 broker 1 CDS. Pada pandangan kami, setiap syarikat broker atau Bank Pelaburan ada kelebihan masing-masing.

Dah ada modal untuk mulakan pelaburan saham? Ingat, gunakan duit lebihan sahaja sebab risiko untuk rugi adalah tinggi.

Jom kita tengok pula cara-cara untuk masukkan duit ke dalam akaun trading RHB TradeSmart.

Bila dah ada duit dalam akaun trading, barulah boleh beli saham pilihan hati.

Bila sudah berjaya meraih untung dari pelaburan saham, mestilah kita nak withdraw keuntungan tadi. Nak keluarkan duit untuk reward diri sendiri? Jom kita tengok cara untuk mengeluarkan duit dari akaun trading RHB TradeSmart ke dalam akaun bank.

Tak ambil masa yang lama pun.

Kalau newbie nak belajar saham dari asas dan senang nak faham, belajar terus dengan Asri Ahmad Academy. Belajar dari 29 tahun pengalaman mentor pelaburan saham, Datuk Hj Mohd Asri Ahmad. Beliau pemegang lesen Pasaran Ekuiti & Derivatif di Bursa Malaysia. Daftar Program Asri Ahmad Academy Sekarang Dan Dapatkan Pembukaan Akaun CDS Secara Percuma

Previous ArticleNext Article

Kajian Segmen Pasaran SC Perkukuh Rangka Kerja Pasaran Awam

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini mengeluarkan Garis Panduan Ekuiti yang disemak semula serta Kertas Respons, memperkenalkan penambahbaikan bersasar terhadap rangka kerja pasaran utama.

Inisiatif ini bertujuan meningkatkan akses kepada penyenaraian awam bagi penerbit, di samping memperjelas peranan serta memperkukuh pembezaan antara setiap segmen pasaran seperti berikut:

  • Pasaran Utama  – Pasaran utama bagi syarikat lebih besar dan dikenali
  • Pasaran ACE        – Pasaran bagi syarikat kecil dan sederhana yang berfungsi sebagai laluan peralihan ke Pasaran Utama

Penambahbaikan ini adalah susulan proses rundingan awam yang telah selesai  pada Disember 2025 di bawah kajian segmentasi pasaran, dengan mengambil kira maklum balas daripada pelbagai pihak berkepentingan.

Cadangan yang diterima pakai bagi Pasaran Utama akan berkuat kuasa pada 3 Jun 2026 melalui Garis Panduan Ekuiti yang disemak semula.

Pengerusi SC, Dato’ Mohammad Faiz Azmi berkata penambahbaikan ini mencerminkan komitmen berterusan SC terhadap pengawalseliaan yang bersesuaian dengan tujuan (fit-for-purpose) — seimbang, memudah cara serta responsif terhadap  evolusi model perniagaan.

“Usaha ini menyokong inisiatif lebih luas SC dalam meningkatkan kecekapan kawal selia dan kecemerlangan tadbir urus seperti yang digariskan dalam Pelan Induk Pasaran Modal 2026–2030,” katanya.

Penambahbaikan utama termasuk:

  • Pasaran Utama: Keperluan keuntungan yang lebih tinggi, kualiti pelaporan kewangan yang diperkukuh, penambahan fleksibiliti dalam penilaian aliran tunai operasi serta peluasan kelayakan bagi penyenaraian berasaskan infrastruktur.
  • Pasaran ACE: Diperkukuh sebagai pasaran berasaskan penaja (sponsor-driven), dengan keperluan rekod prestasi minimum dua tahun selepas penyenaraian sebelum boleh dipindahkan ke Pasaran Utama, pemansuhan pengecualian terhadap penajaan dan moratorium, serta pengenalan keperluan peruntukan pegangan saham awam minimum.

Dato’ Faiz menambah, “Secara keseluruhannya, segmentasi yang lebih jelas ini memperkukuh pembezaan antara lapisan pasaran, meningkatkan kualiti penyenaraian serta menyediakan laluan peralihan yang lebih tersusun bagi syarikat untuk berkembang daripada Pasaran ACE ke Pasaran Utama.”

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman berikut: