Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Untung Ogos 2024

Indeks FBM KLCI Bulan Ogos 2024

Sebelum kita bermula, sedikit perkongsian mengenai apa yang telah terjadi pada indeks FBM KLCI pada bulan Ogos 2024. Meskipun pelbagai peristiwa telah terjadi pada Ogos yang menyaksikan pasaran saham Malaysia agak volatile, FBM KLCI tetap mampu membuat kenaikan sebanyak 4.1% dalam tempoh sebulan.

Sumber: TradingView

FBM KLCI telah menunjukkan aliran meningkat yang teguh, diniagakan melepasi purata pergerakan eksponen (EMA) 20 hari dan EMA 50 hari, menunjukkan momentum optimis dalam jangka pendek.

Prestasi FBM KLCI masih dilihat antara yang terbaik di rantau Asia jika dibandingkan dengan negara lain.

NegaraIndeksMataKenaikan Sebulan
MalaysiaFBM KLCI1,678.80+4.1%
SingapuraStraits Times Index (STI)3,442.930
IndonesiaIDX Composite7,670.73+5.72%
ThailandStock Exchange of Thailand (SET)1,359.07+2.89%
JepunNikkei 22538,647.75+0.3%
KoreaKorea Composite Stock Price Index (KOSPI)2,674.45-2.3%
Hong KongHang Seng Index (HSI)17,989.07+5.8%
ChinaShanghai Shenzen CSI300 Index (CSI300)3,321.43-1.4%

Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Untung Ogos 2024

1. Warisan TC Holdings Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Warisan TC Holdings Berhad sebuah syarikat yang disenaraikan di Papan Utama menjalankan perniagaan:

  • Pelancongan & kereta sewa
  • Automotif
  • Produk pengguna
  • Lain-lain

Warisan membuat kenaikan sebanyak RM0.51 atau 47.66% pada bulan Ogos 2024 menjadikannya saham patuh syariah dengan kenaikan tertinggi pada bulan tersebut.

2. PBA Holdings Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

PBA Holdings adalah sebuah syarikat utiliti. PBA dibuka pada harga RM1.75 di awal bulan dan ditutup pada RM2.55 di penghujung Ogos 2024. Ia menyaksikan kenaikan sebanyak 45.71% bagi saham ini.

3. SDS Group Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Di kedudukan ketiga, syarikat yang berkaitan dengan produk bakeri ini meningkat sebanyak 31.49% pada Ogos 2024. 

Berdasarkan carta di atas, anda boleh nampak syarikat ini berada dalam fasa uptrend sejak Oktober 2023.

Sumber: Malaysiastock.biz

Berdasarkan fundamental pula, margin keuntungan SDS meningkat setiap tahun sejak tahun 2021 sehingga 2024. Terbaharu, SDS mencatatkan margin keuntungan sebanyak 10.8% bagi prestasi kewangan suku pertama tahun 2025. 

4. Magna Prima Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Magna Prima Berhad di tempat keempat dengan kenaikan sebanyak 26.04%. Pada 1 Ogos 2024, Magna dibuka pada RM0.480 dan kemudian ditutup pada RM0.605 pada 30 Ogos 2024.

5. G Capital Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

G Capital Berhad pula merekodkan kenaikan sebanyak 22.22% setelah menambah 7 sen dari harganya pada 1 Ogos 2024 iaitu RM0.315. 

6. MUI Properties Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

MUI Properties Berhad juga tidak kurang hebatnya apabila telah merekodkan kenaikan sebanyak 20.29% setelah menambah 7 sen dari harganya pada 1 Ogos 2024 iaitu RM0.345. Muiprop telah membuat kenaikan sejak Julai 2024 dan menyambung kenaikannya pada bulan Ogos.

7. Harn Len Corporation Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Harn Len pula dilihat mula mendapat volume yang semakin bertambah pada bulan Ogos 2024. Harn Len naik 19.05% pada bulan Ogos 2024.

8. Petronas Dagangan Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Petronas Dagangan Berhad yang jatuh dengan mendadak sejak Mei 2024, mula menyaksikan saham ini mula membuat rebound pada bulan Ogos 2024. Bermula dengan harga RM17.80 di awal bulan, PETDAG ditutup pada RM21.08 pada hari terakhir dagangan Ogos 2024 iaitu kenaikan sebanyak 18.43%.

9. Sealink International Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Sealink International Berhad di tempat kesembilan naik sebanyak 13.85% setelah membuat kenaikan sebanyak 4.5 sen pada harga sahamnya. Sealink dilihat mula kembali menarik minat pelabur setelah keputusan positif bagi dua suku tahunan terakhirnya baru-baru ini.

10. CCK Consolidated Holdings Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

CCK Consolidated Holdings Berhad di tempat kesepuluh telah naik sebanyak 11.26% pada Ogos 2024. Pelabur mungkin berminat terhadap saham seperti ini yang berada dalam kategori pengguna, mempunyai prestasi kewangan yang konsisten setiap suku dan juga memberi dividen.

Di samping memberi dividen, saham ini turut telah memberi pulangan dari kenaikan harga sahamnya sejak awal tahun.

Kesimpulan

Setelah kita menyambut hari kebangsaan yang ke-67 pada 31 Ogos 2024 yang lalu, sudahkah kita mencapai kemerdekaan kewangan juga?

Tiba masanya untuk kita melakukan sesuatu untuk kita mencapai kemerdekaan kewangan termasuklah terlibat dalam pelaburan saham. 

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni setiap masa. Yang penting kita tahu caranya dan aplikasikan dengan betul.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress

Insya-Allah berbaloi……
Sesi baharu BAKAL dibuka!! Pra-daftar dahulu untuk dapat diskaun Early-Bird dan jadi terawal yang dapat info.

Previous ArticleNext Article

CANSLIM: Apa Itu Leader & Laggard Dan Kenapa Saham Ini Boleh Gerak Dulu?

Untuk terlibat dengan pelaburan saham, kita tidak boleh lari daripada melakukan pembacaan dan analisa secara menyeluruh. Pelabur perlu melakukan analisa dengan cara yang betul supaya dapat membuat keputusan yang betul.

Terdapat pelbagai jenis dan cara analisa yang boleh pelabur gunakan antaranya adalah analisa gaya William J. O’Neil. Analisa yang dimaksudkan adalah menggunakan kaedah CANSLIM untuk mencari dan memilih saham yang mempunyai pertumbuhan yang baik.

Pemilihan saham menggunakan CANSLIM ini adalah cara terpantas untuk mencari saham berpotensi sebelum pelabur institusi melabur ke dalam saham tersebut.

Pada penulisan ini, saya akan kongsikan elemen ‘L’ iaitu leader and laggard.

Secara asasnya CANSLIM adalah singkatan akronim yang menggabungkan 7 kriteria dalam pemilihan saham.

Kriteria CANSLIM adalah seperti di bawah :

  1. ‘C’ – Current Quarter Earning
  2. ‘A’ – Annual Earning
  3. ‘N’ – New product/management/event
  4. ‘S’ – Supply and Demand
  5. ‘L’ – Leader/laggard
  6. ‘I’ – Institutional
  7. ‘M’ – Market direction

Apa Itu Leader dan Laggard?

Dalam kriteria Leader dan Laggard, kita ingin menentukan sama ada syarikat kajian kita berada dalam senarai pemain industri yang utama atau pemain industri yang kedua.

Hal ini kerana, syarikat yang menjadi pemain utama dalam industrinya akan bertindak balas lebih awal daripada yang lain dan diikuti oleh syarikat pemain kedua.

Syarikat yang menjadi pemain utama boleh dilihat berdasarkan kepada kekuatan kewangan syarikat dan saiz modal pasaran syarikat tersebut.

Pergerakan pasaran akan bermula dengan saham daripada syarikat pemain utama dalam setiap industri.

PMETAL vs LBALUM

Mari kita lihat contoh-contoh di bawah. Sektor di bawah adalah sektor pembuatan aluminium.

Sumber : iSaham

Gambar di atas menunjukkan syarikat PMETAL berada paling atas dengan modal pasaran sebanyak RM40.38 billion. Ini menjadikan PMETAL pemain industri utama dalam sektor pembuatan Aluminium.

Sumber : Trading View

Pergerakan saham PMETAL berada pada aliran menaik dalam jangka masa 2-3 tahun. Namun begitu, pada Disember 2020, harga PMETAL melakukan kenaikan yang besar daripada RM3.00 sehingga mencecah RM4.00.

Hal ini disebabkan kenaikan harga komoditi Aluminium yang ketara dan telah memberikan keuntungan berganda pada syarikat PMETAL.

Syarikat mencatatkan kenaikan pada margin keuntungan sejak suku tahun kedua 2020. Profit margin yang meningkat juga menyumbang pada kenaikan harga saham.

Sumber : MalaysiaStock.biz

Laggard dalam sektor aluminium pula boleh dilihat pada syarikat LBALUM dengan modal pasaran yang lebih kecil iaitu sebanyak RM228 juta.

Leader seperti saham PMETAL telah mulakan kenaikan pada Disember 2020 manakala, laggard seperti LBALUM hanya memulakan kenaikan pada penghujung Mac 2021 daripada RM0.75 sehingga RM1.30 dengan kenaikan hampir 100%.

Sumber : Trading View
Sumber : MalaysiaStock.biz

Syarikat LBALUM mengalami kerugian pada suku ke-4 tahun 2020 dan hanya berjaya mencatatkan keuntungan pada suku tahun seterusnya. Oleh itu, harga saham LBALUM harga bergerak selepas mencatatkan keuntungan yang meningkat.

Syarikat LBALUM mencatatkan profit margin yang lebih tinggi dari leader PMETAL. Hal ini memberikan peluang yang besar untuk LBALUM menjadi syarikat yang lebih berdaya saing di masa hadapan.

Inilah gaya pemilihan saham menggunakan CANSLIM. Kita perlu mengkaji sektor tersebut dan menentukan siapa leader dan siapa laggard.

Dengan hanya memfokuskan pada kriteria ‘L’ sahaja kita sudah mampu untuk menjana keuntungan yang berganda.

Ini kerana analisis menggunakan metod CANSLIM adalah satu teknik yang sangat berkesan untuk memilih saham yang betul.

Nota: Contoh PMETAL dan LBALUM yang digunakan ini adalah berdasarkan data dan situasi pasaran pada tempoh tersebut dan digunakan semata-mata untuk menerangkan konsep Leader & Laggard dalam strategi CANSLIM. Kedudukan sesuatu saham sebagai leader atau laggard boleh berubah mengikut pergerakan harga dan relative strength dari semasa ke semasa. Contoh ini bukan gambaran prestasi semasa kedua-dua saham dan tidak boleh dianggap sebagai cadangan untuk membeli, menjual atau memegang mana-mana saham.

AMD vs NVIDIA

Sebagai contoh lain, kita boleh lihat perbezaan antara Advanced Micro Devices (AMD) dan NVIDIA dalam industri cip AI. NVIDIA merupakan pemain yang jauh lebih besar dari segi revenue dan kedudukan pasaran, tetapi dalam analisis saham, saiz syarikat bukan satu-satunya perkara yang menentukan sama ada sesuatu saham itu dianggap sebagai leader atau laggard.

Jika harga saham AMD mencatat kenaikan yang lebih tinggi berbanding NVIDIA dalam tempoh tertentu, AMD boleh dianggap sebagai stock leader untuk tempoh tersebut dari sudut price performance, walaupun NVIDIA kekal sebagai peneraju industri dari segi saiz. Sebab itu, apabila menggunakan konsep Leader & Laggard, pelabur perlu melihat relative strength dan prestasi harga berbanding saham lain dalam sektor yang sama, bukannya sekadar membandingkan harga seunit saham atau revenue syarikat.

Namun begitu, status leader atau laggard bukanlah sesuatu yang kekal. Sesebuah saham boleh menjadi leader pada satu tempoh dan kemudiannya menjadi laggard apabila momentum harga berubah. Oleh itu, konsep ini lebih sesuai digunakan sebagai salah satu alat untuk mengenal pasti saham yang menunjukkan momentum relatif yang kuat, bukannya sebagai ukuran mutlak tentang syarikat mana yang lebih baik.


Belilah saham yang baik. Nak tahu apa lebih mendalam tentang formula ini? Dapatkan eBook CANSLIM -> http://thekapital.my/Ebook-CANSLIM

Nak Kejar Saham Yang Bakal Naik?

Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!

Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?

Jangan tertinggal keretapi lagi.

Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.

Kalau nak tahu rahsia satu kaunter jalan, kaunter lain pun ikut jalan sekali, dapatkan eBook Leaders and Laggards -> http://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Dalam e-book ini, anda akan belajar:

✅ Apa itu Leader?

✅ Apa itu Laggard?

✅ Cara nak kenal pasti saham Leader dan Laggard

✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian

✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik

✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian

Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.

Dapatkan eBook Leaders and Laggards -> http://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Penafian :
Kandungan ini tidak disemak atau diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Maklumat yang terkandung di dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat pelaburan. Semua keputusan pelaburan adalah tanggungjawab individu dan anda harus mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan berlesen sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Pelaburan dalam saham melibatkan risiko dan keuntungan sendiri. Prestasi masa lalu juga tidak menjamin prestasi masa hadapan.