Pengasas Farm Fresh Jual Saham RM132.5 Juta – Patutkah Pelabur Panik?

Berita pengasas bersama Farm Fresh, Loi Tuan Ee, menjual pegangan saham bernilai RM132.5 juta pantas mencuri perhatian pelabur. Ada yang bertanya: “Eh ada apa-apa tak kena ke dengan Farm Fresh?”

Sebenarnya, sebelum kita membuat kesimpulan terburu-buru, penting untuk faham apa yang benar-benar berlaku dan apa yang tidak berlaku.

Apa yang berlaku sebenarnya?

Farm Fresh Berhad diasaskan pada tahun 2009 oleh usahawan tempatan, Loi Tuan Ee, bermula sebagai The Holstein Milk Company. Syarikat ini kemudiannya melalui proses penjenamaan semula kepada Farm Fresh seiring dengan peluasan perniagaan. Pada tahun 2022, Farm Fresh disenaraikan di Bursa Malaysia sebagai Farm Fresh Berhad.

Menurut laporan media, Loi Tuan Ee telah menjual 50 juta saham Farm Fresh, bersamaan kira-kira 2.66% daripada jumlah saham syarikat, melalui urus niaga luar pasaran pada harga RM2.65 sesaham.

Selepas transaksi tersebut:

  • Beliau masih pemegang saham terbesar Farm Fresh
  • Pegangan beliau kekal sekitar 37%
  • Tiada perubahan kawalan atau pengurusan syarikat

Ini bermaksud, beliau bukan keluar daripada syarikat, sebaliknya hanya mengurangkan sebahagian kecil pegangan.

Kenapa pengasas jual saham?

Dalam dunia pasaran saham, tindakan pengasas menjual sebahagian pegangan bukan perkara luar biasa. Antara sebab yang munasabah termasuk:

  1. Diversifikasi kekayaan
    Pengasas lazimnya mempunyai sebahagian besar kekayaan mereka terikat dalam satu syarikat. Menjual sebahagian saham membolehkan mereka mengurangkan risiko kebergantungan kepada satu aset sahaja.
  2. Ambil keuntungan selepas harga saham naik
    Saham Farm Fresh mencatat kenaikan ketara tahun ini. Menjual pada harga tinggi adalah langkah rasional dari sudut pengurusan kewangan peribadi.
  3. Perancangan kewangan & keluarga
    Selepas membina perniagaan bertahun-tahun, tidak salah untuk ‘unlock value’ bagi tujuan perancangan jangka panjang, termasuk legasi dan perancangan harta.

Apa yang tidak boleh disimpulkan?

Yang penting, pelabur tidak wajar terus menganggap:

  • Syarikat sedang bermasalah
  • Pengurusan hilang keyakinan
  • Prospek perniagaan merosot

Hakikatnya, jualan sebahagian ≠ hilang kepercayaan. Yang lebih membimbangkan biasanya ialah situasi di mana pengasas:

  • Menjual hampir keseluruhan pegangan
  • Melepaskan jawatan pengurusan
  • Berlaku perubahan mendadak dalam operasi syarikat

Setakat ini, semua itu tidak berlaku dalam kes Farm Fresh.

Apa yang pelabur patut fokus?

Daripada terlalu fokus kepada satu transaksi saham, pelabur lebih wajar menilai perkara berikut:

  • Prestasi kewangan syarikat
  • Aliran tunai dan margin keuntungan
  • Keupayaan pengurusan melaksanakan pelan pertumbuhan
  • Prospek industri jangka panjang

Pasaran saham sering dipengaruhi emosi. Berita seperti ini mudah mencetuskan panik, sedangkan realitinya memerlukan konteks dan kefahaman yang lebih menyeluruh.

Kesimpulan

Tindakan pengasas Farm Fresh menjual sebahagian saham bernilai RM132.5 juta lebih menyerupai langkah pengurusan kekayaan peribadi, bukannya isyarat negatif terhadap syarikat.

Seperti biasa, keputusan pelaburan tidak sepatutnya dibuat berdasarkan satu berita sahaja tetapi berdasarkan gambaran besar perniagaan.

Penafian :
Kandungan ini tidak disemak atau diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Maklumat yang terkandung di dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat pelaburan. Semua keputusan pelaburan adalah tanggungjawab individu dan anda harus mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan berlesen sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Pelaburan dalam saham melibatkan risiko dan keuntungan sendiri. Prestasi masa lalu juga tidak menjamin prestasi masa hadapan.

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Ramai yang nak gandakan duit simpanan dalam saham tapi fikir berpuluh kali. Jadi buku ini adalah step pertama. Bila baca buku ini, boleh 99% stay ahead dari orang lain! Bonusnya dapat jimat banyak masa.

Kami juga faham yang 2 sebab utama kenapa anak muda masih belum mula melabur saham adalah sebab TAKUT dan BELUM CUKUP DUIT. Yelah, kita melabur sebab nak tenang, bukan nak risau setiap masa.

Sambil kami terlibat dalam pasaran saham, sambil pandaikan orang lain tentang saham.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua yang tak putus-putus menyokong kami dari awal sehingga ke hari ini.

Berita Baik : Kami sedang buat jualan penghabisan stok di Shopee!!

Previous ArticleNext Article

Strategi Pasaran: Ketidaktentuan Dunia Menguntungkan Pasaran Pelaburan Yang Selamat

Nilai di ASEAN

Walaupun ramalan makroekonomi RHB optimis dan tahap kecairan dunia kukuh, faktor geopolitik tidak menentu dan kebimbangan akan gelembung kecerdasan buatan (AI) dan risiko-risiko pasaran kewangan AS menunjukkan pemindahan aset ke pasaran pelaburan selamat seperti Singapura diberikan penekanan lebih besar. Kami masih menyukai ekuiti Singapura kerana pertumbuhan perolehan bertahan, pulangan pemegang saham menarik dan sifat pasarannya yang selamat dan bertahan, namun pelabur harus mengambil pendekatan pemilihan saham lebih teliti, dan bukannya berdasarkan pendedahan indeks semata-mata.

Penilaian menarik sebagai prima facie untuk pasaran Indonesia mungkin memikat, tetapi pelabur mestilah berwaspada akan aspek kawal selia yang sering berubah-ubah, di samping risiko-risiko dasar. Kami terus melihat pasaran Malaysia sebagai sebuah pasaran perdagangan memandangkan ketahanan ekonomi yang baik dilemahkan oleh penilaian-penilaian saham yang premium.

Indonesia

Kami terus memandang baik akan pasaran ekuiti Indonesia meskipun persekitaran makroekonomi dan dasarnya lebih mencabar. Susulan penurunan mendadak pada 1H26, JCI kini diniagakan pada nilai antara paling menarik (-3SD daripada purata P/E lima tahun hadapan). Walaupun keadaan tidak menentu ini
mungkin berlarutan dalam jangka dekat, kami percaya ia menawarkan potensi pemulihan bermakna apabila keyakinan pelabur beransur-ansur naik. Kes asas sasaran JCI kami untuk akhir 2026 sebanyak 7,300 mata dibuat berdasarkan P/E FY26F 12.4x (-1SD daripada purata lima tahun), yang mencerminkan kerangka penilaian yang lebih konservatif dan premium risiko pasaran yang lebih tinggi.

Malaysia

Kami secara asasnya terus memberi pandangan membina dalam prospek ekuiti pasaran tanah air berpandukan andaian-andaian kes asas RHB. Sasaran akhir tahun 2026 kami untuk FBM KLCI terus berada pada paras 1,750 mata (EPS hadapan 15.5x). Melihat kepada faktor-faktor kekangan semasa yang ada bermakna potensi kenaikan mutlak akan terbatas, memandangkan prestasi pasaran terus terikat pada paras lingkungan tertentu. Asas-asas pasaran dan prestasi perolehan korporat akan menjadi faktor penentu utama kepada pertumbuhan pasaran ini.

Tahap kecairan kukuh dapat menawarkan sokongan apabila penurunan berlaku, sekali gus mewajarkan pendekatan pembelian saham semasa harga lemah yang dilindungi oleh sektor-sektor bertahan (tenaga, perladangan, penjagaan kesihatan, pengguna, REIT dan telekomunikasi). Sektor-sektor WAJARAN TINGGI lain termasuklah perbankan, minyak & gas (O&G), hartanah, pembinaan, bahan asas, teknologi dan pengangkutan. Perlu diingatkan bahawa portfolio pelaburan dijangka terus beralih kepada sahamsaham ketinggalan apabila pelabur mengamalkan pendekatan perdagangan taktikal.

Untuk Singapura

Ekuiti memasuki 3Q26 dengan penyertaan jumlah saham yang masih kecil setelah sektor perkhidmatan kewangan mengaut sebahagian besar keuntungan MSCI Singapura secara YTD. Prospek kami masih lagi optimis, namun menggemari strategi pemilihan saham secara teliti berbanding pendedahan indeks yang pasif, didorong oleh kes asas kami yang meramalkan gencatan senjata yang lama di Asia Barat, dasar Rizab Persekutuan AS (US Fed) yang tidak berubah, dan aliran kemasukan modal lebih kukuh pada 2026. Kami menjangkakan tarikan Singapura sebagai pasaran yang selamat akan menyokong kemasukan modal.

Kami juga menjangkakan momentum pertumbuhan perolehan akan berkembang di luar skop sektor perbankan, manakala REIT mendapat manfaat daripada kadar faedah lebih rendah. Tema-tema pelaburan terbaik kami ialah pulangan modal oleh pemain perkhidmatan kewangan, penerima manfaat AI, perlindungan daripada inflasi dan El Niño, tarikan Singapura sebagai pasaran selamat, dan REIT perindustrian dan pejabat terpilih, dengan memberikan keutamaan pada syarikat yang mempunyai perolehan bertahan, kuasa penetapan harga dan pulangan pemegang saham yang menarik.

Penganalisis
Alexander Chia +603 2302 8119 ([email protected])

Penafian :
Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.