10 Sebab Anda Kena Datang Webinar ‘Kelas Asas Saham For Newbies Edisi Raya’

Dah lama dengar pasal pelaburan saham, tapi tak berkesempatan lagi nak mengikuti seminar tentang saham?

Atau baru saja terdengar dan baru terbuka hati untuk belajar, tapi tak tahu nak belajar di mana?

Ayuh kita beramai-ramai ke webinar ‘Kelas Asas Saham For Newbies Edisi Raya’.

Ini 10 sebab kenapa anda perlu luangkan masa untuk hadir ke webinar ini.

1. Tenaga Pengajar Yang Berkaliber

Tuan Maher Alias, speaker kita pada hari tersebut adalah seorang yang mempunyai banyak pengalaman dalam dunia pelaburan saham.

Seorang anak muda yang tekad untuk menyebarkan ilmu berkenaan saham, lebih-lebih lagi kepada mereka yang baru nak ceburkan diri.

Kalau nak tahu, beliau merupakan bekas doktor perubatan, memang pandai daripada segi akademik.

2. Speaker Yang Berlesen

Selain daripada latarbelakang speaker, kita perlu juga tengok kelayakan beliau. Tuan Maher Alias adalah merupakan remisier dengan Malacca Securities (M+) yang berlesen.

Selain daripada itu, beliau juga memiliki sijil MSTA dan CFTe, badan professional dalam industri pelaburan yang diiktiraf satu dunia.

3. Disokong Oleh Pihak Berautoriti

Acara ini turut diadakan dengan kerjasama Bursa Malaysia-i, badan berautoriti di Malaysia. Kalau nak tahu, Bursa Malaysia-i merupakan platform pelaburan patuh Syariah sepenuhnya yang pertama di dunia.

Bila Bursa Malaysia sendiri dah endorse webinar ini, mesti rasa lebih best bila dapat menyertainya.

4. Belajar Secara Online

Sekarang kita pun dah tak boleh berkumpul beramai-ramai, ambil peluang untuk belajar secara online di depan monitor desktop atau laptop, paling tidak pun depan skrin telefon pintar.

Mungkin ada yang kata tak feel belajar secara atas talian, tapi nak buat macam mana kan?

Daripada kita sibuk main online game, lebih baik kita belajar saham secara online.

5. Separuh Hari Yang Padat Dengan Maklumat

Bermula dari jam 9 pagi sehingga 1 petang, ianya penuh dengan informasi. Di antaranya:

  • Apa itu saham?
  • Kelebihan melabur dalam saham
  • Macam mana candlestick terbentuk?
  • Kos transaksi yang terlibat semasa membeli dan menjual saham
  • Tempoh masa pelaburan dalam saham

Bukan ilmu basic semata-mata, ada juga ilmu advanced yang akan dikongsikan.

6. Buat Waktu Cuti

Maklumlah, kalau buat hari bekerja nanti tak ramai pula yang dapat turut serta.

Kini tiada alasan lagi untuk tidak bersama ribuan lagi peserta lain. Tak mungkin kita akan berjaya tanpa melakukan pengorbanan.

Sacrifice sikit hujung minggu anda. Kalau biasanya bangun lambat, kini mulakan hari anda dengan sesuatu yang luar biasa pula.

7. Tahun 2021 Dijangka Ekonomi Akan Pulih

‘History repeat itself’. Sekiranya kita lihat kepada kegawatan ekonomi yang berlaku sebelum ini, ianya tak kekal lama.

Siapa masih ingat Krisis Kewangan Asia tahun 1997?

Siapa masih ingat Krisis Subprime yang berlaku di Amerika Syarikat pada tahun 2008? Sangat dahsyat ketika itu sehingga bank pun boleh gulung tikar.

Kita semua pastinya terkesan dengan pandemik Covid-19 yang berlaku. Ketika PKP pertama berlangsung pada 18 Mac 2020, ekonomi Malaysia jatuh teruk. Pasaran saham jatuh merudum.

Tetapi selepas itu, ekonomi membuat ‘V shape recovery’. Dia jatuh cepat, dia naik semula pun cepat.

Dan katanya tahun 2021 dijangkakan ekonomi akan kembali pulih. Vaksin telah mula diedarkan seluruh dunia, apabila pintu sempadan negara dibuka semula, apabila rakyat mula berbelanja; pastinya ekonomi akan pulih seperti sediakala.

8. Masuk Adalah Percuma

Ya, tak perlu keluar satu sen pun untuk belajar. Tak perlu keluar rumah menghadap jem dan bersesak-sesak untuk dapatkan ilmu.

Sambil kita santai-santai di rumah, duduk depan desktop atau laptop masing-masing, sambil kita belajar dan dengar peluang yang ada dalam pelaburan saham di Bursa Malaysia.

9. Siap Ada Giveaway Lagi

Kepada peserta yang bertuah, siap ada giveaway lagi. Pelbagai hadiah menarik menanti anda yang hadir.

10. Melabur Dalam Ilmu

Dan yang terakhir sekali, sebelum nak melabur wang ringgit hasil titik peluh kita penat bekerja – adalah lebih baik kita melabur dulu ke dalam ilmu.

Takut nanti kalau tiada ilmu, bukan pelaburan tapi peleburan pula jadinya. Rezeki takkan datang bergolek, kita kena berusaha untuk menjemputnya.

Jom daftar sekarang -> Kelas Asas Saham For Newbies Edisi Raya

Daftar sekarang dan kita jumpa selepas Hari Raya nanti > Kelas Asas Saham For Newbies Edisi Raya

Previous ArticleNext Article

Stratus Global: Memanfaatkan Fasa Kenaikan Capex Semikonduktor

Nilai saksama (FV) sebanyak MYR1.55 diberi berdasarkan P/E 24x FY27F (Mac)

Stratus Global merancang untuk mengumpul MYR285j daripada IPO, dengan tujuan utama untuk membiayai usaha pengembangan fasiliti, pejabat luar negara dan usaha R&D. Disokong oleh rekod prestasi selama 28 tahun dalam penyelesaian sistem pengendalian bahan automasi (AMHS) bilik bersih untuk industri semikonduktor dunia, margin yang kukuh dan kitaran menaik jangka panjang dalam capex semikonduktor, kami menjangkakan pertumbuhan perolehan yang teguh kelak. Pada P/E FY28F 12.4x, penilaiannya tampak menarik apabila dibandingkan dengan purata lima tahun Indeks Teknologi Bursa Malaysia (KLTEC) dan CAGR perolehan tiga tahunnya sebanyak 24%.

Dilindungi oleh pengetahuan kejuruteraan yang mendalam

Sejak 1998, kumpulan ini telah membina AMHS berasaskan penyampai proprietari, AMHS hibrid dan penyelesaian ASRS, yang dilengkapi dengan perisian sistem kawalan peralatan (TCS) dalaman miliknya, untuk industri semikonduktor dunia. Penyelesaiannya menerima pensijilan ISO 9001, ISO 14001 dan ISO 45001, dan diguna pakai oleh pelanggan multinasional bahagian depan (untuk mengendalikan pembikin wafer 200mm dan juga 300mm) dan pelanggan semikonduktor bahagian belakang merentasi benua Asia, Eropah dan Amerika Utara.

Stratus menjalankan reka bentuk, pembikinan, pemasangan dan pengujian hampir kesemuanya secara dalaman, tidak seperti syarikat pesaing yang menggunakan sumber luar. Hal ini menawarkan perbezaan penting yang menyokong marginnya yang lebih tinggi, sementara syarat-syarat ketat untuk mengendalikan wafer menetapkan halangan tinggi untuk kemasukan pasaran.

Pengembangan fasiliti dan geografi bakal mendorong pertumbuhan

Usaha pengembangan fasiliti Bayan Lepas milik Stratus yang sedang berjalan, dengan sasaran siap pada 3QCY28, akan menambah ruang lantai sebanyak 150-200% dan meningkatkan kapasiti hasil kumpulan daripada USD50-100j sekarang (1 syif kepada 2 syif) kepada USD200-400j selepas pengembangan selesai.

Perkara ini menyokong pelaksanaan buku pesanan belum bayarnya bernilai MYR108.4j (setakat 3 Jun 2026; MYR75.4j akan diiktiraf pada FY27F dan MYR33.0j pada FY28F), di samping pertanyaan yang kukuh dan pengembangan kapasiti bagi pelanggan-pelanggan sedia ada. Pada masa yang sama, kumpulan ini merancang untuk menubuhkan pejabat sokongan jualan dan kejuruteraan di Jepun, Taiwan, Jerman dan AS, sekali gus meluaskan capaian semikonduktor bahagian depan dan belakangnya.

Fasa kenaikan berstruktur semikonduktor memperkukuh permintaan

SEMI menjangkakan capex akan terus diperuntukkan untuk menyokong kapasiti fabrikasi wafer 300mm sehingga tahun 2030, sekali gus menaikkan peratusan penguasaan keupayaan wafer terpasang dunia. WSTS meramalkan industri semikonduktor secara amnya akan berkembang 89.9% pada tahun 2026 berikutan permintaan E&E dan pusat data (DC) yang berpacukan kecerdasan buatan (AI), dengan QYResearch mengunjurkan industri AMHS semikonduktor dunia akan meningkat pada kadar CAGR 5.4% sehingga 2031 kepada paras USD4.5bn.

Dengan mengoperasikan fasilitifasiliti wafer 300mm lebih awal daripada beberapa pesaing AMHS lain, Stratus berkedudukan baik untuk memanfaatkan fasa peningkatan ini, dibantu oleh Strategi Semikonduktor Nasional Malaysia dan Rancangan Malaysia yang Ke-13.

Ramalan dan penilaian

Kami memperoleh FV MYR1.55 dengan mengenakan P/E 24x pada EPS 6.45 sen untuk FY28F, selaras dengan P/E purata 5 tahun yang direkodkan oleh KLTEC dan CAGR perolehan tiga tahunnya 24% (PEG 1x). Risiko utama, penumpuan pada pelanggan tunggal, kitaran capex semikonduktor, hasil tidak menentu berasaskan projek, dan turun naik FX kerana hasilnya diniagakan dalam USD.

Perihal Syarikat

Stratus Global merupakan syarikat yang menyediakan penyelesaian automasi kilang yang bertapak di Pulau Pinang. Ia berkepakaran dalam penyelesaian sistem pengendalian bahan automasi (AMHS) bilik bersih bagi industri semikonduktor dunia.

Gambaran Am Kewangan Dan Penilaian

Gambaran Am Syarikat

Rancangan Dan Strategi Masa Depan

  • Pengembangan fasiliti.
  • Pengembangan perniagaan pasaran dari segi geografi
  • Pengembangan pasaran dalam rantaian nilai semikonduktor.

Butiran IPO

Risiko Utama

i. Ketiadaan perjanjian bekalan berjangka panjang;
ii. Kitaran capex semikonduktor;
iii. Penangguhan projek;
iv. Kebergantungan pada pasukan pengurusan utama dan jurutera berkepakaran;
v. Turun naik FX kerana hasil yang diniagakan dalam mata wang USD.