CTOS Digital: Pendapatan Berulang Yang Kukuh + Usaha Merungkai Nilai

Saranan BELI kekal dengan harga sasar (TP) baharu MYR1.10 daripada MYR1.11, potensi kenaikan 73% dan kadar dividen 6.4%

Perolehan teras 1H26 yang dicatat oleh CTOS Digital berjumlah MYR42.6j (+16% YoY) dilihat menepati jangkaan apabila dipacu oleh hasil yang lebih kukuh merentasi semua segmen perniagaan. Kami berpandangan neutral terhadap cadangan pelupusan pegangan 10% dalam Juris Technologies (Juristech), walaupun potensi penjualan lanjut menerusi IPO pada penilaian yang lebih menguntungkan mungkin akan menambah nilainya dan menawarkan potensi kenaikan tambahan, lalu mengimbangi kehilangan pendapatan berulang. Pada pandangan kami, penilaian bawah paras puratanya adalah menarik, memandangkan ia mempunyai aliran tunai, hasil, sambungan pertumbuhan dan strategi pengewangan yang kukuh untuk merungkai nilai.

Beroperasi seperti biasa

Hasil 1H26 meningkat 8.6% YoY kepada MYR168.5j, yang bermakna PATAMI teras mencecah MYR42.6j, atau 42.1% dan 43.3% daripada anggaran kami dan konsensus untuk FY26F. Keputusan ini dilihat mencapai jangkaan kerana perolehan 1H biasanya merangkumi 40-44% daripada perolehan sepenuh tahun. Margin EBITDA 2Q26 bertambah baik sedikit pada kadar 20bps, disokong oleh pertumbuhan 43% dalam perniagaan antarabangsa dan usaha-usaha penjimatan kos, yang sebahagiannya dilemahkan oleh opex tambahan daripada migrasi awan dan pemodenan prasarana IT. Sumbangan syarikat sekutu menyusut susulan pelupusan Experian pada Dis 2025. CTOS mengumumkan DPS sementara kedua sebanyak 0.7 sen (2QFY25: 0.65 sen).

Menjual pegangan 10% dalam Juristech

Usul untuk melupuskan pegangan kepada pemegang saham besar Juristech Natsoft (M) untuk MYR50j bermakna penilaian mencecah MYR500j atau P/E terkini pada 16.7x berbanding penilaian CTOS pada
16.5x, tetapi melebihi penilaian semasa kami pada MYR461j dan penilaian MYR420j semasa pengambilalihan dibuat pada Dis 2021. Pelupusan ini dijangka akan menjana untung sekali bayar sebanyak MYR1.6j, tetapi ia akan mengurangkan bahagian untung syarikat sekutu CTOS sebanyak kira-kira MYR3j, iaitu bersamaan dengan kesan negatif mencecah 1.2%/2.4%/2.3% terhadap perolehan FY26F-28F kami.

Hasil penjualan ini akan membiayai dividen khas 1.07 sen, dengan baki 50% lagi diperuntukkan kepada pembelian semula saham. Langkah ini ialah sebahagian daripada strategi CTOS untuk mengewangkan aset-aset bukan teras, sambil membuka ruang untuk menjual lagi pegangannya sebanyak 39% menerusi IPO atau jualan saham dalam tempoh 18 bulan akan datang. CTOS masih memegang hak untuk membeli semula saham jika pengewangan lanjut tidak terealisasi.

Prospek

Selain faktor dorongan dasar daripada Akta Kredit Pengguna 2025 yang memberikan CTOS kelompok data lebih luas dan penembusan ke pasaran yang kurang dilayani, kerjasama baru, perkongsian lebih mendalam dengan akaun-akaun utamanya, dan pelancaran produk digital dan analisis baru adalah antara strategi
pertumbuhan utama di samping penjimatan kos untuk mendorong CIR daripada paras sekitar 46% sekarang kepada kira-kira 42% sepanjang tiga tahun seterusnya.

Ramalan dan penilaian

Kami mengira cadangan pelupusan ini dalam anggaran perolehan dan mengemas kini penilaian berkenaan pegangan syarikat sekutu, yang menyebabkan TP lebih rendah sedikit pada MYR1.10 melalui kaedah DCF, dengan kiraan diskaun ESG 4%. Risiko-risiko negatif: Perubahan dari segi dasar, tahap penggunaan lebih perlahan daripada jangkaan, saman undang-undang dan berlakunya pencerobohan keselamatan data.

Faktor pemacu utama

i. Pertumbuhan ARPU bagi akaun-akaun utama
ii. Pertumbuhan pelanggan komersial dan pelanggan terus kepada pengguna
iii. Sumbangan daripada syarikat sekutu.

Risiko utama

Risiko utama terhadap saranan kami ialah:
i. Perubahan dasar pengawalseliaan yang tidak menguntungkan
ii. Pertumbuhan pendapatan kasar lebih perlahan daripada jangkaan
iii. Kebocoran data
iv. Kehilangan reputasi dan kewangan akibat tindakan guaman.

Profil Syarikat

CTOS ialah agensi pelaporan kredit (CRA) utama di Malaysia. Ia menyediakan maklumat kredit dan penyelesaian digital analitik mengenai syarikat, perniagaan dan pengguna untuk kegunaan bank dan
perniagaan pada setiap peringkat kitaran hayat pelanggan dan menyediakan maklumat kredit dan analisis kepada para pengguna.

Sekilas Pandang Keputusan

Penilaian

Carta Saranan

Penganalisis
Lee Meng Horng +603 2302 8115 ([email protected])

Penafian :
Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.

Previous ArticleNext Article

Untung Bersih 99 Speed Mart Lonjak 13.4 Peratus Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR: 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd (99 Holdings) mencatat keuntungan bersih RM163.95 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026, meningkat 13.4 peratus daripada RM144.63 juta pada suku sama tahun lalu.

Hasil kumpulan meningkat 13.6 peratus tahun ke tahun kepada RM3.08 bilion daripada RM2.71 bilion sebelumnya, menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Peningkatan itu didorong terutamanya oleh pengembangan berterusan rangkaian cawangan, dengan pertambahan bersih 257 cawangan baharu tahun ke tahun, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 3,151 cawangan setakat 30 Jun 2026 berbanding 2,894 cawangan setahun sebelumnya.

“Jumlah transaksi jualan meningkat 13.6 peratus kepada 146.4 juta, dengan nilai purata setiap bakul RM21,” menurut syarikat itu.

Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, 99 Holdings mencatat keuntungan bersih RM352.5 juta berbanding RM289.53 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Hasil bagi tempoh enam bulan pula meningkat kepada RM6.14 bilion daripada RM5.32 bilion sebelumnya.

Selain itu, platform e-dagang jualan pukal syarikat terus mencatat pertumbuhan kukuh apabila hasil meningkat 80.5 peratus tahun ke tahun kepada RM50.2 juta bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2026.

Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif 99 Holdings, Lee Thiam Wah, berkata momentum pertumbuhan positif pada suku berkenaan disokong pengembangan berterusan rangkaian cawangan serta pelaksanaan waktu operasi lebih awal di seluruh negara.

Thiam Wah berkata tumpuan berterusan terhadap kecekapan operasi turut mula memberikan manfaat ketara kepada kumpulan.

Menurutnya, inisiatif penjimatan tenaga dan penggunaan peralatan membantu mengurangkan kos utiliti serta meningkatkan kecekapan kos merentasi operasi kumpulan.

“Dengan rangkaian cawangan kami terus berkembang, kami kekal komited untuk memperkukuh rantaian bekalan bagi menyokong kecekapan operasi,” katanya.

Beliau berkata kumpulan itu juga terus memperluas penawaran produk bagi memenuhi keperluan pelanggan yang berubah susulan sambutan menggalakkan terhadap rangkaian peralatan rumah terpilih.

Rangkaian berkenaan kini diperluas ke semua cawangan di seluruh negara dan turut ditawarkan menerusi platform 99 Bulksales bagi memenuhi keperluan pelanggan korporat serta pembelian secara pukal.