KUALA LUMPUR, 15 Dis (Bernama) — Poh Kong Holdings Bhd mencatatkan keuntungan bersih yang lebih tinggi bagi suku pertama tahun kewangan 2026, berakhir 31 Okt, 2025 (SI TK2026) kepada RM39.61 juta daripada RM21.34 juta pada suku yang sama tahun lalu.
Hasil bagi syarikat barang kemas itu juga meningkat kepada RM439.94 juta daripada RM329.28 juta tahun lalu, didorong oleh permintaan yang lebih tinggi untuk barang kemas daripada emas dan produk pelaburan emas, serta lonjakan harga emas.
Dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, kumpulan itu berkata keuntungan bersih yang meningkat sebanyak RM18.27 juta disebabkan oleh hasil yang lebih tinggi dan trend kenaikan harga emas secara keseluruhan.
Poh Kong juga berkata pendapatan kumpulan itu sebahagian besarnya diperoleh daripada segmen runcit.
Mengenai prospek, kumpulan itu berkata industri barang kemas daripada emas di Malaysia menunjukkan pertumbuhan dan daya tahan yang kukuh tahun ini, didorong oleh permintaan tempatan dan antarabangsa.
“Pasaran barang kemas berpotensi untuk terus berkembang dan kami menjangkakan trend kenaikan harga emas akan berterusan sehingga 2026.
“Walaupun terdapat faktor seperti inflasi dan turun naik nilai mata wang, kami percaya pembelian kukuh oleh bank pusat, perbelanjaan pengguna dan permintaan aset selamat yang meningkat di tengah-tengah ketidakpastian geopolitik global akan terus menyokong permintaan untuk barang kemas dan produk pelaburan emas,” katanya.
Kumpulan itu berkata ia akan terus memantau kesan ketidaktentuan semasa ke atas operasinya, menegakkan serta menunaikan kewajipan kewangan dan sentiasa menilai prestasi Poh Kong.
“Sekiranya tidak berlaku sebarang keadaan yang di luar jangka, lembaga pengarah yakin kumpulan telah melaksanakan langkah- langkah yang mencukupi untuk menghadapi cabaran pada tahun kewangan yang berakhir 31 Julai, 2026,” tambahnya. — BERNAMA
Saranan BELI kekal dengan harga sasar (TP) baharu MYR5.35 daripada MYR4.85, potensi kenaikan harga saham 25% dan kadar dividen sekitar 3% untuk FY26F
Dengan andaian senario kes asas kami yang melibatkan gencatan senjata berpanjangan melebihi dua minggu yang tidak meruncing lagi, kami berpendapat harga CPO akan mencecah MYR4,200-4,500/tan. Hal ini menandakan mandat biodiesel lebih tinggi patut masih dilaksanakan, yang akan menyebabkan bekalan keseluruhan minyak sayuran berkurangan di serata dunia – dengan nisbah stok/penggunaan 2026F jatuh bawah paras purata. Kami tingkatkan andaian harga CPO sewajarnya.
Jurang perbezaan minyak sawit-minyak gas (POGO) kembali positif
Hubung kait antara harga CPO dengan harga minyak mentah menurun kepada 0.75x (daripada paras tinggi 0.9x semasa mulanya perangAS/Israel-Iran). Dengan ini, perbezaan POGO kembali positif (CPO > minyak gas), walaupun pada kadar kecil sebanyak +USD11.70/tong (daripada -USD43/tong setakat akhir Mac, dan +USD52/tong pada awal 2026). Pada perbezaan POGO kini, kami anggarkan dana biodiesel Indonesia masih mencukupi untuk memberikan subsidi kepada B50 pada kadar cukai eksport dan levi semasa. Terdapat juga kemungkinan kembalinya permintaan biodiesel bukan keperluan sebanyak 3j tan setahun, sekiranya perbezaan POGO bertukar negatif.
Tiga senario geopolitik
Senario kes asas yang diramalkan oleh pasukan ekonomi kami dengan kebarangkalian 60% ialah gencatan senjata di Timur Tengah akan berterusan melebihi dua minggu, dengan tidak meruncing lagi sehingga akhir tahun 2026. Sekiranya kejadian ini berlaku, kami menjangka harga minyak akan menurun dengan sederhana, dan mencecah pertengahan USD80/tong. Harga CPO pula mungkin mencecah sekitar MYR4,300-4,500/tan, jika hubung kait harga yang sama diandaikan. Pada paras ini, perbezaan harga POGO mungkin masih agak kecil, yang bermakna mandat biodiesel yang lebih tinggi patut masih dapat dilaksanakan
Nisbah stok/penggunaan mungkin jatuh ke bawah paras purata lampau dengan B50
Tanpa mengambil kira faktor geopolitik dan jika senario kes asas kami menjadi kenyataan, mandat biodiesel lebih tinggi masih akan dilaksanakan, yang menyebabkan bekalan keseluruhan minyak sayuran berkurangan di seluruh dunia. Sekiranya biodiesel B50 di Indonesia dilaksanakan selama setengah tahun, kami anggarkan nisbah stok/penggunaan bagi 17 Minyak & Lemak, lapan minyak sayuran, dan PO akan jatuh ke bawah paras purata, yang menandakan harga CPO mungkin lebih bertahan berbanding harga minyak mentah, meskipun dalam senario “keamanan berpanjangan”.
Kebarangkalian El Nino berlaku meningkat kepada 93% untuk Sep-Nov 2026
Manakala kebarangkalian tertinggi untuk El Nino yang kuat berlaku ialah 51% untuk Nov 2026-Jan 2027. Perkara ini wajar dipantau, kerana kejadian El Nino yang kuat akan menandakan penurunan bekalan PO.
Risiko negatif yang perlu diperhatikan
Termasuklah jatuhnya tahap permintaan, kenaikan kos, keluaran kacang soya meningkat, dan penyelesaian tarif AS/China.
Kami tingkatkan harga CPO setiap tan kepada MYR4,400 daripada MYR4,250 untuk 2026F, dan kepada MYR4,300 daripada MYR4,100 untuk 2027F. Kami juga menaikkan perolehan IOI untuk FY26-28F sebanyak 6.4%, 14.5% dan 14.5% selepas menyelaraskan andaian FX dalaman terkini kami.
Saranan BELI kekal terhadap syarikat perladangan bermodal besar dengan nilai murah ini
TP kami yang diperoleh melalui SOP sebanyak MYR5.35 memasukkan premium ESG 2%.
Asas Penilaian
Kami menggunakan penilaian SOP yang terdiri daripada: i. P/E 2026F 18x bagi bahagian perladangan ii. P/E 2026F 18x bagi bahagian hiliran iii. Harga sasar kami untuk syarikat sekutunya Bumitama Agri
Hal ini dibantu oleh EV/ha sebanyak USD35,000/ha, yang merupakan paras tinggi yang direkodkan oleh syarikat Malaysia bermodal besar yang lain.
Faktor Pemacu Utama
i. Kenaikan harga CPO ii. Hasil pengeluaran FFB lebih tinggi iii. Tahap persaingan bahagian pemprosesan hilirannya yang semakin baik berbanding syarikat lain
Risiko Utama
i. Pergerakan harga CPO ii. Risiko cuaca iii. Dinamik permintaan dan bekalan dalam industri minyak sayuran dunia.
Profil Syarikat
IOI Corp pengeluar minyak sawit bersepadu besar dan mempunyai kawasan perladangan minyak sawit di Malaysia dan Indonesia. Ia juga mengendalikan kemudahan pembuatan hiliran seperti kilang penapisan, loji oleokimia dan loji pembuatan lemak khusus.