SC Keluar Nota Panduan mengenai Sukuk untuk Memperkukuh Penjajaran dengan Maqasid al-Syariah

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini mengeluarkan Nota Panduan mengenai Sukuk:

Penjajaran dengan Panduan Maqasid Al-Syariah Pasaran Modal Islam Malaysia (Nota Panduan), bagi memperkukuh penjajaran penerbitan sukuk dengan Maqasid al-Syariah.

Nota Panduan ini merupakan inisiatif di bawah Pelan Induk Pasaran Modal 2026–2030 yang menyokong pembangunan produk berasaskan etika serta pertumbuhan berterusan pasaran modal Islam Malaysia.

Walaupun rangka kerja sedia ada memastikan pematuhan Syariah, Nota Panduan ini bertujuan memacu penilaian yang lebih holistik terhadap penerbitan sukuk dengan memberi panduan kepada penasihat Syariah untuk turut mempertimbangkan penciptaan nilai yang lebih menyeluruh, termasuk penjajaran dengan objektif strategik penerbit serta impak ekonomi dan sosial.

Nota Panduan ini menggariskan skop, kebolehgunaan dan pertimbangan utama dalam mengaplikasikan Panduan Maqasid Al-Syariah Pasaran Modal Islam Malaysia (Panduan Maqasid) dalam ekosistem sukuk, termasuk peranan penasihat Syariah dan penerbit sukuk.

Ia turut menyediakan petunjuk ilustratif dan soalan panduan yang berstruktur merangkumi enam aspirasi utama dan 15 prinsip teras di bawah Panduan Maqasid, yang meliputi aspek seperti penggunaan hasil terbitan, penstrukturan sukuk, tadbir urus, pendedahan maklumat dan keterangkuman. Di samping itu, Nota Panduan ini turut mengetengahkan ilustrasi praktikal penerbitan sukuk bagi menunjukkan bagaimana penjajaran dengan Maqasid al-Syariah boleh dinilai dan dihuraikan bila dipraktikkan.

SC menggalakkan penasihat Syariah dan penerbit sukuk untuk menerapkan pertimbangan  Panduan Maqasid dalam penstrukturan sukuk, penggunaan hasil terbitan serta pendedahan maklumat yang berkaitan, di samping terus mematuhi semua keperluan Syariah yang berkaitan. Ini termasuk keputusan Majlis Penasihat Syariah SC dan garis panduan lain yang berkaitan.

Maklumat lanjut mengenai Nota Panduan boleh didapati di sini: https://www.sc.com.my/regulation/guidance-notes-and-guiding-principles

Previous Article

Pusat Data: Keperluan Air Tinggi Oleh Pusat Data

Permintaan air untuk pusat data (DC) akan terus ditampung dengan baik

Berdasarkan analisis kami, kapasiti DC yang bakal dilancarkan di Malaysia – yang bermakna permintaan air yang besar (khusus untuk tujuan penyejukan) – sepatutnya dapat ditampung dengan baik oleh prasarana air yang dirancang, iaitu langkah pengembangan loji rawatan air (WTP) di negeri-negeri utama DC: Johor, Selangor, Negeri Sembilan, dan Melaka. Secara amnya, kapasiti DC sebanyak 1MW mungkin memerlukan sekitar 25.5 ribu meter padu air setahun atau kira-kira 0.07j liter/hari (MLD).

Margin rizab air di Semenanjung Malaysia dan Labuan

Mencecah 14.4% pada 2025 berbanding 15.4% dan 14.9% pada 2023 dan 2024. Oleh itu, keperluan untuk membangunkan prasarana air baharu seperti WTPadalah mustahak bagi memastikan margin rizab air untuk Semenanjung Malaysia dan Labuan berada sekitar 15%, iaitu paras terendah yang disarankan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) demi kestabilan operasi.

Mengikut unjuran kami

Dibuat berdasarkan data terbitan Tenaga Nasional (TNB MK, BELI, TP: MYR16.50), jangkaan permintaan air daripada kapasiti DC yang bakal dilancarkan di Malaysia berjumlah 2,714MW adalah lebih kurang 189MLD. Namun begitu, kami percaya unjuran permintaan air daripada DC mungkin lebih tinggi berbanding angka yang diberikan ini kerana mungkin ada DC lain yang dirancang untuk pelaburan di Malaysia yang belum lagi menandatangani perjanjian bekalan elektrik.

Secara ringkasnya, analisis kami menunjukkan bahawa negeri Selangor, Johor, dan Negeri Sembilan mempunyai jumlah pengembangan kapasiti bekalan air yang dirancang sebanyak kira-kira 3,800MLD, yang kami berpendapat lebih daripada mencukupi, walaupun selepas mengambil kira pertumbuhan permintaan air untuk beberapa tahun akan datang.

Antara Johor, Selangor, Negeri Sembilan, dan Melaka

Selangor mempunyai rancangan pengembangan kapasiti bekalan air yang terbesar menjelang 2030/2031 sebanyak 2,360MLD, diperkukuh oleh beberapa WTP baru seperti Skim Bekalan Air Sungai Rasau (Rasau) Peringkat 1 dan 2, dan Langat 2 Fasa 2. Ia disusuli oleh Johor dan Negeri Sembilan pada 1,100MLD dan 383MLD.

Saham-saham prasarana air utama untuk pelaburan

Peranan Ranhill Utilities (RAHH) sebagai pengendali air di Johor memberikan peluang kepadanya untuk muncul sebagai penerima manfaat daripada unjuran permintaan air di negeri tersebut (yang juga bergantung pada pertumbuhan DC) berjumlah 2,700MLD menjelang 2030 daripada 2,034MLD pada 2025. Hal ini disokong oleh pengembangan kapasiti bekalan air terancang sebanyak 1,100MLD. Sementara itu, Gamuda (GAM) dan Taliworks Corp (TWK) mungkin akan meraih manfaat daripada kemungkinan tawaran kerja untuk membina WTP baharu.

Makluman: Kedua-dua syarikat menerima tawaran kontrak dengan nilai keseluruhan MYR2.9bn daripada Rasau Peringkat 1. Saham-saham berkaitan prasarana air yang tidak diberi saranan termasuklah – Salcon (SALC MK, TIADA SARANAN) (terlibat dalam WTP Langat 2 Fasa 1), dan juga Powerwell Holdings (PWRWELL MK, TIADA SARANAN) dan GUH Holdings (GUH MK, TIADA SARANAN), yang merupakan subkontraktor untuk projek Rasau Peringkat 1.

Risiko terhadap ramalan kami

Termasuklah kelewatan penyiapan projek prasarana air, yang seterusnya mungkin memberikan kesan buruk terhadap margin rizab air, di samping penarikan diri pengendali-pengendali DC berskala besar keluar dari pasaran Malaysia secara tiba-tiba ke lokasi lain atau semakan menurun dalam perancangan pelaburan di dalam Malaysia.

Sektor Air Malaysia Berhubung Dengan DC

Johor

Selangor

Negeri Sembilan

Melaka

Perkembangan Penting Dalam Usaha Mengoptimumkan Penggunaan Air Oleh DC

Risiko

Risiko-risiko yang berkait dengan penggunaan air oleh DC termasuk:
i. Pembinaan DC yang banyak dibangunkan berdasarkan spekulasi yang boleh menyebabkan berlakunya lambakan dalam pasaran yang membawa kepada kurangnya penggunaan aset-aset prasarana air.
ii. Penarikan diri syarikat penyedia perkhidmatan awan DC secara tiba-tiba dari Malaysia ke negara-negara lain
iii. Kesukaran untuk mengumpul dana untuk membangunkan projek-projek prasarana air sama ada pada peringkat Negeri ataupun Kerajaan Persekutuan
iv. Penangguhan dalam menyiapkan projek-projek prasarana air yang dapat melambatkan penyiapan fasa-fasa pembinaan prasarana air yang ada yang seterusnya boleh menjejaskan margin rizab
v. Permintaan air yang lebih tinggi daripada yang sepatutnya daripada DC sehingga asetaset prasarana air yang sedia ada gagal menampung permintaan apabila adanya keperluan baharu ini.
vi. Penggunaan air yang lebih rendah daripada yang sepatutnya oleh DC, sedangkan SPAN melaporkan DC menggunakan air sebanyak 28.7MLD setakat Jan 2026, iaitu 51.4% daripada 55.83MLD permintaan air yang diluluskan untuk DC yang beroperasi.

Penganalisis
Adam Bin Mohamed Rahim +603 2302 8101 ([email protected])

Penafian :
Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.