FCPO: Fasa Mendatar Sedang Berlangsung

  • Kekalkan pegangan belian

FCPO jatuh MYR41 lagi untuk ditutup pada harga lebih rendah sebanyak MYR4,496 apabila fasa mendatar berterusan. Komoditi ini memulakan sesi dagangan pada harga MYR4,548. Selepas mencapai paras tertinggi intrahari pada MYR4,568, ia kembali menurun ke paras terendah intrahari pada MYR4,470 dan menutup sesi pada harga MYR4,496. Penutupan “bawah yang lebih rendah” secara berturutan ini, di samping RSI yang sedang bergerak ke bawah, mengukuhkan bahawa momentum kenaikan sedang memperlahan.

Semasa fasa mendatar ini, komoditi ini mungkin akan menurun menghampiri paras sokongan MYR4,400. Dalam keadaan pasaran menaik, kami menjangka paras sokongan akan kukuh. Komoditi ini mungkin akan menyambung pergerakan menaik selepas membentuk asas sementara berhampiran paras MYR4,400. Pada ketika ini, kami akan tetap berpegang pada bias dagangan positif, melainkan penembusan paras sokongan berlaku pada harga MYR4,400.

Para pedagang disarankan untuk mengekalkan pegangan belian yang dimulakan pada penutupan 6 Mac (MYR4,367). Bagi mengurangkan risiko dagangan, paras ambang henti rugi ditetapkan pada paras lebih tinggi iaitu MYR4,400 daripada MYR4,210.

Paras sokongan pertama adalah pada MYR4,400, diikuti oleh MYR4,210. Sementara itu, paras rintangan terdekat adalah pada MYR4,600, disusuli oleh MYR4,800.

Previous ArticleNext Article

FCPO: Kembali Ke Fasa Pengukuhan

  • Kekalkan pegangan jualan

FCPO ini menurun MYR9 semasa sesi dagangan lalu untuk ditutup pada harga MYR4,597. Pada hari Jumaat, komoditi ini memulakan dagangan pada paras MYR4,604. Pada awalnya, ia jatuh ke paras terendah sesi tersebut pada MYR4,575. Ia kemudiannya melantun ke paras tertinggi sesi tersebut pada MYR4,608 dan menutup dagangan pada MYR4,597. Di samping pergerakan RSI ke bawah, penutupan dagangan terkini yang menurun menunjukkan momentum menurun kembali menguat.

Komoditi ini mungkin akan melanjutkan fasa koreksi harga dan menguji paras sokongan semula pada MYR4,390. Sementara itu, garisan SMA 50 hari masih bergerak ke paras lebih rendah, lantas mengukuhkan keadaan pasaran menurun. Sekiranya komoditi ini mencatat pergerakan menaik, paras MYR4,700 akan menahan harga daripada menembusi paras berkenaan. Selagi FCPO terus berada di bawah paras ambang MYR4,700, kami tetap akan berpegang pada bias dagangan negatif.

Para pedagang disarankan untuk terus mengekalkan pegangan jualan yang dimulakan pada penutupan 12 Mei (MYR4,481). Untuk menangani risiko-risiko dagangan yang ada, paras ambang henti rugi ditetapkan pada MYR4,700.

Paras sokongan pertama kini berada pada MYR4,390 dan diikuti oleh paras sokongan lebih rendah pada MYR4,250. Paras rintangan pertama pula ialah MYR4,700 yang diikuti oleh paras MYR4,900.