KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) — Lembaga Tabung Haji (TH) tidak sepatutnya mengisytiharkan agihan keuntungan (hibah) tahunan sebanyak 4.50 peratus dan agihan keuntungan (hibah) haji 1.75 peratus yang menelan perbelanjaan sehingga RM2.75 bilion bagi tahun kewangan 2017, menurut Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji.
Dalam Laporan RCI bagi menyiasat isu pengurusan dan operasi ‘TH dari 2014 hingga 2020 yang diterbitkan malam ini, keghairahan TH untuk membayar agihan keuntungan (hibah) yang tinggi sejak 2014 hingga 2017 sehingga melampaui kemampuan kewangan antara faktor yang menyumbang kepada krisis kewangan.
Menurut RCI, pengurusan TH telah membuat amalan perakaunan kreatif bagi pengisytiharan agihan keuntungan (hibah) yang tinggi.
Suruhanjaya mendapati penyata kewangan “TH dari 2014 hingga 2017 telah diberi Sijil Audit Bersih walaupun laporan audit untuk tahun kewangan 2017 ada menyebutkan mengenai “Emphasis of Matter”.
Berkaitan pengauditan Penyata Kewangan TH 2017, RCI menjelaskan Jabatan Audit Negara (JAN) tidak sepatutnya mengeluarkan Sijil Audit Bersih bagi tahun kewangan berkenaan kerana perkara yang dinyatakan sebagai ‘Emphasis of Matter’ sepatutnya dinyatakan sebagai ketidakpatuhan.
Penjelasan mengenai “Emphasis of Matter” itu menunjukkan Ketua Audit Negara (KAN) telah mempertimbangkan perkara di luar skop audit dalam penemuannya ketika mengaudit Penyata Kewangan TH 2017, dan jelas JAN tidak tegas dalam pengauditan penyata kewangan ‘TH.
Jabatan Audit Negara Gagal Tegur
Menurut RCI, ketidaktegasan JAN juga dilihat apabila agensi berkenaan gagal menegur ‘TH berkaitan pemberian keuntungan (hibah) yang tinggi sepanjang 2014 hingga 2017.
Pembayaran agihan keuntungan (hibah) yang tinggi yang dibuat sebelum 2018 telah menyebabkan rizab ‘TH menyusut, tambah RCI.
“Pembayaran agihan keuntungan (hibah) yang tinggi ini telah menarik para pendeposit yang mencari pulangan yang tinggi. Dalam memenuhi jangkaan pendeposit ini menyebabkan TH tergelincir daripada matlamat penubuhannya.
“Ini mendedahkan “TH kepada risiko pendeposit besar yang berpotensi mengeluarkan deposit mereka (bank run) sekiranya agihan keuntungan (hibah) yang diberi oleh TH adalah terlalu rendah,” tambah RCI.
Menurut RCI, perkara itu berlaku pada 2019 selepas pengumuman agihan keuntungan (hibah) pada kadar 1.25 peratus bahawa terdapat pengecutan dalam deposit.
“Saiz deposit ‘TH menurun daripada kira-kira RM 73 bilion sebelum pengumuman agihan keuntungan (hibah) kepada RM69 bilion pada akhir 2019. TH bernasib baik kerana jumlah pengeluaran deposit dan kesannya adalah lebih kecil daripada apa yang dikhuatiri,” tambah RCI.
Menurut RCI, JAN seharusnya membuat teguran mengenai pengisytiharan agihan keuntungan (hibah) yang terlalu tinggi yang bertentangan dengan kemampuan kewangan ‘TH.
Setiap kali kita menyimpan duit di Tabung Haji, ramai yang tahu tujuan utamanya adalah untuk menunaikan ibadah haji.
Tetapi pernah tak terfikir…
Ke mana sebenarnya Tabung Haji melaburkan wang simpanan lebih 9.7 juta pendeposit ini?
Adakah semuanya disimpan dalam bank?
Jawapannya tidak.
Seperti institusi pelaburan lain, Tabung Haji akan melaburkan dana pendeposit bagi menjana keuntungan. Bezanya, semua pelaburan perlu mematuhi prinsip Syariah serta mengambil kira tahap risiko yang sesuai kerana wang tersebut adalah amanah para pendeposit.
Berapa besar dana Tabung Haji?
Sehingga 31 Disember 2025:
Perkara
Nilai
Pendeposit
9.77 juta orang
Simpanan Pendeposit
RM93.42 bilion
Jumlah Aset
RM98.58 bilion
Pendapatan Pelaburan Kasar
RM4.64 bilion
Pulangan Pelaburan (ROI)
5.01%
Ke Mana Perginya Duit Simpanan Tabung Haji?
Daripada keseluruhan portfolio pelaburan Tabung Haji pada tahun 2025:
Walaupun hanya 28% portfolio berada dalam ekuiti, kelas aset ini menyumbang 34% daripada jumlah pendapatan pelaburan TH. Sebaliknya, sekuriti pendapatan tetap membentuk 57% portfolio tetapi menyumbang 53% pendapatan, menunjukkan peranan utamanya sebagai sumber pulangan yang lebih stabil dan berisiko lebih rendah.
Ekuiti (Saham)
Sebanyak 28% daripada portfolio pelaburan Tabung Haji diperuntukkan kepada pelaburan ekuiti. Pelaburan ini merangkumi saham syarikat di Malaysia dan juga luar negara, selaras dengan strategi kepelbagaian portfolio bagi menjana pulangan jangka panjang.
Berdasarkan Laporan Tahunan 2025:
Ekuiti Domestik mencatat pulangan 5.47%
Ekuiti Luar Negara mencatat pulangan 7.03%
Private Equity pula merekodkan pulangan tertinggi iaitu 8.29% pada tahun 2025.
TH memegang ekuiti strategik dalam pelbagai syarikat terkemuka negara:
Bank Islam Malaysia Berhad (48.87%)
Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad (30.80%)
TH Plantations Berhad (73.84%): Perladangan kelapa sawit bersenarai di Bursa Malaysia.
TH Properties Sdn. Bhd. (100%): Pembangunan hartanah & pembinaan.
TH Hotel & Residence Sdn. Bhd. (100%): Rangkaian hotel & pusat konvensyen Syariah.
TH Marine Holdings (L) Inc. (100%): Perkhidmatan logistik & sokongan marin offshore.
Menariknya, TH tidak berkongsi saham apa yang dimiliki atau pegangan terbesar mereka dalam Laporan Tahunan 2025. Jadi, kita hanya tahu pendedahan kepada ekuiti tempatan dan luar negara, tetapi tidak tahu nama kesemua syarikat-syarikat yang berada dalam portfolio tersebut.
Namun, berdasarkan maklumat pemilikan saham yang tersedia di Bursa Malaysia dan platform data pasaran, kita masih boleh mengenal pasti beberapa pegangan saham utama.
Antaranya ialah:
Focus Point Holdings Bhd – Tabung Haji muncul sebagai pemegang saham utama dengan pegangan sekitar 5.06% pada Julai 2026.
AEON Co. (M) Bhd – Tabung Haji memiliki kira-kira 5.08%, bersamaan 71.39 juta saham.
Gas Malaysia Bhd – Tabung Haji memiliki kira-kira 4.96%, bersamaan 63.67 juta saham.
Axis Real Estate Investment Trust (Axis REIT) – Tabung Haji memiliki kira-kira 6.24%, bersamaan 126.32 juta unit.
Farm Fresh Bhd – Tabung Haji memiliki kira-kira 2.98%, bersamaan 56.13 juta saham.
MR D.I.Y. Group – Tabung Haji memiliki kira-kira 1.35%, bersamaan 127.51 juta saham.
Orkim Bhd – Tabung Haji memiliki kira-kira 5.01%, bersamaan 50.06 juta saham.
Secara teori, jika semua pegangan ini dijual pada harga pasaran semasa, Tabung Haji berpotensi memperoleh sekitar RM1.04 bilion. Namun, angka ini hanyalah anggaran berdasarkan harga saham semasa dan tidak semestinya jumlah sebenar yang akan diterima.
Nilainya memang sekitar RM1.04 bilion berdasarkan harga semasa. Tetapi itu tidak bermaksud Tabung Haji perlu menjual saham-saham ini. Selagi syarikat terus mencatat prestasi yang baik dan membayar dividen, pegangan tersebut boleh terus menjana pendapatan kepada Tabung Haji sambil berpotensi meningkat nilainya dari semasa ke semasa.
Ini baru 7 syarikat yang berjaya dikenal pasti melalui rekod pemilikan saham awam. Sangat berkemungkinan masih terdapat banyak lagi pegangan ekuiti Tabung Haji yang tidak tersenarai di sini.
Nota: Maklumat pegangan diperoleh daripada sumber awam dan bukan senarai lengkap portfolio ekuiti Tabung Haji. Nilai anggaran adalah berdasarkan harga pasaran semasa ketika artikel ini disediakan dan tertakluk kepada perubahan harga saham.
Kenapa tidak labur semua duit dalam saham?
Kalau semua wang dilaburkan ke saham, pulangan mungkin lebih tinggi ketika pasaran naik.
Tetapi…
Apabila pasaran jatuh, nilai simpanan juga boleh terjejas dengan besar.
Sebab itu TH menggunakan strategi kepelbagaian pelaburan (diversification) supaya risiko lebih seimbang.
Siapa Yang Menguruskan Pelaburan Tabung Haji?
Pengurusan pelaburan Tabung Haji tidak dibuat oleh seorang individu, sebaliknya diurus oleh pasukan pelaburan profesional yang terdiri daripada pengurus dana, penganalisis pelaburan dan pengurusan TH. Semua aktiviti pelaburan dipantau oleh Panel Pelaburan (Investment Panel), iaitu jawatankuasa yang bertanggungjawab merangka strategi, dasar dan hala tuju pelaburan serta memastikan setiap keputusan selaras dengan objektif Tabung Haji, peraturan yang berkuat kuasa dan prinsip syariah. Laporan Tahunan 2025 turut menunjukkan bahawa TH mempunyai Pengurus Dana Ekuiti (Equity Fund Managers) yang memantau prestasi portfolio secara berkala, manakala pengurusan tertinggi diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang kewangan dan pelaburan.
Penutup
Ramai melihat Tabung Haji sekadar tempat menyimpan wang untuk menunaikan ibadah haji. Hakikatnya, setiap ringgit yang disimpan diurus secara profesional melalui portfolio pelaburan yang dipelbagaikan dan mematuhi prinsip Syariah.
Strategi ini bertujuan mengimbangi antara pulangan, risiko dan kecairan, supaya Tabung Haji mampu terus memberikan agihan keuntungan yang kompetitif, melindungi simpanan pendeposit serta memastikan urusan haji dapat dilaksanakan secara mampan untuk jutaan rakyat Malaysia.
Sebagai pendeposit, memahami ke mana wang kita dilaburkan bukan sahaja menambah keyakinan terhadap pengurusan Tabung Haji, malah membantu kita menghargai bagaimana simpanan tersebut diurus bagi mencapai matlamat jangka panjang dan bukan sekadar untuk memperoleh pulangan, tetapi juga sebagai persediaan menunaikan rukun Islam kelima.
Penafian: Artikel ini bertujuan memberi kefahaman tentang bagaimana Tabung Haji mengurus dan melaburkan dana pendeposit berdasarkan maklumat yang didedahkan dalam Laporan Tahunan 2025. Ia bukan merupakan nasihat pelaburan. Sebarang perubahan dasar, strategi pelaburan atau komposisi portfolio adalah tertakluk kepada pengumuman rasmi Tabung Haji.
BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !
Ramai yang nak gandakan duit simpanan dalam saham tapi fikir berpuluh kali. Jadi buku ini adalah step pertama. Bila baca buku ini, boleh 99% stay ahead dari orang lain! Bonusnya dapat jimat banyak masa.
Kami juga faham yang 2 sebab utama kenapa anak muda masih belum mula melabur saham adalah sebab TAKUT dan BELUM CUKUP DUIT. Yelah, kita melabur sebab nak tenang, bukan nak risau setiap masa.
Sambil kami terlibat dalam pasaran saham, sambil pandaikan orang lain tentang saham.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua yang tak putus-putus menyokong kami dari awal sehingga ke hari ini.
Berita Baik : Kami sedang buat jualan penghabisan stok di Shopee!!