Nak Untung Dalam Saham, Berhenti Ikut Cakap Kawan!

Ramai orang masuk dunia saham dengan satu harapan yang sama iaitu cari jalan pintas untuk cepat kaya. Mereka follow group Telegram, ikut saranan “pakar TikTok”, atau beli saham sebab jiran kata “saham ni confirm naik!”

Hakikatnya, data di Bursa Malaysia membuktikan lebih 70% pelabur runcit kerugian dalam tempoh 3 tahun pertama kerana keputusan yang dibuat tanpa ilmu yang kukuh.

Di sinilah dua perkara asas sering dipandang ringan: ilmu dan guru.

1. Ilmu Bukan Sekadar Informasi

Pasaran bergerak setiap hari dengan ribuan maklumat, laporan ekonomi, pengumuman syarikat, komen penganalisis, malah cuitan media sosial. Semua ini hanyalah informasi, bukan ilmu.

Ilmu bermula bila pelabur tahu menapis informasi menjadi signal.

Contoh mudah:

Bila keluar berita harga minyak dunia naik, pelabur yang berilmu tahu kesannya kepada saham syarikat minyak tempatan seperti Petronas Chemicals atau Hibiscus.

Tapi pelabur tanpa ilmu hanya tahu “harga minyak naik” lalu beli secara membabi buta, tanpa kira nisbah hutang, margin keuntungan, atau faktor kos operasi syarikat.

2. Guru Sebagai Penapis, Bukan Idola

Dalam dunia pelaburan, ramai terperangkap dengan “cult of personality” iaitu ikut individu tertentu bulat-bulat seolah-olah dia makhluk serba tahu. Itu berbahaya.

Peranan sebenar seorang guru ialah jadi penapis, bukan idola.

Guru yang baik takkan kata: “Beli saham ni, confirm naik.”

Sebaliknya dia akan ajar: “Ini cara semak laporan tahunan, ini ratio yang kau kena tengok, ini risiko yang kau kena timbang.”

Kisah Warren Buffett & Benjamin Graham

Warren Buffett selalu digelar “Oracle of Omaha” sebab dia memang lagenda dalam pelaburan jangka panjang.

Tapi ramai tak tahu, kejayaan Buffett sebenarnya bermula dengan seorang guru iaitu Benjamin Graham, penulis buku klasik The Intelligent Investor.

Graham tak pernah janji Buffett akan terus jadi kaya.
Apa yang dia ajar ialah cara berfikir:

✅ beli syarikat yang harga dia murah dari nilai sebenar (undervalued)
✅ pastikan ada margin of safety (ada ruang selamat kalau tersilap)
✅ dan paling penting jangan ikut emosi bila pasaran panik atau tamak

Sampai hari ni, pendekatan Graham inilah yang jadi asas kepada gaya pelaburan Buffett.
Sebab tu dia boleh kekal konsisten dan akhirnya menjadi antara orang paling kaya di dunia.

Baca lagi 4 Prinsip Pelaburan Warren Buffett Yang Masih Berkesan

3. Kos Sebenar Jika Tiada Guru

Ramai fikir boleh belajar sendiri. Betul, boleh. Tapi kosnya besar.

Menurut kajian oleh Dalbar Inc., pelabur individu di Amerika Syarikat ketinggalan lebih 4% setahun berbanding indeks pasaran hanya kerana kesilapan emosi dan kurang bimbingan.

Fenomena sama berlaku di Malaysia bahawa ramai pelabur runcit jual ketika harga rendah (panic selling) dan beli ketika harga tinggi (fear of missing out).

Dengan berguru, proses belajar boleh dipendekkan. Kesilapan yang patutnya ambil 10 tahun untuk difahami, boleh dikurangkan kepada 1-2 tahun.

Kisah Tony Fernandes & Mentor Korporatnya

Ramai kenal Tony Fernandes sebagai individu yang mengubah AirAsia menjadi jenama global. Tapi yang jarang disebut: sebelum berjaya, beliau mendapat bimbingan daripada mentor korporat ketika di Warner Music Asia, termasuk Datuk Seri Pahamin A. Rajab yang membuka pintu peluang membeli AirAsia pada harga RM1.

Walaupun Tony bukan pelabur saham dalam definisi klasik, ceritanya membuktikan satu hal penting: mentor boleh buka mata pada peluang yang orang lain tak nampak, serta memberi keberanian untuk buat keputusan besar.

4. Ilmu Tanpa Amal = Hutang Tertunggak

Ramai pelabur obses buat nota cantik, masuk kelas berbayar, download spreadsheet analisis. Tapi bila pasaran bergolak, mereka tetap ikut perasaan.

Ilmu yang tidak dipraktikkan hanya jadi beban seperti hutang yang tak pernah dilangsaikan.

Seorang guru yang betul akan paksa pelajarnya turun padang: buat simulasi portfolio, jalankan backtest, dan biasakan diri dengan risiko. Dari situ barulah “ilmu bergerak”, bukan sekadar “ilmu tersimpan”.

5. Tujuan Akhir: Autonomi

Ilmu dan guru bukan untuk menjadikan kita bergantung pada orang lain selamanya.

Tujuan sebenar adalah autonomi keupayaan buat keputusan pelaburan tanpa perlu tunggu signal group atau cakap-cakap jiran.

Pelabur yang sampai tahap ini tak lagi takut turun naik pasaran. Mereka faham risiko, mereka sabar dengan proses dan yang penting, mereka tak lagi dikuasai oleh emosi.

Kesimpulannya, pasaran saham bukan kasino, walaupun ramai yang masuk dengan mentaliti berjudi.

Bezanya seorang pelabur berjaya dengan seorang spekulator singkat adalah ilmu yang ditapis, dan guru yang membimbing.

Warren Buffett tidak akan jadi “Warren Buffett” tanpa Benjamin Graham. Tony Fernandes mungkin tidak melihat peluang AirAsia tanpa mentor di sisinya.

Pelabur Malaysia juga tak terkecuali, pilihan ada di tangan kita. Sama ada mahu cari jalan pintas yang akhirnya mahal, atau melabur dalam sesuatu yang lebih bernilai: ilmu dan guru.

Baca lagi 15 Panduan Beginner Perlu Tahu Tentang Pelaburan Saham di Bursa Malaysia

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Ramai yang nak gandakan duit simpanan dalam saham tapi fikir berpuluh kali. Jadi buku ini adalah step pertama. Bila baca buku ini, boleh 99% stay ahead dari orang lain! Bonusnya dapat jimat banyak masa.

Kami juga faham yang 2 sebab utama kenapa anak muda masih belum mula melabur saham adalah sebab TAKUT dan BELUM CUKUP DUIT. Yelah, kita melabur sebab nak tenang, bukan nak risau setiap masa.

Sambil kami terlibat dalam pasaran saham, sambil pandaikan orang lain tentang saham.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua yang tak putus-putus menyokong kami dari awal sehingga ke hari ini.

Berita Baik : Kami sedang buat jualan penghabisan stok di Shopee!!

Previous ArticleNext Article

Berjaya Food Sekali Lagi Rugi, Kali Ini Sebanyak RM14.32 Juta

KUALA LUMPUR: Berjaya Food Bhd mencatatkan satu lagi kerugian pada suku yang baru berakhir apabila kos dan perbelanjaan terus melebihi pertumbuhan hasil yang kecil.

Kerugian bersih bagi pemegang francais rangkaian kopi Starbucks itu berjumlah RM14.32 juta bagi tempoh tiga bulan berakhir 31 Mac 2026, suku ke-10 berturut-turut syarikat berada dalam kerugian.

Namun begitu, kerugian lebih rendah berbanding RM37.19 juta pada suku ketiga tahun kewangan 2025 hasil langkah kawalan kos dan penutupan kedai.

Hasil bagi suku dikaji meningkat 4.9 peratus tahun ke tahun kepada RM119.14 juta, sebahagian besarnya didorong oleh operasi luar negara.

Walau bagaimanapun, Berjaya Food Bhd kekal optimis terhadap prospeknya dengan menyatakan bahawa usaha-usaha terkini mula menunjukkan hasil.

“Kumpulan menjangkakan prestasi operasi dan kewangan akan terus kukuh, disokong oleh inisiatif pemasaran dan promosi yang berterusan, usaha rasionalisasi kedai yang sedang dijalankan, serta pendigitalan berterusan untuk meningkatkan pengalaman pelanggan sama ada dalam talian mahupun di kedai,” katanya.

Berjaya Food kini giat mengembangkan operasi di luar negara sambil memperkukuh jenama lain dalam portfolionya termasuk Paris Baguette dan Krispy Kreme Doughnuts bagi mengekang kerugian berterusan.

Di pasaran tempatan pula, syarikat menutup cawangan Starbucks dan restoran Kenny Rogers Roasters yang tidak mencatatkan prestasi baik.

“Inisiatif yang dilaksanakan ini telah menunjukkan peningkatan dalam prestasi kumpulan dan dijangka terus memberikan sumbangan positif pada suku akan datang, disokong oleh penambahbaikan lanjut dalam kecekapan operasi,” katanya.

— Berita Harian