Petronas Hantar Kargo LNG Pertama Daripada Kemudahan LNG Canada


KUALA LUMPUR, 8 Julai (Bernama) — Petroliam Nasional Bhd (Petronas) berjaya menghantar kargo gas asli cecair (LNG) pertama daripada fasiliti baharu yang baru beroperasi, LNG Canada, terletak di Kitimat, British Columbia (B.C.), Kanada.

Dalam kenyataan pada Selasa, Petronas menjelaskan penghantaran itu berlepas ke Jepun hari ini dengan menggunakan kapal LNG Puteri Sejinjang berkapasiti 174,000 meter padu, sekali gus menjadi pencapaian penting dalam pelaburan Petronas di Kanada.

“Pencapaian ini memperkukuh kedudukan Petronas sebagai pembekal LNG boleh dipercayai, dengan LNG Canada menjadi strategi tambahan kepada rangkaian bekalan global kami yang semakin berkembang.

“Inovasi di fasiliti ini membolehkannya beroperasi dengan intensiti pelepasan gas rumah hijau (GHG) yang kira-kira 35 peratus lebih rendah daripada loji LNG berprestasi terbaik sedia ada di seluruh dunia, dan 60 peratus lebih rendah daripada purata global, sejajar dengan komitmen Petronas untuk membekalkan LNG berkarbon rendah yang diperoleh secara bertanggungjawab,” menurut Petronas.

Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Perniagaan Gas dan Maritim Petronas Datuk Adif Zulkifli berkata penghantaran pertama itu merupakan hasil usaha gigih bertahun-tahun untuk merealisasikan visi Petronas bagi eksport LNG Canada ke rantau Asia Pasifik.

“Kami berasa bertuah dapat meraikan detik bersejarah ini bersama LNG Canada, rakan usaha sama lain, Haisla Nation, komuniti Kitimat dan rakyat Kanada secara keseluruhan. Petronas gembira menjadi sebahagian daripada projek pertama seumpamanya di Kanada,” katanya.

Fasiliti LNG Canada dilengkapi dengan turbin gas cekap tenaga, sistem pengesanan dan mitigasi kebocoran metana yang canggih, serta bekalan tenaga daripada grid BC Hydro yang sebahagian besarnya dijana oleh tenaga hidroelektrik dan tenaga boleh baharu.

Petronas turut memaklumkan menerusi pegangan ekuiti sebanyak 25 peratus dalam projek itu melalui entiti milik penuhnya, North Montney LNG Limited Partnership, LNG Canada merupakan komponen penting dalam strategi LNG global Petronas untuk mempelbagaikan portfolio bekalan dan meningkatkan fleksibiliti pasaran.

— BERNAMA

Previous ArticleNext Article

Petronas Chemicals: Nilai Saham Berpotensi Menaik

Saranan dinaik taraf kepada BELI daripada Neutral, harga sasar (TP) sama sebanyak MYR5.92 mendatangkan potensi kenaikan harga 46%

Biarpun perolehan Petronas Chemicals dalam jangka dekat mungkin terkesan oleh harga urea lebih rendah dan perancangan penutupan sementara operasi kilang, kami percaya faktorfaktor kekangan ini bersifat sementara. Lebih penting lagi, bakal penjualan 50% pegangan kepentingannya dalam Pengerang Petrochemical Company (PPC) mampu menyingkirkan faktor utama yang mengekang perolehan berstruktur, mengurangkan ketidaktentuan FX, dan merungkai nilai pemegang saham. Faktor-faktor ini mengukuhkan pendirian kami yang lebih konservatif terhadap PCHEM susulan penurunan harga sahamnya baru-baru ini.

Harga urea telah menyusut kepada USD407.50/tan (purata YTD: USD615.60/tan)

Kerana risiko-risiko bekalan geopolitik menyerhana dan eksport tambahan dari China sepatutnya meredakan keterhadan bekalan sebelum ini. Sungguhpun begitu, kami meramalkan harga urea akan bertambah baik pada 2H26, dibantu oleh permintaan baja yang bermusim. Sementara itu, metanol (pada USD552/tan berbanding paras purata YTD sebanyak USD505.80/tan) dan ammonia (pada USD770/tan berbanding paras purata YTD sebanyak USD640.20/tan) terus bertahan, lalu mengurangkan kesan terhadap segmen baja & metanol syarikat ini.

2QFY26 mungkin mencatat perolehan tertinggi

Kami meramalkan PCHEM untuk mengaut sebahagian besar keuntungan daripada kenaikan harga petrokimia barubaru ini pada 2Q26 dengan ASP terealisasi lebih kukuh melebihi kadar penggunaan kilang lebih rendah susulan penutupan operasi sementara di kilang-kilang Asean Bintulu Fertiliser dan Kertih. Melihat ke masa hadapan, perolehan sepatutnya beransur-ansur menormal apabila pengeluaran serantau kembali pulih secara berfasa, rantaian bekalan memulih, dan harga mahal akibat berkaitan peperangan mereda. Walau bagaimanapun, ASP sebenar dijangka menurun secara berperingkat.

Pelupusan PPC terus menjadi faktor pendorong utama kepada kenaikan nilai

Berdasarkan semakan saluran, kami difahamkan bahawa PCHEM sedang menilai potensi pelupusan kepentingannya sebanyak 50% dalam PPC. Kami percaya usaha ini akan menjadi titik tolak untuk kumpulan ini dengan menyingkirkan kekangan perolehan tahunan yang dianggarkan MYR500-600j, sekali gus mengurangkan ketidaktentuan FX dengan ketaranya dan menambah baik kualiti dan kebolehjangkaan perolehan.

PPC merangkumi kira-kira 95-96% daripada caj bayaran yang menggunakan mata wang USD. Urus niaga ini juga boleh memperkukuh kunci kira-kira syarikat dan memberikan ia fleksibiliti untuk menjalankan pengurusan modal, dan hal ini bergantung pada struktur terakhir urus niaga.

Ramalan perolehan kami dikekalkan

TP kami bernilai MYR5.92 masih diperoleh berdasarkan P/BV FY26F 1.3x (purata lima tahun) dengan ESG 4%. Hal ini bermakna markah ESG PCHEM adalah sebanyak 2.8 (median negara: 3.0). Susulan kelemahan. harga saham baru-baru ini, kami percaya penurunan harga ini diambil kira, sementara bakal pelupusan PPC memberikan faktor pendorong menarik untuk kenaikan harga saham. Dengan itu, kami menaik taraf saranan saham kami kepada BELI daripada Neutral.

Risiko negatif utama

Termasuk pemulihan jurang harga petrokimia lebih lemah daripada jangkaan, dan nilai MYR lebih kukuh berbanding USD.

Faktor Pemacu Utama

Penurunan harga petrokimia

Risiko Utama

Harga petrokimia semakin kukuh

Profil Syarikat

Petronas Chemicals menawarkan pelbagai jenis produk petrokimia seperti olefin, polimer, baja, metanol dan sebagainya

Carta Saranan

Penganalisis
Lee Yun Leon +603 2302 8188 ([email protected])

Penafian :
Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.