Kerja Pertama Yang Dilakukan Oleh Para Bilionaire Wall Street

Ramai orang rebut saja kerja pertama tanpa berfikir panjang, terutamya ketika masih muda remaja. Ada yang sekadar untuk menambah pendapatan dan ada juga untuk membeli barangan keinginan.

Baca: Kerja Pertama Yang Dilakukan Oleh 14 Orang Kaya Dan Terkenal Dunia

Sebelum ini kita telah melihat pekerjaan pertama bagi orang yang berpengaruh di dalam bidang teknologi. Sekarang kita tengok pula pekerjaan pertama oleh para bilionaire yang terkenal di Wall Street.

1. Warren Buffett

Kredit Gambar: Stock Basket

Nilai kekayaan: USD99.8 bilion

Siapa yang tidak kenal dengan pelabur tersohor dunia. Beliau amat meminati dunia saham sejak dari kecil lagi.

Kerja pertama yang dilakukannya adalah menjual surat khabar dan air Coca-Cola. Beliau juga membeli saham pertama pada ketika usia mencecah sebalas tahun menggunakan nama kakaknya.

Kini Warren Buffett merupakan pelabur terkaya di dunia.

2. Michael Bloomberg

Kredit Gambar : Bloomberg

Nilai kekayaan: USD59 bilion

Beliau merupakan bekas gabenor New York. Pada pemilihan presiden tahun lepas, Michael Bloomberg merupakan salah seorang calon presiden yang menetang Donald Trump tetapi tewas dalam pemilihan akhir.

Beliau mempunyai syarikat media dan analisis pasaran saham di Wall Street yang sangat popular iaitu Bloomberg L.P.

Kerja pertama yang dilakukanya ketika remaja adalah dengan menjaga parkir lot kereta.

3. Ray Dalio

Kredit Gambar: Medium

Nilai kekayaan: USD20.3 bilion

Beliau merupakan ketua hedge fund yang terbesar pada ketika ini. Bridgewater Associates menjadi terkenal selepas krisis subprime yang melanda Amerika Syarikat pada tahun 2008 apabila Ray Dalio berjaya menggandakan duit para pelabur.

Kerja pertama yang dilakukannya semasa remaja adalah sebagai kedi golf dan dari situ, beliau mendapatkan tips yang berguna untuk membeli saham di Wall Street.

Baca: Sejarah Penubuhan Hedge Fund Terbesar Di Dunia Oleh Ray Dalio

4. Steve Cohen

Kredit Gambar: NY Times

Nilai kekayaan: USD16 billion

Steve Cohen merupakan ketua hedge fund Point72 Asset Management dan S.A.C. Capital Advisors. Hedge Fund miliknya itu terlibat dalam pertembungan GameStop yang menyaksikan beliau kerugian sebanyak 15%.

Pekerjaan pertama yang dilakukan oleh Steve Cohen adalah sebagai pekerja di pasaraya yang dengan dibayar gaji sebanyak USD1.85 untuk sejam.

Baca: GameStop: Peperangan Di Antara Wall Street Guy dan Reddit Community

5. David Tepper

Kredit Gambar: WSJ

Nilai kekayaan: USD14.5 bilion

Beliau merupakan ketua hedge fund untuk Appaloosa Management. David Tepper terkenal dengan teknik pembelian junk bond, teknik yang sangat berisiko tinggi.

Kerja pertama yang dilakukannya adalah sebagai seorang perpustakawan untuk menampung yuran pengajiannya di peringkat universiti.

Baca: David Tepper: Pelabur Wall Street Yang Menggunakan Teknik ‘Distress Debt’ Untuk Mengaut Keuntungan

6. Charles Schwab

Kredit Gambar: Business Insider

Nilai kekayaan: USD10.9 bilion

Beliau yang merupakann pengasas syarikat Charles Schwab yang menyediakan perkhidmatan jual beli saham di Wall Street.

Pada era pertengahan 1970-an, syarikat ini telah mencabar dominasi syarikat lain dengan menyediakan caj brokerage yang sangat murah.

Kini Charles Schwab berdepan dengan persaingan daripada Robin Hood yang menyediakan perkhidmatan jual beli saham secara percuma.

Pekerjaan pertama yang dilakukan oleh Charles Schwab adalah dengan menjual kacang walnut di kejiranan tempat tinggalnya.

7. Julian Robertson

Kredit Gambar: Business Insider

Nilai kekayaan: USD4.5 bilion

Beliau sangat terkenal pada dekad 1980-an dengan menjadi ketua hedge fund untuk Tiger Management Company.

Antara murid yang terkenal hasil didikan Julian Robertson ini adalah Bill Hwang yang merupakan ketua hedge fund Archegos Capital Management yang telah kehilangan sebanyak USD35 bilion pada bulan lepas.

Pekerjaan pertama Julian Robertson selepas tamat pengajian tinggi adalah menjadi anggota tentera laut Amerika Syarikat.

Baca: Kisah ‘Archegos Capital Margin Call’, Jerung Pun Boleh Rugi USD35 Bilion

8. Phil Falcone

Kredit Gambar: Mansion Global

Nilai kekayaan: USD1 bilion

Beliau merupakan ketua hedge fund untuk Harbinger Capital Partners. Kejayaan terbesar yang diperolehi hedge fund miliknya dalah ketika krisis subprime yang berlaku di Amerika Syarikat pada tahun 2008.

Phil Falcone berjaya membuat keuntungan yang besar dalam peristiwa tersebut. Pada tahun 2013, beliau telah didapati bersalah kerana terlibat dalam insider trading dan dikenakan denda sebanyak USD18 juta dan diharamkan daripada melakukan sebarang urusan jual beli di Wall Street selama lima tahun.

Kerja pertama yang dilakukan sebelum memasuki Wall Street adalah sebagai seorang ahli sukan hoki ais.

Sumber Rujukan: Busines Insider India

Nak melabur di pasaran saham Amerika Syarikat tapi tak tahu bagaimana nak bermula?

First Step Melabur Di Wall Street

Dah lama pendam niat nak melabur saham di Wall Street?
Nak ada pegangan saham syarikat yang terkemuka di dunia seperti FacebookGoogleTesla dan banyak lagi?
Nak merasa buat duit ekstra dalam USD?

Kami tahu kebanyakan buku-buku yang dijual di pasaran adalah dalam Bahasa Inggeris dan susah nak difahami…

Jangan risau…

Demi followers yang disayangi, kami hasilkan e-book yang mudah difahami.

Tak kira anda pelabur baru atau lama, e-book ini memang sesuai untuk anda.

Dalam e-book ini, anda akan belajar:
• 3 indeks yang ada di Wall Street
• Cara pilih saham-saham yang berkualiti
• Cara pilih saham mengikut kriteria
• Teknik yang berkesan untuk beli saham Wall Street
• Cara menentukan saham patuh syariah atau tidak
 Kenali broker-broker yang ada untuk jual beli saham Wall Street
• Dua screener percuma

Dapatkannya sekarang di -> eBook Dari Malaysia Ke Wall Street

Previous ArticleNext Article

Apple Kembali ‘Rampas’ Takhta Syarikat Paling Bernilai Dunia Daripada Nvidia

BENGALURU: Apple mengatasi Nvidia untuk muncul sebagai syarikat paling bernilai di dunia, sekali gus mengubah kedudukan syarikat-syarikat teknologi terbesar apabila pelabur menilai semula prospek kecerdasan buatan (AI).

Apple kini mempunyai nilai pasaran sekitar AS$4.88 trilion selepas harga sahamnya kekal stabil, manakala Nvidia bernilai kira-kira AS$4.86 trilion susulan kejatuhan 3.5 peratus sahamnya.

Perubahan kedudukan itu menunjukkan pelabur kini mula meluaskan tumpuan mereka melangkaui penerima manfaat paling jelas daripada ledakan AI seperti Nvidia, yang telah mendahului senarai syarikat paling bernilai dunia selama hampir setahun.

Apple kembali merampas kedudukan teratas buat kali pertama sejak April tahun lalu.

Ketua Pelaburan BRI Wealth Management, Toni Meadows, berkata Apple sebelum ini dilihat ketinggalan dalam perlumbaan AI kerana tidak berbelanja besar untuk membangunkan model AI, namun sentimen terhadap syarikat itu kini berubah.

“Apple kurang terdedah kepada keperluan perbelanjaan modal yang tinggi dan berada pada kedudukan lebih baik untuk menjana pendapatan daripada AI menerusi perkhidmatan, ekosistem yang kukuh serta peningkatan perkakasan. Penilaian semula ini mencerminkan keyakinan terhadap kemampanan pendapatan syarikat, bukannya potensi AI yang bersifat spekulatif,” katanya.

Bagi sebuah syarikat yang sering dianggap ketinggalan dalam perlumbaan AI, pencapaian ini mencerminkan usaha Apple untuk mengukuhkan kedudukannya dalam kalangan pemain utama industri, selain berpotensi mempengaruhi bagaimana tempoh akhir kepimpinan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Tim Cook, akan dinilai.

Cook dijangka menyerahkan jawatan CEO kepada veteran perkakasan Apple, John Ternus, pada September ini.

Bulan lalu, Apple melancarkan versi baharu pembantu maya Siri yang telah lama tertangguh, dengan harapan peningkatan itu dapat merapatkan jurang dengan gergasi teknologi lain serta syarikat pemula dalam perlumbaan AI yang semakin sengit.

Sesetengah penganalisis berpendapat Apple sebenarnya memiliki ‘lombong emas’ AI menerusi data peribadi yang tersimpan dalam setiap iPhone.

Data itu berpotensi menjadikan jawapan Siri lebih tepat dan pembantu maya itu lebih berkeupayaan.

Namun, cabarannya ialah data itu dilindungi dalam sistem operasi atas faktor privasi, menyebabkan Apple perlu mencari kaedah untuk memanfaatkan nilainya tanpa menjejaskan perlindungan pengguna.

Nvidia menjadi syarikat pertama di dunia yang melepasi nilai pasaran AS$5 trilion pada Oktober lalu, satu pencapaian bersejarah yang meletakkannya jauh di hadapan pesaing.

Bagaimanapun, kehilangan kedudukan teratas kepada Apple tidak semestinya menandakan perubahan kekal dalam kedudukan relatif kedua-dua syarikat.

Nvidia masih merupakan antara penerima manfaat terbesar daripada peningkatan perbelanjaan berkaitan AI, dengan pemproses grafik keluarannya menjadi tulang belakang kepada kebanyakan aplikasi AI generatif.

Nvidia juga berpotensi merampas semula kedudukan teratas sekiranya sentimen pasaran kembali memihak kepadanya.

Pada masa sama, Apple turut berdepan cabaran apabila syarikat itu menaikkan harga produknya bagi mengimbangi peningkatan kos, satu strategi yang boleh menjejaskan permintaan pengguna.

Naib Presiden Penyelidikan Alpha Segal Marco Advisors, Benjamin Hall, berkata beliau tidak melihat perbezaan ketara antara kedua-dua syarikat.

“Saya menjangka Nvidia akan terus menjadi pemain penting dalam apa sahaja perkembangan yang berlaku pada masa hadapan,” katanya.

Sementara itu, gelombang keyakinan terhadap AI turut merebak ke segmen lain industri semikonduktor.

Antara penerima manfaat terbesar tahun ini ialah pengeluar cip memori seperti Micron, yang melepasi nilai pasaran AS$1 trilion pada Mei selepas pelabur mengiktiraf kepentingan cip memori dalam infrastruktur AI.

Pengeluar cip dari Korea Selatan, SK Hynix, turut disenaraikan di Nasdaq awal bulan ini, sekali gus menambah satu lagi pesaing dalam usaha menarik perhatian pelabur.Hall berkata kemunculan pemain baharu itu dijangka mengalihkan sebahagian tumpuan pelabur daripada kumpulan saham teknologi gergasi Magnificent Seven kepada lebih banyak syarikat lain.

Namun, kenaikan luar biasa saham syarikat cip mula kehilangan momentum pada Julai apabila pelabur menilai semula kemampanan tema pelaburan AI, menyebabkan indeks Philadelphia SE Semiconductor susut hampir 19 peratus daripada paras tertinggi sepanjang masa.

Walaupun mengalami kejatuhan ketara, prestasi indeks itu setakat tahun ini masih mengatasi prestasi saham Nvidia.

-Reuters