Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Rugi Ogos 2024

Pada 5 Ogos 2024 yang lalu, pasaran saham serantau menyaksikan kejutan dengan majoriti indeks utama jatuh mendadak, termasuk di Malaysia. 

Bermula di Amerika sebagai leader, pasaran saham yang lebih kecil dan laggard seperti Malaysia turut menerima tempias dari kejatuhan tersebut. Ia berlaku susulan kebimbangan bahawa AS berkemungkinan menuju kemelesetan yang mencetuskan langkah penghindaran risiko secara besar-besaran.

Sumber: TradingView

Walaubagaimanapun, setelah itu indeks mula kembali membuat kenaikan dan menutup gap serta kejatuhan tersebut malah lebih tinggi daripada paras sebelumnya.

Mari lihat saham-saham yang membuat kejatuhan terbesar pada Ogos 2024.

Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Rugi Ogos 2024

1. Techna-X Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Techna-X berhad telah mengalami kejatuhan sebanyak RM0.21 dan ia telah menyebabkan Techna-X susut 58.33%.

2. Notion Vtec Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Notion Vtec yang sebelum ini naik kerana dikaitkan dengan sentimen data centre pula mula menampakkan kejatuhan kerana pengambilan untung dalam kebanyakan kaunter yang berkait rapat dengan data centre. Notion telah susut sebanyak 56.62%.

3. Genetec Technology Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Genetec menyaksikan harga sahamnya susut dengan mendadak sehingga ditutup pada RM1 sahaja pada 30 Ogos 2024 meskipun berharga di atas RM2 pada awal bulan. Genetec jatuh 53.92% untuk bulan Ogos. Prestasi kewangan juga semakin merosot untuk tiga suku terakhir. 

4. XOX Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

XOX Berhad yang kehilangan RM0.165 telah susut 44% dari harganya pada awal bulan Ogos.

5. MSM Malaysia Holdings Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Setelah menikmati dua suku sebelum ini dengan keuntungan bersih, MSM kembali rugi bagi suku kewangan terkini iaitu suku kedua 2024. Kemerosotan ini sudah dijangka oleh pelabur yang mana pelabur sudah membuat jualan secara besar-besaran bermula awal tahun.

Saham MSM telah jatuh sebanyak 39.58% pada Ogos 2024.

6. Globetronics Technology Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Globetronic di kedudukan keenam pula telah jatuh sebanyak RM0.435 atau 33.46% sepanjang Ogos 2024.

7. SP Setia Berhad Group

Sumber: Bursa Marketplace

SP Setia mengalami episod yang kurang baik pada Ogos 2024. SP Setia menyaman bekas pengurusan kanan dan bekas pengarah berkaitan pembelian tanah di Sabah. Di samping itu, SP Setia turut rugi daripada aset hartanah yang dimiliki di luar negara.

Penyiapan serta penyerahan menara pejabat tertentu di pembangunan Battersea Power Station (BPS), telah mencetuskan obligasi jaminan keuntungan di pihak SP Setia Bhd yang membawa kepada kerugian RM100 juta bagi suku kedua tahun kewangan berakhir 2024.

SP Setia telah susut 31.68%.

8. Artroniq Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Artroniq Berhad pula terus mencatatkan kerugian pada suku terakhir yang dilaporkan. Kerugian pada suku keempat 2024 menyebabkan Artroniq rugi bagi 5 suku berturut-turut.

Tiada yang menarik mengenai saham ini tidak kiralah dari sudut fundamental mahupun teknikal. Artroniq telah susut 31.58% dalam tempoh sebulan. 

9. YBS International Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Di tempat kedua terakhir, YBS International turun RM0.29 atau 31.52%.

10. Iskandar Waterfront City Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Iskwandar Waterfront yang telah mula membuat kejatuhan di awal bulan Ogos 2024, menerima kesan yang lebih buruk setelah kejatuhan saham-saham pada 5 & 6 Ogos. Sejak itu, IWCITY terus mematahkan beberapa paras sokongan dan harga terakhirnya adalah pada RM0.520. IWCITY susut 27.27% pada Ogos 2024.

Kesimpulan

Salah satu cara untuk meminimumkan kerugian dalam portfolio adalah dengan mempelbagaikan saham dari pelbagai sektor di dalam portfolio. Jangan lupa juga untuk cut loss setelah saham tersebut jatuh di bawah paras stop loss yang anda telah tetapkan.

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni setiap masa. Yang penting kita tahu caranya dan aplikasikan dengan betul.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress

Insya-Allah berbaloi……
Sesi baharu BAKAL dibuka!! Pra-daftar dahulu untuk dapat diskaun Early-Bird dan jadi terawal yang dapat info.

Previous ArticleNext Article

CANSLIM: Apa Itu Leader & Laggard Dan Kenapa Saham Ini Boleh Gerak Dulu?

Untuk terlibat dengan pelaburan saham, kita tidak boleh lari daripada melakukan pembacaan dan analisa secara menyeluruh. Pelabur perlu melakukan analisa dengan cara yang betul supaya dapat membuat keputusan yang betul.

Terdapat pelbagai jenis dan cara analisa yang boleh pelabur gunakan antaranya adalah analisa gaya William J. O’Neil. Analisa yang dimaksudkan adalah menggunakan kaedah CANSLIM untuk mencari dan memilih saham yang mempunyai pertumbuhan yang baik.

Pemilihan saham menggunakan CANSLIM ini adalah cara terpantas untuk mencari saham berpotensi sebelum pelabur institusi melabur ke dalam saham tersebut.

Pada penulisan ini, saya akan kongsikan elemen ‘L’ iaitu leader and laggard.

Secara asasnya CANSLIM adalah singkatan akronim yang menggabungkan 7 kriteria dalam pemilihan saham.

Kriteria CANSLIM adalah seperti di bawah :

  1. ‘C’ – Current Quarter Earning
  2. ‘A’ – Annual Earning
  3. ‘N’ – New product/management/event
  4. ‘S’ – Supply and Demand
  5. ‘L’ – Leader/laggard
  6. ‘I’ – Institutional
  7. ‘M’ – Market direction

Apa Itu Leader dan Laggard?

Dalam kriteria Leader dan Laggard, kita ingin menentukan sama ada syarikat kajian kita berada dalam senarai pemain industri yang utama atau pemain industri yang kedua.

Hal ini kerana, syarikat yang menjadi pemain utama dalam industrinya akan bertindak balas lebih awal daripada yang lain dan diikuti oleh syarikat pemain kedua.

Syarikat yang menjadi pemain utama boleh dilihat berdasarkan kepada kekuatan kewangan syarikat dan saiz modal pasaran syarikat tersebut.

Pergerakan pasaran akan bermula dengan saham daripada syarikat pemain utama dalam setiap industri.

PMETAL vs LBALUM

Mari kita lihat contoh-contoh di bawah. Sektor di bawah adalah sektor pembuatan aluminium.

Sumber : iSaham

Gambar di atas menunjukkan syarikat PMETAL berada paling atas dengan modal pasaran sebanyak RM40.38 billion. Ini menjadikan PMETAL pemain industri utama dalam sektor pembuatan Aluminium.

Sumber : Trading View

Pergerakan saham PMETAL berada pada aliran menaik dalam jangka masa 2-3 tahun. Namun begitu, pada Disember 2020, harga PMETAL melakukan kenaikan yang besar daripada RM3.00 sehingga mencecah RM4.00.

Hal ini disebabkan kenaikan harga komoditi Aluminium yang ketara dan telah memberikan keuntungan berganda pada syarikat PMETAL.

Syarikat mencatatkan kenaikan pada margin keuntungan sejak suku tahun kedua 2020. Profit margin yang meningkat juga menyumbang pada kenaikan harga saham.

Sumber : MalaysiaStock.biz

Laggard dalam sektor aluminium pula boleh dilihat pada syarikat LBALUM dengan modal pasaran yang lebih kecil iaitu sebanyak RM228 juta.

Leader seperti saham PMETAL telah mulakan kenaikan pada Disember 2020 manakala, laggard seperti LBALUM hanya memulakan kenaikan pada penghujung Mac 2021 daripada RM0.75 sehingga RM1.30 dengan kenaikan hampir 100%.

Sumber : Trading View
Sumber : MalaysiaStock.biz

Syarikat LBALUM mengalami kerugian pada suku ke-4 tahun 2020 dan hanya berjaya mencatatkan keuntungan pada suku tahun seterusnya. Oleh itu, harga saham LBALUM harga bergerak selepas mencatatkan keuntungan yang meningkat.

Syarikat LBALUM mencatatkan profit margin yang lebih tinggi dari leader PMETAL. Hal ini memberikan peluang yang besar untuk LBALUM menjadi syarikat yang lebih berdaya saing di masa hadapan.

Inilah gaya pemilihan saham menggunakan CANSLIM. Kita perlu mengkaji sektor tersebut dan menentukan siapa leader dan siapa laggard.

Dengan hanya memfokuskan pada kriteria ‘L’ sahaja kita sudah mampu untuk menjana keuntungan yang berganda.

Ini kerana analisis menggunakan metod CANSLIM adalah satu teknik yang sangat berkesan untuk memilih saham yang betul.

Nota: Contoh PMETAL dan LBALUM yang digunakan ini adalah berdasarkan data dan situasi pasaran pada tempoh tersebut dan digunakan semata-mata untuk menerangkan konsep Leader & Laggard dalam strategi CANSLIM. Kedudukan sesuatu saham sebagai leader atau laggard boleh berubah mengikut pergerakan harga dan relative strength dari semasa ke semasa. Contoh ini bukan gambaran prestasi semasa kedua-dua saham dan tidak boleh dianggap sebagai cadangan untuk membeli, menjual atau memegang mana-mana saham.

AMD vs NVIDIA

Sebagai contoh lain, kita boleh lihat perbezaan antara Advanced Micro Devices (AMD) dan NVIDIA dalam industri cip AI. NVIDIA merupakan pemain yang jauh lebih besar dari segi revenue dan kedudukan pasaran, tetapi dalam analisis saham, saiz syarikat bukan satu-satunya perkara yang menentukan sama ada sesuatu saham itu dianggap sebagai leader atau laggard.

Jika harga saham AMD mencatat kenaikan yang lebih tinggi berbanding NVIDIA dalam tempoh tertentu, AMD boleh dianggap sebagai stock leader untuk tempoh tersebut dari sudut price performance, walaupun NVIDIA kekal sebagai peneraju industri dari segi saiz. Sebab itu, apabila menggunakan konsep Leader & Laggard, pelabur perlu melihat relative strength dan prestasi harga berbanding saham lain dalam sektor yang sama, bukannya sekadar membandingkan harga seunit saham atau revenue syarikat.

Namun begitu, status leader atau laggard bukanlah sesuatu yang kekal. Sesebuah saham boleh menjadi leader pada satu tempoh dan kemudiannya menjadi laggard apabila momentum harga berubah. Oleh itu, konsep ini lebih sesuai digunakan sebagai salah satu alat untuk mengenal pasti saham yang menunjukkan momentum relatif yang kuat, bukannya sebagai ukuran mutlak tentang syarikat mana yang lebih baik.


Belilah saham yang baik. Nak tahu apa lebih mendalam tentang formula ini? Dapatkan eBook CANSLIM -> http://thekapital.my/Ebook-CANSLIM

Nak Kejar Saham Yang Bakal Naik?

Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!

Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?

Jangan tertinggal keretapi lagi.

Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.

Kalau nak tahu rahsia satu kaunter jalan, kaunter lain pun ikut jalan sekali, dapatkan eBook Leaders and Laggards -> http://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Dalam e-book ini, anda akan belajar:

✅ Apa itu Leader?

✅ Apa itu Laggard?

✅ Cara nak kenal pasti saham Leader dan Laggard

✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian

✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik

✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian

Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.

Dapatkan eBook Leaders and Laggards -> http://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Penafian :
Kandungan ini tidak disemak atau diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Maklumat yang terkandung di dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat pelaburan. Semua keputusan pelaburan adalah tanggungjawab individu dan anda harus mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan berlesen sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Pelaburan dalam saham melibatkan risiko dan keuntungan sendiri. Prestasi masa lalu juga tidak menjamin prestasi masa hadapan.